CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9421|Reply: 105

Keluarga Md Ali Md Salim Akan Ke Amsterdam

[Copy link]
Post time 24-7-2014 09:16 AM | Show all posts |Read mode
Ini berita yang saya baca, rasa macam pelik, untuk apa dia orang nak ke Amsterdam lagi untuk melihat jenazah bukan ke akan di bawa balik ke Malaysia, kesian dengan MAS menanggung extra kos untuk dia orang ke sana, dengan kos kapal terbang, hotel dll. Nak mintak pandangan ahli2 lain.

Saya x pandai sangat tempek-menempek ni, 1st try kaedahnya..

Keluarga Md Ali Md Salim Akan Ke Amsterdam



PUTRAJAYA – Keluarga Md Ali Md Salim, seorang dari penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang nahas di Ukraine, akan ke Amsterdam, Belanda secepat mungkin selepas mendapat tawaran dari MAS untuk melihat jenazah di sana.
Bapa Md Ali, Md Salim Sarmo, 65, berkata beliau akan ke sana bersama isteri, Junaidah Basiran, 62; dua anaknya Mohd Zaki, 38; dan Noryasimah, 23; serta seorang rakan baik mangsa, Mohamad Azuwa Mohamed, 25, selepas segala urusan selesai.
Beliau berkata mereka sekeluarga bersetuju untuk ke sana juga sebagai memenuhi hajat arwah sebelum ini yang ingin membawa beliau dan isteri melancong ke Amsterdam bagi melihat tempatnya belajar.
“Kami sekeluarga sudah tidak memikirkan untuk menyambut hari raya di kampung halaman sendiri, yang penting hajat arwah dapat ditunaikan.
“Kami akan menguruskan urusan pasport secepat mungkin. Kemungkinan kami ke sana sebelum raya,” katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat dari pihak MAS di Hotel Marriot di sini hari ini.
Mengenai taklimat tersebut, Md Salim berkata pihak MAS menawarkan empat wakil dari setiap penumpang MH17 untuk ke Amsterdam bagi melihat jenazah mangsa buat kali terakhir sebelum dibawa pulang ke Malaysia.
“Setiba jenazah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) anggota keluarga diberi pilihan untuk membawa jenazah terus ke tanah perkuburan atau pulang ke rumah untuk saudara mara serta kenalan memberi penghormatan terakhir.
“Dan kami sekeluarga membuat keputusan untuk membawa pulang jenazah ke rumah kami di Muar, Johor terlebih dahulu sebelum dikebumikan,” katanya.
Md Ali anak ke keempat dari lapan adik beradik mengikuti pengajian peringkat Doktor Falsafah (PHD) dalam bidang Development Neuropsycho Patology di Erasmus Universiti Rotterdam, Belanda.

Beliau berada dalam Penerbangan MH17 itu, yang terhempas semasa dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, di Donetsk, Timur Ukraine, berhampiran sempadan Rusia pada Khamis.
Pesawat Boeing 777 itu membawa 298 orang – 283 penumpang dan 15 kru. – BERNAMA





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2014 09:31 AM | Show all posts
ler bila MAS dah offer...biaq pi laa dia pergi...dah rezeki dia...mungkin cost paid by insurance melibatkan kematian dapat ke waris...dan juga byk faktornya yg lain...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 09:35 AM | Show all posts
Cuba kalau suami ko yg mati ke...mak ko yg mati ke...sanggup ke ko nak tunggu ???

Ckp senang..tak kena batang hidung sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 09:36 AM | Show all posts
mulut jahat aku berkata : eleh ckp la nak makan angin......
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul la apa yg dua buat ni.melancung pun cukup syarat je.bukan nak seronok2 pun.jist
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 09:39 AM | Show all posts
kalau aku pun aku akan g..
even if xde spe offer..
akan aku gagahkn jugak cr duit bli tiket...
anak kottt...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-7-2014 09:39 AM | Show all posts
korang benda2 gini pon nk dengki

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 09:39 AM | Show all posts
ape yg ko sibuk dan apa yg ko pelik sangat tt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2014 09:43 AM | Show all posts
betul tu. mak mana sanggup tau anak dia mati tp xdpt tgk jenazah.

mungkin mayat arwah elok lg & senang dicam sebab tu mas offer. lg satu nk sampaikn hajat arwah kan bawak parents dia melancong pegi sana.
pk positif je la..xkena kat kita sedap la ngata mcm2
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 09:44 AM | Show all posts
yang pegi ni mak pak dan adik bradik serta kawan baik arwah. aku tak rasa dlm keadaan macam ni dia org ada hati nak pegi dgn niat sesambil melancong. the pain in their heart is unspeakable la uols.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 09:45 AM | Show all posts
family dia nak tunaikan hajat arwah tu yg dorang gi amsterdam kan..?
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 09:46 AM | Show all posts
watie_na posted on 24-7-2014 09:36 AM
mulut jahat aku berkata : eleh ckp la nak makan angin......

orang tua umo 65 ade nafsu lg ke nak jalan2 sambil tengok jenazah anak yang tak disangka2 pergi
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 09:46 AM | Show all posts
tahla tt ni..da mas yg offer..
dlm keadaan anak da meninggal..aku tak rase diorg sekadar nk melancong..
belum kene kt diri sndiri bole la main buruk sangka kt org..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Biarlah, at least dpt beri sedikit kegembiraan kpd keluarga mangsa bila dpt terkenang hajat arwah....
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 09:47 AM | Show all posts
sambil nyelam minum air...next week kan dah raya...leh la minum2
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 09:48 AM | Show all posts
Makan angin dlm keadaan sedih syok ker?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2014 09:49 AM | Show all posts
Lula2 posted on 24-7-2014 09:46 AM
tahla tt ni..da mas yg offer..
dlm keadaan anak da meninggal..aku tak rase diorg sekadar nk melanco ...

well said

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang nie pun nak dijadikan isu? Biarlah... Dah MAS offer. Mungkin diaorang tak sabar nak tengok jenazah. Nak berada dekat dengan jenazah. Maybe proses bawak pulang amik masa skit....
Fikir lah elok2...orang tengah bersedih.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 09:50 AM | Show all posts
tt jeles kot....
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 09:54 AM | Show all posts
Kan dah MAS yang offer, takpe la dia nak pegi pun.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:51 PM GMT+8 , Processed in 0.684904 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list