CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: emmaisa

kisah2 misteri yg kualami

  [Copy link]
 Author| Post time 12-7-2014 02:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Kita org sampai kl semula hari khamis ptg, terus blk rumah dulu letak barang2 kat rumah sblm ke rumah mak mentua ambik anak2 dan bibik. Mlmnya kami dah ada kat rumah kami semula.

Lepas anak2 dah tido, aku dan hubby duduk2 kat kusyen ruang tamu borak2 dan tgk tv.

tiba2 aku rasa letih yg amat sgt...aku pun baring kat kusyen. Mata aku rasa berat mcm tak blh buka dah...kepala aku pun rasa berat...

Last edited by emmaisa on 12-7-2014 03:12 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-7-2014 03:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Dada aku rasa sempit, macam kena sesak nafas...susah nak bernafas...aku capai tgn hubby. Hubby tanya kenapa? Kenapa?

Tgh dlm panik takleh nafas tu, pakcik kat dlm kapal terbang tadi tiba2 ada kat depan aku.

dia kata kat aku tolong carikan anak dia. Aku cakap aku tak tau siapa anak dia dan tak tau mana nak cari. Pakcik tu asyik ulang ayat yg sama mintak aku carikan anak dia. Aku tgk muka pakcik tu kesian sgt, jadi aku angguk aje kepala.

hubby baca2kan ayat qursi kat telinga aku, pastu aku tertidur.  Esoknya aku byk menung aje. Dahlah dr mekah aku mmg kena demam dan batuk2..blm pulih sepenuhnya.

mlm tu aku baring aje kat ruang tamu sbb letih badan. Batuk2 pun tak hilang lagi. Dlm baring2 tu aku tertidur jugak...dan aku bermimpi seolah2 aku masih di masjidil haram...bila aku masuk ke ruang solat muslimah semua perempuan di situ pandang aku. Aku terus terjaga...dan dada aku sesak lagi.

hubby yg mmg blm tidur sedar keadaan aku dan dia duduk dekat dgn aku.

tiba2 aku nampak pakcik tu lagi. Dan ada seorang lagi lelaki dlm umur 30 ke 40an. Mereka berpelukan. Pakcik tu tak pandang aku pun. Tapi lelaki yg muda tu kata terima kasih kerana temukan dia dgn ayah dia. Lepas tu dia org berdua pun hilang.

Sejak tu aku asyik fikirkan sampai skrg...siapa mereka dan kenapa aku?

Aku ada ceritakan pada beberapa org ustaz tentang hal ini...mereka berpendapat anggaplah itu ujian dari Allah. Last edited by emmaisa on 12-7-2014 03:30 AM

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2014 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
my opinion..tt kan jenis nampak bende2 ni thats why pakcik tu lalu lalang n mntak tlg kt tt huhu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2014 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
hanna88 posted on 12-7-2014 04:59 PM
my opinion..tt kan jenis nampak bende2 ni thats why pakcik tu lalu lalang n mntak tlg kt tt huhu..

Sbnrnya klu kita jenis yg senang nampak2 ni kdg2 berguna tapi selalunya tak best la...
Sbbnya selalu terkejut terkejut...masa kecik2 selalu kena demam terkejut...hasilnya mlm2 tak boleh tido dlm gelap...klu gelap aje jadi panik...kdg2 kena bebel jugak dgn mak bapak kata kita ni penakut...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2014 10:25 PM | Show all posts
emmaisa posted on 13-7-2014 09:33 PM
Sbnrnya klu kita jenis yg senang nampak2 ni kdg2 berguna tapi selalunya tak best la...
Sbbnya sel ...

betol tu..sy ni penakut gak..xde la nampak ke ape..tp mmg mak suka mcm x percaya ckp kite
tapi sebanarnye dia tau cuma dia x nak anak dia takot or ikot perasaan takot tu kan

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2014 10:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya...betul tu hanna...kita pun buat perkara yg sama kat anak2..utk jadikan dia org berani...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-7-2014 03:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Kemisterian apakah ini?

Sejak aku cerita pasal rumah lama dan rumah baru...tiba2 rumahku sekarang berlaku perkara2 yg sudah lama tak berlaku...

siang tadi anak ke3 takut nak ke dapur sbb dia kata nampak black shadow. Dia nak ke peti ais pun tutup mata dan telinga.

mlm ni aku blm dapat tidur sbbnya anak2 meragam tak mau tidur...bila dah reda semuanya, baru aku nak lelapkan mata sekitar pukul 3pg tadi, anak no 4 nak susu...aku pun turun ke bawah...tgk2 maid aku tercegat kat meja makan. Muka pucat. Aku tanya kenapa? Tak jawab, mukanya ketakutan. Aku tanya lagi, kenapa?

