CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2027|Reply: 4

[Tempatan] Edisi bermusim: tayar bas botak. JPJ turun Padang

[Copy link]
Post time 24-7-2014 01:53 AM | Show all posts |Read mode
Bas ekspres guna tayar botak nampak benang



Seorang pagawai JPJ menguji ketebalan tayar sebuah bas ekspres sempena Ops Terminal Bas Sempena Hari Raya Aidilfitri.
< 1 / 1 >
ALOR SETAR - Sebuah bas ekspres dikesan menggunakan tayar tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan boleh membahayakan keselamatan orang ramai.

Ketika diperiksa dalam Ops Terminal Bas Sempena Hari Raya Aidilfitri, kedua-dua tayar bahagian belakang bas itu mempunyai ketebalan kurang dari 0.6 milimeter iaitu sudah haus dan nampak benangnya.

Ketua Seksyen Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Mohd Jalil Mat Lazim berkata, keadaan tayar itu sangat berbahaya dan boleh mengundang kemalangan jika pancit.

Oleh itu, pegawai JPJ terpaksa menghalang operasi bas itu yang akan bertolak ke Kuala Lumpur sehingga pemandunya menukar tayar baru.

"Kita kena tahan bas ini sampai mereka tukar tayar yang baharu dan menepati kriteria yang ditetapkan.

"Kalau kita lepaskan, ia akan membahayakan keselamatan penumpang dan pemandu," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Difahamkan ketebalan tayar sesebuah bas ekpres mesti melebihi 0.8 milimeter dan diberi tempoh tertentu untuk membuat penukaran tayar baharu.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/...enang-1.302464



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2014 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
pastu wakil syarikat bas tersebut minta semua tayar dari semua bas dia diperiksa oleh pegawai jpj akan twi ( thread wear indicator ) kenderaan pengangkutan nya ..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 02:10 PM | Show all posts
Elok pemeriksaan macam ni tak bermusim...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 02:16 PM | Show all posts
bengong punya kerjoh ..poyei le kat Highway ...banyak serpihan tayar celop bersepah ....
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 06:41 PM | Show all posts
bila kapal terbang jatuh...satu dunia marah..yg bas accident setiap bulan tu tk kisah pun..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:54 AM GMT+8 , Processed in 0.457442 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list