CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: coway_daddy

2014-2020: Berapa Usia Jin Tertua Yang Anda Pernah Jumpa?

  [Copy link]
Post time 25-11-2014 06:42 PM | Show all posts
salam tuan, ada kemungkinan tak (selain qarin nabi kita) untuk qarin masuk islam? atau setakat yg tuan tahu...mmg qarin ni selamanya kafir? dan...qarin ni masih duk atas dunia kan walaupun seseorang tu meninggal dunia?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-11-2014 01:11 AM | Show all posts
anwarnuwa posted on 25-11-2014 06:42 PM
salam tuan, ada kemungkinan tak (selain qarin nabi kita) untuk qarin masuk islam? atau setakat yg tu ...

Wa'alaikumussalam. Untuk orang awam, yang diajarkan kepada kita bahawa hanya qarin Rasulullah s.a.w. iaitu Habibul Huda sahaja yang kemudiannya Muslim. Secara peribadi, saya yakin tidak begitu. Bagi para kekasih Allah yang lain, pasti ada antara mereka yang qarinnya turut diIslamkan dengan inayah dan hidayah daripada Allah s.w.t. Ya, qarin yang ada pada jin dan manusia itu akan hidup sehingga ajalnya sampai, pada kebiasaan lebih lama daripada hayat empunya diri yang ditemaninya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 11:45 AM | Show all posts
salam tuan,
tanda2 bunyi cicak yg kedengaran agak luar biasa dan tanpa henti, buniy n follow pergerakan kemane2 pegi..itu tanda org tu ada gangguan ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 12:26 PM | Show all posts
Assalamualaikum , TT .

1.benarkah sekiranya kita menyebut nama nabi sulaiman , jin akan berasa takut?.

2.kalau jin yang dh beribu 2 tahun tue, agaknya mereka bongkok tiga ke , TT?

3.betul ke spt yg saya baca , surah2 di dlm al -quran ada khadam?

4.sabdo palon tue jenis jin ker?
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 02:03 PM | Show all posts
coway_daddy posted on 25-11-2014 05:11 PM
Wa'alaikumussalam. Untuk orang awam, yang diajarkan kepada kita bahawa hanya qarin Rasulullah s.a. ...

time kasih tuan atas penjelasan. sangat membantu saya
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 03:14 PM | Show all posts
Assalamu'alaikum..
Tuan yang dihormati..saya mohon penjelasan dari tuan tentang peristiwa ketiga-tiga orang yang akan saya ceritakan di bawah. Ketiga-tiga orang ini saling mengenali sesama mereka. Tok guru, datuk saya dan bapa saudara saya.

Kisah 1 : Guru kepada datuk dan bapa saudara saya.
Beliau adalah seorang guru agama dan boleh dikategorikan sebagai orang alim. Berasal dari perak, datang berhijrah ke kelantan, menetap dan meninggal dunia juga di kelantan, di kampung di mana saya dibesarkan. Diceritakan selepas beliau meninggal dunia, kuburnya bercahaya di waktu malam. Manakala pelepah kelapa yang dicucuk di atas kuburnya tidak layu berbulan-bulan.

Dipendekkan cerita, bapa saudara pernah digigit labah-labah di waktu senja sewaktu pulang ke rumah, sakitnya membawa ke waktu malam. Pada zaman itu, penduduk kampung masih galak bermain puteri sekiranya berlaku sakit gangguan jin. Tok guru yang ketika itu mengetahui keadaan pakcik saya datang menjenguk. Melihat ada orang yg tengah bermain puteri, menyebabkan beliau sangat marah, lalu terus pulang ke rumah. Datuk saya yg menyedari kehadiran tok guru cepat2 mengejar beliau dan memujuk beliau agar datang mengubati anaknya, tok guru membatu dengan muka yang masam. Setelah datuk saya bertanya adakah tok guru masih menganggap dirinya sebagai kawan, maka akhirnya tok guru beralah dan sangggup untuk mengubati bapa saudara saya.

