CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16112|Reply: 151

Farish Aziz berhabis RM16k demi menonton Piala Dunia di Brazil.

[Copy link]
Post time 24-6-2014 08:48 AM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR, 21 JUN 2014:
Kemeriahan kejohanan Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil kini sedang melanda seluruh dunia termasuk di Malaysia. Temasya yang hanya muncul empat tahun sekali ini sememangnya dinanti-nantikan oleh mereka yang  ‘gila bola’ dan sudah bersedia untuk memberi sokongan penuh terhadap pasukan kegemaran mereka.

Tidak terlepas, salah seorang selebriti terkenal (tp x pernah menang award popular) tanah air iaitu Farish Aziz yang sanggup terbang ke Brazil untuk menyaksikan pembukaan Piala Dunia FIFA 2014 di Stadium Arena Corinthians yang terletak di Sao Paulo, seterusnya menyaksikan perlawanan pembukaan antara Brazil menentang Crotia.
Menurut Farish atau nama sebenarnya Mohd Farish Bin Aziz Sulaiman, niat untuk menjejakkan kaki ke Brazil sudah lama dipendamkan sejak empat tahun lalu sewaktu kejohanan Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan.

“Sukan bola sepak sudah sebati dalam jiwa saya sejak kecil lagi dan impian untuk berada di kejohanan terhebat dunia ini sudah lama diimpikan. Bayangkan ini merupakan perjalanan paling jauh pernah saya tempuhi iaitu selama 16 jam semata-mata untuk menyaksikan kemeriahan piala dunia yang hanya dianjurkan empat tahun sekali.

“Jadi saya bersama seorang kawan baik, Johan ambil keputusan untuk simpan duit dan terbang ke Brazil demi menyaksikan perlawanan pembukaan antara Brazil menentang Crotia. Satu pengalaman yang cukup manis dan tidak mungkin akan dapat dilupakan sampai bila-bila,” ujar Farish Aziz sewaktu dihubungi Astro Gempak.

Jelas Farish lagi, dia telah menghabiskan wang tunai hampir RM 16,000 untuk kos perjalanan termasuk harga tiket untuk menonton perlawanan secara langsung di Stadium Arena Corinthians.


“Bayangkan saya belanja hampir RM 16,000 selama seminggu di sana termasuk harga tiket penerbangan, tempat tinggal, makan dan juga tiket untuk menonton perlawanan Brazil menentang Crotia.


“Perbelanjaan yang agak  besar tetapi masih berbaloi. Cuma agak terkilan kerana saya tidak sempat untuk saksikan perlawanan antara England menentang Itali kerana kesuntukan masa selain harga tiket yang terlalu mahal,” tambah Farish.

Selain itu, jejaka berusia 30 tahun ini sempat berkongsi pengalaman cemas melihat penyokong Brazil yang mabuk cuba mencetuskan pergaduhan dengan peminat pasukan Crotia selepas perlawanan.

“Kejadian berlaku sewaktu tamat perlawanan pembukaan. Saya dan Johan ambil keputusan untuk menaiki keretapi untuk pulang ke hotel penginapan. Dalam perjalanan kami di dalam keretapi, seorang penyokong Brazil yang sedang mabuk cuba membuat provokasi dengan mengejek sekumpulan penyokong Crotia.

“Saya agak cemas pada awalnya kerana takut akan ada pergaduhan besar, tetapi apa yang mengagumkan apabila penyokong Crotia tidak mudah melenting sebaliknya mereka sama-sama bergelak ketawa tanpa menimbulkan suasana tegang.

“Dari situ saya nampak sukan bola sepak sememangnya mampu mengeratkan lagi hubungan dari pelbagai benua dan negara. Insya Allah kalau ada rezeki mungkin Piala Dunia FIFA 2018 yang bakal dianjurkan di Rusia,” jelas Farish lagi mengakhiri perbualan.


http://www.murai.com.my/berita/tempatan/article/articleid/549259/farish-aziz-habiskan-rm16000-demi-menonton-piala-dunia-di-brazil



Last edited by RatuDunia94 on 24-6-2014 09:34 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-6-2014 08:49 AM | Show all posts
Gambar2 :
http://instagram.com/farishaziz













Last edited by RatuDunia94 on 24-6-2014 08:52 AM

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 08:58 AM | Show all posts
semangatnya ... bini tak ikut ke
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 08:59 AM | Show all posts
bnyknya duit depa ni..seronoknya dpt jln2..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 09:00 AM | Show all posts
farish aziz ni sapo?selebriti terkenal kata nyer?
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 09:00 AM | Show all posts
seronoknya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-6-2014 09:01 AM | Show all posts
bersemangat betol..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Hensem  dia ni sbnrnya..
X nmpk mcm 30an
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2014 09:04 AM | Show all posts
mesti excited gilaaaa sebab dah lama tunggu kan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 09:05 AM | Show all posts
Siapa die?
Pelakon penyanyi pengacara siapa siapa???

Whyyy aku xkenal tp kate selebriti popularrrrrrrrr.   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2014 09:06 AM | Show all posts
harkktuih posted on 24-6-2014 09:00 AM
farish aziz ni sapo?selebriti terkenal kata nyer?

pelakon & pengacara di Astro..

Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 09:07 AM | Show all posts
Kalau dah mampu dan minat, mengapa tidak?
Mak teh pun teringin nak pi brazil....
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 09:07 AM | Show all posts
harkktuih posted on 24-6-2014 09:00 AM
farish aziz ni sapo?selebriti terkenal kata nyer?


den pon fkr bende yg sama~
sapekah beliau?


Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 09:07 AM | Show all posts
sapa jantan neh?? selebriti bidang mana?? pengacaraan? nyanyian?? lakonan??? atau stok tempelan tin kosong??
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 09:07 AM | Show all posts
16 ribu? ok la berbaloiii...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 09:09 AM | Show all posts
kalau mampu apa salahnya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2014 09:13 AM | Show all posts
wow bestnya!
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 09:22 AM | Show all posts
kalau ada kemampuan apa salahnya .................. aq pun teringin nk gie gak tp nk tunggu pasukan bolasepak Malaysia masuk World Cup   
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 09:28 AM | Show all posts
mahal jugak eh ..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2014 09:30 AM | Show all posts
dari beli beg chanel baik jalan2..

mahappp.. jangan lahar aku..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 08:12 PM GMT+8 , Processed in 0.089824 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list