CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: coway_daddy

2014-2020: Berapa Usia Jin Tertua Yang Anda Pernah Jumpa?

  [Copy link]
Post time 19-11-2014 02:53 PM | Show all posts
coway_daddy posted on 18-11-2014 04:51 PM
Perkara begini sudah biasa berlaku apabila adanya sesuatu alamat, sesuatu peristiwa akan terjadi a ...

maaf saya kurang paham. boleh TT perjelaskan lagi? pernah tak TT rasa kadang2  berbelah bagi bila diberi alamat oleh ALLAH? adik adi putra


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2014 03:24 PM | Show all posts
assalamualaikum

terpanggil utk tinggalkan rasa kagum sya dgn hujah TT.. selama ni SR ja..

mudah betui sya hadam hujah TT.. TT xbyk berkias yg mmbuatkan sya kompius.. perkataan2 n term2 TT guna adalah bahasa mudah yg level2 rendah mcm sya bleh paham.. terima kasih dengan ilmu ni cikgu..

semoga thread ni akan terus idup... byk input, wlupn byk kenyataan2 yg baru bg sya.. tp sya berlapang dada n terima input2 bru ni utk dipertimbangkn..  

pengetahuan sya terhad, stakat mna la sgt ilmu kita ni kan.. tp dgn pengetahuan yg TT share ni sekurang2nya membuka minda sya.. benda baru mmg susah nk terima bulat2.. tp jgn pulak tolak bulat2 noh kawan2..

TQ...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2014 12:52 AM | Show all posts
pelastik posted on 19-11-2014 03:24 PM
assalamualaikum

terpanggil utk tinggalkan rasa kagum sya dgn hujah TT.. selama ni SR ja..

Wa'alaikumussalam. Insya-Allah, terima kasih Tuan @pelastik atas sokongan dan iringan doa. Saya akan cuba lakukannya sebaik mungkin.
Last edited by coway_daddy on 21-11-2014 12:57 AM

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 06:27 AM | Show all posts
Salam,

Minggu lepas ketika tidur saya bermimpi berjumpa dgn seorang pemuda. Wajahnya bersih, agak handsome. rambut disikat rapi seperti Freddi Mercury, mukanya agak bulat, kulitnya cerah. Pakaiannya bersinglet dan seluar panjang berwarna putih yang fit ke tubuh.

    Yg membuatkan saya kurang senang ialah dia memperkenalkan dirinya adalah Syaitan/Iblis..Saya terus membaca ayat2 suci Al-Quran namun diketawakannya. Dakwanya dia sudah tidak takutkan Al-Quran sekarang kerana di dalamnya sudah diselitkan dgn gambar2.

Lalu saya ambil sebuah dan buka. Memang ada gambar2 didalamnya [bukan diselit tetapi diprintkan menjadi sebahagian dr Quran itu]. yg saya ingat cuma gambar seorang perempuan memakai pakaian tradisi India seperti pelakon hindi. Di sini saya ingin tegaskan saya memang tak minat langsung dgn filem hindustan, kali terakhir saya tengok pun dlm 15thn yg lepas sbb pendapat saya, filem hindustan ini amatlah melalaikan dan tak ada atau sedikit yg menjana minda. Senang kata, ak ada faedah.

Berbalik kepada syaitan lelaki tadi, dia menunjukkan sesuatu seperti robot/mesin. Warnanya hijau dan tertulis Granada 2000. Tak tahulah sama ada ia merujuk kepada bandar Granada yg terletak di Andalusia atau pun ada makna yang lain. Saya termangu beberapa ketika sampailah mimpi tu hilang sendiri.Wallahualam

Walaupun dah genap seminggu, tapi mimpi tu masih lagi jelas hingga sekarang. Biasanya semua mimpi2 yg saya alami tak akan kekal dlm kepala lebih dr setengah hari. Tetapi yg ini membuatkan saya agak disturb. Harap2 tak lebih dari mainan tidur sahaja. Tujuan saya tulis di sini adalah utk meluah dan sekaligus berharap ia tidak akan ada lagi dlm ingatan saya .Wallahualam
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 12:16 PM | Show all posts
Cervantes,
Sy Sajer suka2 terjemahkan mimpi mengikut logik akal shj
Dari ihsan Google:
Granada Pitching Machine -helping hitters improve their batting average.

warna hijau - mcm bola tennis
perempuan pakai sari - hiburan

kesimpulan - Al-quran sudah tak relevan pd iblis sbb ada unsur hiburan dan sebab iblis ada senjata piching machine berwarna hijau .....

