CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7953|Reply: 11

Bahaya Ubat Panadol Pada Tubuh Badan Kita

[Copy link]
Post time 11-7-2014 10:16 AM | Show all posts |Read mode


Tak elok makan Panadol selalu sangat kerana boleh kena penyakit buah pinggang jika tak kawal penggunaanya.
Tak kira lah apa jenis Panadol seperti active fast ke?Panadol 650 ke? semuanya sama saja..Ada campuran bahan kimia yang boleh rosakkan tubuh badan.

Nampaknya kena lah guna cara lain kalau demam,pening kepala atau batuk seperti makan madu ke..Tak pun minum air kelapa kot..Sebab organik tiada bahan kimia..

Ikuti kisah yang di terima dari email tentang pengalamannya menggunakan Panadol secara kerap sangat..

UNTUK PENGETAHUAN,
Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.


Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita . Ia merosakkan organ hati . Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun . Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang Pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.


Alternative Treatment ( Tips )
Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak .
Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.


Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besen yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.


Panadol adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.


Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan.. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin? Jom tengok Kesan Jangka Panjang Panadol Di sini

Sumber : hafizamri.com


Last edited by pfiza on 30-8-2014 01:28 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2014 11:48 AM | Show all posts
Nak tanya. Adakah panadol memberi kesan terhadap sperma jugak? Kerana suami saya mmg migrain dan selalu makan panadol sampai berpapan-papan. Adakala panadol pun dah x lut sampai dia terpaksa disuntik di punggung untuk meghilangkan kesakitan.

Mohon beri pendapatan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2014 03:05 PM | Show all posts
@Munnalicious puan tanya begitu sebab apa ya..Masih tiada anak ke
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2014 02:13 AM | Show all posts
Munnalicious posted on 11-7-2014 11:48 AM
Nak tanya. Adakah panadol memberi kesan terhadap sperma jugak? Kerana suami saya mmg migrain dan sel ...

bile dah selalu amik ubat/panadol..

so lame2 dah tak berkesan kat badan kite sebab dah sebati ngn badan..

so kalo migrain lg, kene ambil ubat yg dos die lagi tinggi..

tu sebab kite kene ambil ubat bile betul2 perlu je baru berkesan..

aku rase tu sbb laki ko ambik bepapan2..

bek ko suh die stop jap..

kalo tak die amik ubat tue cam mkn gule2 jea, tak bagi kesan +ve..


Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2014 10:41 AM | Show all posts
aku adalah antara yg alah kepada panadol dan mana2 ubat yg ada paracetamol.
bila demam, selalunya doktor suruh mandi berulang-ulang kali..
klu terpaksa sgt, makan ubat demam yg takde paracetamol. itu spun etengah biji setiap 4 jam.
klu tak ikut peraturannya, muka aku jd bengkak.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2014 09:58 AM | Show all posts
pfiza posted on 11-7-2014 03:05 PM
@Munnalicious puan tanya begitu sebab apa ya..Masih tiada anak ke

Ai baru kawen May aritu je noks tp ai takut gak mana tau kalau panadol ada efek utk sperma ke. Sbb suami ai tu selalu makan panadol berpapan2 kalau sakit pala (migrain).
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-7-2014 10:00 AM | Show all posts
cowey posted on 12-7-2014 02:13 AM
bile dah selalu amik ubat/panadol..

so lame2 dah tak berkesan kat badan kite sebab dah sebati n ...

Tapi selaindari panadol yg baginya alah bisa tegal biase tu heolls makan ponstant ke apa tu ai pon xtau la ubat utk migrain la. Kendian kalau x tahan sgt dia p suntik kt bontot utk hilangkan pening tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2014 09:58 AM | Show all posts
Kalau blh kita try elakkan pengambilan ubat / pil sb ia blh memberi kesan jangka panjang. CUba lar try utk mencari rawatan alternatif yg lain yg mana ia bertindak secara luaran. Saya nak sharekan apa yg saya dan fmly saya gunakan. Saya pengidap migrain  dan sakit sendi. Ada masa saya rasa spt nak hantuk kepala kat dinding bila migrain. Kawan saya pown kenalkan alas tilam bvsm. Memula mmg x percaya alas tilam jer.... tp saya guankan juga sbb ubat dah x jalan. Alhamdulillah setlh menggunakannya saya tidak lagi bergantung kpd panadol / uphamol / pain killer / ponstant dsbg nya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2014 10:15 AM | Show all posts
antara benefit bvsm
Last edited by Iena_Din on 17-7-2014 10:16 AM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2014 10:19 AM | Show all posts
kwn saya pharmacist..... kalau demam atau sakit kepala dia tak pernah makan panadol...dia akan banyakkan minum jus oren dan rehat sahaja.... tp saya yg kwn dia ni dah makan beratus2 biji panadol hingga kdg2 takde kesan dah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2014 01:29 AM | Show all posts
Kurangkan lebih baek dari mengharap 100% kepada panadol.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2014 04:49 PM | Show all posts
aku alergik panadol...lepas mkn mesti mata bengkak..if sakit pale je aku mkn ubat demam je / vit.C ,mkn jus buah2, or mkn asam yg masam2 bg hilang loya tekak n pening..banyak kan berehat n minum air mineral..lepas tido n rehat cukup sure sakit pale kurang dah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:06 PM GMT+8 , Processed in 0.186326 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list