CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: skalar

Sesi Kisah Puaka - Sneak peek cerita 21

[Copy link]
 Author| Post time 25-7-2014 04:45 PM | Show all posts
Cerita ke 5. Jem akan dikurangkan dalam cerita ini atas permintaan ramai.

Masa awal tahun ini. Semester ke 4 aku belajar degree, duduk rumah sewa kt Seksyen 7, Shah Alam. Internet takde. Memang bosan tak tahu nak buat apa.
Kawan2 aku (termasuk Popoi) propose nak pergi ghost hunt. Kami setuju. Aku ikut je. Sebab ahli kuat2 ada sekali.

Kami propose 2 tempat untuk 2minggu. Minggu pertama Banglo kayangan seksyen 12. Minggu kedua pergi Bukit Melawati, Kuala Selangor. Memang travel habis demi melepaskan kebosanan yang padu di rumah sewa.

Jumaat malam minggu pertama. Kami bergerak makan dulu kat seksyen 8. Kedai mamak. Berbincang apa nak buat kat banglo tu nanti. Masa tu ada 6 orang termasuk aku. Ada Mal, Popoi, Chai, Ben, dan Ju. Mal ni otak dia lain macam dari manusia normal. Gila. Dan berani. Popoi tak gila. Tapi berani. Chai ni tak peduli orang, tapi paling berani antara semua. Ju pakar agama dan Ben.ikut je. macam aku.

Mal propose masuk rumah seksyen 12 tu pastu tutup semua source lampu dan nyalakan asap. (Sebab kemenyan takde, rokok pun jadi. Haha). Asap ni kan makanan Jin? Konon efficient la. Lain semua on. Aku pun terpaksa on T.T Kami bergerak ke banglo seksyen 12 lepas Ju buang air.

Sampai depan banglo, takde orang. ada kereta lalu lalang. Pagar terbuka. Dengan ada sign nk jual rumah sila call bla2. Ada orang nak beli ke rumah tu? seriously? pft. Time ni la adegan2 bergambar berlaku. Konon nak buat bukti sampai sini.pft. Masa syok bergambar, Chai hilang. Semua j..semua tertanya2. Cuak pun ada. Tiba2 hilang. Popoi perasan ada benda bergerak dalam banglo tu. Dia pun pergi tgk. Mal ikut.Aku stay. Kaku. Rupa2 nya Chai awal2 dah sprint masuk dalam rumah gelap tu sorang2. Memang langsat. Kami lain pun terpaksa lah ikut. Masa aku masuk tu tengok Chai tgh turun tangga. Muka blur. Aku buat tak peduli. Sebab muka dia memang macam tu setiap masa. Kami pun pusing2, selfie, bergambar dalam rumah tu. Happy. Apa ke jadah boleh happy kan? aku pun tak tahu mana pergi motif asal nak berasap apa semua tu. bangku.

Akhirnya lepas puas. Popoi lead pegi masuk kat satu bilik yang memang gelap macam ..gelap gila lah. (ada part rumah tu kena cahaya lampu). Tapi bilik tu memang gelap. Popoi pun kata kat bilik tu nak wt ritual berasap tu. Memang bahana. Rupa2 nya happy tu pancingan je. Kami pun duduk la. Hisap rokok bajet macho. Dalam hati aku masa tu. Cuak. Aku nampak bara api rokok kawan2 je. gelap.

Mal. Mal ni memang tauhu. Tengah semua senyap tu, ttbe, "Mona..kau kata mana?" (Note : Banglo kayangan tu ada di rumorkan sebagai rumah mona fendi). Semua masa tu menyirap. Tapi senyap. Taknak nyahut.

Masa ni tibe Ben (satu2 nya yang tak berasap) tibe2 bergegar macam terkejut tu. Tanya kenapa, dia kata takda apa. Oh, aku lupa. Masa kat mamak, Popoi cakap cerita semua simpan. Cerita kat rumah. Rumah takpa capoi mulut. Kami pun j..kami pun teragak2. Ttbe Popoi cakap, "Stay. Kita lepak lagi sejam." (Note : Masa tu jam 1AM ++)

Aku tak kira berapa banyak batang John putih tu habis. Sejam tu aku rasa masa berapa puluh jam. Dalam hati aku. Depa ni memang pundi kuncil. Tak takut ke? sebab masa kami lepak dalam bilik tu, memang tak bercakap. Dengan bunyi batuk, bersin, bunyi garu2. tu je.

