CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: obelisk

[Tempatan] Bekas CJ: Islam terancam di Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 23-7-2014 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
pyropura posted on 22-7-2014 11:19 PM
mulayu dah lama sekular, contoh setengah orang bila nak semayang tukar baju lain atau kain lain, ...

Haram ka pakai baju lain2?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2014 12:30 AM | Show all posts
DTECCONAN posted on 23-7-2014 12:21 AM
Oh. Dah lain sekarang pakat sibuk nak baca doa ikut agama masing2 pula. Aritu kehulu kehilir kata  ...

Cine keleng juga yang makin untung besar.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
pyropura posted on 23-7-2014 12:26 AM
Tuhan memanglah  Esa, tapi makhluk Dia berbeza dan berbilang...

Jadi apa masalahnya kat sini? Bglah ustaz2 ja baca doa, takkan ustaz syiah, wahabi pun perlu ada juga?
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 01:54 AM | Show all posts
penang dah jadi liberal dah
nak suruh tok sami doa, suruh dia doa di rumah ajalaa
tak payah jemput2
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 01:57 AM | Show all posts
sekngucing posted on 23-7-2014 01:54 AM
penang dah jadi liberal dah
nak suruh tok sami doa, suruh dia doa di rumah ajalaa
tak payah jemput ...

Kena ucap terima kasih kat mat juebow dan dap cine sial.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 01:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat kompaun UPM ada gereja dah lama.....mana pejuang melayu??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-7-2014 02:56 AM | Show all posts
bg aku tak de isu pon sebnarnye..

public kene open sikit..

both side muslim & non-muslim..
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 04:51 AM From the mobile phone | Show all posts
taikor posted on 22-7-2014 11:16 PM
masalah dia ialah agama lain menuntut hak yg sama. Oleh itu, kepentingan Islam tidak menjadi keuta ...

Ada juga org yg bijaksana seperti anda. Komen lain rubbish
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2014 07:08 AM | Show all posts
tiba tiba ...dia bersuara
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 05:12 PM | Show all posts
DTECCONAN posted on 23-7-2014 12:31 AM
Jadi apa masalahnya kat sini? Bglah ustaz2 ja baca doa, takkan ustaz syiah, wahabi pun perlu ada j ...


syiah wahabi kan muslim juga....aduusss...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 05:13 PM | Show all posts
DTECCONAN posted on 23-7-2014 12:29 AM
Haram ka pakai baju lain2?


ko tak paham ekk, jauh melencong nya...ke nak konar...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 05:22 PM | Show all posts
pyropura posted on 22-7-2014 10:33 PM
rupanya ummah mulayu hanya boleh di kristiankan setelah kristian pakai nama allah......this is ...

Sebenarnya,

Menurut gossip orang pertama yang menolong kokesen menterjemahkan Bible ke Bahasa Melayu bertulisan Jawi di Tanah Melayu ini adalah orang Melayu sendiri.

Kurun ke 14 atau 15 begitu.

Samada Melayu Indon atau Melayu tanah Melayu aku tak tahu la.

Bible bertulisan Jawi pertama di Tanah Melayu itu ada dalam simpanan Cina Singapore sekarang. Dikhuatiri akan dirampas pihak berkuasa jika diheboh-hebohkan. Aku, sekadar tengok versi gambar pernah la.

Ini antara argument yang digunapakai oleh salah seorang peguam yang mewakili gereja Katolik semasa perbicaraan kes ini dulu - untuk membuktikan kalimah Allah sudah lama digunapakai oleh Kristian di Tanah Melayu (masa tu, gereja menang. Najib lagi bagi green light. Lepas political pressure, baru dikalahkan).

Tak ingat pula aku siapa nama peguam itu.
Last edited by chazey on 23-7-2014 05:23 PM

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 05:24 PM | Show all posts
chazey posted on 23-7-2014 05:22 PM
Sebenarnya,

Menurut gossip orang pertama yang menolong kokesen menterjemahkan Bible ke Bahasa M ...

tun sri lanang? abdullah munsyi?

