CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nalzamarzuki

Nabila Huda Diajak Tukar Agama Kristian

[Copy link]
Post time 18-6-2014 03:43 PM | Show all posts
apesal dia jadi camni..mcm mana amy serach bela nih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2014 03:52 PM | Show all posts
uolls ingat kes kak nita serawak yg nak kawen dgn mendiang broery dulu...dia rela nak convert agama broery...broery tu kan kristian...smpai datuk harun din masuk campur...nauzubillah...
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2014 04:51 PM | Show all posts
kodokke posted on 16-6-2014 10:21 PM
Nabila nie cara hidup die mcm org kafir. Baju dlm gambar atas tu di pakai ngan hot pant. Tidak ade s ...

amy pun berubah sekejap je.. tak istiqamah...
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2014 05:00 PM | Show all posts
Off topic sorryy....sebab ni bukan pasal dia.
Ada 2 ayat yg common yg paling teruk kena abused dan menyenget disalah guna---->
"Siapalah kita nak menghakimi orang,"
Memang tak boleh nak hakimi orang a.k.a. cakap dia ahli dosa, ahli neraka.
Tapi kalau nampak benda salah, tegur. Jangan pseudo-humble, cakap "siapalah diri inie..bla bla"
Siapa kita? Kita orang Islam, yg disuruh ubah benda yg dlm ilmu kita, benda yg tak betul...
sampai ke tahap, kalau kita tak boleh buat apa-apa langsung, pun tetap kena ubah jugak.
Iaitu tak setuju dalam hati. Jangan dalam hati pun cakap "...Siapelah kita..aww...."


"Itu antara dia dengan Allah, tidak lah payah kita terlibat"
Antara dia dengan Allah, ialah untuk benda yg dia dengan Allah saja yg tahu.
eg: Tengok filem biru sorang2, lelaki pakai macam drag queen dalam bilik, oh nani solo,
senang cakap: dia sorang saja manusia yg tahu. So, kita tak boleh pasal err..kita tak tahu.  Itu antara dia dengan Allah.

Ps: Tapi nak tegur, kena jumpa orang tu lah, ketuk pintu ke, hantar email ke, FB private ke, telefon ke, telegram ke...
tak boleh la tulis dalam...well...forum ke... Pasal mungkin dia tak baca. Mengumpat tu.

Sekian tazkirah hari ini...oh btw, apa aku buat kat sini? Aku klik pasal ada prkataan 'Kristian'...so nak tahu apa cerita...chiow
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2014 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
lululun posted on 17-6-2014 10:40 AM
hurmmm...

bagi aku mudah je. kalau pegangan agama dia dari awal memang dah kuat... tak kira ke m ...

setuju dgn pendapat ko ni..
Dikurniakan agama Islam itu kpda satu kehidupan yakni manusia juga sudah menunjukkan yg Allah swt sudah pun memberikan hidayah kpda hamba pilihannya cuma tinggal lagi kita ini berusaha utk meningkatkan tingkat keimanan kita dr hari ke hari..Tapi apa kan daya,kita adalah manusia yg sentiasa dibaluti dgn dosa maka kita pun kadang-kadang akan terjauh dr hidayah Allah swt itu..
Apa pun..sbg saudara seagama,sama-sama la kita saling berpesan diantara kita kepada perkara yg membawa kebaikan utk kita smua..harap-harap kedua-dua pihak yg memberi pesan dan yg menerima pesan akan beroleh kebaikan dari amalan itu..jadi smoga Abil dan seisi kita dapat menjadi hamba Allah swt yg berada di dalam peliharaan rahmat dan kasih sayang Allah swt..
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2014 09:05 PM | Show all posts
lady_lily posted on 18-6-2014 11:51 AM
Siapa kita utk tentukan baik buruk seseorang....mungkin Nabila nampak jerr sosial mcm tu tapi kita t ...

dia mcm spisis yang tak reti mengumpat orang

dia wat hal dunia terbalik dia jerk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-6-2014 09:48 AM | Show all posts
Amy Search kecewa dengan Nabila?



BAPA merupakan ketua dan pemimpin yang berdepan dengan tanggungjawab berat dalam memastikan kesejahteraan keluarga.

Namun, apabila setiap kali nasihatnya itu dipandang sepi, sudah pasti ia memberi kesan buat dirinya sendiri.

Begitulah situasi yang dialami oleh legenda rock terkenal, Amy Search, dalam menggalas tugasnya sebagai bapa.

Sebelum ini, dia pernah menasihati dan menegur anak perempuannya yang juga pelakon, Nabila Huda, namun kali ini dia enggan.

Walaupun ramai mula berbicara mengenai anaknya itu, namun Amy mengambil pendekatan untuk tidak memberikan sebarang komen dan nasihat lagi.

Menurut Amy, berita mengenai anaknya yang diajak pengikut laman sosial, Instagram, untuk menukar agama itu hanya diketahui pada hari ini (semalam).

"Sebenarnya, saya baru tahu perkara ini. Saya dah malas! Saya tidak mahu komen apa-apa. Saya hanya akan berkongsi perasaan bersama isteri saya sahaja. Saya tidak akan bercerita kepada media.

"Dengan siapa dia bersama, di mana dia berada, saya tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu. Biarlah dia,' kata Amy lagi.


Mendengar butir bicara Amy, jelas menunjukkan penyanyi ini begitu kecewa dengan kelakuan Nabila yang merangkul gelaran, Selebriti Wanita Paling Seksi, di majlis Anugerah Stail Eh! 2014, baru baru ini.

Ini bukanlah kali pertama Nabila dilanda kontroversi malah, kebanyakan daripada pengikut laman sosial pelakon ini sentiasa meninggalkan pesanan dan komen yang kurang enak di setiap foto yang dimuat naik.

