CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: feline

Hero dan Heroin Langit Cinta

[Copy link]
Post time 12-7-2014 08:46 PM | Show all posts
hmm.. keith foo hero katik lah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2014 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Fazura can act
But keith foo?? Kemonnn
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2014 09:58 PM | Show all posts
patutnya ombak rindu dilakonkan oleh fahrin ahmad dan fazura kan? mungkin boleh menjadi kenyataan dalam cinta langit?
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2014 10:18 PM | Show all posts
faz dah ok just hero la klu boleh biar yg dah berpengalaman...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2014 10:24 PM | Show all posts
Tukar hero lain please
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2014 12:07 AM | Show all posts
Langit cinta?
Ombak Rindu.
Langit.
Ombak.
Cinta.
Rindu.

Korang paham x ape yg aku cuba sampaikan ni?
Tak??
Kbai..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2014 01:24 AM | Show all posts
Bersama keluarga lebih seronok

Oleh Shakilawati Abd Rahman
shakilawati@hmetro.com.my


Hari ini adalah hari pertama umat Islam berpuasa dan -sepanjang bulan ini, Selebriti Metro Ahad akan meninjau cerita artis bersahur dan berbuka puasa, dengan Fazura menjadi pembuka tirai ruangan ini.

Kata -Fazura, dia terbang ke Bangkok, Thailand pada Khamis lalu dan pulang semalam semata-mata tidak mahu ‘tercicir’ menikmati juadah sahur pertama dengan keluarga.

“Sahur penting bagi saya. Dari kecil saya diajar bangun sahur. Saya jarang makan di luar sebab bagi saya, makan di rumah bersama keluarga lebih seronok.

“Lebih bermakna kali ini saya ada anak saudara, Adelia. Walaupun tinggal berasingan, harap kami dapat selalu bersahur dan berbuka sama-sama,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai juadah pilihan untuk -bersahur, Fazura nyata tidak memilih. Katanya, cukup hanya dengan ikan dan telur goreng dinikmati bersama nasi panas. Itu -sudah cukup menyelerakan bagi-nya.

“Biasanya saya dan mama akan panaskan semula lebihan juadah berbuka. Kalau habis, kami akan masak hidangan ringkas seperti ikan atau telur goreng dan sayur.

“Paling saya suka kalau ada ikan tenggiri masin. Itu pelengkap segala makanan. Orang dulu-dulu cakap, siapa kahwin dengan saya jimat sebab saya ringkas bab makan. Nasi kosong dengan ikan tenggiri masin goreng dah cukup,” katanya riang.

Kenangan bersahur paling indah bagi Fazura ketika arwah bapanya masih hidup. Bapanya bukan suami dan bapa cerewet. Apa yang dihidang akan dimakan dengan berselera.

Ketika menikmati juadah, bapanya suka berborak panjang sambil bertanya perkembangan anak.

“Papa orangnya ringkas macam saya. Papa tak minta dimasakkan itu ini, apa mama sediakan, dia akan makan. Dia suka semua masakan pedas, lebih-lebih lagi patin masak tempoyak.

“Walaupun papa sudah tiada, saya bertuah kerana masih ada mama dan adik-beradik. Keluarga jadi keutamaan saya dan merekalah kebahagiaan saya,” katanya yang akan ke London atas urusan kerja dalam waktu terdekat.

Fazura juga dipilih memegang watak utama filem terbaru arahan Osman Ali, Langit Cinta yang akan memulakan penggambaran selepas Aidilfitri.

Anak jati Pekan, Pahang ini teruja diberi peluang -menghidupkan gadis kampung bernama Khadija. Katanya, bukan tidak pernah bawa watak gadis kampung, tetapi kali ini dapat rasakan betul-betul seperti orang kampung.

“Kalau ikut penjelasan abang Osman, dalam filem ini saya langsung tak bersiap. Sudah lama saya teringin watak comot, tak payah bersolek,” katanya yang akan terbabit dengan satu lagi filem.

Selain itu Fazura akan memperkenalkan lima koleksi terhad raya House of Doll buat kali pertama. Lima rekaan itu yang diberi nama Lovelia, Dasia, Irys, Callina dan Viioletta diinspirasikan daripada bunga-bungaan yang melambangkan kelembutan wanita Melayu. Last edited by sundalbolong on 13-7-2014 01:25 AM

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2014 04:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Hah! Keith foo?? Mcm xbest jekkk..
Fazura dah sesuai Tukar la hero.. Tlg la.. Aku tgok kt fb osman ali katanya film ni agak islamik.. Amik keith foo amatlah xsesuaii.. Tetibe teringat gmbar dia comolot dgn tunangnya.. Amik la hero yg mg sedia islam n best skit.. Aaron aziz (sbb suke dia berlakon dgn faz kat pisau cukur.. ) remy ishak n sesape je la..  Keith foo?? Big fat no!! :Q

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2014 08:23 AM | Show all posts
erk .. macam xkena je kan
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2014 11:11 AM | Show all posts
Hehe..aku tertarik artikel tu kata sape kawen ngan dia jimat sebab makan simple..
Jimat singgit dua sebab nak simpan beli kasut and beg riban ribun...

Papepun..gud luck faz..
Aku tunggu dia hapdate ig jer pasal citer tu..
Nak p tengok..memang tak aaahh..
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2014 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pon x minatkeith foo..sila tkr hero lain...bg la kt aiman reza hakim,aaron ajis or pahrin...fajura tu iols suka jer...sweet...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2014 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Haha. Aku pun suka faz dengan mat haron dalam pisau cukuq. Gedik2 manja. Awek aku r ni, tepengaruh betoi.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2014 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Hero  yg berlakon rumi & juli..x ingat nama dia... ok gak... x mo aaa haron...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2014 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Fazura sesuai ke watak gadis kg? Aku rasa die sesuai watak gedik ceria cam gng pisau cukur ngn cik lang...keith foo plak mmg kayu balak..harap menjadi la gandingan diorang
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2014 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
mak vote aimannn!!!!!!

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2014 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Remy ngan fazura lagi best
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2014 05:56 PM | Show all posts
af_1993 posted on 12-7-2014 12:18 PM
fazura mcm mana fake skali pon..tp reti berlakon

betul tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2014 05:59 PM | Show all posts
xkisah la sape2 asalkan bukan keith foo
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2014 08:29 PM | Show all posts
ok! bagus ambil fazura, kurang2 dia bukan kayu kaku,

i like!

p/s: wpon dia ni fake, tapi lakonan dia memang best ! tolongla jangan amek maya karin lagi
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2014 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Menerusi filem Langit Cinta arahan Osman Ali (Ombak Rindu), Fazura kembali dengan watak gadis kampung bernama Khadeja.  

Last edited by Rhyno on 21-9-2014 04:52 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 02:59 AM GMT+8 , Processed in 0.157160 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list