CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: coway_daddy

2014-2020: Berapa Usia Jin Tertua Yang Anda Pernah Jumpa?

  [Copy link]
Post time 22-9-2014 03:41 PM | Show all posts
kolan posted on 21-9-2014 12:51 PM
tuan coway_daddy...saya bertanya, saya mengenali seorang perawat yg memang dah tau guna jin..memang  ...

Banyak kita confuse kenapa meminta tolong rawatan pada makhluk halus itu dilarang tetapi tidak pada doktor manusia.

Bezanya pada zahir @ nampak dan ghaib @ tersembunyinya sumber tempat meminta tolong mengikut penilaian masyarakat. Kalaulah seluruh masyarakat kecuali yg buta boleh nampak makhluk halus ghaib dan mengetahui hal-ehwal kehidupan mereka seperti kita tahu manusia yg lain, maka meminta tolong tak ada masalah.

Kita tak nampak tuhan sebenar tuhan dan kita juga tak nampak jin. Kita hanya perlu beriman pada adanya jin - cukup setakat itu. Tapi kalau kita percaya lebih dari apa yg ALLAH SWT nyatakan dlm AL-QURAN mengenai jin, kita menciptakan masalah sendiri dan boleh melarat pada org lain.

Tak ada rujukan atau klaim rasmi yg jin buat bahawa mereka berkuasa begitu-begini dan perlu diambil maklum oleh manusia.

Tetapi ALLAH melalui nabi & rasul yg juga dirakamkan dlm AL-QURAN menyatakan Dia Maha Berkuasa, Yang Maha Menciptakan Sekalian Makhluk, Hanya padanya Mengabdikan diri dan Memohon Pertolongan... dsbnya.

Larangan itu lebih kepada utk menyelamatkan manusia dari tertipu dan lebih teruk mensyirikkan ALLAH SWT. Tapi kalau mereka tetap memilih jalan tertipu, ALLAH ADALAH MAHA ADIL hatta kepada permintaan Iblis utk menyesatkan anak adam - ANAK ADAM - ertinya manusia - bukan hanya org islam. Jadi jgn tertipu dgn penampilan kerana boleh jadi yg empunya diri pun tertipu kerana kurangnya pendedahan.

Sebagai perbandingan, dulu2 mandi safar dan buang ancak diketuai oleh tokoh masyarakat yg dipandang tinggi ilmu agamanya. Selepas terdedah pada maklumat tepat, amalan itu dihentikan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2014 03:45 PM | Show all posts
AwgSagi posted on 18-9-2014 04:53 PM
Manusia berbapa raja jin? Adaaa. Bukan rahsia dan cerita mustahil among org mcm cik ilah atau tuan ...

ya benar memang ada...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
ilahkhatibrani posted on 22-9-2014 03:45 PM
ya benar memang ada...

Mana nk Cari orang yang seperti diperkatakan tu?
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
TT org yg terpilih...Mcm cik ilah, Dahl tak Sambng cerita dekat page sendiri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2014 05:44 AM | Show all posts
AwgSagi posted on 22-9-2014 03:03 PM
Kalau ikut istilah sufi atau tarikat sekarang ni, itu disebut sebagai ilmu ladunni. Betul tak tuan ...

Maaf Tuan, saya tidak tahu apa nama ilmu ini. Bimbang juga jika ilmu ladunni itu khusus untuk manusia yang hebat, saya pula orang biasa-biasa sahaja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2014 05:49 AM | Show all posts
ilahkhatibrani posted on 22-9-2014 03:32 PM
maksud Tuan Bunuh ...tetapi kalau rela tiada rawatan.....haihhh ..saya sudah dapat jawapannya....
...

Jangan lupa untuk berdakwah, sampaikan dahulu kebenaran Islam. Dalam kes mana-manapun, jin bukan tewas kerana kehebatan seorang perawat tetapi hatinya jadi lembut kerana keagungan Allah dan keunggulan Islam. Merawat hanya ikhtiar terbaik kita sebagai makhluk Allah yang begitu hina dan lemah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2014 10:00 PM | Show all posts
tuan, dalam persilatan melayu berapa percent yg melibatkan alam ghaib dan jin?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2014 06:09 AM | Show all posts
anwarnuwa posted on 23-9-2014 10:00 PM
tuan, dalam persilatan melayu berapa percent yg melibatkan alam ghaib dan jin?

