CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5336|Reply: 4

Helah buat lelaki lebih tinggi

[Copy link]
Post time 16-7-2014 02:55 PM | Show all posts |Read mode
Perkara pertama yang boleh anda lakukan adalah dengan mengamalkan postur tubuh yang baik. Walau bagaimanapun, anda boleh muncul beberapa inci lebih tinggi iaitu dengan pakaian yang sesuai. Berikut beberapa tip bagaimana untuk kelihatan lebih tinggi.



Potongan pakaian ikut tubuh

Memakai pakaian mengikut potongan tubuh badan tertentu membantu untuk menyerlahkan garis tubuh anda yang secara semula jadi sekaligus mewujudkan kesan kelangsingan tubuh badan dan rupa ketinggian juga ditambah. Pertimbangkan mencari tukang jahit untuk mengubah pakaian anda jika perlu tetapi jangan sesekali memakai pakaian anda jika perlu, tetapi jangan sesekali memakai pakaian yang terlalu besar kerana ia akan membuat anda kelihatan lebih pendek.



Pakai pakaian berwarna gelap

Pilihan warna gelap seperti hitam, biru tua dan kelabu gelap bukan sahaja akan menjadikan anda kelihatan lebih ramping tetapi juga akan mencerminkan gaya dominasi dan kuasa. Gabungan dengan postur yang seimbang dan tegak seolah-olah menjadikan anda kelihatan lebih tinggi.



Pilih kepanjangan jaket yang betul

Menyarung jaket yang tidak bersesuaian bukan sahaja dilihat sebagai satu fashion disaster tetapi ia juga mempunyai kesan negatif yang kuat kepada ketinggian anda. Bagi sesetengah lelaki, ia merupakan idea bagi melengkapkan jaket panjang yang semprna dengan meningkatkan bentuk kepada bahu pakaian. Ini akan menjadikan bahu anda kelihatan lebih luas dan mewujudkan bentuk V di bahagian atas badan yang tirus yang akhirnya membantu anda untuk kelihatan tinggi.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2014 01:50 PM | Show all posts
sekarang nih ada pil penambah tinggi. aku ada baca dalam tempoh 1-9 bulan akan bertambah tinggi anatar 3cm -15 cm. perubahan akan nampak dlm tempoh sebulan keatas. harga pasaran RM190 ( 60 biji)

boleh percaya ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 08:50 PM | Show all posts
petua kroit, tinggi sekarang 180 cm,

cukup rehat,
cukup nutrient,
cukup air,
cukup cahaya Matahari,

maka akan jadi tinggi
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 11:43 PM | Show all posts
"Pertimbangkan mencari tukang jahit untuk mengubah pakaian anda jika perlu tetapi jangan sesekali memakai pakaian anda jika perlu"
Dah....perlu pun, jangan pakai pakaian pulak.
Kena bogel la kekdahnya....huuu....baru nampak tinggi.
Ha, ye lah.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 11:24 AM | Show all posts
yum yum...yummy...
kalsium untuk lebih tinggi..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:21 PM GMT+8 , Processed in 0.070914 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list