CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28487|Reply: 201

Mat Haron Kesal Baju Melayu Tiruan Guna Namanya(Indah khabar dari rupa???pg5)

[Copy link]
Post time 13-7-2014 12:39 AM | Show all posts |Read mode
Aaron Aziz Kesal Baju Melayu Tiruan Guna Namanya
[size=0.75em]Aaron membuat kemunculan khas di Gedung Tekstil Jakel Kuala Lumpur pada Sabtu. - foto AZLINA ABDULLAH/THE STAR



KUALA LUMPUR: Pelakon Aaron Aziz kesal dengan tindakan segelintir peniaga yang mengambil jalan mudah dengan meniru jenama Baju Melayu Aaron Aziz yang dikeluarkan oleh Jakel.

Aaron berkata, tindakan itu boleh menjejaskan jenama Baju Melayu itu yang asli berikutan kualiti yang digunakan oleh baju tiruan tidak memuaskan.

“Saya kesal apabila mendapat tahu ada Baju Melayu jenama Aaron dikeluarkan oleh pihak lain yang cuba mengambil kesempatan pada musim perayaan ini.  

“Saya ada lihat mereka menggunakan nama 'Aaron Jakel' atau 'Zizan Jakel' dan menjualnya dengan harga yang sangat murah dan tidak berkualti,” katanya ketika ditemui pada Majlis Jom Beraya bersama Aaron Aziz dan Zizan Razak, di Wisma Jakel, di sini, Sabtu.




Sementara itu, Aaron yang dilantik menjadi duta bagi tahun kedua jenama pakaian itu berharap agar peminat-peminatnya tidak terpedaya dengan jenama tiruan tersebut.

Katanya, perkara tidak bertanggungjawab itu seharusnya tidak mendapat sokongan daripada pembeli terutamanya peminat-peminatnya.

“Mereka mengambil kesempatan terhadap usaha orang lain, saya dan tenaga kerja yang lain bersusah payah untuk menjenamakan produk ini, sebaliknya mereka dengan mudah mengaut keuntungan,” katanya.
Last edited by maxim on 24-7-2014 09:32 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2014 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Hbis lah 1 jb pakai baju by zizan and aaron aziz.. Sepesen je semua
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2014 12:46 AM | Show all posts
Bang haron patutnya berbangga.
Bila bang haron dah x glemer nanti abang pakai baju buat de emas pun xde sape dulik.
Ape lagi nak tiru pesen.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2014 12:50 AM | Show all posts
  


Jakel Pilih Zizan Razak & Aaron Aziz Jadi Duta Baju Melayu
Aaron (kiri) dan Zizan dilantik sebagai duta Jakel bagi Hari Raya Aidilfitri kali ini.



KUALA LUMPUR: Dua selebriti popular iaitu Aaron Aziz dan Zizan Razak dipilih menjadi duta produk tekstil terkemuka, Jakel bagi promosi sempena Aidifitri kali ini.

Pengarah Urusan Jakel, Mohamed Feroz Mohamed Jakel berkata, pemilihan kedua-dua pelakon tersebut bukan sahaja kerana populariti, malah mempunyai pengikut yang tersendiri.

"Kita tahu kedua-dua mereka ini mempunyai tahap yang tinggi di industri seni dan menjadi ikon kepada masyarakat.

"Saya yakin populariti mereka yang mampu membantu produk baju Melayu keluaran Jakel untuk Hari Raya ini," ujarnya ketika ditemui selepas Majlis Jom Balik Raya Bersama Aaron Aziz dan Zizan Razak, di Jakel cawangan Masjid India, di sini, Sabtu.

Sementara itu, jelas Mohamed Feroz, ia juga memberi peluang kepada peminat kedua-dua artis ini untuk mendapatkan baju Melayu yang berkualiti dengan harga yang berpatutan.

Dalam pada itu, katanya, kedua-dua baju Melayu tersebut mempunyai rekaan yang berbeza dari segi penggunaan fabrik dan corak.

Mohamed Feroz (tiga, kiri) memberikan kupon baju melayu percuma kepada pengunjung. - foto AZLINA ABDULLAH/THE STAR


“Koleksi baju Melayu Aaron Aziz dan Zizan Razak adalah koleksi yang menampilkan rekaan yang berbeza, begitu juga corak dan fabrik yang lebih berkualiti.

“Kita mahu pengikut-pengikut kedua-dua artis ini berpuas hati dengan baju yang mereka beli dan harva yang mampu dimiliki,” ujarnya.

Sementara itu, Zizan yang dilantik sebagai duta baharu Baju Melayu Jakel mengakui sangat berbesar hati diberi peluang tersebut.

