CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 51447|Reply: 309

Aku berbual sorang-sorang ke, dalam Lif?(pengalaman sendiri)

[Copy link]
Post time 26-6-2014 11:46 AM | Show all posts |Read mode
Aku berbual sorang-sorang ke, dalam Lif?

Selepas selesai pulang dari kerja, aku dijemput lah datang lepak kerumah kawan aku, (Kondominium dirahsiakan) dia baru pindah sana.

Semasa perjalanan nak ke sana, hati aku rasa macam tak sedap lah, tapi takda pula nampak benda-benda aneh sepanjang nak ke rumah kawan aku tu.



Sampai je Kondominium kawan aku, aku turus cari parking visitor (pelawat).Keadaan persekitaran macam biasa je, angin bertiup sejuk je. Aku ni jenis tak takut benda-benda halus, bukan cakap besar tapi kalau terjumpa nak gak tengok, hehe (gurau je taw).

Aku pun berjalan ke tempat lif, aku seorang je yang tunggu lif masa tu jam 2 pagi. Pintu lif pun terbuka, kawan aku tu tinggal tingkat 5. Apabila aku masuk je pintu lif tiba-tiba datang seorang perempuan lari kejar nak masuk  lif. Dengan selamber dia tahan pintu lif guna kaki dia. Aku pun cepat-cepat tekan butang buka!

Perempuan tu pun masuk, dengan muka tak senyum langsung. Dalam hati aku cakap, "eh perempuan ni tak sakit ke tadi terkepit kat pintu lif" Nak tanya macam seram pulak, mana tak nya muka pun xda senyum.

Dia tekan tingkat 21, dalam hati "mak ai tingginya ko sewa" lepas tu tiba-tiba dia tanya aku! "awak buat apa kat sini? pergi rumah siapa"?

Aku pun jawab, pergi rumah kawan, dia baru pindah sini minggu lepas. Dah dia tanya aku, aku pulak tanya dia, " awak tinggal bujang ke"? Tinggi ya awak sewa. (Sebab masa dia tanya muka dia macam cun pulak).

Kisah seramnya bermula kat sini : -

Kau bayang kan aku nak turun tingkat 5, Dia tingkat 21 macam mana aku dan dia boleh ada lama dalam lif tu!!!!!!!!!!  sampai aku baru tersedar dah sampai tingkat 18!!! aku pun keluar dari lif itu!


Gambar contoh


Terus tukar lift sebelah nak turun balik. Yang seram nya lif tu tak naik sampai tingkat 21 la!!!!! dammnn!!!! bulu roma bulu kaki semua da naik! Perempuan tadi tu hilang cam tu je! Padahal baru tanya satu soalan. Tu pun dia x jawab, senyum je!

Inilah kisah aku masa naik lif! cerita macam tak seram, tapi sesiapa yang mengalami situasi macam aku baru taw!!!


Sambungan lepas aku keluar dari lif tu, aku tukar lift sebelah nak turun balik,

Aku pun turun la, ada lif dari bawah G floor naik (masa ni aku da kat tingkat 18 la) aku da mula lah rasa x sedap (padahal x caya benda halus) lif pun sampai tingkat 18 (kosong) ye la 2 pagi siapa je nak keluarkan. dari tingkat 18 tiba berhenti kat tingkat 16, buka je pintu!!!! lif perempuan tadi la!!!! siakkkk dalam hati aku, ni memang hantu ke sundal! (takut-takut maki gak dalam hati). Arrggg aku wat bodoh je la! dia pulak gatal tanya aku! "bukan ke awak nak turun tingkat 5?" (aku x jawab pun apa dia tanya)

Dalam hati eh! "perempuan ni tadi aku duk borak dengan kau la sampai terlepas ke tingkat 18". Bunga melur dia pulak penuh dalam lif tu. Benda yang sama gak jadi! aku dengan dia macam lama je dalam lif tu, aku pulak macam bodoh je. Tiba-tiba handphone dia bunyi la, nak taw lagu apa ringtone dia? " Menanti Kekasih " tapi tak full pun ringtone dia. "Arrggg dalam hati alamak cepat la lif!!! turun!" aku taw lagu tu sbb kawan aku ada pasang dulu masa dalam kereta.

Nak sedap kan hati! aku pun buat-buat la tanya dia, hi awak sedap ya lagu siapa tu? "Dia jawab lah! Menantiiii kekasih" korang paham x?????? Dia menanti kekasih la!!!! bulu segala bulu naik la!! (tengah taip ni pun naik seram!).

