CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Naurah_rik

Belalang kunyit bawak pelesit? PART 2

[Copy link]
 Author| Post time 22-7-2014 01:30 PM | Show all posts
cheeky_meal posted on 22-7-2014 12:39 PM
sambung2.....

ok ok ok ... hihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-7-2014 01:32 PM | Show all posts
mai-shi posted on 22-7-2014 01:26 PM
Alhamdulillah dia takde meracau. Dia lari bilik terus. Asrama aku tu ok sgt nk lepak koridor pagi2 ...

alhamdulilah "dia" jarang menonjol kan? kalau tak naya je.. kiranya senior ko tu kuat semangat jugak la kan. kalau aku, dah pengsan gamaknya.

Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 02:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Yeke menda nih ye? Aku dulu, xde la dulu sgt. Sblm aku kawen, aku kawen baru 3 bulan lebih je. Aku dok kat umah sorang2 je. Ada dalam 5 6 bulan aku dok sorang2. Sblm2 ni ngan mak aku. Bila mak aku da meninggal aku dok sorang2. Pastu ada la 2 3x gak aku nampak menatang nih kat umah aku. Tapi aku takut nak bunuh ke tangkap ke ape. Aku bior je n tido. Nti sok pagi da ilang da dia
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2014 02:03 PM | Show all posts
Kisah ni bukanlah nyata, tapi aku sekadar bermimpi.. Mimpi yang meninggalkan misteri bagi aku. Kalau sesapa yang ada experience tentang ni mohon beri penjelasan yeeeee..

Masa kejadian ni aku baru lagi study kat ILP.  Masih dalam minggu orentasi lagi. Macam yang sedia maklum, time minggu orentasi ni kita akan dibawa "mengenali tempat" .. dan dalam 1 hari tu ada pelbagai aktiviti untuk semua student baru.

Aku masih ingat lagi kata-kata ketua warden kepada semua student baru :
1 - Jangan ke belakang bangunan pentadbiran dan bengkel selepas senja. (sebabnya tidak pula dinyatakan)
2 - Pesanan untuk student perempuan, kalau time "datang bulan" pastikan cuci sebersihnya pad tu. Sebab makcik cleaner pernah terserempak dengan makhluk yang menyelongkar tong pad tu.
3 - Jangan bawak alatan sembahyang seperti colok / kemenyan dan sebagainya. (khas utk kaum india)
4- Jangan terlampau seronok dan jangan sesekali bawak telur ayam (belum dimasak) ke dalam hostel. (bawak telur ayam mentah biasanya untuk tujuan "prank" bila tiba hari jadi membe) Pernah terjadi ada seorang pelajar yang kerasukan sebab perkara ni. Dikhabarkan, pelajar tu belum pulih sampai sekarang. (time tu tahun 2009 , sekarang ni aku tak pasti la. Aku just taip apa yang warden aku cakap dulu)

ok skip tentang peringatan tu ;

Malam tu aku bermimpi ...
Ada seorang budak lelaki berbadan agak montel, berbaju kemeja dan berseluar pendek. (gaya vintage abes) Budak lelaki tu berwajah pucat sangat tapi cute. Dia datang kat aku dan ajak aku ronda-ronda kawasan ILP tu. Tapi ofcoz la bukan 100% bangunan dalam mimpi sama macam realiti. (typical aku memang suka budak-budak)

Lepas puas dia bawak ronda dia tarik tangan aku ke sebuah rumah. (aku masih ingat tangan budak tu sejuk sangat) ... Rumah tu berbentuk rumah lama dan mempunyai daun tingkap pattern lama. Rumah macam orang dulu-dulu tu, tingkapnya yang takdak jerejak apapun. (korang rujuk GAMBAR CONTOH)



Dari dalam rumah aku boleh nampak ke luar rumah dengan jelas. Dekat luar rumah ada sebatang pokok (dalam jarak 50Meter) Bawah pokok tu terdapat sebuah katil yang bercadarkan warna kuning. Atas katil tu nampak macam berkilauan (aku tak pasti apa benda atas tu) .. Tapi yang pasti katil tu nampak terserlah sangat.

So aku tanya la budak tadi (dalam mimpi tu budak tu tak bercakap tapi sentiasa tersenyum)
Aku : Katil tu siapa punya?
Budak : Katil tu untuk siapa yang jadi sahabat aku.

...... budak tu diam seketika, lepas tu dia sambung

Budak : Hang nak dak jadi sahabat aku. Kalau tak sudi pun tak pa dia tak memaksa ..

Time tu walaupun dalam mimpi, aku masih bole berfikir jangan-jangan budak ni ......