Katanya, ia bukan sahaja sebagai satu kerjasama perniagaan, malah mampu mendekatkannya dengan peminat.

“Saya bersyukur kerana dipilih bersama Aaron untuk baju Melayu Aidilfitri kali ini, kalau dulu saya hanya beli Baju Melayu Aaron Aziz sahaja, kini saya ada baju saya sendiri.,” ujarnya.

Pada majlis tersebut, Jakel memberi percuma sebanyak 300 helai baju kepada pelanggan pertama yang hadir pada program tersebut.

Majlis yang bermula pada pukul 12 tengah hari itu turut diserbu oleh pengunjung yang ingin mendapatkan baju percuma dan diskaun separuh harga yang diadakan itu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2014 01:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Singaporean hari raya bukan pakai baju ofis ke? Kaka raya kt Singapore tgk Malay pakai baju urban
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2014 02:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa2 je la harun... Kesahhh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2014 03:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Original dengan tiruan sama je buruknya. Merata-rata muka kau. Dari maggi sampai ke baju melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2014 03:40 AM | Show all posts
eh ada dee lah. baru jumpa dee kat jusco itu hari. dia senyum and bagi salam lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2014 03:49 AM | Show all posts
Kira ok lah baju melayu macamtu sis, dah nama pun baju melayu kan? Habis itu nak yg macam mana? Macam pondan LGBT kah?






Ke nak yang berlabuchi? siap ada brooch segala mak nenek tudung paddle pop sangkut kat kepala lagi.



Untuk pelengkap kemuliaan hari raya, pakai songkok ni sekali.




Buat sedih di aidilfitri sahaja.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2014 03:54 AM | Show all posts
munchkin posted on 13-7-2014 03:40 AM
eh ada dee lah. baru jumpa dee kat jusco itu hari. dia senyum and bagi salam lagi.

dee dah jdik laki ke skang?
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2014 03:56 AM | Show all posts
SissySembah posted on 13-7-2014 03:49 AM
Kira ok lah baju melayu macamtu sis, dah nama pun baju melayu kan? Habis itu nak yg macam mana? Maca ...

ada lagi baju melayu yg sleeveless ala2 pendekar dolu2 tuh..
tak menahan pesyennn kemainn hazabbbb. designer dari unibersiti mano agaknya ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2014 04:09 AM | Show all posts
oyah posted on 12-7-2014 07:56 PM
ada lagi baju melayu yg sleeveless ala2 pendekar dolu2 tuh..  
tak menahan pesyennn kemainn haz ...

Tadi akak baru jah across fesyen baju melayu 2014.
Tak sangka baju melayu sekarang ni siap berkain lagi.
Sis rasa mana satu yang berbaju melayu itu?



Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2014 04:15 AM | Show all posts
SissySembah posted on 13-7-2014 05:09 AM
Tadi akak baru jah across fesyen baju melayu 2014.
Tak sangka baju melayu sekarang ni siap berkai ...

dh mcm baju melayu tudung fareeda dh siap keronsang kat kopek bagai
tp akak yg kat sebelah tu mmg tudung fareeda pun
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2014 04:19 AM From the mobile phone | Show all posts
SissySembah posted on 13-7-2014 03:49 AM
Kira ok lah baju melayu macamtu sis, dah nama pun baju melayu kan? Habis itu nak yg macam mana? Maca ...

Eeeee. Kejadah pakai fesyen gitu? Kalau bapak iols nampak ni, mampus kena tampaq.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2014 04:36 AM | Show all posts
maxim posted on 13-7-2014 03:54 AM
dee dah jdik laki ke skang?

tak sure. tapi dia peramah
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2014 04:59 AM | Show all posts
tak kuasa aku pakai baju melayu mat haron.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2014 05:16 AM | Show all posts
dino posted on 13-7-2014 04:59 AM
tak kuasa aku pakai baju melayu mat haron.....

ala...dino pakai je lah baju melayu Al Haq tu....
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2014 05:33 AM From the mobile phone | Show all posts
SissySembah posted on 13-7-2014 03:49 AM
Kira ok lah baju melayu macamtu sis, dah nama pun baju melayu kan? Habis itu nak yg macam mana? Maca ...

buroks sgt....
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2014 05:36 AM | Show all posts
kot ya pun nak LGBTQ+ buang janggut tu boleh tak?
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2014 05:59 AM | Show all posts
Apa yg bestnya pakai Baju Melayu Aaron atau Zizan? Dapat feeling Bintang Popular atau dpt Emma Maembong ikat tepi satu?

Ntah ape2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.081254 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list