CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: skalar

Sesi Kisah Puaka - Sneak peek cerita 21

[Copy link]
Post time 25-8-2014 04:02 PM | Show all posts
nama tempat tu Saujana Asahan rasanya.
kalau ada permintaan baru tempat tu dibuka.
depan plkn kalau x silap.

x pernah sampai pun kat air terjun asahan tu.
biasa gi kat gunung ledang muar tu je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-8-2014 04:02 PM | Show all posts
Cerita ke - 19 ni berkisar mengenai kawan aku yang kome sangat minati, Popoi the great cute blabla. Minat Popoi kepada alam mancing ni dah dipupuk dari kecik lagi. Patut sekarang ni hande semacam. Kisah ni jadi masa Popoi sekolah rendah. Aku time sekolah rendah main digimon, rounders, main tiang, galah panjang je lagi. Popoi dah casting? dem.

So kisah ni pasal Razman (ayah sedara Popoi) bersama isterinya, dan 3 orang anaknya. Anak razman ni 2 orang padanya budak kecik. Sorang 6 tahun. Sorang lagi 7tahun. Dua-dua gegurl. Sorang lagi Ahmad, umur dah 15 lebih kurang. So, depa asalnya niat nak casting kat Teluk Batik. Tapi masa depa nak pergi tu, sabtu ahad, Teluk Batik memang jammed. Ramai manusia. So, alang-alang ada area manjung tu, berpusing lah ke Teluk Senangin (TS).

TS ni area manjung jugak. Dekat je dari Teluk Batik. 13KM lebih kurang. TS ni lawa. Sumpah lawa beb. Aku pernah pergi tengok sunset. Cun. Leleh. Menitis air mata lawanya. Tapi slek nya TS ni, kalau bukan cuti panjang, memang lengang. Sunyi. Ada pun orang pasang pukat ke jaring entah lah. Nangkap ikan banyak-banyak. Depa memang tak lama. Sampai ke petang je. Malam kosong. Lagi 1, jalan nak masuk ke TS ni memang puaka. Kosong beb. Kiri kanan macam hutan la lebih kurang? Aku dah lama tak pergi. Mungkin sekarang dah cantik kot kan? Kome bayang aku pergi masa aku dip dulu, 2010 lebih kurang. tu pun angker dah. Bayangkan time Popoi sekolah rendah? Aku syak memang jalan tanah je nak masuk. Aku syak ye. Aku tak tahu.

SO, Razman gerak dengan depa semua area kul 2lebih. Sampai dalam kul4. Sampai sana aktiviti biasa lah. Budak-budak. Mandi laut lah apa lagi. Syok oo. Aku pun suke. Mandi. Kena hentam ombak. Terbalik. Nak bangun susah. Sukeeeeeeeee sangat choi.

Popoi dan Ahmad ditugaskan mencari kayu api untuk malam. Nak buat unggun. Konon dapat ikan boleh bakar. Mencarilah deme. Dalam hutan kata Popoi. Seram beb. Aku pergi dulu, tengok hutan tu rasa macam ada orang mandang je. jem. Mandi punya mandi depa semua, Fajar pun menyinsing. Razman set unggun. Ok lah semua happy je. Khemah dah set. Untuk yang laki tidur. Anak-anak pompuan dengan isteri Razman tidor dalam lori. Lebih selamat. Oh. lupa nak cerita. Depa datang naik lori. Yang kepala merah tu. Tahu kan? Memang kepala lori tu sebelah je dengan pintu khemah tu. Apa-apa memang nampak jelas ha. Depan muka.

Popoi, Ahmad dengan Razman set casting masa pukul6 lebih. Razman jaga line. Depa mencari kayu api tu. So malam tu nasib tak berapa baik. Takde sekor ikan pun. Razman rilek je sebab die tahu. Casting laut memang payah dari tasik dengan lombong. Mana nak cari kan tepi-tepi pantai tu kan? Kalau ada pun nasib je. So bersabar lah depa. Masa ni area 10lebih. Depa makan makanan yang depa bawak je. Tak dapat merasa ikan. Popoi, Ahmad Razman lepak kat batang pancing. Tak jauh pun pantainya. Lain-lain dah tidur.

Tiba-tiba tergerak hati si Razman ni nak check bini dengan anak-anak perempuan dia. Sampai je kat lori, dengan kuat nakharom Popoi cakap, Razman menjerit. "MAT! POI! POTONG TALI. ANGKAT PANCING LEKAS! RIBUT! RIBUT!" depa, budak-budak, mana pikir panjang. Memang ikut je. Sebab tsunami masa tu lebih kurang baru lepas berlalu jugak la. Cuak la. Sebab nak roll kili tu memang tak sempat beb. Casting laut. Memang jauh haram campak tali nye. Depa pun potong tali tu, angkat pancing letak belakang lori. Masa ni Popoi nak pergi amik baju gantung dekat pokok tepi sana sikit, Razman jerit. "TINGGAL JE BAJU TU! CEPAT. NAK RIBUT DAH NI". Popoi kelam-kelam tu tinggal lah baju tu. Barang-barang masa tu Poi cakap, memang Razman campak je. Lawak khemah la. nak cepat bungkus, dia terajang batang-batang khemah tu. Habis patah semua. Barang semua baling je ke  belakang lori. Bini dengan anak-anak Razman pun terkejut. Bila tanya kenapa, Razman cakap nak ribut jugak.