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 05:36 PM | Show all posts
sekngucing posted on 23-7-2014 05:24 PM
tun sri lanang? abdullah munsyi?

Tak tau. Cina tu tak bagitau detail. Dia sendiri pun tak kenal kot.

Aku google. Abdullah Munsyi la tuh kot memandangkan banyak artikel Kristianisasi pasal dia. Ada yang kata dia tali barut kokesen, ada yang kata dia diperalatkan kokesen.

Btw, pembetulan post aku di atas; kerja heols betulkan terjemahan start dari tahun 18 something2.

Yang terjemahan Ruyl tu pula start tahun 16 something.

http://ms.m.wikipedia.org/wiki/Kitab_Ruyl-Van_Hasel-Heurnius
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 05:40 PM | Show all posts
Babai posted on 23-7-2014 12:30 AM
Cine keleng juga yang makin untung besar.

melayu pun untung jgk . Untung menang sorak tanah tergadai mcm Pak Kadok. Hidup imam LGE sorak Melayu penang
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 05:42 PM | Show all posts
rumah aku pun ada bible
nak takut apanya? tulisan aja pun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2014 05:51 PM | Show all posts
KENYATAAN MEDIA YB DATO’ ABDUL MALIK KASSIM, EXCO KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG, 23 JULAI 2014



MANTAN KETUA HAKIM NEGARA BERDUSTA, PERLU BERTAUBAT



Saya terkejut dan kesal apabila membaca  kenyataan Tun Abdul Hamid Mohamed, Mantan Ketua Hakim Negara ketika Majlis Iftar bersama NGO Islam malam semalam.  Saya seolah-olah sedang  membaca ucapan seorang pemimpin  NGO  perkauman pelampau Melayu yang pro kepada dasar perkauman Umno/BN, bukannya suara Mantan Ketua Hakim Negara yang sepatutnya bersikap adil dan telus.


Kenyataan itu penuh prejudis dan menyemai sifat perkauman sempit sesama kaum. Ia bahaya untuk masa depan negara, dan tentulah bercanggah dengan slogan 1 Malaysia yang dibanggakan oleh Perdana Menteri.


Sebagai mantan Ketua Hakim, beliau tidak sepatutnya terkhilaf khususnya dalam soal peruntukan untuk aktiviti agama Islam di Pulau Pinang. Ia bukan saja tidak tepat malah  berupa tuduhan serius  seolah-olah Islam dianaktiri di negeri ini. Padahal, hakikat dan faktanya peruntukan untuk aktiviti Islam jauh lebih besar daripada apa yang diperolehi semasa Umno/BN menerajui negeri ini.

Ekoran itu, membuatkan pemimpin GERAKAN tidak berpuashati dan mengkritik kerajaan negeri pimpinan DAP kerana menyalurkan peruntukan lebih besar kepada Islam. Mengapa Tun Abdul Hamid memejam mata dalam hal ini ?


Pada 2 Julai lalu  beliau telah terkhilaf dan memohon maaf terbuka apabila membuat tohmahan berunsur perkauman terhadap tawaran sebagai Pengerusi Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian di Antara Penganut Agama (JKMPKA) dan Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN).

Pada kali ini, beliau sekali lagi dengan nada lebih berbahaya mengulangi kekhilafannya itu, dengan penuh prejudis, berbau hasutan dan bernada perkauman sempit, khususnya  berkaitan Hal Ehwal Islam di Pulau Pinang.



FITNAH IMAM BESAR MASJID NEGERI BERDOA BERSAMA PADERI DAN SAMI



Beliau telah sebenar-sebenarnya berdusta dan karut sama sekali, apabila menyatakan Imam Besar Masjid Negeri terlibat membacakan doa bersama-sama dengan padri Kristian dan sami Hindu dalam upacara perasmian sebuah bangunan yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri 2  Pulau Pinang dan Datuk Seri G. Palanivel Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar pada 10 Februari 2014.  



