CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3304|Reply: 8

Berebut Jawatan Menteri Besar Selangor Kerana Dana Berbilion Yang Ada

[Copy link]
Post time 8-7-2014 01:01 PM | Show all posts |Read mode







Parti rusuhan jalanan, PKR semakin tenat apbila terus dibelenggu satu persatu dengan masalah dalaman yang serius.

Kemelut pertelagahan antara kem Azmin Ali dan Khalid Ibrahim masih terus membara tanpa tanda-tanda ia akan reda sedikit pun.


Terbaru timbul isu pengantungan dua pegawai kanan Khalid iaitu setiausaha politik beliau, Mustapha Mohd Taib dan bekas setiausaha politik menteri besar itu, Faekah Husin.


Mustapha digantung keahlian PKR kerana didakwa mengugut seorang calon supaya tidak bertanding jawatan ketua cabang di Selangor.


Faekah pula diberi surat tunjuk sebab kerana didakwa menggunakan saluran media untuk mengkritik Shamsul Iskandar Md Akin, ahli parlimen Bukit Katil yang mendesak agar Khalid meletakkan jawatan.


Jika dibedah dan diteliti kes tindakan disiplin terhadap kedua-dua pegawai menteri besar ini ternyata ada tangan ghaib yang memanipulasi jawatankuasa disiplin parti untuk kepentingan peribadi.


Jika dikatakan tangan ghaib itu adalah timbalan presiden parti itu sendiri, Azmin, maka jawapannya adalah tidak jauh daripada kebenaran.


Sememangnya Azmin lah yang bertanggungjawab merancang supaya Mustapha dan Faekah dikenakan tindakan oleh parti bagi melemahkan kedudukan Khalid.


Ini adalah sebahagian daripada komplot untuk menjatuhkan Khalid dan menaikkan presiden PKR pada jawatan menteri besar.


Malangnya Azmin mungkin lupa bahawa Khalid dan Dr Wan Azizah Ismail adalah dari satu kem yang sama yang menentang Azmin sejak awal krisis beliau dengan menteri besar.


Faekah adalah kroni Dr Wan Azizah yang telah mendapat begitu banyak habuan yang lumayan dan kepentingan sejak PKR memerintah Selangor.


Faekah juga adalah nominee kepada presiden parti dalam segala keuntungan daripada projek-projek yang dianugerahkan kepada Dr Wan Azizah.


Tidak pelik jika Shamsul yang mendesak supaya Khalid meletak jawatan tidak pula diambil tindakan disiplin kerana beliau adalah kroni kepada Azmin.


Apabila Shamsul bersuara sebenarnya yang bercakap adalah Azmin yang menggunakan kroninya iti untuk melalak.


Isu pertelingkahan antara Azmin dan Khalid bukan setakat politik sahaja tetapi lebih mendasar adalah mengenai pihak siapa yang mengawal dana kewangan Selangor.


Sebagai negeri termaju dan terkaya di negara ini, Selangor adalah penggerak utama ekonomi serta penyumbang utama pendapatan Malaysia.


Sudah tentu menteri besar yang berkuasa penuh ke atas dana yang berbilion ringgit juga mempunyai kuasa luas untuk meluluskan mana-mana projek kepada pihak yang menyokongnya.


Di sinilah punca sebenar mengapa Azmin beriya-iya hendak menjatuihkan Khalid kerana sejak lawannya memegang jawatan tersebut, beliau dan kroni-kroninya boleh dikatakan disish terus daripada mendapat apa-apa habuan projek.


Ketika Azmin dan kuncu-kuncu berputih mata melihat pembahagian projek-projek lumayan dibahagi-bahagikan oleh Khalid kepada kem Dr Wan Azizah dengan diketuai oleh Faekah, maka timbullah rasa tidak puas hati yang amat mendalam di kalangan kumpulan yang anti-menteri besar.


Natijahnya parti sendiri dijadikan pertaruhan untuk berebut kuasa dan ketua umum, Anwar Ibrahim kelihatan tiada bermaya atau mempunyai pengaruh langsung untuk menyelesaikan masalah yang berpanjangan ini.


