CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2141|Reply: 7

[Tempatan] Polis siasat wanita Korea

 Close [Copy link]
Post time 21-7-2014 09:41 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR 20 Julai - Polis telah mengenal pasti wanita Korea yang gambarnya tersebar di laman-laman sosial semalam kerana memakai baju bertulis ayat suci al-Quran ketika membeli barangan di sebuah pasar raya di Ampang dekat sini.

Wanita itu kini sedang dikesan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 398 Kanun Keseksaan iaitu menghina agama bagi menimbulkan ketidakpuasan hati.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar) melalui laman Twitternya berkata, tindakan lanjut terhadap wanita itu akan diambil tidak lama lagi.

"@PDRMsia dah mula siasat kes 'makcik' tu. Dia Korean, baru sampai sini, beli baju tu dari India. Biarlah kita siasat lebih lanjut, harap bersabar.

"Ada yang @PDRMsia dapat ambil tindakan segera, ada memerlukan masa untuk kita bertindak secara rasional. Kami akan laksanakan tanggungjawab kami," katanya dalam laman berkenaan.

Khalid juga menegaskan, polis akan menjalankan siasatan itu dengan telus dan menasihati orang ramai supaya bersabar.

"@PDRMsia tidak akan bias. Semua kesalahan akan disiasat tanpa mengira bangsa dan keturunan. Kita semua perlu hormat kepada sistem undang-undang kita.

"@PDRMsia peka dengan apa yang berlaku. Insya Allah kita akan ambil tindakan mengikut undang-undang yang ada. Percayalah," ujarnya.

Semalam, pengguna laman sosial Facebook berang selepas menyaksikan gambar wanita itu secara selamba memakai baju kaftan bertulisan al-Quran ketika sedang membeli-belah di sebuah pasar raya di Ampang.

Malah, satu lagi gambar menyaksikan seorang lelaki menegur wanita terbabit setelah dia dikatakan tidak senang hati melihat perlakuan biadab itu yang jelas menghina umat Islam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Khairuldin Saad ketika dihubungi memberitahu, satu laporan polis sudah dibuat oleh pihak berkuasa selepas mendapat maklumat berhubung kejadian itu di laman sosial berkenaan.

"Bertindak atas perkara itu, polis kini sedang mengesan wanita berkenaan untuk mengetahui cerita sebenar. Dia dipercayai seorang pelancong yang baru datang memasuki negara ini.

"Oleh demikian, saya meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi kerana polis kini sedang menjalankan siasatan tentang perkara itu," katanya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140721/je_02/Polis-siasat-wanita-Korea#ixzz383wt70be
© Utusan Melayu (M) Bhd



GAMBAR yang disebarkan melalui laman sosial menunjukkan seorang wanita Korea memakai pakaian bertulis perkataan ayat al-Quran di Kuala Lumpur baru-baru ini.



______________


sayang sekali xde chan nak menambah peluang maki kat DAP utk tambah pahaler di bulan yg mulia ni      pasal pakaian pon kene sampai polis siasat,  tulah satu lagi cara utk lebih ramai kafir kagum dan rela convert





Last edited by zjen on 21-7-2014 09:43 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2014 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
If shes a tourist. Jgnlaa harsh sgt.
Nasehatkan saje lah.
Tak payahlah sampai tangkap2 ni. Dia mungkin tak tau pon.
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 10:02 AM | Show all posts
kalau ye pun ajumma tu pakai baju bertulisan arab ( ayat Quran ?! ) tak bleh ker tegur elok2 eksplen kt dia ...aku agak dia pun tak tau yg kita x bleh suka suki pakai baju bertulisan ayat2 Quran...yg dia tau baju tu cantek dgn corak2 khat gitu....org2 Islam Malaysia ni x bleh ker bersikap toleransi sikit asyik nk sentap manjang tak kne masa....tgk isulah....
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 10:09 AM | Show all posts
Memang tu ayat quran ke?? Atau sekadar tulisan khat je.... tak ubah macam baju-baju lain jugak yang ada tulisan "Save Gaza" atau " Pray for MH17" dan sebagainye... cuma dia tulis arab je... tengok la dulu perkataan demi perkataan kat baju tu... adakah itu ayat dari mana-mana surah quran...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 10:10 AM | Show all posts
cai2 kurang satu lagi tread utk maki2 cina dap...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2014 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Ajumma tu mungkin tak tau apa2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-7-2014 10:20 AM | Show all posts
cari orang yang buat baju tu pulak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-7-2014 10:21 AM | Show all posts
bluehedgehog posted on 21-7-2014 10:10 AM
cai2 kurang satu lagi tread utk maki2 cina dap...

cai nampak jer sepet terus cop,  ekceli ada juga Melayu yg mata sepet  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 05:39 AM GMT+8 , Processed in 0.054741 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list