Sambungan : -

Lepas tu dia bersiul-siul pulak. " Sambil tanya aku, awak boleh tak ikut saya pergi rooftop?" aku diam je memang x la kan nak layan dia. tengok dia lagi x berani( dia sebelah aku) dia tanya lagi "awak teman saya sampai depan pintu boleh?" aku diam je. Disebabkan aku x layan dia, dia menangis pulak!!! (lahanat betul) hati dah x sedap ni. Masalahnya aku rasa lama sangat dah ni dalam lif! adakah nasib aku malang jumpe perempuan ni.

Lift pulak tiba-tiba berhenti tingkat 10!!(tapi pintu x bukak,macam jam la) bayang kan dari 18 turun 16 turun 10 macam lama sangat ni! Baca doa banyak-banyak dalam hati, ayat qursi semua. Phone aku pulak battery abis! kalu x da lama aku bukak azan dalam lif tu!

Situasi sekarang macam saja je! nak aku lama-lama dalam lif tu n perempuan tu! " Dia tanya aku lagi, kenapa lif ni berhenti?" aku diam je takut nk jawab. Lepas tu!!! dari tingkat 10!!!! lif x turun! naik balik la!!! (barua betul) memang setan ke perempuan ni! aku dah macam teperankap pulak dengan dia!.

"Dia tanya aku lagi sekali, teman la saya takut nak balik sorang-sorang" Tiba-tiba aku terfikir, hmm mugkin lepas aku teman dia sampai rumah dia tak kan ganggu aku lagi kut. Ok dengan selamber je! ( kata x caya benda halus) aku jawab " ok saya teman awak" dia xjawab apa, dia senyum je. (memang cun bila dia senyum).

Sambungan : -

Hairan bila nak ke tingkat 21 (rumah perempuan tu) lif macam biasa je naik cepat je sampai. Sampai je depan pintu rumah dia no T-5-21 dekat pintu rumah dia penuh bunga melur dia gantung, kat lantai pun ada bersepah. Dia pun senyum bila da sampai rumah dia. (Dalam hati aku macam lega, maknanya dia memang manusia la kan) aku anggap apa-apa yang aneh td pekara biasa je.

Aku pun pergi la ke tempat lif nak turun la tingkat 5, lif pun jalan macam biasa. Aku rasa lega je aku pun terus ke rumah kawan aku. Kawan aku tegur aku, "asal kau lama sangat?" aku pun cakap la ada hal sikit, (malas nak cerita apa jadi tadi). Esok pagi jam 10 aku saja naik atas tingkat 21 cari rumah perempuan semalam tu T-5-21 (sure x salah, aku igt no rumah dia) tapi hairan xda pulak  bunga melur, semalam ada. Arrrgg biar la...

Sekian tamat.





Last edited by tykarib on 26-6-2014 01:21 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2014 11:54 AM | Show all posts
kire ko terlepas tgkt 5, tanpa sedar? walhal borak sikit je? huhu seram seh
ko lelaki eh
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 11:55 AM | Show all posts
wahhh seram gila weh. takde bau wangi ke busuk ke? mmg btol muka manusia ke? free hair?
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 11:56 AM | Show all posts
laaa..cane lif tu tak bukak pintu kt level 5.
nasib la smpt keluar level 18, klau tak msti dah masuk rumah dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2014 11:59 AM | Show all posts
duniaku85 posted on 26-6-2014 11:56 AM
laaa..cane lif tu tak bukak pintu kt level 5.
nasib la smpt keluar level 18, klau tak msti dah masu ...

aku pun pk bnda sama! wey aku nk cita lagi tp ada kerja skit... jap ya, keadaan mmg simple tp seram!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2014 12:01 PM | Show all posts
lolali posted on 26-6-2014 11:55 AM
wahhh seram gila weh. takde bau wangi ke busuk ke? mmg btol muka manusia ke? free hair?

xda bau apa2 tapi hairan dia pakai bunga melur kat rambut dia. macam india nk g sembahyang. aku x nk la pk bukan2 masa tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-6-2014 12:01 PM | Show all posts
tykarib posted on 26-6-2014 11:59 AM
aku pun pk bnda sama! wey aku nk cita lagi tp ada kerja skit... jap ya, keadaan mmg simple tp sera ...

sila2..ko buat keje dulu..
tp ok la kan..sbb hantu yg ko jumpa ni nk bercakap.
ada sesetengah hantu ni dia pendiam sket
sedar2 je hilang camtu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2014 12:01 PM | Show all posts
dee_dee posted on 26-6-2014 11:54 AM
kire ko terlepas tgkt 5, tanpa sedar? walhal borak sikit je? huhu seram seh
ko lelaki eh

yes terlepas smpai tingkat 18! gender rahsia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2014 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib la tak naik sampai atas
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2014 12:02 PM | Show all posts
duniaku85 posted on 26-6-2014 12:01 PM
sila2..ko buat keje dulu..
tp ok la kan..sbb hantu yg ko jumpa ni nk bercakap.
ada sesetengah ha ...

