CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: maxim

Liyana Manan Batalkan Tuntutan Fasakh, Hanez Suraya Bakal Didakwa?

[Copy link]
Post time 19-6-2014 01:20 PM | Show all posts
hem.... yg bujang elok cari yg bujang... kalu laki org dah burukkan isteri tu bkn contoh laki terbaik... esok kawin lagi ko lak di burukkan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2014 02:49 PM | Show all posts
kes adi putra akan dibuka semula uolls..tengok mana satu lebih hangat antara dua kes ni nanti ye. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2014 12:08 PM | Show all posts
*Credit to Harian Metro*

SEDIA UNDUR DIRI

Masalah dihadapi kekasihnya, Romie Razin Adilha dan isteri, Nur Liyana Manan berkaitan kes perceraian di mahkamah tiada kena mengena dengan dirinya.

Bagaimanapun, ada pihak masih tidak boleh menerima kenyataan dengan membuat pelbagai dakwaan dan cercaan di laman sosial terhadap dirinya.
Perkara itu membuatkan pelakon Hanez Suraya Abdul Aziz, 29, berasa tertekan. Apatah lagi dia harus berdepan perkara itu sendirian.

Ketegasannya dalam menangani masalah dihadapi disalah erti dan pernyataan maaf dibuat secara terbuka di laman Instagram miliknya belum cukup untuk memadam api kebencian pihak tertentu dan berkaitan.


Berusaha memberi pemahaman atas kenyataan diberi sebelum ini bahawa apa yang berlaku antara Romie dan Liyana tiada kaitan dengan dirinya, Hanez menyatakan bersedia berundur diri dan mengalah.

Tindakan itu dirasakan jalan terbaik dilakukannya jika ia dapat membuatkan semua pihak gembira. Harapannya cuma satu dirinya tidak lagi dikaitkan dengan masalah rumah tangga Romie dan Liyana yang bergolak sebelum mereka bertemu.

“Saya tidak mampu berbuat apa-apa. Bayangkan setiap kali isu perceraian Romie dan Liyana dibangkitkan, nama saya diheret sama. Dalam perbicaraan pun nama saya tidak disebut, tetapi alih-alih di laman sosial nama saya dikaitkan.

“Saya menjadi bahan cemuhan dan hinaan. Saya tidak faham mengapa ia terjadi, sedangkan sebelum ini saya tegaskan apa juga masalah yang berlaku antara Romie dan Liyana, jangan kaitkan nama saya,” katanya.

Kata Hanez, Romie dan Liyana harus selesaikan masalah mereka tanpa babitkan dirinya. Soal dirinya ketepikan saja kerana tahu perkara yang mereka hadapi sekarang sangat sensitif.

“Saya sudah korbankan hubungan kami. Cuma orang tidak tahu keputusan yang saya ambil sebab saya bukan jenis semua perkara mahu dipukul canang.

“Apa yang saya fikir sekarang mahu meneruskan kerjaya seni, tetapi nampaknya orang masih terus menuduh dengan membuat pelbagai dakwaan negatif. Saya habis punca walaupun mengambil keputusan sejauh ini,” katanya.

Hanez akui jika rumah tangga Liyana dan Romie boleh diselamatkan dan kembali bersama selepas ini, dialah orang paling gembira untuk mereka.

“Saya bersedia mengundur diri memandangkan masalah dihadapi hanya mereka yang tahu dan faham. Cuma saya minta apa juga masalah, selesaikan berdua dan jangan babitkan nama saya.

“Ini kali kedua saya menyatakan perkara sama. Jika saya tidak lagi ada dan wujud dalam hidup mereka namun masih dikaitkan, nampaknya saya menjadi kambing hitam dalam situasi berlaku dan ia sangat tidak bagus,” katanya.

Mengenai dakwaan mengatakan Hanez ‘kaki saman’ apabila membuat keputusan menyaman syarikat penerbangan apabila kakitangannya mendedahkan maklumat pesawat dinaiki, katanya, ia dibuat bagi memastikan keselamatan-nya terjamin.

“Saya tidak boleh memberi komen mengenainya, tetapi apa yang saya lakukan itu bagi menjaga hak peribadi. Ia termasuk dalam akta bahawa apabila kita menggunakan perkhidmatan de-ngan mana-mana syarikat penerbangan, maklumat peribadi tidak boleh didedahkan kepada pihak luar.

“Pihak yang menyelar saya atas tindakan itu melihat perkara ini dari satu sudut, tetapi ia sebenarnya sangat penting kerana mendedahkan maklumat pelanggan akan membuka ruang kepada ancaman keselamatan.

“Saya rasa sekarang ini andai ke mana-mana, diri saya tidak selamat dalam perjalanan. Perkara itu tidak seharusnya berlaku.

“Mereka menganggap tindakan saya negatif tetapi cuba fikir, tindakan kakitangan syarikat penerbangan itu bukan saja boleh mengancam nyawa saya, tetapi juga penumpang lain.

“Kalaupun mereka membenci saya, jangan sampai perkara itu boleh menyusahkan diri sendiri mahupun orang lain. Kita tidak tahu dengan sikap sedemikian ia boleh membuka perkara tidak baik.

“Apa yang saya buat bagi menegakkan hak saya sebab saya tidak pernah mengganggu hak privasi orang,” katanya.


Projek Kahwin beri kepuasan

Dalam berdepan kemelut kisah peribadi, Hanez turut sibuk menjayakan pementasan teater Projek Kahwin di Istana Budaya bermula 6 hingga 14 Jun lalu.