Aku : Maaf, tapi aku takmau (dalam takut aku senyum)

Lepas tu aku terus terjaga dari tido. Mimpi tu tak seram pun, sebab budak tu comey sangat. Cuma wajah dia pucat (macam mati lemas).

Lepas dah beberapa bulan study kat situ, 1 hari tu pesyarah aku cerita. Bangunan pentadbiran tu ada hantu budak. Encik Adam (bukan nama sebenar, pesyarah kos lain) pernah nampak budak tu kat tangga.

So, fikir-fikir adakah mimpi aku ni ada related dengan apa yang pesyarah aku nampak? Mujur budak tu datang sekali je dalam mimpi aku. Sampai sekarang aku boleh bayang wajah budak tu macam mana.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2014 02:09 PM | Show all posts
mis_kiki posted on 22-7-2014 02:02 PM
Yeke menda nih ye? Aku dulu, xde la dulu sgt. Sblm aku kawen, aku kawen baru 3 bulan lebih je. Aku d ...

Benda susah nak cakap. Biasanya pun pernah ada juga yang terlepas masuk. Tapi so far masih takde apa yang berlaku. Sepanjang hidup aku cuma 2 kali aku face benda macam ni. Maybe tengok "tempat" jugak kot. Sometime, kalau tempat tu keras ke apa kita jadi takut sangat so adalah yang nak mengusik.

Kes adik aku tu padah perbuatan sendiri jugak la..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Naurah_rik posted on 22-7-2014 02:09 PM
Benda susah nak cakap. Biasanya pun pernah ada juga yang terlepas masuk. Tapi so far masih takde a ...

Tapi masa aku dok sorang2 kat umah tu berlaku hampir setiap malam aku kena tindih masa tido. Bukan malam je. Siang if aku tertido pun aku kena gak. X tau la ni ada kena mengena ngan belalang tu jugak ke? Ke sebab aku dok sensorang so menda2 ni suka kacau?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-7-2014 02:25 PM | Show all posts
mis_kiki posted on 22-7-2014 02:18 PM
Tapi masa aku dok sorang2 kat umah tu berlaku hampir setiap malam aku kena tindih masa tido. Bukan ...

Ko pernah nampak-nampak apa tak? Sama ada "ada kena mengena ke tak" aku tak pasti la kiki. Aku pun tak bape pandai sangat bab macam ni. Cuma kalau ko ade rasa apa-apa yang pelik ke ko cuba la tanya kepada yang lebih pandai , (ustaz ke)

Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Naurah_rik posted on 22-7-2014 02:03 PM
Kisah ni bukanlah nyata, tapi aku sekadar bermimpi.. Mimpi yang meninggalkan misteri bagi aku. Kalau ...

Hehe.. da la montel2 ye budak tuh. Kompom comel punye. Nasib ko masih boleh berpikiran waras dlm mimpi tuh. Kalau x, sampai ke mana la mimpi ko tu kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2014 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Naurah_rik posted on 22-7-2014 02:25 PM
Ko pernah nampak-nampak apa tak? Sama ada "ada kena mengena ke tak" aku tak pasti la kiki. Aku pun ...

Masa aku kena tindih tu aku macam sedar tapi xleh nak bergerak or menjerit walaupun da berusaha bermatian2. Yang aku nampak cam bayang2 hampir berbentuk manusia tapi hitam. Sampai 1 tahap tu aku tido mengiring, pastu benda tu leh lagi tindih aku kat belakang n aku siap rasa dia mendengus2 macam nafas orang stim kat leher n telinga aku. Yang paling x boleh nak tahan n takut giler tu aku siap rasa dia gesel2 anu dia kat mont** aku. Pastu dengan seberapa daya aku lepaskan diri baru aku leh lepas.

Lepas pada tu aku citer masalah aku ni kat bff aku. N dia ada sorang kenalan kat tempat keje dia ni laki indon. Dlm 40 lbh la umo. Aku try berubat ngan dia. Alhamdulillah ok..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2014 09:11 AM | Show all posts
mis_kiki posted on 22-7-2014 02:31 PM
Hehe.. da la montel2 ye budak tuh. Kompom comel punye. Nasib ko masih boleh berpikiran waras dlm m ...

hikhik tu la comey pulak tu. aku lak jenis suka budak-budak tu yang jadi tak takut tu

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2014 09:13 AM | Show all posts
mis_kiki posted on 22-7-2014 02:39 PM
Masa aku kena tindih tu aku macam sedar tapi xleh nak bergerak or menjerit walaupun da berusaha be ...

dear, laki indon tu tak cakap ke apa benda yang ganggu ko tu? takut pulak aku dengar. kalau jenis gatal semacam ni biasanya hantu raya? betul ke? sekarang benda tu dah takde lansung kacau ko ke? kalau takde alhamdulilah bagus la

