CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: DhuraNaufa

Aku Dan Misteri

[Copy link]
 Author| Post time 24-7-2014 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
RESORT PART 1

Resort ni actually lama dah. Tapi baru-2 ni ada management baru amek. Tempat strategic. Atas bukit. Cantik tapi menyeramkan. Dulu masa zaman kegemilangan resort ni yg paling laku. Yelah masa tu mana ada hotel-2 kat kawasan tu. In fact hanya resort tu satu je kat pantai tu.

Resort ni terletak sebelah dgn Kem Askar. Ada hospital kat area tu. Hospital lama. Hospital tu pernah shooting cerita apa tah dulu. Aku pun lupa. Tempat parking resort ni besar. Resort ni memanjang ke atas. Means dia berderet.

Pakcik aku ada sorg kerja kat resort ni. Aku namakan dia Umar.

Umar da lama berkerja dekat resort. Lagipun kalau ddk rumah, takda apa yg dia nak buat. Bekerja mmg terapi jiwa bagi Umar. Umar pernah berkahwin, tapi bercerai lepas 3 tahun nikah. Isteri dia ada scandal dgn org lain.

Umar seronok bekerja kat situ. Ada kawan ramai. Umar kerja housekeeping je kt situ. Dia tak kesah sgt, sbb tak ramai tourist dtg. Satu hari Umar dpt arahan kena pergi bilik 606. Hantar tuala dan sabun. Disebabkan tiada apa yang dibuat, Umar pun pergilah ke bilik tu. Bilik tu menghadap hutan. (sekarang org da buat jalan, tapi masih gelap) . Keadaan malam tu sangat gelap. Da berkali dia suruh budak tukarkan lampu kat lorong ni. Tapi semua malas.

Da sampai bilik tu Umar pun tekan doorbell. 3 kali tekan sambil bagi salam langsung takda response. Umar letih, waktu maghrib da nak habis. Dia belum solat lagi. Tetiba Umar rasa seram sejuk. Seingat dia, tak pernah ada org yg stay kat bilik 606 ni. Bilik ni hujung dan gelap. Mmg management tanak org duduk. Atas faktor keselamatan.

Umar pusing nak tengok number bilik. And yes, mmg 606. Time tu kaki Umar da tak boleh gerak da. Dia terdengar bunyi orang ketawa. Umar da bingung. Da bermacam ayat dibaca, langsung takda response. Dari bunyi orang ketawa sampai bunyi baby menangis. Umar da nekad, apa nak jadi dia redha. Dia da ready nak lari, tetiba kaki Umar tak boleh diangkat. Macam di tarik. Umar beranikan diri untuk tengok.

Kaki kiri Umar, elok je dipegang dgn sorg perempuan. Perempuan tu pegang sambil meniarap. Umar apa lagi, da habis suara da dijerit. Nak lari kaki tak boleh gerak. Umar kumpul segala kekuatan yang ada, Umar azan kat situ and alhamdulilah benda tu takda.

Umar apa lagi, lari tak cukup tanah. Semua benda dia langgar. Sampai je kat bawah telephone berbunyi. Kebetulan dia ada disitu dia jawab call tu. "kenapaaa awak laariiiiii dari sayaaa, hihihihihi" . Pengsan. Terus Umar pengsan. Esok pagi bila sedar Umar citer kat bos dia.

"Bilik tu memang puaka, dlu ada sorg perempuan mati bunuh diri dlm bilik tu. Sbb tu management tanak bukak bilik tu"

Apa nak buat. Benda da jadi Umar kata. Redha jelaaaa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-7-2014 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
juliesha posted on 24-7-2014 05:18 PM
Atuk aku org masjid tanah gak wehhhhh tapi resort apa yg baru bukak tu?.... Kat tanjung bidara ke  ...

Bukan baru bukak. Resort lama tapi management baru. Klu kau pergi tanjung bidara kat kau perasan resort belakang food court tu. Yang atas bukit tuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 09:49 PM | Show all posts
aku dah bukak website pasal resort tu. cantek jugak. tgk pantai yg ko ckp tu,aku tgk dlm gambo. nak kata seram,biasa jek. klu pegi betol2,tgk depan mata,taktaula nak kata. tapi aku biasa stay kat tgh bandar melaka.  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2014 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
zennaya posted on 24-7-2014 09:49 PM
aku dah bukak website pasal resort tu. cantek jugak. tgk pantai yg ko ckp tu,aku tgk dlm gambo. nak  ...