Masa ni yang aku rasa jiwa aku telah j.. telah dicabut keluar. Tiba2 ada mcm tangan lalu belakang badan aku. (Note : dia macam rasa kalau ada bende gesel belakang kita). Aku punya ketar, mata aku pejam rapat. Bibir ketap habis. tangan genggam. (John putih dengan bara tu hancur aku genggam). Aku memang nak lari masa tu beb. Tapi sebab aku nampak kawan2 lain ada kat situ, aku stay.

Masa ni Chai dengan Ben cakap nak kucil. Sebab takde tandas kat situ, depa pegi shell depan taman tu. Dekat je. Kami pun angguk, okey je. Jadi ada 4 orang la kat situ masa tu. Kami dah bosan. Memang bosan. Last2 sembang jelah. Bosan sgt. Ttbe Ju cerita pasal kawin. Haha. layan. 5minit pastu, Chai dgn Ben balik. duduk. (Note : Chai duduk sebelah aku). Chai siap tepuk peha aku lagi tu, masa nak duduk. gay kali.

Aku tanya, "Kejap nye. Kome pegi mana ? Bawah ni je ek?". Chai jawab, "Shell". Sepatah. Aku pun okay lah. Mode senyap kembali. John putih berasap lagi. Mal si tauhu bersuara lagi, "Mana nye ni..bosan aku ni. Kata berpuaka sangat ru.." Masa tu aku ingat. Tunggu 5minit dia nak sambung. Last2 senyap. Memang lah geram. (Note : kami x bother nak tanya sebab mode senyap tengah on). Biarkan sahaja. Mal senyap tiba2 tu menimbulkan tanda tanya kat aku.

Masa ni, Ju cakap dia tak sedap perut. Nak buang air. Aku pun cakap lah, "Mungkin boleh balik dah kot? Dah lama ni." Kami pun bersetuju. Semua bangun. Tapi masa ni, Ben dengan Chai tak bangun sekali. Chai ni ada satu perangai suka cakap, "Pergi dulu,pergi dulu. Nanti aku follow". Masa kami bangun tu, kami betul2 dengar dia cakap, "Pergi dulu,pergi dulu. Nanti aku follow dgn Ben". Kami pun kata takpa lah. Mungkin Chai nak bertembung dengan mona dalam tu ke kan? mat berani. Kami pun blah.

Masa nak belah ni lawak. Sebab mula2 jalan. Slow2 jadi lumba jalan kaki. Lepas tu sprint terus. Tak peduli apa jadi. Memang pantas. Sebab? Kejap lagi.

Sampai kat tempat motor, ini kena aku cakap. Kami JEM. Motor Chai takdak. Apa dah jadi? Tengah kami kalut tu, tiba2, Chai sampai dengan Ben. "Sorry weh. Tadi Ben ni berak batu. Lama gila".
Kami terkelu. Senyap. Tambah lagi Ju nak berak masa tu. Popoi suruh balik dulu.

Sampai rumah. Semua senyap. Dengar bungi prot prot, dari dalam bilik air. Semua terkedu. Hambar.
Bila Ju keluar, satu bulatan di form di tengah2 rumah di bawah kipas. Semua lampu di segenap rumah di buka. Tujuan? Cuak beb.

Kami cakap kt Chai dan Ben. Pasal depa ada kt dalam bilik tu. Memang depa terkejut. Kami cuak. Sial mana yang masa dalam bilik tu.dem.

Chai bukak cerita. Dia kata, masa dia lari masuk. Dia sprint ke dalam rumah, naik tangga. Dia tengok ruang atas tu. Dia rasa ada rambut macam jatuh kat belakang dia. Gila memang dia turun masa tu. Maka terjawablah aku. Kenapa dia turun buat muka blur tu.

Lepas tu Ben. Dia cakap macam ada orang pegang bahu dia. Dua2 belah, tangan yang sama. Mustahil kawan sebab kami nampak takde yang bangun masa tu. Tu yang dia bergegar tu.

Cerita Mal yang aku tunggu. Aku tanya kenapa dia terdiam tiba2 tadi. Kawan2 semua pelik. Aku je yang prasan rupanya. Mal bersuara. Rupanya tengah dia cakap tadi.. dia dengar perempuan bisik, "Jangan takbur". Tu dia diam. Yes. Perempuan celah mana kan. Semua laki.

