CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: skalar

Sesi Kisah Puaka - Sneak peek cerita 21

[Copy link]
 Author| Post time 27-8-2014 11:20 PM | Show all posts
lululun posted on 27-8-2014 06:18 PM
Oooohhh... description ang pasal kebosanan prektikel mcm kes aku prektikel kat melaka dulu. Kira a ...

haha.tak. kalau rtm syok. ada bidang aku. ni luar bidang


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-8-2014 11:20 PM | Show all posts
bawaku_terbang posted on 27-8-2014 06:32 PM
haah weh.kemsalam kat popoi gak.mwahaha.

insyaAllah ye?hihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2014 11:21 PM | Show all posts
JellyJoy posted on 27-8-2014 06:58 PM
Haha weih lama tak dengor orang cakap ingke (aku buang huruf r sbb bunyi mcm angker lak hihi)..ser ...

haha. beno sangat la. aku taip je ingker. aku sebut memang ingke. ni bhasa perak ke tak ek? aku risau orang tak pham. haha.ty jelly
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2014 11:23 PM | Show all posts
Clover_Hill posted on 27-8-2014 07:39 PM
makhluk apalaa yg jahat busuk ati sangat penaya orang sampai masuk icu ni..?ati perut campak ke laut ...

tak apa lah kak. kami sekeluarga memang dah lama maaf kan sesapa yang menghantar dulu. Terserah dia dengan Allah je sekarang. kita hidup ni tak lama kak. Kita pun tak tahu bila kita pergi. elok sebelum tidur kita maafkan semua orang. dan berdoa mereka juga buat begitu. ye idok? hihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2014 11:54 PM | Show all posts
aku dah taip punya panjang tadi. Boleh aku tertekan backspace? nakharom. Besok lah jawapnye nye. Last part cerita 20. night semua
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2014 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
skalar posted on 27-8-2014 11:21 PM
haha. beno sangat la. aku taip je ingker. aku sebut memang ingke. ni bhasa perak ke tak ek? aku ri ...

Bahasa perak le tu,confirm.opah aku suka cakap  kat aku..kamu ni ingke bebeno..hahaha

Aduh takpe la tt..aku sabar je la menunggu esok hari
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-8-2014 01:33 AM | Show all posts
skalar posted on 27-8-2014 11:54 PM
aku dah taip punya panjang tadi. Boleh aku tertekan backspace? nakharom. Besok lah jawapnye nye. Las ...

alahai....berdebor aku nunggunye yop..
ate,,lenkali naip la kt words doc dlu yop
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 08:42 AM | Show all posts
xde smbungan ke???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-8-2014 11:53 AM | Show all posts
JellyJoy posted on 27-8-2014 11:57 PM
Bahasa perak le tu,confirm.opah aku suka cakap  kat aku..kamu ni ingke bebeno..hahaha

Aduh takp ...

haha. beno ler tu gune nye. terlebih suke sbnr nya ingke ni.heh3
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2014 11:53 AM | Show all posts
kupetik posted on 28-8-2014 01:33 AM
alahai....berdebor aku nunggunye yop..
ate,,lenkali naip la kt words doc dlu yop

ahaha. udah siap. sat awok post.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2014 11:53 AM | Show all posts
HAnaNAjima posted on 28-8-2014 08:42 AM
xde smbungan ke???

ada. incoming.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2014 11:55 AM | Show all posts
Cerita ke – 20 bahagian terakhir. Masa kat hospital di ampang, ada jugak benda yang jadi. Tapi jadi pada mak aku. Okey. Masa pergi ampang, family aku pergi. Aku jaga rumah sebab masa tu area rumah aku ni asyik ada kecurian je. So aku stay untuk jaga rumah. Hensem kan? Hmm. So abang aku yang pergi instead aku. Duduk kat hospital ni, adik aku ditempatkan di blik isolation 2nd class. Walau 2nd class, tapi best. Sebab bilik tu ada 1 katil besar, 1 kerusi malas yang sangat selesa. Aku panggil katil kecik. Ada bilik air 1. So memang mak aku yang jaga adik aku kat situ. While bapak dengan abang aku tidur hotel masa malam. Kalau siang semua ada sini. Syok jugak ampang ni. Nampak sedara yang betul-betul care, atau sedara yang masa senang je ada.gitu.

So kisah ni jadi kat mak aku. Masa tu malam. Adik aku tidur. Mak aku tidur kat katil kecik. Masa tu dia bangun, pergi tandas. Balik je tandas tu, nak baring balik la kat katil kecik. Duduk dulu. Masa duduk ni, mak aku rasa macam duduk atas orang. Mak aku jem. Mak aku raba-raba bawah ni. Nak pasti kan apa. Belum sempat mak aku rasa, dia kena tolak jatuh. Menjerit mak aku. Terus doctor dengan nurse rush ke dalam. (Note : Bilik ni special sebab bukan saja ada intercom, tapi bilik ni ada built-in pa system yang menarik. Apa saja yang dibualkan di dalam bilik boleh di dengari dari speaker di luar pintu. Motif dia, untuk senang kan pesakit yang paralyze kea pa en). So, masa doctor masuk, mak aku cakap ada orang kat katil kecik tu. Doc tengok memang ada kain selimut bungkus. Tapi mana ada orang. Tingkap grill. Check semua area dalam bilik tu memang takde. Jem. Tapi mak aku urge supaya tak cerita kat adik aku. Mak aku taknak adik aku takut. Dia cerita kat kami-kami je.ewah. Tapi Alhamdulillah. Lepas pada tu memang takda apa-apa kejadian aneh dah kat ampang.