Saya ungkapkan kembali sedutan ucapan beliau :-

….. di Pulau Pinang telah berlaku satu peristiwa di mana di perasmian sebuah bangunan oleh Timbalan Ketua Menteri, do’a dibacakan oleh seorang padri Kristian, seorang Sami Hindu dan Imam Masjid Negeri. Saya amat hairan mengapa Imam Besar pun turut menyertainya. Tidakkah beliau berfikir ? ( Rujuk  http://www.tunabdulhamid.my/inde ... as-perpaduan-negara )


Kes terpencil itu sebenarnya hanya membabitkan seorang Islam daripada “Tanjung Muslim Association”  bernama Haji Ali Kassim yang tidak merujuk terlebih dahulu tindakannya itu kepada pihak berkuasa agama negeri.  ( Rujuk The Star 21 Februari 2014 / m.s 36 )


Mantan Ketua Hakim Negara itu seharusnya mengambil kesempatan pada bulan Ramadan ini untuk memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas pendustaannya itu.  



PERUNTUKAN AGAMA ISLAM BERTAMBAH


Bagi menolak tuduhan tidak berasas Mantan Ketua Hakim Negara itu, saya ulangi semula rekod peruntukan baget untuk Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, yang menjangkau lebih 300 peratus berbanding zaman BN yang menjadi kritikan pemimpin GERAKAN negeri ini :-


Tahun 2008 (BN) – RM25.49 juta, tahun 2009 (PR) – RM35.78 juta, tahun 2010 (PR) - RM37.85, tahun 2011 (PR) - RM 63.21, tahun 2012 (PR) -  64.03 juta, tahun 2013 (PR) – RM54.55 juta, tahun 2014 (PR) – RM51.17 juta.


Sumbangan kepada perkembangan Sekolah Agama Rakyat yang tidak pernah diberikan  sewaktu zaman BN memerintah Pulau Pinang:


Tahun 2008 (PR ) – RM1.5 juta, tahun 2009 (PR) – RM 1.5 juta,  2010 (PR) – RM1.75 juta,  tahun 2011 (PR) – RM1.75 juta, tahun 2012 (PR) – RM1.75 juta,  tahun 2013 (PR) – RM1.75 juta, tahun 2014 (PR) – RM1.75 juta.


Sumbangan kepada para hafiz yang juga tidak pernah dilakukan sewaktu BN memerintah.


Tahun 2008 (PR) – RM30,900,00 tahun 2009 (PR) – RM65,000.00, tahun 2010 (PR) – RM90,000.00, tahun 2011 (PR) – RM130,000.00, tahun 2012 (PR) – RM 175,000.00 tahun 2013 (PR) – RM202,500.00.


Sumbangan Ehya Ramadan kepada masjid-masjid seluruh Pulau Pinang, juga tidak pernah dilakukan oleh BN Pulau Pinang ketika itu.:


Sejak 2008 sehingga 2014 kerajaan negeri menyalurkan peruntukan sebanyak RM1000.00 kepada  lebih 200 buah masjid  seluruh negeri. Masjid Negeri diperuntukan sebanyak RM5000.00 dan masjid Daerah sebanyak RM3000.00.


Sementara itu, sejak 2009 setiap tahun guru-guru KAFA/SAR/Maahad Tahfiz/TADIS/Pondok mendapat bonus kerajaan negeri dengan peruntukan berjumlah melebihi RM500,000.00.  Malah, peruntukan untuk program rasmi keagamaan  kerajaan negeri sejak 2009 juga meningkat setiap tahun.


Kerajaan negeri juga memberi komitmen dalam memartabatkan Mahkamah Syariah apabila menyediakan kira-kira 3.5 ekar tanah bernilai lebih RM100 bagi pembangunan Kompleks Ibu Pejabat Mahkamah Syariah Pulau Pinang baru bernilai hampir RM33 juta sumbangan kerajaan persekutuan.  