Lepas semua dah siap campak belakang lori, Razman kasi parang kat Ahmad dengan Popoi. Razman cakap, "Apa-apa naik belakang ni, kome libas je". Popoi pelik. Walaupun budak, tapi fikir logik jugaklah. Ribut, apakehe nak ada parang apa semua? Kena tiba-tiba Popoi tengok atas. Langit clear beb. Kalau ribut, memang gelap langit. Ada guruh apa semua kan? Tapi Popoi tak banyak cakap. Ikut je. Cuak tengok Razman yang selalunya happy je orang nye, jadi garang macam tu. Memang senyap semua kat belakang tu. Ahmad dengan Popoi pegang parang tu siap siaga je kalau ada pape naik macam mana Razman mentioned tadi. Popoi cakap, masa Razman reverse lori tu, dia langgar je unggun je. Siap terasa api kat belakang tu. Cuak Popoi cakap, meletup lori tu baru tahu. Lori tu pun pecut laju keluar.

Tiba-tiba masa tengah nak jalan keluar tu, memang Popoi dengan Ahmad terkejut. Bergegar belakang lori tu. Bukan langgar lubang ke apa sebab depa tertolak ke kiri. Macam ada benda rempuh. Hebat Poi cakap. Depa punya terkejut. Razman menjerit dari dalam lori tu, "MAT! AZAN MAT!" Ahmad pun azan je tak banyak cakap. Cuak bodoh. Masa ni Popoi dah yakin, 'ni bukan ribut, ni benda lain ni' hati Popoi bersuara. ewah. Lepas berapa minit kelam tu, last-last depa keluar ke jalan besar. Razman berhenti tepi jalan. Dekat kawasan kedai. Kawasan terang la.

Dia pun berenti. Macam lega gila lepas keluar. Lepas tu dia pun panggil Ahmad dengan Popoi. Tapi semua turun kecuali anak-anak perempuan. Ngantok sangat.. Razman terpaksa cerita. Dia cakap, masa dia pergi ke lori nak tengok bini dengan anak-anak dia, dia nampak ada benda hitam, mata merah kat atas anak dia. 'Benda' tu perasan Razman datang, dia pandang Razman. Dia macam berlari ke arah Razman. Razman cantas benda tu. hilang. Lepas tu yang dia menjerit panggil Ahmad dengan Popoi tu. Razman tak perasan, tapi bila balik rumah, baru dia nampak. Badan anak dia yang 'benda' tu duduk tu, habis lebam-lebam. Banyak. Ganas betul.

Razman bawak anaknya berubat. Bomoh kata tu penunggu hutan kawasan tu. Ada yang kacau tempat dia, bomoh tu cakap. So barulah Ahmad teringat yang masa cari kayu api haritu, dia ada potong pokok kawasan tu. Potong sebab main-main nak test tajamnya parang tu. Maka sejak dari Popoi cerita benda tu kat aku, aku tidak lagi menjejakkan kaki ke TS. tamat cerita ke - 19.sekian. Last edited by skalar on 25-8-2014 04:04 PM

Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2014 04:19 PM | Show all posts
teluk senangin mmg cantik. aku last pegi masa taun 2008. jalan nk masuk hutan sket tp xla seram sgt ala2 jalan kampung je tp bila menjelang magrib hahahahahah.... serammmmmm....
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2014 07:13 PM | Show all posts
skalar posted on 25-8-2014 04:02 PM
Cerita ke - 19 ni berkisar mengenai kawan aku yang kome sangat minati, Popoi the great cute blabla.  ...

kalau aku pilih kemah...lori ade cermin...eeee takuttttt
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2014 07:29 PM | Show all posts
skalar posted on 25-8-2014 04:02 PM
Cerita ke - 19 ni berkisar mengenai kawan aku yang kome sangat minati, Popoi the great cute blabla.  ...

salah satu tempat area pantai teluk senangin ada pusaka/barang ghaib.. jenis logam, mungkin keris dan sebagainya...
sapa pandai g try ambik...
aku try tak dapat, mungkin belum izinNYA...(bukan ijin khadam penjaga je...segala2 milik ALLAH SWT..)


Allahua'lam

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2014 08:41 AM | Show all posts
ayong7777 posted on 25-8-2014 04:19 PM
teluk senangin mmg cantik. aku last pegi masa taun 2008. jalan nk masuk hutan sket tp xla seram sgt  ...

memang la yong. mesti pegi ramai. cube pergi berempat dekat petang tu.huhu.seram
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-8-2014 08:41 AM | Show all posts
tikatikut posted on 25-8-2014 07:13 PM
kalau aku pilih kemah...lori ade cermin...eeee takuttttt

hahaha.sama la jgk. tp lori lagi selamat. boleh kunci semua
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2014 08:41 AM | Show all posts
mnSK posted on 25-8-2014 07:29 PM
salah satu tempat area pantai teluk senangin ada pusaka/barang ghaib.. jenis logam, mungkin keris  ...

pergh. mesti la tak aku cuba. macam hebat sangat je. haha.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-8-2014 08:51 AM | Show all posts
SHORT NOTICE

Yang ini bukan cerita hantu pun ye? sedar tak sedar dah sebulan lebih aku bukak thread ni. Rasa cepat betul masa berlalu. Minggu ni jugak minggu last aku berpraktikal. 29.8.14 (Jumaat) ni hari terakhir aku berada di bangunan gomen ni.