xda bau apa2 tapi hairan dia pakai bunga melur kat rambut dia. macam india nk g sembahyang. aku x nk la pk bukan2 masa tu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 12:02 PM | Show all posts
cepat sambung.. menarikkk ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 12:03 PM | Show all posts
seramm siott hantu lift.. nama kondo dirahsiakan tp bgtau la kami kat area mana tuh? takkan area mana pun nak rahsia kan?
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 12:03 PM | Show all posts
tykarib posted on 26-6-2014 12:02 PM
xda bau apa2 tapi hairan dia pakai bunga melur kat rambut dia. macam india ...

oo klau pkai bunga pagi2 buta tu sah2 la mahkluk lain
anak dara zaman skrg mne ada pkai bunga2 ni kt rambut
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 12:05 PM | Show all posts
seram la pulak. Lift2 ni mmg aku fobia.. kalo masuk sorang mesti aku diri kt bhgn sudut blakang.
haha.. pengaruh filem antu..
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 12:11 PM | Show all posts
aku tak berapa nak paham...mcmana ko sedar pompuan tu hilang?
ko keluar, tekan butang turun, pas tu lif yg sama terbuka, dan pompuan tu xde dlm tu?
begitu kah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2014 12:14 PM | Show all posts
Sambungan lepas aku keluar dari lif tu, aku tukar lift sebelah nak turun balik,

Aku pun turun la, ada lif dari bawah G floor naik (masa ni aku da kat tingkat 18 la) aku da mula lah rasa x sedap (padahal x caya benda halus) lif pun sampai tingkat 18 (kosong) ye la 2 pagi siapa je nak keluarkan. dari tingkat 18 tiba berhenti kat tingkat 16, buka je pintu!!!! lif perempuan tadi la!!!! siakkkk dalam hati aku, ni memang hantu ke sundal! (takut-takut maki gak dalam hati). Arrggg aku wat bodoh je la! dia pulak gatal tanya aku! "bukan ke awak nak turun tingkat 5?" (aku x jawab pun apa dia tanya)

Dalam hati eh! "perempuan ni tadi aku duk borak dengan kau la sampai terlepas ke tingkat 18". Bunga melur dia pulak penuh dalam lif tu. Benda yang sama gak jadi! aku dengan dia macam lama je dalam lif tu, aku pulak macam bodoh je. Tiba-tiba handphone dia bunyi la, nak taw lagu apa ringtone dia? " Menanti Kekasih " tapi tak full pun ringtone dia. "Arrggg dalam hati alamak cepat la lif!!! turun!" aku taw lagu tu sbb kawan aku ada pasang dulu masa dalam kereta.

Nak sedap kan hati! aku pun buat-buat la tanya dia, hi awak sedap ya lagu siapa tu? "Dia jawab lah! Menantiiii kekasih" korang paham x?????? Dia menanti kekasih la!!!! bulu segala bulu naik la!! (tengah taip ni pun naik!)

Jap aku sambung.....
Last edited by tykarib on 26-6-2014 12:21 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-6-2014 12:15 PM | Show all posts
khailya posted on 26-6-2014 12:02 PM
cepat sambung.. menarikkk ni

dah sambung post #16 sorry lambat sikit, kat office ni curi2 main forum.
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 12:15 PM | Show all posts
adui... seram giler, borak 2-3 ayat, laju bebenor lif tu smpai tgkt 18, lgpon xknlaa x berbunyi ting
menandakan dah smpai tgkt 5.. serammmm wehh... pakai bunga pulak kat rambut.. adoiii...
pengsan..
Reply

Use magic Report

Post time 26-6-2014 12:16 PM | Show all posts
kalau naik lif lg 1 mmg la pompuan tu takde kan? sbb dia dlm lif yg mula2 td?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2014 12:18 PM | Show all posts
Cyempaka posted on 26-6-2014 12:11 PM
aku tak berapa nak paham...mcmana ko sedar pompuan tu hilang?
ko keluar, tekan butang turun, pas tu ...

kan aku terus keluar dari tingkat 18. ppuan tu plak tekan tingkat 21. lepas aku keluar lif tu x sampai tingkat 21 pun. tu yg aku da mula syak apa2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:08 AM GMT+8 , Processed in 0.071659 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list