Dia kata ada org di dapur. Aku pun cepat2 call hubby mintak dia balik cepat. Dia keluar sejak lepas isyak gi jumpa kwn2 teh tariknya. Sementara tunggu hubby balik aku call polis. Polis suruh buka semua lampu dlm dan luar rumah sementara tunggu dia org dtg ronda.

bila dah tenang sikit aku pun tanya balik maid aku slow2 sbb maid aku ni mmg penakut dan ada potensi panik melebihi had.

dia kata dia tgh cuci botol susu baby kat sinki dapur tiba2 dia dengar ada suara org berdehem kat belakang dia. Aku tanya dia "maksud kamu suara dlm rumah?" Dia jawab ya. Aku tgk ke tv. Tv tutup. Cuma bunyi ngaji kat laptop.

aku pun duduk kat depan tv sementara tunggu hubby balik. Bukak tv, pasang live solat tarawih kat oasis. Tapi fikiranku tak dpt lari dpd mengaitkan bayang hitam yg anak ku nampak siang tadi dgn suara dehem yg maid aku dgr kul 3pg tadi.

Bila hubby balik barulah aku temankan maid ke dapur. Utk sedapkan hati dia, aku katalah mungkin roh org yg kamu kenal dtg melawat kamu bln puasa ni. Aku pun tak pasti betul ke tak tapi nampak la muka dia lega sikit lepas tu.

Last edited by emmaisa on 14-7-2014 03:55 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2014 09:06 AM | Show all posts
lebih kurang pukul 4.10 pagi baru aku dapat tidur...
masa tidur tu aku mimpi aku dan hubby kat dalam kereta tgh lalu kat satu kawasan hutan kecil...
tiba2 hubby brek kereta mengejut sebab ada sorang budak berdiri kat tgh2 jalan...
bila tgk ke tepi jalan family dia ada kat tepi tu tgh duduk2 kat situ
aku jerit kat orang tu marah sebab tak jaga anak dia biar aje budak tu main kat tgh jalan. nasib baik tak kena langgar dgn keta kita orang.
family tu ada seorang lelaki tua, dan isterinya maybe, dan seorang perempuan muda, mungkin anaknya dan budak tadi...tak pasti budak tu lelaki ke perempuan
tapi yg aku ingat dlm mimpi tu, lepas aku marah dia orang sebab biarkan budak tu kat tgh jalan, yg lelaki tua tu dia punya tenung kat aku macam marah betul sebab aku jerit kat dia tu...

bila aku terjaga, aku tgk jam pukul 4.40pagi...1/2 jam aje tido pun boleh mimpi?
disebabkan aku sepanjang malam berjaga, aku pejamkan mata sebab dah ngantuk sangat....tapi susah nak tido...last2nya aku bangun, mintak hubby temankan gi dapur, siapkan hidangan untuk sahur

lepas sahur, aku tanya balik kat maid aku tu, kat mana exactly dia dengar suara dehem tu, dia kata betul2 kat belakang telinga dia...pastu dia kata, sebenarnya sebelum ni dah 2 kali dia kena macam tu....aku tanya bila kena? dia kata sekali tu dia dgr suara budak...masa ni aku terus teringat mimpi tadi yg aku & hubby hampir terlanggar budak tu...pastu kali ke2, masa dia tgh nak masukkan kain kat washing machine kat belakang rumah, dia kata dia nampak orang lelaki lalu kat belakang dia...dia ingat suami aku...tapi bila dia tgk balik takde sesiapa...

dlm 5.30pg tadi, aku pun naik semula ke atas, selalunya aku tak tido lepas sahur, tapi hari ni aku tak larat la, aku tido terus...tapi tido2 ayam...sebabnya aku asyik terjaga aje tgk hubby aku kejap2 bangun bukak pintu bilik check kat luar...aku tanya hubby kenapa? dia geleng2 kepala aje, suruh aku tido...tapi aku dapat dengar la dlm tido2 ayam tu, bunyi pintu bukak tutup bukak tutup kat area bilik tido anak aku...tapi bila tengok kat situ takde apa2 pun, anak aku tgh tido kat katil dia...tak nampak pun pintu terbukak...bunyi pintu bukak tutup bukak tutup tu sampai kul 6.30 pagi tadi.  