Aku bersyukur sebab boringnya kerja di sini menyebabkan aku terserempak dengan forum ni. Haha. Lawak kan coincidence ni? Aku happy jumpe kome semua. Aku happy dapat ceritakan cerita yang aku alami, cerita yang aku dengar kat kome. Tak selalu kita dapat kongsi semua ni dengan orang kan? Tak semua rasa best dengar cerita hantu ni.

Jangan rasa sedih sebab ini bukan farewell letter pun. Aku sekadar nak bagi tahu. Minggu depan minggu terakhir aku berada kat perak. 6.9.14 aku gerak ke melaka balik bagi menghabiskan sisa-sisa semester aku di UiTM Melaka. Sejujurnya beb, aku tak tahu aku dapat post banyak lagi macam sekarang ni tak. Aku masuk sem last. Sem development fyp. Busy.

Tapi janganlah kome risau. Aku akan cuba sedaya upaya update thread aku ni bila aku dah balik melaka. Lagi-lagi bila bukak sem baru, sesi kisah puaka rumah aku bermula lagi. Hahaha. Rumah aku selalu tutup lampu satu rumah, duduk dalam bulatan, cerita pengalaman masing-masing. Dan bila time aku bercerita nanti, aku akan pastikan aku masuk cerita-cerita kome semua yang memang power.

sekian.
p/s : hari ni supervisor dari uitm datang tengok aku. cuak beb.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2014 09:01 AM | Show all posts
skalar posted on 26-8-2014 08:51 AM
SHORT NOTICE

Yang ini bukan cerita hantu pun ye? sedar tak sedar dah sebulan lebih aku bukak thre ...

Best of luck skalar....
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2014 11:58 AM | Show all posts
semoga berjaya sahabat...
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2014 12:09 PM | Show all posts
skalar posted on 26-8-2014 08:51 AM
SHORT NOTICE

Yang ini bukan cerita hantu pun ye? sedar tak sedar dah sebulan lebih aku bukak thre ...

melaka duk mana???? aku pun duk melaka gak, kat semabok.. kot2 boleh lepak minum sembang2 bile free..

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2014 12:39 PM | Show all posts
skalar posted on 23-8-2014 08:23 AM
Eh tmpt ni dh lma. 2010 mcm tu. Aku rasa dia akan bukak bila ada event apa2. Klo x tinggal mcm tu  ...

masa chai lemas tu apa yang jadi sebenarnye?
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2014 12:43 PM | Show all posts
skalar posted on 26-8-2014 08:51 AM
SHORT NOTICE

Yang ini bukan cerita hantu pun ye? sedar tak sedar dah sebulan lebih aku bukak thre ...

good luck! alah supervisor bukan tengok apa pun... dia jalan2 je. wakakaka! dan selamat kembali ke sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2014 04:05 PM | Show all posts
aku pun nk wish gud luck Ska....
lame dah x nyinggah tred ni
nnti jgn lupe crite pasal adik mike tu ye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2014 04:05 PM | Show all posts
lovechaser posted on 26-8-2014 09:01 AM
Best of luck skalar....

terima kasih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-8-2014 04:06 PM | Show all posts
woddy posted on 26-8-2014 11:58 AM
semoga berjaya sahabat...

thx bro. sebab ang la aku dpt on forum ni lg smpai skrg.ty.hihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2014 04:06 PM | Show all posts
mnSK posted on 26-8-2014 12:09 PM
melaka duk mana???? aku pun duk melaka gak, kat semabok.. kot2 boleh lepak minum sembang2 bile fre ...

aku dok merlimau. semabok tu macam jauh je. tapi aku selalu juge ke bandar. boleh ler jumpa sana
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2014 04:09 PM | Show all posts
CikMooMoo posted on 26-8-2014 12:39 PM
masa chai lemas tu apa yang jadi sebenarnye?

secara exact nye, dia tiba-tiba hilang dari pandangan. air sungai ni. mana ada keroh. memang boleh la nampak ke dalam. masa tu memang tak nampak dia. tapi tiba-tiba dia timbul macam tak de pape. dia pun macam tak sedar bende ni jadi kat dia.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2014 04:10 PM | Show all posts
lululun posted on 26-8-2014 12:43 PM
good luck! alah supervisor bukan tengok apa pun... dia jalan2 je. wakakaka! dan selamat kembali ke ...

hahah. benor le. dia ngumpat aku kt boss sni.dem. tapi alhamdulillah.semua dah settle. tunggu anta report jele.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:09 AM GMT+8 , Processed in 0.100779 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list