CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22504|Reply: 194

Arip Kilauan Emas 4 Pernah Dihina Orang Kampung(pic WIFE n anak pg2)

[Copy link]
Post time 13-6-2014 09:18 AM | Show all posts |Read mode
Arip (Kilauan Emas 4) Pernah Dihina Orang Kampung


Arip akan menggunakan sebahagian wang kemenangan untuk menghantar ibunya menunaikan Haji di Mekah.


PETALING JAYA: Juara program Kilauan Emas musim Ke-4, Arip, mengakui pernah dihina oleh segelintir masyarakat di kampungnya, Jerantut Pahang kerana pekerjaannya yang tidak tetap sebelum ini.

Arip atau nama sebenarnya Omar Sharif Mat Din, 42, berkata, kata-kata hinaan itu tidak pernah melunturkan semangatnya malah kini dia dapat membuktikan bahawa dia mampu berjaya dalam program yang disertainya itu.

"Sebelum menyertai Kilauan Emas 4, saya kerja macam-macam seperti membancuh air di kedai makan, kerja kilang dan bemain muzik dan orang di kampung pula selalu memperlekehkan saya dan ada masanya diri dhina.

"Tetapi saya tidak pernah patah semangat. Saya percaya jika berusaha, tidak kiralah kerja apa sekalipun, pasti akan berjaya.

"Dan kemenangan sebagai juara dalam Kilauan Emas 4 juga membuktikan saya mampu menjadi seorang yang berguna kepada masyarakat," katanya.

Pada Rabu lalu, Arip diumumkan sebagai juara program siaran Astro itu yang diadakan secara langsung di Dewan Sri Putra Bukit Jalil dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, sebuah kereta Toyota Camry, trofi serta pakej percutian ke Bali.

[size=0.75em]Arip mahu menjadi seorang penyanyi profesional. Foto IZZRAFIQ ALIAS



Arip turut menerima penghargaan Anugerah Khas Juri serta wang tunai sebanyak RM10,000 sebagai menambat hati juri dengan membuat persembahan terbaik.

Sementara itu, Arip berkata dia tidak akan menggunakan wang kemenangannya selagi tidak menghantar ibunya mengerjakan ibadah Haji kerana ia merupakan impiannya sejak dahulu lagi yang belum tertunai.

"Dah lama dah nak hantar ibu ke Mekah tetapi masa itu saya tak cukup duit. Memandangkan kejayaan saya dalam Kilauan Emas 4 juga kerana berkat doanya, maka saya mahu membelanjakan wang hadiah itu menghantar ibu menunaikan Haji pada tahun ini.

"Kemudian, saya akan membuat kenduri di kampung sebagai tanda syukur dengan kemenangan ini," ujarnya.

Ditanya apakah perancangannya selepas ini, Arip berkata, dia mahu mengubah taraf kehidupannya bersama dengan keluarga ke tahap yang lebih selesa.

Dalam pada itu, Arip yang mempunyai dua orang anak itu turut mahu mengembangkan bakat nyanyiannya di dalam industri seni muzik tempatan.
Last edited by maxim on 13-6-2014 11:13 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2014 09:20 AM | Show all posts
skrg org kg tak hina dah kann...

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2014 09:24 AM | Show all posts
dia duda ke?





Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2014 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg menghina pun org KG je
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2014 09:32 AM | Show all posts
tuah orang nampak di kaki..tuah arip pada mikropon nya..
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2014 09:33 AM | Show all posts
huhu..tahniah arip.....walau pun mcm tak berapa berkenan dia nanyi..hehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-6-2014 09:36 AM | Show all posts
oo..dia yang menang yer?..tahniah la.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2014 09:41 AM | Show all posts
lepas ni ramai ler org kg suka arip... Last edited by kmelankolia on 13-6-2014 09:42 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2014 09:44 AM | Show all posts
tahniah arip. ok je dia menang. sedap jgk la dia nyanyi.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2014 09:44 AM | Show all posts
takpe lah bang...tu kisah lalu.

dah dapat duit ni gunakanlah sebaik2nya, moga2 makin mengembang harta, bukan makin menyusut.

bukan ke dia kata nak buat biz ngan zain....sape eh mention dalam rumah sebelah haritu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2014 09:47 AM | Show all posts
pasni org kampung dtg ngaku sedara, nak pinjam duit, time ni la ko hina dorang balik.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2014 09:49 AM | Show all posts
freekey posted on 13-6-2014 09:24 AM
dia duda ke?

iols rs tak kot..sebab smlm iols ada dengar kat sinarfm..dj cik piya tue tanya dia..pas dia menang tue org pertama dia nak call sape..then dia cakap..saya nak call isteri sy, tp isteri sy da call sy dulu..lebih kurang gitu lar ayatnya..

iols lg lar mula2 ingat dia tak kawen lg sebab dia bwk mak dia naik pentas..kalo da kawen nape tak angkut binik skalikan..sekian crite iols..
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2014 09:52 AM | Show all posts
mudah-mudahan tercapai hajat nak bawa ibu menunaikan haji...oo 42 ye umo nye..muda lg..
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2014 09:52 AM | Show all posts
tahniah....sedap sora.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2014 09:54 AM | Show all posts
katakau posted on 13-6-2014 09:49 AM
iols rs tak kot..sebab smlm iols ada dengar kat sinarfm..dj cik piya tue tanya dia..pas dia menang ...

kaaan??

biasa semua mesti highlight isteri... huhu..






Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2014 09:57 AM | Show all posts
freekey posted on 13-6-2014 09:54 AM
kaaan??

biasa semua mesti highlight isteri... huhu..

tue lar..laki iols pon siap ckp bnda yg sm..

iols lupa nk crite kat uols..dia kate bila isteri dia call tue pon da wat dia hepi..iols dengar oh suwitnyaaaa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-6-2014 10:00 AM | Show all posts
freekey posted on 13-6-2014 09:54 AM
kaaan??

biasa semua mesti highlight isteri... huhu..

so bgus la arip ni..lebih agungkan mak die dari bini..
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2014 10:00 AM | Show all posts
lepas ni arip boleh menyanyi di serata kampung tanpa dicaci maki
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2014 10:05 AM | Show all posts
nnti omar sharif buat konsert pemenat2 kilauan emas cepat2 beli tiket.

sapot org kg!
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2014 10:07 AM | Show all posts
tahniah... semoga bijak mengurus duit.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 01:18 PM GMT+8 , Processed in 0.068972 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list