6.30pg, aku bangun nak solat subuh, aku keluar kejap dari bilik, tengok kat luar bilik tido aku, penyapu yg selalu letak kat tepi tangga dah melintang kat tgh2 ruang family.  aku jenguk ke bilik tido anak aku, anak aku dah kat bawah tunggu hubby hantar dia gi sekolah...pastu aku jenguk ke bilik maid aku, tengok almari baju dia terbukak, dan mop lantai dia sandar aje kat tepi dinding bilik dia...aku agak, tadi dia tgh mop lantai, maybe terdengar bunyi pintu tu, dia lari ke bawah tinggalkan mop tu kat bilik dia...sebabnya dia tak pernah buat macam tu....

lepas solat aku cerita kat husband aku pasal mimpi tu dan apa yg maid aku cerita masa lepas sahur tadi, hubby aku nampak risau jugak muka dia...sebabnya ni pertama kali sejak kami pindah ke sini 2 tahun lepas kena kacau sebegini rupa..bulan2 puasa pulak tu...

dan sekarang, baru aku teringat...mlm tadi dlm kul 1-2 pagi, aku dengar bunyi cakar2 kat tingkap bilik...selalunya kita orang tak pernah tutup tingkap bilik sebabnya nak fresh air, rumah tak pasang aircond...tapi disebabkan malam tadi hubby aku gi keluar jumpa geng dia, aku tutup semua tingkap bilik tido tu...

walaupun seram...tapi aku yakin Allah sentiasa lindungi kami...mudah2an tak bertambah teruk...klu ada perkembangan baru, akan ku update lagi nanti... Last edited by emmaisa on 14-7-2014 09:47 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2014 11:21 AM | Show all posts
cheek-in tq tt..kipidap kipidap...

try pasang cam kat laptop tu pastu rec, tgk ape jadi...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2014 12:03 PM | Show all posts
hurmmm lidi penyapu..adalah salah satu cara nak halang entiti masuk melalui atau mnembusi pintu tersebut....ada caranya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2014 12:09 PM | Show all posts
mute posted on 14-7-2014 11:21 AM
cheek-in tq tt..kipidap kipidap...

try pasang cam kat laptop tu pastu rec, tgk ape jadi.. ...

pagi tadi terfikir jugak nak buat camtu...
tapi rasa macam tak sanggup la pulak nak tengok hasilnya klu betul ada benda2nya...
pagi tadi sebelum pegi keja, doa banyak la mohon Allah lindungi anak2 & bibik...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2014 12:14 PM | Show all posts
ilahkhatibrani posted on 14-7-2014 12:03 PM
hurmmm lidi penyapu..adalah salah satu cara nak halang entiti masuk melalui atau mnembusi pintu ters ...

penyapu yg kat rumah tu penyapu biasa aje, memang letak kat atas, senang klu nak sapu kat tingkat atas, takyah nak turun bawah ambik penyapu lagi dah...




Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2014 12:54 PM | Show all posts
emmaisa posted on 14-7-2014 12:14 PM
penyapu yg kat rumah tu penyapu biasa aje, memang letak kat atas, senang klu nak sapu kat tingkat  ...

erk..bukan yg nie..ilah komen pasai rumah sewa yg ada dok share penyapu lidi dilekat di pintu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2014 01:00 PM | Show all posts
ilahkhatibrani posted on 14-7-2014 12:54 PM
erk..bukan yg nie..ilah komen pasai rumah sewa yg ada dok share penyapu lidi dilekat di pintu..

ooo...
ni la padahnya tido sejam aje mlm tadi...otak pun dah blur...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2014 01:01 PM | Show all posts
eh, bukan malam pun..dah subuh dah baru dapat tido...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2014 02:38 PM | Show all posts
emmaisa posted on 14-7-2014 12:09 PM
pagi tadi terfikir jugak nak buat camtu...
tapi rasa macam tak sanggup la pulak nak tengok hasiln ...

kalau tak sanggup tgk kasi kiteorg je tgk, pastu kiteorg story mory la kat ko
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-7-2014 02:46 PM | Show all posts
haaa...nanti try...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2014 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
ilahkhatibrani posted on 14-7-2014 12:03 PM
hurmmm lidi penyapu..adalah salah satu cara nak halang entiti masuk melalui atau mnembusi pintu ters ...

apa caranya ye,ilah?
bule share tak..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 12:29 PM | Show all posts
emmaisa posted on 14-7-2014 09:06 AM
lebih kurang pukul 4.10 pagi baru aku dapat tidur...
masa tidur tu aku mimpi aku dan hubby kat dala ...

Cer baca surah Al-Baqarah dari awal sampai abis....
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2014 12:41 PM | Show all posts
Waahh byk betul experience akak tt. Suka nak tau.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:17 AM GMT+8 , Processed in 0.058589 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list