CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2188|Reply: 39

[Tempatan] Bekas CJ: Islam terancam di Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 22-7-2014 09:41 PM | Show all posts |Read mode


Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad membangkitkan masalah yang dihadapi oleh umat Islam di Pulau Pinang, yang menurutnya boleh merebak jika terus dibiarkan.

Antara lain, katanya, mantan Mufti Pulau Pinang memberitahunya adalah susah mendapat peruntukan untuk aktiviti agama Islam di Pulau Pinang, kerana pemimpin agama lain juga menuntut hak yang sama.

"Jika kita tidak membendungnya, perkara seperti ini akan merebak ke seluruh Malaysia. Di waktu itu, waktu penyiaran rancangan-rancangan agama Islam di televisyen pun akan terpaksa dikongsi dengan agama-agama lain.

"Jabatan-jabatan kerajaan dan kampus-kampus universiti kerajaan yang menyediakan surau akan terpaksa menyediakan gereja, tokong dan gurdwara," tambahnya.

Ertinya, tambah beliau, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan sudah tidak bermakna lagi.

Hamid menegaskan demikian di majlis berbuka puasa dengan beberapa NGO Islam di Kuala Lumpur, semalam.

Salinan ucapannya yang bertajuk 'Mempertahankan perlembagaan sebagai asas perpaduan negara', juga dimuatnaik di lamanweb beliau.



Bekas ketua hakim negara itu yang berasal dari Pulau Pinang, mendedahkan bahawa mufti juga memaklumkan kepada beliau mengenai satu kejadian semasa perasmian sebuah bangunan di negeri itu oleh timbalan ketua menteri.

Di majlis itu, katanya, doa dibacakan oleh seorang Padri Kristian, seorang Sami Hindu dan Imam Masjid Negeri.

"Saya amat hairan mengapa Imam Besar pun turut menyertainya. Tidakkah beliau berfikir?" soalnya.

"Saya amat sedih melihat orang Melayu dan Islam begitu 'naive' sehingga mereka begitu mudah diperalatkan sehingga sanggup bertakbir dan bergolek di atas jalan raya sedangkan orang bukan Islam yang untung," tambahnya.

Hamid merujuk kepada protes ekoran BN Perak mengambil alih pentadbiran negeri itu selepas pilihan raya umum 2008.

Mengulas mengenai isu penggunaan kaliman Allah, Hamid berkata beliau hairan mengapa ada orang-orang yang dikenali sebagai ulamak tidak nampak muslihat gereja Roman Katholik yang hendak memakai kalimah Allah dalam bible Bahasa Melayu dan upacara gereja dalam Bahasa Melayu selepas 500 tahun kecewa mengkristiankan orang Melayu secara besar-besaran.

sumber: malaysiakini.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2014 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
x faham masalah dia....
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasis.
Tu lah, sape suh umngok kasik penang kat orang cina. Kasik bacala itu buku sejarah
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg bagi peruntukan ratus ribu utk ihya ramadhan for negeri Penang sapo? Hantu?
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 10:23 PM | Show all posts
apa masalah dia ekk....baik duduk enjoy life after pencen...berbaik2 ngan semua orang....ngan jiran tak kira bangsa dan agama....happy what...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 10:30 PM | Show all posts
perasmian sebuah bangunan di negeri itu oleh timbalan ketua menteri.

Di majlis itu, katanya, doa dibacakan oleh seorang Padri Kristian, seorang Sami Hindu dan Imam Masjid Negeri.


so apa masalahnya wakil setiap agama baca doa ikut kefahaman memasing? ini bukan majlis perasmian masjid atau surau...terpuranjat beruk aku tengok hakim level CJ bodoh bahloul macam nih...patut ler judiciary system kita tanggang langgang...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-7-2014 10:30 PM | Show all posts
Hamid mohamad lupa makan ubat semalam
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 10:33 PM | Show all posts
Roman Katholik yang hendak memakai kalimah Allah dalam bible Bahasa Melayu dan upacara gereja dalam Bahasa Melayu selepas 500 tahun kecewa mengkristiankan orang Melayu secara besar-besaran.



rupanya ummah mulayu hanya boleh di kristiankan setelah kristian pakai nama allah......this is lawak ketahian paling tak menahan...kah kah kah....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2014 10:34 PM | Show all posts
BotakChinPeng posted on 22-7-2014 10:30 PM
Hamid mohamad lupa makan ubat semalam


dia dementia, memang ler lupa....
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 10:50 PM | Show all posts
Bekas CJ ni dihalang solat jumaat sambil  dipaksa minum holy water ka?
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
pyropura posted on 22-7-2014 10:30 PM
so apa masalahnya wakil setiap agama baca doa ikut kefahaman memasing? ini bukan majlis perasmia ...

Panggil imam dah ler, kata Allah tuhan Yang Esa, apa perlunya semua agama nak berdoa?
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Penang kearah sekular
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 11:04 PM | Show all posts
DTECCONAN posted on 22-7-2014 11:00 PM
Panggil imam dah ler, kata Allah tuhan Yang Esa, apa perlunya semua agama nak berdoa?


itu amalan kat kampung,  penduduknya 100% isele boleh lar....ini kena kawasan penduduk kapir 80%, realiti di lapangan lah..

Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 11:13 PM | Show all posts
DTECCONAN posted on 22-7-2014 11:01 PM
Penang kearah sekular

Cine meleng jugak yang untung.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
billiejean posted on 22-7-2014 10:23 PM
apa masalah dia ekk....baik duduk enjoy life after pencen...berbaik2 ngan semua orang....ngan jiran  ...

masalah dia ialah agama lain menuntut hak yg sama. Oleh itu, kepentingan Islam tidak menjadi keutamaan. Islam kena nombor satu. Agama lain, tak boleh disamakan
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 11:19 PM | Show all posts
DTECCONAN posted on 22-7-2014 11:01 PM
Penang kearah sekular


mulayu dah lama sekular, contoh setengah orang bila nak semayang tukar baju lain atau kain lain, tu sekular ler tuh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2014 11:21 PM | Show all posts
taikor posted on 22-7-2014 11:16 PM
masalah dia ialah agama lain menuntut hak yg sama. Oleh itu, kepentingan Islam tidak menjadi keuta ...

Cine keleng jugak untung.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Isele terhina sebab sami baca doa? ??
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
pyropura posted on 22-7-2014 11:04 PM
itu amalan kat kampung,  penduduknya 100% isele boleh lar....ini kena kawasan penduduk kapir 80% ...

Oh. Dah lain sekarang pakat sibuk nak baca doa ikut agama masing2 pula. Aritu kehulu kehilir kata Allah Tuhan Yang Esa, wakil ustaz dah la
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 12:26 AM | Show all posts
DTECCONAN posted on 23-7-2014 12:21 AM
Oh. Dah lain sekarang pakat sibuk nak baca doa ikut agama masing2 pula. Aritu kehulu kehilir kata  ...


Tuhan memanglah  Esa, tapi makhluk Dia berbeza dan berbilang...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:58 PM GMT+8 , Processed in 0.075816 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list