~sharing only~
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 10:57 PM | Show all posts
sy petik kata2 hantu killer...pabila al quran d jadikan medium utk menghalau hantu / mempercayai ayat2 al quran tersebut dpt memberi kelebihan pada pengamalnya...maka apa yang akan dtg??....ayat al quran untuk d amalkan perlu ada keyakinan, rendah diri, keihklasan,tawaduk dalam diri serta semua dtg dari izin allah semata2 bukan kerana lainnya...

jadi tidak hairan la kebanyakan masyarakat malaysia muslim mempergunakan al quran utk buat perniagaan semata2 bukan kerana keikhlasan, rela jiwa, kasih sesama muslim dn sebagainya....tetapi kerana keuntungan semata2

maafkan sy jika kata2 sy ini salah....seperti kata isteri sy...jika allah x izinkan kesembuhan makan ubat rm 1000 pun xkn jadi,..tapi jika minta izin atau berdoa kpda allah...minum air kosong pun i/allah boleh sembuh jika allah izinkan... Last edited by woddy on 21-11-2014 10:58 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-11-2014 02:51 AM | Show all posts
woddy posted on 21-11-2014 10:57 PM
sy petik kata2 hantu killer...pabila al quran d jadikan medium utk menghalau hantu / mempercayai aya ...

Petikan kata-kata itu adalah asas atau rahsia umum tentang kaitan penggunaan ayat al-Quran dengan kesembuhan penyakit terutama yang melibatkan sihir dan gangguan jin. Pandangan isteri Tuan itu pula tepat daripada perspektif dirinya.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 09:22 AM | Show all posts
TT kadang2 saya berasa pelik ,  ada ramai sebenarnya yang tak percaya dan beriman dgn benda yang ghaib ..terpikir juga kenapa jadi mcm tue? lagi satu boleh ke manusia hiidup di alam jin? atau yang di panggil alam bunian? bukan ke berbeza dari segi jisim atau penciptaan allah? cth nya mcm orang dulu2 , biasa nak buat kenduri pinjamlah pinggan mangkuk dari org bunian tue.byk lagi kes yg seumpama dgn bunian.TT boleh huraikan asal bunian ni dari apa ? atau percampuran kahwin dgn manusia ke?
Last edited by nad014 on 24-11-2014 09:29 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-11-2014 01:21 PM | Show all posts
nad014 posted on 24-11-2014 09:22 AM
TT kadang2 saya berasa pelik ,  ada ramai sebenarnya yang tak percaya dan beriman dgn benda yang gha ...

Iman itu sendiri membawa makna percaya dengan yakin sesuatu yang ada tetapi tidak terlihat seperti wujudnya Allah, adanya balasan syurga dan neraka. Sebenarnya, bukanlah sesuatu yang mustahil ramai yang kufur @ menolak untuk beriman ketika hidup di dunia ini. Yang pelik ialah apabila ramainya nanti jin dan manusia cuba nak kembali ke dunia untuk hidup sebagai Mukmin setelah terbukti di hadapan mata segala kebenaran yang dibawa oleh Islam melalui petunjuk al-Quran dan as-Sunnah. Alam bunian atau alam jin bukanlah suatu tempat yang istimewa. Jika kehidupan di situ terlalu indah sebagaimana didakwa, saya percaya para jin Muslim tidak perlu lagi beribadah kepada Allah untuk mengejar nikmat syurga-Nya!
Last edited by coway_daddy on 24-11-2014 01:23 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 03:05 PM | Show all posts
woddy posted on 21-11-2014 10:57 PM
sy petik kata2 hantu killer...pabila al quran d jadikan medium utk menghalau hantu / mempercayai aya ...

benar belaka..ikhlas itu penting..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 03:40 PM | Show all posts
Salam tuan coway,
sy ade emel tuan, masih menantikan feeback dari tuan.

terima kasih.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2014 03:57 PM | Show all posts
Ipo posted on 24-11-2014 03:05 PM
benar belaka..ikhlas itu penting..