Beliau mendirikan solat hajat sebanyak 12 rakaat sehingga menjelang waktu subuh, qiam, rukuk dan sujud beliau begitu lama , akhirnya bapa saudara saya sembuh dari penyakitnya. Pada zaman itu , tahun 70-an jarang ataupun sukar sekali untuk bertemu perawat seperti sekarang.


Kisah 2 ; Datuk saya

Datuk saya berkawan baik dengan tok guru, kedua-duanya sudahpun arwah..Bukan hendak memuji, cuma pada pandangan saya datuk saya seorang yan amat penyabar, lemah-lembut dan mudah memaafkan. Datuk saya melalaui banyak ujian hidup, bermula dari ibu tiri, anak-anak ,keluarga yang terdekat. Pernah berkhidmat sebagai ac semasa zaman darurat dulu, terkena 2 das peluru di dahi dan betis, tapi ajal belum sampai. Datuk saya juga mengalami gangguan saka, selalu lenguh2 badan, sakit kepala, bila ada penjual ubat datang ke rumah, mesti dibelinya walaupun takde berkesan mana. Di akhir hidup beliau banyak habiskan masa dengan berzikir, walaupun zikirnya perlahan, saya selalu memperhatikannya. Beliau selalu rasa panas di bahagian belakang badan dan meminta saya membelikan ubat di farmasi, apa lagi ubat urat pula yg diberi oleh pharmacist tu..

Biasa kita dengar, orang yang ada gangguan saka susah nak meninggal duniakan..tapi perkara sebaliknya berlaku pada datuk saya. Datuk saya tahu hari kematiannya, pada masa itu saya tiada di kampung, ini cerita dari keluarga saya. Beliau minta anak cucu datang berkumpul selepas waktu asar, waktu itu adalah hari jumaat. Semasa bapa saudara saya (bukan yang akan saya ceritakan nanti) cuba mengajar beliau mengucap, beliau menyedari bapa saudara saya duduk di sebelah kiri, lalu beliau meminta anaknya itu duduk di sebelah kanan untuk mengajar menyebut kalimah toyyibah itu. Akhirnya dengan izin Allah, beliau akhiri nafas terakhir dengan kalimah la i la ha ill lallah. Pada hemat saya, saka itu terus menerus mengganggu datuk saya. tapi tidak mampu menyesatkannya.


Kisah 3 : Bapa saudara saya

Baru2 ini saya mengetahui bapa saudara sudah menjadi perawat. Pada pandangan saya, perwatakan bapa saudara saya agak berbeza  dengan datuk saya, tak perlulah saya ceritakan secara detail, cuma ingin saya katakan tidak menyenangkan..walaupun begitu beliau berjaya merawat beberapa orang pesakit gangguan jin..

Mengikut pandangan saya, antara ketiga-tiga orang ini, bapa saudara saya paling hebat dalam bidang berlawan dengan jin. Tetapi dari segi ilmu dan akhlak saya melihat yang berdua itu lebih hebat. Cuma yang menjadi persoalan, apakah jin kurang takut kepada orang yang bertaqwa berbanding orang yang belajar ilmu sebagai perawat?

Sekian, mohon penjelasan.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-11-2014 09:05 AM | Show all posts
ummu_dinie posted on 26-11-2014 03:14 PM
Assalamu'alaikum..
Tuan yang dihormati..saya mohon penjelasan dari tuan tentang peristiwa ketiga-ti ...

Wa'alaikumussalam wrt. wbt Puan @ummu_dinie.

1. Beliau, iaitu tok guru tersebut adalah wali Allah.
2. Datuk Puan bukan sakit akibat saka, tetapi serangan jin ifrit.
3. Bezakan hormat dengan takut. Mungkin jin takut pada dia, tapi akan berdendam.

Last edited by coway_daddy on 27-11-2014 09:26 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2014 09:07 AM | Show all posts
anwarnuwa posted on 26-11-2014 02:03 PM
time kasih tuan atas penjelasan. sangat membantu saya

Sama-sama, Tuan @anuarnuwa. Saya membantu dalam kadar ilmu dan pengalaman yang terhad sahaja.
Last edited by coway_daddy on 27-11-2014 09:26 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-11-2014 09:19 AM | Show all posts
nad014 posted on 26-11-2014 12:26 PM
Assalamualaikum , TT .