Kami memang cuak. Aku tak cakap pasal apa yang aku alami. Heh. Minggu ke 2 malam ye.
balik dulu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-7-2014 10:38 PM | Show all posts
aqissa posted on 25-7-2014 04:41 PM
kalau aku.... bukan takat jem..... keras tros....

Keras takpe. Jangan terkucil sekali
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
skalar posted on 25-7-2014 04:45 PM
Cerita ke 5. Jem akan dikurangkan dalam cerita ini atas permintaan ramai.

Masa awal tahun ini. S ...

j tu mnde ape...

Klako lah cara ko citer
Ok cpat smbung citer mnggu ke-2

Tapi.....aku lgi seram tgok avatar ko tu
Apesal jadik gitu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2014 11:33 PM | Show all posts
Cerita ke 5. Part 2. Di Bukit Melawati, Kuala Selangor.

Perjalanan pergi ke sini dari Shah Alam makan masa dalam 1 jam. Naik moto. Apa yang angker di bukit tu ialah di puncak (tak tinggi pun tapi atas sekali la) terdapat sebuah batu hampar. tempat pancung kepala zaman Sultan Abdul Samad. Apa yang membuatkan kami nak pergi di sini atas dari cerita Mal. Dia cakap, kawan2 dia datang bukit tu. tangkap2 gambar. turun je depa nak check gambar tu, semua rosak. Menarik.

Kami bergerak awal. Sebab awal sangat (Pukul 9), kami berjimba dulu kat 1 Plaza. Sampailah 12 lebih. Sebab dah lambat sangat, aku dah ragu2. Sebab jalan nak balik ke Shah Alam tu pun bukan cerah. Jadi kami decide pergi sekejap je kat bukit tu. (fine).

Bukit Melawati ni siang nya jadi tumpuan pengunjung sebab kawasan dia lapang dan lawa. Dan juga ada banyak monyet

Kami sampai kat kawasan lapang tu (tempat parking). Tengok kawasan atas tempat batu hampar tu. Memang gelap beb. gelap tahap tak nampak apa. Bahagian atas tu memang takda lampu. Yang ada hanya kawasan batu hampar dan atas lagi ada pokok besar.

First2 kami sampai, kami terus cuba pecahkan teori Mal pasal gambar tu (sebab kami suspek dia kencing). Pakai la hp aku tangkap. Banyak jugak. Dan aku simpan. aku cakap balik tengok.

Lepas bergambar kami pun jalan2 area tu. Berbekal kan flashlight hp je. Tu pun memang short vision dia. Sebab gelap menebal. Chai macam biasa, lead the way. Tak serik2. Lagi 1 hal nya, tangga kat sini besar2. Penat jugak nak panjat. Dengan area batu hampar tu floor dia semua batu. Kalau tersembam memang patah rahang. Kami pusing2 situ. Main meriam.. main potong2 kepala. Seperti kanak2 tadika typical. Apa lagi nak buat dalam gelap tu. Semua lelaki. Sampai lah satu perkara terjadi yang trigger kepada sesuatu.

Chai lead naik kawasan tanah lapang atas lagi dari kawasan batu hampar. Kami pun ikut lah. Memang kosong. Gelap. Bagi stargazer, port yang sesuai. Kawasan atas sekali ni ada satu pokok besar. Pokok ara kot? Memang angker. Aku perhati pokok tu..memang seram.

Nak dijadikan cerita Ben kudis ni tiba2 menjerit bukan main. Kami pun punya terkejut. (Lawak part ni sebab aku lari turun dulu). Tapi depa panggil naik balik. Dengan ayat Popoi yg taknak kalah, "Dah sampai takkan nak balik macam tu je." Aku menyirap.

Kami suruh Ben cerita apahal. Dia kata ada benda jatuh dari atas. Memang langsat. Aku pikir apa tadi yang menjerit semacam. Tengah gelak2 tadi tetiba Ju pulak menggelupur. Kami kaget lagi. Ni betul2 f. Sebab benda tu kecik sial. Macam toyol. Tapi bila suluh, dem. Monyet. Dari mana datang? wallahu. Gelak lagi. menguji betul. Kalau aku ada sakit jantung, dah 2 kali aku mati.