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 10:33 AM | Show all posts
Biasalah tu
Mcm ILP Bukit katil jugak
kawasan bengkel tu mcm kawasan larangan sebelah mlm.
diaorg ckp ade roh2 la ape la
sbb pernah ada kes bdk bunuh diri kt situ.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2014 11:04 AM | Show all posts
mank posted on 23-7-2014 10:33 AM
Biasalah tu
Mcm ILP Bukit katil jugak
kawasan bengkel tu mcm kawasan larangan sebelah mlm.

tiap kali ada bunuh diri mesti ada kes roh berkeliaran kan? memang tak diterima roh orang bunuh diri tu di langit mahupun di tanah. last mengganggu aje .. huhu.

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 11:11 AM | Show all posts
haha member aku penah kencing kot tingkap
tiba2 tergolek jatuh dlm dorm
pastu dia ckp suara garau
suruh jgn biadap
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Naurah_rik posted on 23-7-2014 09:13 AM
dear, laki indon tu tak cakap ke apa benda yang ganggu ko tu? takut pulak aku dengar. kalau jenis  ...

Laki indon tu kate ada orang hantar yg x baik la kat aku. Aku pun kenal orang tu. Kira dia x puas ati aku masa tu couple ngan somi aku yg sekarang ni la. Macam2 cara gak la dia buat supaya aku putus ngan somi aku yg masa tu couple je tu. Pas da berubat 2x Alhamdulillah xde da kejadian tu. Lagipun aku kan tinggal sorang2 masa tu. So lagi la menda2 tu cam senang nak kaco ye x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2014 11:44 AM | Show all posts
mank posted on 23-7-2014 11:11 AM
haha member aku penah kencing kot tingkap
tiba2 tergolek jatuh dlm dorm
pastu dia ckp suara garau
...

hihi... loklaq membe hang tu.

lepas benda tu bagi amaran, membe ko ada kena ganggu ke tak?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-7-2014 11:45 AM | Show all posts
mis_kiki posted on 23-7-2014 11:15 AM
Laki indon tu kate ada orang hantar yg x baik la kat aku. Aku pun kenal orang tu. Kira dia x puas  ...

ishhh teruk siot orang jenis suka berdendam ni. kalau perkara Allah tak bagi, tak kan dapat jugak. alhamdulilah laaa ko dah sihat kiki

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Naurah_rik posted on 23-7-2014 11:45 AM
ishhh teruk siot orang jenis suka berdendam ni. kalau perkara Allah tak bagi, tak kan dapat jugak. ...

Yela naurah.. kalau Allah x izin memang x kan jadi. Aku siap sound ngan dak tu kalau dah memang jodoh aku ngan laki aku ni, dia wat camne pun xkan boleh punye. Ygx tahan tu dia buat aku kat bomoh orang asli tu. Seriau aku dengar
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 12:08 PM | Show all posts
check in jugakk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2014 12:12 PM | Show all posts
Semasa stay kat hostel tu yang aku pasti boleh dikatakan setiap hari akan kedengaran bunyi perabot dialih. Kadang bunyi tu tak terhad pada waktu senja dan tengah malam. Waktu petang, waktu antara jam 8-9malam pun boleh dengar bunyi perabot dialih tu.

Pernah satu hari tu masa tengah dibuai mimpi aku terkejut bila terdengar bunyi seakan-akan guli bertaburan dalam bilik aku. Mulanya aku ingatkan bunyi tasbih yang jatuh. Tapi bila aku terpandang tasbih tu still elok bergantung so aku sambung ja tido balik. Time tu aku mana tau lagi bab mistik-mistik gangguan ni, so aku tak fikir apa-apapun. Takut pun tak.

Masa dah masuk sem 2, aku dapat bilik aras 1. Jadi sepanjang sem tu alhamdulilah aku tak alami apa-apa gangguan. Kata puan warden, aras 3 dan 4 adalah tempat tinggal "benda-benda" tu. Manakala ground floor, aras 1 dan 2 hanya tempat "benda-benda" tu bermain.

Perkara yang buat aku tersentak apabila aku berbual dengan senior aku. Diaorang cakap ada satu bilik aras 3 , bilik no 3-36 selalu terjadi kerasukan. Benda tu tak suka kotor-kotor. So sapa yang stay bilik tu kalau pengotor, sedar-sedar dah duduk di aras 4 atau dimana-mana. (aku tak pasti pulak macam mana benda tu usung orang) ... bilik 3-36 tu adalah bilik aku time sem 1. Mujur, tak terjadi sebarang perkara yang tak baik sepanjang aku stay situ.

Setakat gurauan manja tu biasalah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.072231 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list