Sementara Jabatan Mufti selain peruntukan tahunan, turut diberikan peruntukan lain berdasarkan keperluan semasa. Antaranya kerajaan negeri pernah meluluskan peruntukan untuk pegawai daripada pusat Falak menghadiri cerapan matahari cincin di China pada tahun 2009 berjumlah RM12,000.00.  Cerapan Matahari Cincin di Holhule, Maldive pada Januari 2010 berjumlah RM35,000.00 dan cerapah matahari penuh di Caine, Australia pada November 2012 berjumlah RM49,000.00.


Selain itu, kerajaan negeri juga membiayai Lawatan Kerja Ilmiah Jawatan Kuasa Fatwa ke Kuwait dan Arab Saudi pada Mac 2014 berjumlah RM115,000.00 selain lawatan kerja Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) ke Selatan Thailand pada Oktober 2011 berjumlah RM25,000.00.


Saya tidak perlu menyenaraikan secara lengkap peruntukan-peruntukan lain yang disalurkan untuk aktiviti dan perkembangan Islam di negeri ini, yang tentulah jauh lebih besar berbanding dengan negeri yang dipimpin oleh pemimpin Melayu Umno/BN.


TUNTUT BUKTI MELAMPAUI KERAGUAN MUNASABAH  


Saya mencabar mantan Ketua Hakim mengemukakan fakta beliau bagi menyangkal bukti dan fakta melampaui keraguan munasabah yang telah saya kemukakan, seperti mana yang beliau kehendaki di kamar mahkamah sebelum ini.


Jika beliau kelapangan, saya menjemput beliau ke Pulau Pinang bagi melihat syiar Islam yang terus subur di sini sejak Pakatan Rakyat mentadbir.


Sepanjang saya sebagai Exco Hal Ehwal Agama sejak 2009, saya tidak pernah menghadapi masalah untuk memperolehi peruntukan untuk aktiviti hal ehwal agama bergantung kepada keperluan semasa.  Ini tentulah bercanggah dengan tuduhan Tun Abdul Hamid, kononnya baget untuk aktiviti agama di Pulau Pinang sukar diperolehi kerana pemimpin-pemimpin agama lain juga  menuntut hak yang sama.


Sebagai sebuah negeri yang mementingkan keperluan rakyat tanpa mengira agama dan kaum, semua pihak mendapat peruntukan berdasarkan keperluan mereka. Tidak ada diskriminasi kaum di negeri ini.  Jadi tidak timbul, soal tohmahan bekas Ketua Hakim, kononnya peruntukan agama Islam sukar diperolehi kerana pemimpin agama lain menuntut hak yang sama.


Seseorang hakim juga boleh terkhilaf dalam keputusannya, kerana hakim hanya bergantung saksi dan fakta yang boleh dipalsukan oleh pihak-pihak tertentu di mahkamah. Hakim juga boleh tersalah tafsir ketika membuat keputusannya.

Malang dan rosaklah sistem keadilan negara jika memiliki hakim sebegini.



-       Tamat -
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
pyropura posted on 23-7-2014 05:13 PM
ko tak paham ekk, jauh melencong nya...ke nak konar...

Ko lembab ker? Ada ka ustaz2 baca doa ikut agama kristian, buddha, hindu sampai nak samakan tukar seluar nak solat. Ker ko x tahu sbb apa ada org tukar seluar pakai kain time solat?
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 06:15 PM | Show all posts
DTECCONAN posted on 23-7-2014 06:03 PM
Ko lembab ker? Ada ka ustaz2 baca doa ikut agama kristian, buddha, hindu sampai nak samakan tukar  ...


semakin bercelaru ko nih...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2014 06:37 PM | Show all posts
matsyeh posted on 23-7-2014 05:51 PM
KENYATAAN MEDIA YB DATO’ ABDUL MALIK KASSIM, EXCO KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG, 23 JULAI 2014


...

ex CJ ni agama melayu, menipu di bulan ramadhan selamba je....
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:06 AM GMT+8 , Processed in 0.529538 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list