Event lepas ni memang buat aku trauma dgn monyet. Beberapa minit lepas gelak, tiba rasa macam ada angin lalu kat badan kami. Aneh nya pokok tak gerak pun. Semua senyap tiba2. Lepas tu je. Tiba2 pokok ara tu bergoncang macam nakharom. Rupa2nya monyet2 tu tinggal situ. Depa goncang pokok tu semacam. Macam mintak kami berambus cepat. Bapak cuak masa tu. Memang upacara sprint mingguan bermula. Lari tak cukup tanah.

Masa ni sedih lah sebab tengok sahabat sorang tersungkur. Mal tersembam. Darah tapak tangan sebab tahan jatuh tu. Kami memerang bai. Nak turun bukit tu, pandang straight je. Tak pandang kiri kanan. Tegak bulu roma.

Turun tu kami lepak kat kedai bapak mertua Syuib, Raizzudin. Balik ke Shah Alam malam tu ditunda. Sebab Mal tak tahan. Jadi kami bermalam di rumah dia dekat Sekinchan.

Sekian cerita ke - 5.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2014 11:35 PM | Show all posts
edoraixora posted on 25-7-2014 11:33 PM
j tu mnde ape...

Klako lah cara ko citer

Hang kena baca cerita2 sebelum ni. Aku banyak menggunakan perkataan Jem. Tapi ramai nya suruh aku kurang kan. Jadi j.. tu konon nya nak cakap jem, tapi tersedar dan tukar lain. Haha.
Avatar tu, matalah. Mata aku senget. Takda apa yang seram.haha.
Cerita ke - 5 part 2 dah up
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
skalar posted on 25-7-2014 04:45 PM
Cerita ke 5. Jem akan dikurangkan dalam cerita ini atas permintaan ramai.

Masa awal tahun ini. S ...

yg ni seram betoi tt... penulisan u semakin baik... walaupun i sikit2 pening lg dgn gaya bahasa u... tp best...hehe



semua cerita best la... (>^ω^<)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2014 01:10 AM From the mobile phone | Show all posts
skalar posted on 25-7-2014 11:33 PM
Cerita ke 5. Part 2. Di Bukit Melawati, Kuala Selangor.

Perjalanan pergi ke sini dari Shah Alam  ...

adoi... sakit perut i gelak baca cerita ni... lawak seram tul tt nih... rasa cam member dok bercerita depan i...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2014 09:26 AM | Show all posts
clarizsa posted on 26-7-2014 01:05 AM
yg ni seram betoi tt... penulisan u semakin baik... walaupun i sikit2 pening lg dgn gaya bahasa u. ...

hehe. kena biasakan. ada perkataan yang aku sebut tu. macam bangku, pundi, langsat. semua tu penggunaan kata ganti nama untuk carutan. mengelakkan bahasa kesat.hahaha. Terima kasih clarizsa. hihihi. smgt lg menulis mcm ni.

Aku memang bercakap mcm ni. jadi tak pelik kalau rasa mcam tgh bersembang.hihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2014 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
skalar posted on 26-7-2014 09:26 AM
hehe. kena biasakan. ada perkataan yang aku sebut tu. macam bangku, pundi, langsat. semua tu pengg ...

oooo kata ganti rupanya... i ingatkan u obses dgn buah langsat... wakaka...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha. Kelakar seh cerita ni. Tp cerita no 5 yng part 1 tu seram. Camne lah korang bole duduk lama2 kat situ
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 11:20 PM | Show all posts
cerita no.5 kau klaka la haha

aku ritu br pergi bukit melawati tu siap bising2 tgkap gmbar kt sna dgn mmbe2

tp waktu petang la. nasib baik la blk xkne sampuk ke apa haha
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha.cte seram tp kelakar.kau reti jugak eh guna word jem tu?aku igt org belah pantai timur je reti jem tu sbb area kuantan ni ada je org pakai istilah jem. Tp sll tbiasa tambah parok. Mcm lapor parok(lapar sangat). Ok.out topic.kehkeh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2014 03:34 AM | Show all posts
lnakass posted on 26-7-2014 02:50 PM
Hahaha. Kelakar seh cerita ni. Tp cerita no 5 yng part 1 tu seram. Camne lah korang bole duduk lama2 ...

haha. kawan2 aku semua gila2. aku je normal. sebab tu boleh bertahan tu.hahaha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2014 03:34 AM | Show all posts
kuriboh posted on 26-7-2014 11:20 PM
cerita no.5 kau klaka la haha

aku ritu br pergi bukit melawati tu siap bising2 tgkap gmbar kt sna ...