Hanez akui pembabitannya memberi kepuasan kepadanya apabila berpeluang menjayakan teater dan berganding dengan Izzue Islam, Sherry Al-Haddad, Zulin Aziz, Shah Iskandar dan Kaka Azraf.

Walaupun hanya tiga hari bermula 12 Jun untuk empat pementasan manakala hari lainnya dipikul Kila Fairy melakonkan watak sama, hakikatnya dia terbabit sejak hari pertama.

“Walaupun kali pertama, saya puas, apatah lagi melihat sambutan peminat sangat memberangsangkan. Namun, saya terkejut apabila ada yang mengatakan pementasan Projek Kahwin tidak mendapat sambutan.

“Tambah pula sebelum ini timbul ura-ura ada pihak mahu memulaukan teater itu kerana kontroversi yang melanda saya. Hakikatnya, selama tiga hari saya beraksi, ramai datang menonton,” katanya.

Hanez percaya sambutan menggalakkan itu antara lain disebabkan kunjungan peminat artis lain yang turut sama menjayakan teater muzikal itu.

Tidak cukup dengan itu, timbul cerita mengatakan Shah Iskandar yang turut menjayakan teater itu menyatakan pembabitan Hanez dalam Projek Kahwin menyebabkan ia tidak mendapat sambutan.

Kata Hanez, Shah mahu bersemuka dan menyelesaikan masalah ditimbulkan, tetapi mereka tidak dapat berbicara panjang mengenainya.

“Saya rasa ia tidak perlu, lebih-lebih lagi ia berlaku di hari pertama saya terbabit dalam pementasan itu. Saya tidak mahu nanti perkara itu mengganggu emosi dan tumpuan.

“Hendak memperkatakan perkara itu sekarang pun tiada gunanya sebab pementasan selesai. Secara peribadi, saya rasa ia tidak perlu diperkatakan dan diungkit lagi.

“Perkara berlaku biar berlalu. Saya tidak mahu memanjangkan cerita. Lagipun apabila difikirkan kembali, ia perkara kecil dan remeh dan tidak perlu diperbesarkan,” katanya.

Lebih penting, kata Hanez, apa yang diimpikan sudah terlaksana dan pementasan berlangsung dengan lancar tanpa masalah seperti dikhabarkan sebelum ini di mana ada ura-ura pihak tertentu mahu hadir dan membuat kacau.

Kata Hanez, buat masa terdekat dia akan berehat buat sementara bagi menguruskan produk syampu yang akan dipasarkan selepas hari raya nanti.

“Ini bermakna sepanjang Ramadan saya akan berehat. Selain menumpukan kepada amal ibadat di bulan puasa, saya berusaha memastikan stok untuk produk yang saya hasilkan dapat dipasarkan dalam waktu ditetapkan.

“Saya juga berharap tiada pihak mengaitkan usaha terbaru saya dengan Romie kerana perniagaan dijalankan milik saya menggunakan modal dan duit sendiri sepenuhnya,” kata-nya.

Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2014 12:54 PM | Show all posts
SeriBunga posted on 18-6-2014 08:39 AM
ade gak terbaca komen semalam
katanya kalu cerai talak lebih banyak yg dia boleh tuntut compare ngn ...

betul.. kalau tuntutan fasakh kemungkinan isteri takkan dapat apa-apa langsung sbb cerai atas tuntutan isteri.

cerai secara taklik.. semua tuntutan boleh jalan sekali..mutaah, harta sepencarian dsbgnya. tindakan bijak.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2014 01:12 PM | Show all posts
Cari je la orang lain HS..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2014 12:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Atas locus standi apa boleh didakwa atau disaman? Minta pencerahan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-6-2014 01:18 AM | Show all posts
kakasotong posted on 22-6-2014 12:08 PM
*Credit to Harian Metro*

SEDIA UNDUR DIRI

Ini pon kire mencanang la dek non oi...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2014 12:17 PM | Show all posts
HS ni undur diri buat sementara waktu je ni.. takut kne saman la tuh kan.. nnti lepas bercerai, dia bercinta balik ngan romiang.. uhuhuh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2014 12:25 PM | Show all posts
kang putus bebetul baru bertambah padan muka...
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2014 12:43 PM | Show all posts
booo..siap ckp awl2 biz syampu pki duit dia tak pki duit romiang..cam tak caye jer..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2014 12:47 PM | Show all posts
“Saya tidak mampu berbuat apa-apa. Bayangkan setiap kali isu perceraian Romie dan Liyana dibangkitkan, nama saya diheret sama. Dalam perbicaraan pun nama saya tidak disebut, tetapi alih-alih di laman sosial nama saya dikaitkan.

“Saya menjadi bahan cemuhan dan hinaan. Saya tidak faham mengapa ia terjadi, sedangkan sebelum ini saya tegaskan apa juga masalah yang berlaku antara Romie dan Liyana, jangan kaitkan nama saya,” katanya.


samada dia ni hilang ingatan atau gila
ada ke tak faham kenapa jadi bahan hinaan?
nak tuding jari kata org lain plak salah

selama ni kemain belagak kalo becakap
ni nak tarik2 diri plal
bukan aritu kata cemuhan dan hinaan jadi peneman tido???

owhh skali lagi dia mmg hilang ingatan
harap2 hilang ingatan terus
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 02:53 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2014 02:53 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 08:06 PM GMT+8 , Processed in 0.557418 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list