1.benarkah sekiranya kita menyebut nama nabi sulaiman , jin akan berasa ta ...

Wa'alaikumussalam wrt. wbt @nad014.

1. Ya dan tidak. Ya bagi hamba-Nya yang Mukmin, tidak kepada para pendosa.
2. Jin di Taman Negara Pahang dan India agak bongkok. Dari Bermuda, gagah perkasa.
3. Tidak dan tiada. Yang benar ialah tentera Allah; berkhidmat atas perintah-Nya.
4. Ya, dia jin ifrit. Jin laparkan kesombongan. Ini salah satu daripadanya.

Last edited by coway_daddy on 27-11-2014 09:25 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2014 09:24 AM | Show all posts
endless88 posted on 26-11-2014 11:45 AM
salam tuan,
tanda2 bunyi cicak yg kedengaran agak luar biasa dan tanpa henti, buniy n follow perger ...

Wa'alaikumussalam Tuan @endless88.

Mungkin gangguan, mungkin juga sihir. Bukan sahaja cicak, haiwan-haiwan lain juga mampu mengesan kehadiran jin atau sihir yang berada dalam radius tertentu. Mereka diciptakan oleh Allah dengan keupayaan pancaindera yang lebih hebat dan lebih sensitif. Subhanallah!
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 10:22 AM | Show all posts
as-salam

sy mahu bertanya..bolehkah baby d beri ilmiah oleh allah secara direct...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2014 01:34 PM | Show all posts
woddy posted on 27-11-2014 10:22 AM
as-salam

sy mahu bertanya..bolehkah baby d beri ilmiah oleh allah secara direct...

Wa'alaikumussalam. Dalam sejarah kemanusiaan, memang ada bayi hebat seperti itu termasuk Nabi Musa a.s. dan Nabi Isa a.s. Ini bermakna hal itu tidak mustahil berlaku dengan kehendak dan izin Allah s.w.t. Tuan @woddy ada terjumpakah?
Last edited by coway_daddy on 27-11-2014 01:35 PM

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 01:36 PM | Show all posts
dah 2x mimpi ada suara kata 'aku takkan lepaskan kau'...


adakah itu adalah beralamat sesuatu?????


Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 02:17 PM | Show all posts
sy pm tuan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2014 04:26 PM | Show all posts
TulenBang posted on 27-11-2014 01:36 PM
dah 2x mimpi ada suara kata 'aku takkan lepaskan kau'...

Ya, itu suatu ancaman.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2014 04:27 PM | Show all posts
woddy posted on 27-11-2014 02:17 PM
sy pm tuan...

Baik, beri saya sedikit masa untuk respons. Saya ada kes berat di Shah Alam dan Klang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2014 04:30 PM | Show all posts
coway_daddy posted on 27-11-2014 04:27 PM
Baik, beri saya sedikit masa untuk respons. Saya ada kes berat di Shah Alam dan Klang.

ehhh dekat ja kita ni...hihihi..
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 04:54 PM | Show all posts
coway_daddy posted on 27-11-2014 04:26 PM
Ya, itu suatu ancaman.

Uncle/Tuan,

saya akan pm nanti.. buntu dah rasanya,, dah beberapa tahun benda ni tapi tak tahu nak get direction from where to start
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam tuan TT, dh lama sy tak masukq thread ni.. Alhamdulillah, makin byk ilmu yg sy dapat..

ade byk persoalan yg sy nk tanye kan pd tuan TT,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2014 07:39 PM | Show all posts
woddy posted on 27-11-2014 04:30 PM
ehhh dekat ja kita ni...hihihi..

Ini jemputan offline bagi yang telah lama mengenali saya di luar. Yang saya kenali di alam maya, saya hanya akan bantu melalui rawatan jarak jauh sahaja. Itupun selepas dibuat saringan dan tapisan keselamatan kerana bukan semua yang ikhlas nak dapatkan bantuan @ menghulurkan persahabatan. Saya telah banyak belajar daripada pengalaman lalu.
Last edited by coway_daddy on 27-11-2014 07:56 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 04:02 PM GMT+8 , Processed in 0.339894 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list