haha. masalah bukit tu takda apa pun siang2. memang berok je yg ada.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2014 03:36 AM | Show all posts
PencuriHati posted on 26-7-2014 11:26 PM
Hahaha.cte seram tp kelakar.kau reti jugak eh guna word jem tu?aku igt org belah pantai timur je ret ...

haha. aku berdarah pantai timur jugak. kg kelantan. macam tu eh guna parok? penggunaan parok aku ni lain skt. macam tgh konflik kan, "parok mat ni. dah kena sampuk." ha gitu cth ayat. Haha jem tu. biasa aku ckp dgn kwn2 aku. heheh3. xtaw org lain guna jgk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2014 03:53 AM | Show all posts
Cerita ke - 6.
Salam semua. Selamat pagi. Sebelum melabuhkan kepala aku yang berat sangat selepas melepak ni, aku nak open 1 cerita dari kawan ke kawan ke kawan. Aku tak terlibat ye. Pengolahan cerita mungkin ada sedikit lain tapi contentnya tak diubah sama sekali. pomis.

Cerita ni jadi kat Malim Nawar, Perak.

Kalau biasa lalu la kan. Dari jalan kampar tu, akan masuk simpang lalu ke kanan yang ada Esso tu. Kemudian straight gila ke dalam baru sampai Malim Nawar atau panggilan manjanya Menawar@Menawor.

Watak dalam cerita ni Fish (Nama orang okey), kawan Popoi. Terjadilah kisah dia ni mengantor Popoi balik. Jadi otw Fish nak balik ke rumah dia, lalu jalan straight yang panjang tu. Tiba2 tengah jalan tu (Note : Jalan tu memang gelap bapak kau gelap) , dia nampak ada sorang pak cik ni. Berdiri tengah jalan. Pagi ni. Kul3 lbh. Memang lah si Fish ni jem. Apa kejadah orang tua ni berdiri tengah jalan. Dia pun elak lah , jalan terus. Dia tengok cermin pandang belakang, takda.

Bertambah jem si Fish bila pak cik tadi ni, ada dekat jalan depan lagi pada kereta dia. Means takkan ada dua pak cik kan? Atau mungkin pak cik ni seorang Jumper. Boleh jadi. Dia pun tanpa berpikir panjang terus merempit pulang dengan keadaan menggeletar.

Sampai rumah, Mak dia tunggu kat pintu. (Note : Mak Fish ni seorang pengamal perubatan moden yang bawak Vios versi baru.pft) Dia tanya, "Kamu dah kenapa, Fish?". Tapi Fish ni tengah jem kan? Dia senyap je. Mak dia paham. Suruh dia basuh kaki dan tidur.

Esoknya, mak Fish tanya dia ada jumpa apa2 ke semalam? Fish cerita la kisah pak cik tu. Mak dia mengangguk. Tanda faham. Fish pelik. Kenapa respon yang dia dapat tak menarik. Pastu mak dia bukak cerita.
"Kakak depan tu pun kena jugak semalam. Awal sikit dari kamu kot. Tapi lagi hebat." Fish berminat. Maknye sambung.
"Kak tu kelam sikit. Dia nampak pak cik tu, pergi langgar. Punya kelam. What de fish (okey tipu). Lepas langgar tu, dia slow sebab nak tengok. Tengok2, pak cik tu dah duduk sebelah. Demam terus".

Mak dia tak cerita apa kakak tu buat masa pak cik tu dalam kereta. Aku suspek mesti dia buat2 mati macam aku biasa buat tu.
Jujurlah beb. Jadi kat aku macam tu, memang aku backhand pak cik tu. Tak peduli beb. Backhand, pastu terajang keluar, sambil seluar basah (Note : terkucil.ihik ihik).

Kalau kome, macam mana respon nye ye? teringin jugak nak tahu. Jangan cakaplah kome baca ayat kursi pastu hembus kiri kanan. Aku penampo nanti. Mesti kome terkucil macam aku jugak. Bahahaha Last edited by skalar on 27-7-2014 03:54 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-7-2014 12:54 AM | Show all posts
Cerita ke - 7 ni. Kisah yang aku alami kerana kerancakan aku bercerita hantu kepada kawan2.