Lepas seminggu lebih adik aku dok ampang, akhirnya dia dipulangkan ke ipoh. Sejujurnya, aku memang tak suka. Tapi doctor ampang tegaskan yang tugas diberi untuk depa hanyalah settlekan isu air (kembong) dan juga TB. ITP tu bukan tugas mereka. Jadi nak tak nak, terpaksa. Masuk hospital di ipoh, adik aku ditempatkan di bilik isolation level rendah. Meaning bilik tu tak heavily equipped dengan barang-barang ganas. Sekadar ada katil, kerusi malas dan toilet. Bila siang, mak dan bapak aku jaga. Bila malam, aku, abang-abang aku dan juga kaki ipar aku. Gilir-gilir jaga.

Satu malam tu, aku kena jaga. Petangnye, aku pergi jugak. Saja bawak makan kat mak bapak dengan adik aku. Bilik isolation adik aku ni, bilik lain nya ada banyak. Dalam hallway isolation ada 4 bilik yang sama macam adik aku. 3 penuh. 1 memang kosong. Menghadap bilik Nor ni, bilik budak kecik sorang ni. Ada laptop, pakai earphone bagai. Aku senyum dia buat tak tahu. Kurajang. Tapi tak apalah. Budak. So aku blah la balik rumah petang tu. Malam datang balik. Malam tu aku jaga seperti biasa. Aku malas tengok budak tu. So aku jalan je. Tapi aku nampak la bilik dia gelap. Dia pun macam tengah tidur. Aku tengok adik aku tengah main handphone. Aku bagi dia makan apa semua. Dia pun tido. Haram nya bilik ni, aircond dia memang directly atas kepada katil patient. Mean area lain dalam bilik tu tak kena aircond. Aku haru la. Merata-rata aku cuba cari tempat nak tidor yang selesa. Bawah katil. Tepi katil. Berdiri. Semua ada -.- last-last, aku giveup. Aku nak keluar, berasap. Masa aku keluar bilik adik aku, aku nampak budak tu tengah berdiri kat cermin bilik tu, ngadap aku. Aku punya terkejut. Keluar peluh jantan aku setitik.ewah. Dia lambai aku. Aku lambai la balik. Aku pikir, ‘budak ni bosan ni’. So biar jelah, Aku keluar la berasap. Balik tu, aku tergerak hati nak tengok bilik budak tadi tu. Apa buat nya. Aku tengok bilik dia, kosong. Jem. Aku tengok adik aku lena. Aku pusing ke kaunter isolation. Aku cakap, “Budak depan bilik adik saya tu ke mana? Tadi ada.” Nurse tub alas, “Eh encik, budak tu dah keluar maghrib tadi. Bapak dia amik. Dia nak tukar ke hospital pakar.” Hah. Maka jemlah aku. Memang masa lalu hallway tu, aku pandang bilik adik aku je. Aku rasa budak tu perati je dari belakang.dem. Masuk je bilik adik aku, aku terus tidur atas lantai. Taknak kasi nampak cermin sana.hahaha.

Seminggu lebih kemudian, doctor sahkan adik aku beransur pulih dan boleh pulang ke rumah. Tapi still kena checkup regularly. Seminggu sekali. Aku notice, bila adik aku balik rumah je, memang dia start moody balik. Makan pun kurang. Aku cerita benda ni kat abang aku. Tapi aku cerita je. Aku tak expect apa- apa. Jadi atas inisiatif abang aku yang aku sendiri tak tahu, bermula kisah Jin Istana yang boleh kome refer di Page 6 - 148#. Lepas pada peristiwa tu, memang adik aku berubah. Jadi seperti biasa. Makan semua okey. Makin hari makin sembuh dia. Badan dia start naik balik. Kami memang bersyukur sangat.

