CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15545|Reply: 105

Han Sedia Masuk Islam, Nikah Tasha Shilla Tahun Depan!

[Copy link]
Post time 20-6-2014 12:12 PM | Show all posts |Read mode
Han Sedia Masuk Islam, Nikah Tasha Shilla Tahun Depan
[size=0.688em]
[size=0.75em]Tasha dan kekasihnya Han merancang untuk mendirikan rumah tangga pada 2015. Han juga bersedia mendalami Islam.


PETALING JAYA: Pelakon Tasha Shilla menjelaskan, kekasihnya iaitu Han Chen Wong, 24, sudah bersedia untuk memeluk Islam dan mereka juga merancang menamatkan zaman bujang masing-masing pada tahun hadapan.

Tasha atau nama sebenarnya  Natasha Sheila Abd. Razak, 27, memberitahu Han meluahkan keinginan itu bukan kerana mahu memilikinya tetapi cinta dia terhadap Islam sudah lama tersemat.

"Insya-Allah, Han sudah meluahkan hasratnya untuk memeluk Islam dan dia dalam proses ke arah itu. Malah kami juga sudah berbincang mengenai hubungan kami ke fasa seterusnya iaitu berumah tangga," kata Tasha kepada mStar Online.

Terdahulu Tasha baharu sahaja pulang dari Sydney, Australia dalam rangka percutiannya yang dibawa oleh AirAsia X pada 11 hingga 15 Jun lalu.

[size=0.75em]Aksi menarik Tasha ketika berkunjung ke Sydney 11 Jun lalu tajaan AirAsia X.


Tasha berkata, selama ini Han tidak pernah cenderung kepada mana-mana agama sehinggalah dia tertarik kepada Islam sebelum mereka berkenalan lagi.

Malah ujar Tasha, keluarga pemuda itu juga tidak menghalang hubungan mereka malah turut memberi sokongan terhadap keputusan Han itu.

"Saya bersyukur kerana keluarga Han benar-benar memberi sokongan malah mereka tidak menghalang anak mereka untuk berkahwin dengan saya serta memeluk Islam," katanya.

Tambah Tasha lagi, Han juga ada memberi cadangan untuk memanggil guru agama mengajar mereka hal-hal berkaitan Islam dengan lebih mendalam.

Mengenai tarikh perkahwinan Tahsa berkata,  buat masa ini mereka masih belum memperoleh mana-mana tarikh yang sesuai kerana perkara itu masih lagi baharu dibincangkan.

Ujarnya, sebagai anak sulung daripada tiga beradik, Han akan mengambil tanggungjawab mengambil alih perniagaan bapanya yang tinggal di Subang dekat sini dan meninggalkan kerjayanya sebagai ahli sukan Muay Thai apabila mereka berkahwin nanti.

[size=0.75em]Tasha (kiri) bersama ibunya Rosnah Suratman.


Dalam perkembangan berkaitan ibu Tasha iaitu Rosnah Suratman, 57, berkata keluarganya juga sudah bertemu dengan Han dan merestui hubungan berkenaan.

Malah ujar Rosnah bakal menantunya itu seorang yang baik selain mempunyai sifat sopan santun.

"Makcik tidak mengahlang hubungan Tasha dengan Han. Kalau ada jodoh, adalah. Kita doakan yang terbaik untuk mereka. Insya-Allah, makcik merestui hubungan mereka," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2014 12:17 PM | Show all posts
abg ia kata masa kwn tasya promoter dulu mak die nk kawenkan ank die ngan dato' je..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2014 12:19 PM | Show all posts
ingatkan Hans isaac....

betul betulkah berita ini...?

Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2014 12:23 PM | Show all posts
mak dia biasa je.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2014 12:28 PM | Show all posts
bgus la.. tp jangan la masuk islam sbb nk kawen semata-mata.. jalankan tunjawab sebagai umat islam y sebenarnya okeh
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2014 12:29 PM | Show all posts
muke Tasha ni mesti ikot ayah die..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-6-2014 12:31 PM | Show all posts
ingatkan hans isaac tadi. tanjat boboi
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2014 12:32 PM | Show all posts
Tasha berkata, selama ini Han tidak pernah cenderung kepada mana-mana agama sehinggalah dia tertarik kepada Islam sebelum mereka berkenalan lagi.

gitew katenye....poyo amat

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2014 12:33 PM | Show all posts
laaaa Jowo rupanya TS nie.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2014 12:39 PM | Show all posts
emaknya rupa macik2 biasa je. kalau selisih tepi pun tak tahu anaknya tasha shilalat
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2014 12:54 PM | Show all posts
tgk tajuk igtkn Hans Isaac (mentang2 la dia dh ptus dgn nelopak) hehe

tasah silah ni orang jawa rupanya...
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2014 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
bagusla.... biar dia masuk islam dgn tenang... xyah nk sebok psal tattoo dia...
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2014 12:58 PM | Show all posts
clarizsa posted on 20-6-2014 12:55 PM
bagusla.... biar dia masuk islam dgn tenang... xyah nk sebok psal tattoo dia...

Agreed...kita tak tau hidayah tue datang bebila ja kalau Allah mau
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2014 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Tatu...ish2
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2014 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
kenapa aku tengok stok stok lelaki itu mcm bersepah disini.. bdw tasha shila ni aku still suka lg pembawaan diri dia.. boleh lah cantik walaupun tak cantik sangat..
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2014 01:18 PM | Show all posts
malaywood.NET posted on 20-6-2014 01:01 PM
kenapa aku tengok stok stok lelaki itu mcm bersepah disini.. bdw tasha shila ni aku still suka lg pe ...

di mataku cantik je. takla meletup tp sesuai jah muka2 gini jd artis or promoter barang dkt butik mewah

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2014 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
rayna_raynes posted on 20-6-2014 01:18 PM
di mataku cantik je. takla meletup tp sesuai jah muka2 gini jd artis or promoter barang dkt butik  ...

sama lah maksud i kan u ols. masih dlm katogori cantik lg tp bukan cantik sangat..tp tengok gaya struktur wajah dia boleh dikatogori sebagai wanita jelita gak. tp mcm ada sesuatu yg kurang gitu di muka dia. i think dagu dan mulut dia kot. alah takda manusia yg sempurna.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2014 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak dia patut kena well-groom mcm mamasandha
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2014 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok la tu. Semoga segala urusan dipermudahkan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2014 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
malaywood.NET posted on 20-6-2014 01:23 PM
sama lah maksud i kan u ols. masih dlm katogori cantik lg tp bukan cantik sangat..tp tengok gaya s ...

..i rs biasa je..dia tkda lah jelita tp boleh lah kalau nk dikatakan ada rupa.ye la dh nama nye artis harus lah makeup beribu riban,pkai brg branded,suntik itu ini kologen tegang segala klo bsuk pn nmpk ada kelas gitu..tp i tk minat dia sbb annoying.tgok galaksi aritu terus jd tk minat dia nih.sekian.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 08:40 AM GMT+8 , Processed in 0.087686 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list