Kisah ni back in 2011 tak silap aku? Masa cuti semester 3 diploma. Masa tu muda lagi. 20. Darah muda. Mesti lah hardcore.

Kami belajar di UiTM Sri Iskandar, Perak. Masa cuti ada kawan2 yang buat intersesi. Jadi angkut depa dulu sebelum berjimba kat Lumut. Ada 5 orang. 2 berintersesi. Pusing2 lepak2 balik. Jimba sangat ...

Balik tu, sebab terlalu bosan, aku pun open lah cerita2 hantu aku. Banyak jugak. galak sangat aku bercerita.

Benda yang aku terperasan masa perjalanan pulang tu, ada 4-5 lori kasi high beam. 1st beam, kami ingat polis. Semua kelam pakai seatbelt. Tapi jauh jugak ke depan. Takde apa. 2nd beam, kami dah lain macam. Berenti check kereta. Kot2 ada lampu tak nyala ke. Berasap ke apa ke. Tak apa jugak.

Kami dah benco. Tak tahu apa dah jadi orang asyik beam je. Jadi kami decide jalan jelah. Takde apa kot?

Hebatnya, lepas jalan tu aku sambung lagi cerita. Hahahaha. Funneh. Jadi beam ni berterusan sampai kami dah malas nak layan. Sampai lah beam terakhir. Aku dalam kepala pikir semacam je. Dengan baru2 ni tengok cerita karak. Teringat scene yang ada benda atas kereta tu. Aku pun terpikir. Aku bukak sikit cerita pasal tu, tiba2 Aman (Driver) tu jerit, "DIAM LAH!". benco. Aku pun hairan tapi okey jelah. Kereta orang. Cakap lebih2 nnti kena tinggal. Jadi sesi senyap bermula. Diam. Sampai lah hanta 2 kawan intersesi tu.

Aku duduk sorang2 otw balik tu. Aku tidor. Tapi aku perasan 2 orang depan tu tengah sembang2. Malas aku layan (merajuk). So baliklah aku. (Note : pukul 3lebih pagi). Balik2 tu, setengah jam kemudian. Kawan aku lagi sorang yang duduk sebelah driver, Syam im fb aku. Die tanya, "Ang nak tahu ke apa yang jadi tadi?"
Aku mestilah jawab nak kan. Gile taknak tahu apa hal tetiba tengking. Syam pun bukak cerita...

"Masa ang tengah syok cerita tadi, Aman nampak (melalui cermin pandang belakang) kat belakang tu ada 5 kepala. Celah mana 5 sedangkan ada 3 orang je kt belakang. Lepas tu lepas hanta Abu dan Ali (Kawan intersesi), kat belakang ada 3 kepala."

Aku pun macam ,ffffuu la. Aku sorang2 belakang tu. Bugima. Memang seram sejuk aku. Tapi takde lah sampai demam sebab aku tak nampak pun. Syam tu yang nampak. Dam. Sejak pada hari tu, aku cuba cari punca..lepas tu barulah aku tahu.. bila kita cerita pasal makhluk2 halus ni, mereka tertarik nak mendengar cerita tentang mereka.
Sekian cerita - ke 7.

Oh, Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf andai ada cerita aku yang buat anda semua jem
Di kesempatan ini, aku nak ucapkan banyak2 terima kasih kepada semua yang follow thread Sesi Kisah Puaka ni.
Aku berjanji akan menghidangkan cerita yang lebih angker di masa akan datang. Tambah2 lagi puasa dah habis kan? Ikatan rantai telah terbuka sahabat ku semua. Bersedia untuk apa2 kemungkinan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2014 02:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha. Kau student SI gak ke? Member aku pun penah kena mcm ni gak. Tp time tu kena kat Ipoh. Yng high beam tu. Lps tu semua decide nak balik. Nasib takde pape jd. Btw, Selamat Hari Ray
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2014 02:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha. Kau student SI gak ke? Course apa? Member aku pun penah kena mcm ni gak. Tp time tu kena kat Ipoh. Yng high beam tu. Lps tu semua decide nak balik. Nasib takde pape jd. Btw, Selamat Hari Ray
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2014 03:55 AM | Show all posts
cerita no 7 terbaek..boleh faham..hok laen pening ambo nk bace deh..mu type molek2 skit r abe wey senang nak hadam..hehhe apa pun terbaek selamat hari ghayo..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:36 PM GMT+8 , Processed in 0.084996 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list