Walaupun banyak kali telah diadakan sesi pertemuan untuk merungkai krisis antara mereka berdua namun satu nasihat Anwar pun tidak diambil pusing oleh Azmin atau Khalid.


Sebenarnya Anwar hanyalah tunggul yang tidak mempunyai fungsi hakiki di dalam PKR kerana beliau sendiri dibelenggu dan dihantui oleh masalah peribadi yang serius.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2014 07:25 AM | Show all posts
dana S'gor kan dah banyak..bukang meke ajoh berebut ...pikahak geng meno puuung samo ...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 07:22 PM | Show all posts
sama jer PKR UMNO ni.....berasal dr keturunan kaki pow....tak dpt project....tak dpt duit merajuk bagai.....kena pujuk skit bg duit....bg project masuk balik parti masing2.....tgk member lagi kaya....pegi jumpa exco mintak project.....tak dpt project merajuk lagi.....mcm tu laa rutin ahli2 UMNO PKR ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 12:17 AM | Show all posts
tak dapat ku bayangkan kalo dapat federal camane.. ada orang kata PAS paling power... tapi DAP paling maintain menang... PKR pulak... dot dot dot... kawan bnyk tutup mata je.. jem kreng... malaysia kena ada opposition power bai... ni cakap BN teruk.. tapi cam dalam tempoh sekarang ni cam terbalik je... suh LGE bawak investment banyak sikit masuk.. jangan asyik cari salah orang jugak... (eh patut ni cite dalam thread lain ni...)
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2014 01:30 AM | Show all posts
di mana ada duit di situlah orang nak pergi
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2014 02:19 PM | Show all posts
Ado sekor…anok tupai…
Atas jula mokte…
kudung ekor..perut lapar…
jale cari make….(2x)
(2x)

kejadie Tuhe..dipanggil namo tupai..
asalnyo dale hute…
sejenis mamalia…
(2x)

kalu pasal jakit kot dehe…
diolah yang paling panda…
jatuh jaghe-jaghe
kerano dio tok sobar…

panda-panda tupai melopat
jatuh tanoh jugok…
nok wi kabar..oghe jahat…
jange terlajak manggak…

ooo…oghe zaman dulu…
pakat hambat tupai…
bimbang ko woh kayu …
takut tok de besar…
(2X)

nyo durian duku…
kalu de nyo kerit tupai…
pendek tahun tuh…nyo durian tok de nok jual…

ooo…sekat bedil ado…
tupai habih mati..
hok ni lah sayo raso..
kito sgt rugi..
(2x)

kito manusia…tinggi mano pon kito ngaji..
nok wak tupai sekor tentu skali nyo tok jadi

oooo…raso siye sunggoh….
tgk sekor anok tupai..
krano terlajok kuruh..
sapa tokleh niti pagar…
(2x)

bulu-bulu pon habis luruh…
air mato bera-bera…
maghi dale baruh bokali keno racun bakar..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-8-2014 06:24 PM | Show all posts


aittttt...    tt tongong multinic terkincit tidak kutuk dan pitnah PAS..  pelik gak
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2014 10:10 PM | Show all posts
sekapal pn kecoh berebut mb..

wat malu kat penyokong jea pkr nie
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2014 01:06 PM | Show all posts
jack_ainsley posted on 24-7-2014 12:17 AM
tak dapat ku bayangkan kalo dapat federal camane.. ada orang kata PAS paling power... tapi DAP palin ...

orang melayu di selangor dah nampak pakatan memerintah nak pulun duit masuk poket untuk kempen politik mereka,bila tak dak duit masuk dalam parti tu yang diorang pakat nak buang MB,NAMPAK SANGAT KESERAKAHAN MEREKA DALAM MEMERINTAH TIADA INTEGRITI DAN KEIKHLASAN.
DIA DAH TUNJUK BELANG!!!!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:26 PM GMT+8 , Processed in 0.068976 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list