Ikhlas itu pra-syarat kesembuhan. Dan kesembuhan itu sendiri bukan prioriti dalam rawatan, tetapi ketaqwaan kepada-Nya lebih utama.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2014 03:59 PM | Show all posts
endless88 posted on 24-11-2014 03:40 PM
Salam tuan coway,
sy ade emel tuan, masih menantikan feeback dari tuan.

Wa'alaikumussalam. Insya-Allah saya cuba reply secepat mungkin. Ada beberapa kes berat sedang dalam pertimbangan dan penilaian untuk diuruskan menjelang tahun 2015.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 04:07 PM | Show all posts
coway_daddy posted on 24-11-2014 03:59 PM
Wa'alaikumussalam. Insya-Allah saya cuba reply secepat mungkin. Ada beberapa kes berat sedang dala ...

terima kasih. sy mengikuti tulisan tuan dr forum sebelah lagi.
sy kagum dgn tuan yg ikhls kongsi dgn semua. syabas dan teruskan perjuangan tuan. mohn nasihat/pencerahan dr tuan sametelah sy ade sedikit plgmn berkait gangguan jin ini yakni diganggu, bkn merawat. sangat dasyat, pedih dan bermcm2 perasaan n hnya yg penah rasa yg btl2 paham.
Alhamdulillah skg telah sembuh, pulih. syukran jazilan.


Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 10:34 PM | Show all posts
byk soalan yg serius..ni nak tanya tuan coway soklan yg tak serius...

jin muslimat tutup aurat ke?..

dlm alam jin ada najis tak mcm alam maknusia spt, taik, kencing, anjing babi etc..


tq
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2014 10:42 PM | Show all posts
Saya sudah selesai menjawab semua emel yang dikirim. Mohon maaf kepada pesakit atau waris pesakit yang tinggal jauh daripada capaian perjalanan saya. Apapun, saya pasti di tempat Tuan-Tuan dan Puan-Puan ada ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah yang handal, berikhtiarlah dahulu dengan mereka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-11-2014 11:01 PM | Show all posts
5997 posted on 24-11-2014 10:34 PM
byk soalan yg serius..ni nak tanya tuan coway soklan yg tak serius...

jin muslimat tutup aurat ke ...

Saya ulang buat ke sekian kalinya bahawa jin dan manusia adalah makhluk mukallaf. Bagi yang Muslim, kedua-duanya ada taklif agama yang wajib dipikul sebaik sahaja cukup umur @ akil baligh. Ya, jin Muslimat menutup aurat kerana itu perintah Allah. Najis juga ada; pembahagian, cara beristinjak, bersuci, bertayammum dan sebagainya adalah sama mengikut apa yang terkandung dalam al-Quran dan as-Sunnah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2014 11:08 PM | Show all posts
endless88 posted on 24-11-2014 04:07 PM
terima kasih. sy mengikuti tulisan tuan dr forum sebelah lagi.
sy kagum dgn tuan yg ikhls kongsi  ...

Siapa agaknya Tuan di forum sebelah ya? Atau Tuan SR sahaja di situ? Inilah thread yang Tuan @endless88 maksudkan;

http://carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=518722

Alhamdulillah, saya juga patut berterima-kasih kerana masih ada yang sudi mengikuti thread biasa-biasa ini dari awal kewujudannya hingga sekarang. Saya akan cuba sedaya-upaya menghidupkan sesi perkongsian ilmu dan pengalaman sesama kita di sini sehingga tahun 2020, insya-Allah. Jika masih panjang umur, mungkin saya sambung. Atau mungkin juga tidak sebab masih belum jelas apa yang akan berlaku pada ketika itu.


Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 09:28 AM | Show all posts
salam tuan,
die CG forum, sy pakai nick endliess sy telah reply emel tuan.

terima kasih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2014 09:56 AM | Show all posts
endless88 posted on 25-11-2014 09:28 AM
salam tuan,
die CG forum, sy pakai nick endliess  sy telah reply emel tuan.

Oh, ok. Saya dah agak sebab dekat-dekat dengan username Tuan di sini. Salam Mahabbah untuk Tuan dan kawan-kawan yang lain.
Last edited by coway_daddy on 25-11-2014 09:57 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.193049 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list