Kalau bab pantai kau try Google pantai balik batu. Tak banyak gambar pun ada. Tapi nanti aku try tepek gamba bila balik kg nanti
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Cerita dhura sempoi sangat, mama pun dah trrkena byk kaliii kat melaka.....dah tengok tg bi......resort, tkasih saja
Lah kalau dia offer complimentary room pun! Teruskan berkarya ya! Cara tulisan yg layak terima kacang selori dua!
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 02:06 AM | Show all posts
DhuraNaufa posted on 24-7-2014 08:38 PM
RESORT PART 1

Resort ni actually lama dah. Tapi baru-2 ni ada management baru amek. Tempat strate ...

agak2 bilik tu dguna x skrg? kalo guna mmg x patut..
kesian la kat org kalo menatang tu msh dok bkampung dlm tuh...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-7-2014 04:29 AM From the mobile phone | Show all posts
mamaezah posted on 24-7-2014 10:34 PM
Cerita dhura sempoi sangat, mama pun dah trrkena byk kaliii kat melaka.....dah tengok tg bi......res ...

Melaka ni byk sgt misterinya.Mama meh lah citer apa yg mama kena kt melaka tu. Klu nk dtg tg bidara boleh, tapi jgn tidur situ lah. Better pergi tidur chalet murah area pengkalan balak je.

Btw ittew mana reti bercerita. So mama jgn puji lebih. Ittew malu. Haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2014 04:37 AM From the mobile phone | Show all posts
halimi78 posted on 25-7-2014 02:06 AM
agak2 bilik tu dguna x skrg? kalo guna mmg x patut..
kesian la kat org kalo menatang tu msh dok b ...

Tak tahu lah. Sbb dia baru buka resort tu balik. Harga promotion tak masuk akal. Haha
Kau tanak ke tidur kat situ semalam dua. Haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2014 04:41 AM | Show all posts
DhuraNaufa posted on 25-7-2014 04:37 AM
Tak tahu lah. Sbb dia baru buka resort tu balik. Harga promotion tak masuk akal. Haha
Kau tanak k ...

hoho... xpe la.. bg free pon xmo..
rasanya msh lg cenggitu bilik itew..
so.. watpe nk menyusahkan diri...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 07:53 AM | Show all posts
DhuraNaufa posted on 24-7-2014 10:22 PM
Kalau bab pantai kau try Google pantai balik batu. Tak banyak gambar pun ada. Tapi nanti aku try t ...

aku dah google. banyak batu2 besar. belakang batu tu ada hutan paya bakau. tgk dalam internet biasa aje. nampak tenang. klu pegi betol2,cam seram pulak. ..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 09:33 AM | Show all posts
wahhh dekat dah ngan kampung aku ni.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 10:45 AM | Show all posts
Hoh cerita kat melaka pulak. Kalau sebut pengkalan balak, yg femesnye mesti pulau k**** tu.. Kongsi la kalau tt tau ceritanye ye..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 12:03 PM | Show all posts
TT lagi la.....
hihi..
x cukup cite tt nih
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 02:57 PM | Show all posts
DhuraNaufa posted on 25-7-2014 04:37 AM
Tak tahu lah. Sbb dia baru buka resort tu balik. Harga promotion tak masuk akal. Haha
Kau tanak k ...

DhuraNaufal, mokcu pernah duduk kat chalet situ raya tahun lepas no 313 kalau tak silap. tak de apa-apa yang menyeramkan pun biasa je...tapi tengah malam tu dalam pukul 3 lebih cam tu mokcu tiba2 rasa panas. rupanya trip(black out)...dah la dlm chalet tu tak aada phone kena guna hp sendiri nak call dia orang. tu aje pengalaman kat situ...tapi tak tau lah mokcu ni memang blur sikit....kalau nampak hantu pun selalunya mokcu akan fikir yang baik-baik je........
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 03:35 PM | Show all posts
Umar apa lagi, lari tak cukup tanah. Semua benda dia langgar. Sampai je kat bawah telephone berbunyi. Kebetulan dia ada disitu dia jawab call tu. "kenapaaa awak laariiiiii dari sayaaa, hihihihihi" . Pengsan. Terus Umar pengsan. Esok pagi bila sedar Umar citer kat bos dia.


kesian umaq. ingatkan time lari kencang tu bala dah abih. tup tup mambang main talipon plak dah.,
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 03:48 PM | Show all posts
hadoi seramnya cita ko tt
aku ari tu ada fefeling nak dok resort tu
sbb tgk dlm agoda cam murah sgt
ada gak lalu situ nampak cam sunyi je resortnya
baca cita tt ni lg buat aku seramm..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2014 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Best citer TT. Nice storyline plus some sense of humour in ur story. Kemain aku speaking. Wakakakaka.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2014 06:17 PM | Show all posts
chekin sebelom raye...nak lagi nak lagi terrrbaek la tt
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2014 10:35 AM | Show all posts
pantai balik batu..






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2014 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Tq sudi baca. Nanti aku update okayyy
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:05 PM GMT+8 , Processed in 0.425623 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list