Terbaru, melihat kepada kehidupan peribadi Abil yang gemar bersosial dan bercuti bersama kekasih, seorang pengikut laman Instagramnya, bernama, Darian Christ telah meninggalkan komen berbaur sinis kepada pelakon drama, Masih Ada Cinta, ini.

Antaranya, pengikut itu mengajak Abil untuk menukar agama kerana Islam dilihat sudah tidak relevan dengan kehidupannya.

Bagaimanapun, usaha untuk mendapatkan kenyataan daripada Abil tidak berhasil apabila pelakon ini kini sedang bercuti di Barcelona.


Simpati dengan Wings

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai lagu-lagu baharu kumpulan, Wings, yang menjadi mangsa cetak rompak, Amy berkata ia gejala yang perlu diberi perhatian.

Menurut Amy, walaupun gejala ini sudah berleluasa sejak zaman kegemilangan mereka lagi, namun ia satu perkara merunsingkan.

"Kalau dulu, jarang sangat kita dengar lagu dicetak rompak sebelum album dikeluarkan. Kalau ada pun, hanyalah membabitkan kumpulan indie sahaja.

"Sekarang, ianya terjadi sebelum ianya dilancarkan. Saya sendiri bingung memikirkan perkara ini. Bagaimana ia boleh terjadi dan siapa yang perlu bertanggungjawab?

"Pada saya, siapa yang diberi kuasa memegang karya itu, dialah yang perlu bertanggungjawab," katanya lagi.

Jelas Amy, dia bersimpati dengan nasib rakan seangkatannya, Wings, yang terpaksa berdepan dengan masalah sebegini.

"Saya bakal muncul dengan album solo tidak lama lagi setelah 13 tahun tidak menghasilkan sebarang album buat peminat.

"Namun, perkara ini tidak menghantui saya, saya tidak akan membiarkan lagu baharu saya dipromosikan secara keseluruhan di Youtube.

"Cukuplah separuh sahaja, tanpa lagu penuh dan saya akan menggunakan platform secara fizikal sebagai promosi," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2014 09:49 AM | Show all posts
mohon TT @nalzamarzuki   update tajuk....amy search udah keciwa dgn abil
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2014 10:14 AM | Show all posts
amy dah berpatah arang nampaknye....
tapi die kena ingat jugak, nabila yg terhasil hari ini, sedikit sebanyak disebabkan oleh die jugak
budak ni dari broken family, mase kecil abil tak sesempurna budak2 lain
ade mak, ade bapak tapi menumpang/mengemis kasih sayang orang
jadik amy, tak bolehlah lepas tangan macam tu jer


Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2014 11:35 PM | Show all posts
hmm.... malangnya nabila tak baca kot benang ni...

tapi nak pesan juga... bersyukurlah dilahirkan sebagai islam... kira insan terpilih sbb lahir sebagai anak kepada pasangan islam... sepatutnya perdalaminya...
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2014 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Gile seksi nabila kat spain ek... konfius dgn baju dia pakai tu...
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2014 11:16 AM | Show all posts
islam hanya atas ic.. tp kita tak tahu future dia.. mana tahu sekali Allah bg dia hidayah terus tutup litup...
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2014 11:46 AM | Show all posts
baju kat spain mcm nmpk g string.ngeeee..gila ah kalo betul.baju ala2 renda..xde lining pkai g string. perghhh
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2014 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
edoraixora posted on 19-6-2014 10:14 AM
amy dah berpatah arang nampaknye....
tapi die kena ingat jugak, nabila yg terhasil hari ini, sediki ...

Broken famili kalau umurnya belasan tahun bolehla salahkan broken famili. Ni abil dh tua2 bangka pernah kawen ada anak pun. Takkan tetapppp nak salhkan broken famili. Hape abil tkde otak ke nak pikir sendiri baik atau buruk?.. Ramai yg dtg dr broken famili bila dh tua mcm umur abil tu berubah pandai pikir.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2014 12:27 PM | Show all posts
gals2 posted on 20-6-2014 12:18 PM
Broken famili kalau umurnya belasan tahun bolehla salahkan broken famili. Ni abil dh tua2 bangka p ...

yer lah macit....aku tak kate bukan salah abil die jadi gini
dah remaja purba takkan x boleh pikir sendiri kan
tapi komen aku tu lebih kepada amy search bilamana die kata xnak amik tau lagsung dah pasal abil

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2014 09:29 AM | Show all posts
toxicated posted on 17-6-2014 12:22 AM
lana nordin pun solat tak tnggal noks...
tak tau nak cakap kan retis ni..mcm bipolar pun ade..

Ini mungkin betul Lana Nordin kata dia tak tggal solat.
Sbb I ada beberapa kwn yg jenis kehidupan social diorang sgtlah mengerikan (eg: clubbing, pakai sexy nmpk lurah dendam segala) tp bila tiba bab solat mmg tak tggal. Kalo Iols kuar ngan diorang pegi tgk wyg ke jenjalan ke hape, sggah surau nk solat, diorang ni siap bwk telekung sndiri nk solat. Iols je pasrah pkai telekung surau/masjid. Ada yg pernah sebilik ngan Iols masa study dulu, mmg Iols tgk dgn mata kepala sndiri, solat tak tggal. Pada Iols, mmg kehidupan diorang mengerikan tp sekurang-kurangnya diorang tetap solat dan tak tggal solat. Iols doakan diorang dan org2 yg seangkatan dgn diorang ni berubah ke arah yg lebih baik drpd segi penampilan dan gaya hidup lepas ni. Amin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2014 01:53 AM | Show all posts
mungkin dia perli sbnrnya........ mungkin la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 04:06 PM GMT+8 , Processed in 0.071348 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list