Sukar nak dijawab daripada sudut peratusan, namun tidak dinafikan kebanyakan silat memasukkan pengibatan alam ghaib, unsur mistik, jin, ilmu kebal dan sebagainya dalam silibus mereka. Hanya mereka yang terlibat dalam silat-silat itu yang tahu sejauh mana mereka sudah terlajak. Bila ada hal atau kuasa lain yang lebih diyakini berbanding zat Allah s.w.t. sendiri, maka itu syirik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2014 08:45 AM | Show all posts
salam tuan,

saya amat berminat dgn kata-kata tuan tentang tahun 2014 adalah pencetus kepada agenda kecil sehingga 2020, dan sekarang ni pon kite byk dikejutkan dgn peristiwa yg tidak terduga dan mmg agak menakutkan. Adakah tuan maksudkan tahun 2020 akan berlaku peristiwa lg besar seandainya tiada tindakan dari mana2 pihak terhadap isu-isu besar....ALLAHUAKBAR sgt menakut kan..
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2014 12:19 PM | Show all posts
coway_daddy posted on 23-9-2014 10:09 PM
Sukar nak dijawab daripada sudut peratusan, namun tidak dinafikan kebanyakan silat memasukkan peng ...

time kasih tuan. sangat membantu
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2014 02:29 PM | Show all posts
Salam tuan,

Saya juga berminat ingin tahu apa maksud agenda besar 2020.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2014 12:34 AM | Show all posts
7983yash posted on 24-9-2014 08:45 AM
salam tuan,

saya amat berminat dgn kata-kata tuan tentang tahun 2014 adalah pencetus kepada agend ...

Perkara ini sunnatullah, ia akan tetap berlaku sebagaimana yang telah direncanakan oleh Allah. Tak mampu diempang-empang lagi, ia terus mengalir dan membanjir lalu meranap dan memusnahkan!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2014 12:38 AM | Show all posts
anwarnuwa posted on 24-9-2014 12:19 PM
time kasih tuan. sangat membantu

Sama-sama, Tuan berhati-hatilah. Saya sendiri mahir pelbagai jenis ilmu mempertahankan diri, tetapi akhirnya saya sedar bahawa solat sahajalah "self-defence" terbaik dan terkuat. Alangkah hebat kesannya jika kita mampu menjaga solat 5 waktu masing-masing!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2014 12:41 AM | Show all posts
cari2014 posted on 24-9-2014 02:29 PM
Salam tuan,

Saya juga berminat ingin tahu apa maksud agenda besar 2020.

Agenda besar 2020 ialah Dajjal dan 'Azazil mahu bersemuka sendiri dengan al-Mahdi di Tanah Melayu. Melihat kepada senario hari ini, ada kemungkinan ia akan berlaku lebih awal dari yang sepatutnya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 08:08 AM | Show all posts
coway_daddy posted on 25-9-2014 12:34 AM
Perkara ini sunnatullah, ia akan tetap berlaku sebagaimana yang telah direncanakan oleh Allah. Tak ...

bermakna sememangnya kite telah berada di dunia yg akhir zaman, kena banyak2 beribadat, mengingati kematian, petanda2 kecil kiamat telah berlaku dgn banyak skali, hanya sedikit utk menunggu petanda besar...semoga Negara kita akan sentiasa berada dalam perlindunganNYA..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2014 02:59 PM | Show all posts
7983yash posted on 25-9-2014 08:08 AM
bermakna sememangnya kite telah berada di dunia yg akhir zaman, kena banyak2 beribadat, mengingati ...

Lebih baik kita berdoa untuk kemenangan agama-Nya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2014 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
coway_daddy posted on 25-9-2014 12:41 AM
Agenda besar 2020 ialah Dajjal dan 'Azazil mahu bersemuka sendiri dengan al-Mahdi di Tanah Melayu. ...

Tuan tahu kenapa Tun Dr Mahathir memilih tahun 2020 sebagai tajuk visinya?

Pak Lah kalau tak silap saya cuba mempromosikan tahun 2035 sebagai tajuk visinya. Ada beberapa negara juga mensasarkan tahun 2035 sebagai tajuk visi mereka.

Banyak org cuba menyampaikan ramalan tentang kejadian2 yg bakal berlaku di tahun2 tertentu seperti ramalan kiamat 2012.