Note : Kisah hantu dah habis. Selebih nya kisah sakit adik aku. Kalau berminat terus kan, kalau tak, habis di sini kisah 20

Tapi sakit adik aku tak sembuh. Ada satu benda slek yang doctor tak nampak. Kenapa air yang masuk tu tak keluar jadi air kencing? Kenapa kembong? Kenapa adik aku tiba-tiba boleh kena TB? Aneh kan. Ini benda yang kalau family aku nak, boleh saman hospital tu. Memang teruk sangat. Punca sebenar macam mana adik aku kena TB usus ni, sebab ada 1 part dari usus dia tu, dah rosak.membusuk. Lebih setahun adik aku dapat rawatan kat hospital, lepas setahun, baru tahu pasal ni. Air yang masuk, dia keluar ikut usus yang busuk tu. Masuk badan. Berputar-putar dalam badan. Bila dah banyak sangat, itu yang kembong. Kemudian TB tu. Bapak sedara aku memang ada TB. TB tu infect adik aku melalui usus yang busuk tu. Tu la punce. Mula-mula doctor marah kenapa tak bagitahu awal-awal. Bapak aku yang sangat cool tu, angin dengar tu, dia cakap, “Awak yang treat dia dekat setahun, kenapa awak tak nampak benda ni? Saya ke awak doctor?!” Terdiam doctor tu. Betul jugak. Tak nampak benda tu. Jadi apa solusinya, usus busuk ni kena potong. TAPI, tak boleh sambung terus sebab TB ni. Kena make sure TB ni sembuh, baru boleh sambung. Jadi, usus adik aku tu terpaksa dikeluarkan dari dalam perut. Jadi, adik aku terpaksa pakai bag untuk buang air besar. Kira bahasa senang paham, berak kat perut. Lama beb. Bukan kejap. Lebih kurang 8bulan dia pakai beg tu. Memang azab. Tapi adik aku ni kental. Dia lalui semua ni rilek je. Aku respect dia. Sampai la ke tahun lepas. Dia habis ubat TB, pastu usus tu disambungkan. Lepas pada tu, adik aku betul-betul sihat. Makan punya banyak. Sekarang ni punye tembam. Hahaha. Tapi aku tak kisah. Asal Nor sihat. Jadi tamat lah cerita ke – 20 aku secara tulus.

Aku nak tekankan, apa yang aku cerita pasal Nor ni, takda niat pun nak buka aib sapa-sapa. Nor tu adik aku. Aku yakin, mesti ada yang cakap aku sanggup cerita aib adik demi nak popularity. Maaflah, lancau. Aku cerita semua ni, nak pastikan apa yang jadi kat Nor ni tak jadi kat orang lain. Dendam, benci, apa semua yang sama dengan tu, biarlah Allah swt uruskan. Tugas kita, memaafkan depa. Dan seterusnya, depa dengan Allah. Bukan pergi sihir ke apa. Tak syurga beb menyekutu Allah swt ni. Ingat ye semua. Aku berharap benda-benda macam ni tak jadi kat kome. Betapa seksa kami sekeluarga, berapa banyak duit habis. Ye semua? Sekian, tazkirah pagi saya.Hahahah.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 12:06 PM | Show all posts
skalar posted on 28-8-2014 03:55 AM
Cerita ke – 20 bahagian terakhir. Masa kat hospital di ampang, ada jugak benda yang jadi. Tapi jadi ...

Ade ke yg cakap kau nak aibkan adik sendiri TT? Aibkan cerita yang buruk-buruk..ni kau cerita dia sakit je ponnngg...
Lantak dorang TT..sambong lagik!!!! sambong lagikkkkk!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2014 12:13 PM | Show all posts
tikatikut posted on 28-8-2014 12:06 PM
Ade ke yg cakap kau nak aibkan adik sendiri TT? Aibkan cerita yang buruk-buruk..ni kau cerita dia  ...

Pasti ada. Takkan nak cakap kan ? tak apalah.
Tika, cite 20 dah habis. Nanti bukak cerita baru pulak.ehe.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 12:16 PM | Show all posts
hensem betul abg jaga adik.ewah.

rumusan dia,mcm adik kau sakit psl keje mekdi tu.tp tak la nak tuduh2 ye dak. uuiii tp,keje mekdi pon boleh buat dengki ek.manusia manusia..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2014 12:26 PM | Show all posts
bawaku_terbang posted on 28-8-2014 12:16 PM
hensem betul abg jaga adik.ewah.

rumusan dia,mcm adik kau sakit psl keje mekdi tu.tp  ...

mcm tu la aku cakap. manusia. pasal benda kecik pn boleh mcm tu sekali. tp tak ngape. benda dah lepas dah. kami 1 family dah lama maafkan sapa-sapa yang buat bnde ni.

ehm. aku boleh la skt2.hensem jgk Last edited by skalar on 28-8-2014 12:27 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2014 12:30 PM | Show all posts
skalar posted on 28-8-2014 04:13 AM
Pasti ada. Takkan nak cakap kan ? tak apalah.
Tika, cite 20 dah habis. Nanti bukak cerita baru pu ...

jyeahhh!!
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 12:57 PM | Show all posts
Comey je abg jaga adik...
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2014 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian Kat adek tt..tergamak betol org dengki buat sampai camtu skali..ish ish ish..nasib baek adek tt da sembuh..

Family tt taw ke sape yg buat tu??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2014 04:05 PM | Show all posts
rara90 posted on 28-8-2014 01:51 PM
Kesian Kat adek tt..tergamak betol org dengki buat sampai camtu skali..ish ish ish..nasib baek adek  ...

kalau ikut kan, memang tahu. tapi biarlah. dah lepas semua tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 02:41 AM GMT+8 , Processed in 0.075329 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list