Bolehkan tuan sebutkan dgn jelas kejadian yg signifikan bakal muncul di tahun 2020? Contoh kejadian jelas: Pengumuman Imam Mahdi di negara sekian2 dan seruan baiah pada hari sekian bulan sekian tahun 2020, atau, Dajal menampakkan dirinya di negara sekian2 dan seruan menjadi tenteranya, atau, Pemuda Bani Tamim secara rasmi muncul di Tanah Melayu pada tahun 2019 utk menyambut pengumuman besar di tahun 2020 dsbnya.

Bagi org2 yg biasa menerima alamat2 mistik, jarak masa 6 tahun bukanlah sukar utk membuat ramalan2 tepat.

Kalau boleh buat kronologi per tahun lagi cantik tuan. Banyak org baru berani klaim dan bersuara mendapat alamat tentang sesuatu selepas events berlaku. Boleh tuan senaraikan major events sahaja based on ramalan2 atau alamat2 yg berkaitan dgn kiamat di tahun2 2015, 2016, 2017, 2018, 2019 & Grand Event 2020?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2014 03:21 PM | Show all posts
AwgSagi posted on 25-9-2014 03:05 PM
Tuan tahu kenapa Tun Dr Mahathir memilih tahun 2020 sebagai tajuk visinya?

Pak Lah kalau tak sila ...

Saya seorang penjinak jin sahaja, tak mampu nak memenuhi permintaan besar Tuan itu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 03:57 PM | Show all posts
AwgSagi posted on 25-9-2014 07:05 AM
Tuan tahu kenapa Tun Dr Mahathir memilih tahun 2020 sebagai tajuk visinya?

Pak Lah kalau tak sila ...
Tuan tahu kenapa Tun Dr Mahathir memilih tahun 2020 sebagai tajuk visinya

sebab nombor cantik dan senang ingat untuk dijadikan target setiap orang/institusi untuk malaysia jadi negara maju pada tahun tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2014 04:22 PM | Show all posts
coway_daddy posted on 25-9-2014 03:21 PM
Saya seorang penjinak jin sahaja, tak mampu nak memenuhi permintaan besar Tuan itu.

Kalau di zaman Nabi Sulaiman AS, pekerjaan penjinak jin ni pasti berdampingan rapat dgn baginda AS, jawatan besar tu tuan ibarat Pakar Kaunseling Jin atau Konsultan Hal-Ehwal Jin. Kalau zaman sekarang ibarat Pakar Kaunseling di pusat2 rehabilitasi manusia2 yg terpesong, tersesat atau nakal. :-)

Takpe tentang Visi 2020, saya kongsi apa yg saya baca kat blog TS Sanusi Junid. 2020 pada pakar mata adalah value mata. Bila value 20 mata kiri & 20 mata kanan, ia adalah visi yg jelas, tepat dan fokus. Maka Visi Tahun 2020 (dibaca duapuloh duapuloh dan bukan dua ribu dua puloh) adalah visi yg jelas, terang dan fokus yg boleh dicapai, dan, pada anggaran TDM boleh direalisasikan di tahun 2020.

Saya bukan apa tuan, saya suka membaca hal-ehwal dan klaim2 mistik ni. Khusus pada yg mempublikkan klaim2 mistik mereka, nak juga tahu kebenarannya. Kalau dah tuan berani mempublikkan klaim2 tuan, saya anggap tuan sudah bersedia utk menjelaskan dan menjawab pelbagai ????  dan bukan sekadar mempromosikan kehebatan jin atau ketakutan pada kekuasaan jin pada manusia.

Kalau tuan baca backtrack forum ni, ada klaim2 yg diterima sekarang tapi tidak dahulu. Contoh, diawal penulisan tuan @hantukiller mengenai menzast atau membunuh jin di awal2 tahun 2000an, topik beliau distop & dikunci oleh MOD dgn notis cerita khurafat dan tahyul tidak dilayan. Tapi sekarang telah diterima umum dan kalau ibarat artis, tuan hantukiller dah ibarat residen artis dlm kelas tersendiri hehehe.

Adakah tuan menganuti keyakinan tentang Bani Tamim di Tanah Melayu dan keKhalifahan yg bakal muncul?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:13 PM GMT+8 , Processed in 0.746867 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list