CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GhostWalking

[Tempatan] Edisi Ye Ke: Lelaki Wajib Berbaju Melayu Waktu Raya

[Copy link]
Post time 25-7-2014 03:57 PM | Show all posts
fcl29 posted on 25-7-2014 03:10 PM
aku pompuan... zaman2 sekolah dulu, slalu kene pakai baju melayu... nk kene wat persembahan... remba ...

eh samalah kita...
tapi pinjam baju melayu boyfriend classmate, dan abang classmate, mampoo?
kain lembut dan licin jah, feeling sangat buat persembahan.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2014 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
GhostWalking posted on 24-7-2014 06:40 PM
Di gayakan dengan ini fuh

player jdt nak bonus double pkai la gini..
nnt tmj up gaji..
ahakk...
die hard fan jdt yg sering menganas kat stadium..time ni la tnjk 'luaskan kuasamu'...
pkai la bju ni wat raya...
baru johooooooo.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
GhostWalking posted on 24-7-2014 06:40 PM
Di gayakan dengan ini fuh

player jdt nak bonus double pkai la gini..
nnt tmj up gaji..
ahakk...
die hard fan jdt yg sering menganas kat stadium..time ni la tnjk 'luaskan kuasamu'...
pkai la bju ni wat raya...
baru johooooooo.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Siyes encem kalo lelaki pakai baju melayu teluk belanga lengkap bersampin. Kalo baju johor tu macam selekeh. Lagi2 kalo perut boroi. Last edited by Limao on 25-7-2014 09:09 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2014 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
teen_angelJB posted on 25-7-2014 08:56 AM
player jdt nak bonus double pkai la gini..
nnt tmj up gaji..
ahakk...

Amboi sampai posting 2x kau
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 07:22 PM | Show all posts
supernaturalee posted on 25-7-2014 03:23 PM
klu dh seposen jek yg ikhlas, why not?
serious nih

Xpe la...mekaceh...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-7-2014 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox posted on 25-7-2014 03:57 PM
eh samalah kita...
tapi pinjam baju melayu boyfriend classmate, dan abang classmate, mampoo? :lol ...

Sbb sekolah all girls kan...hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 11:28 PM | Show all posts
brums08 posted on 25-7-2014 07:25 PM
Sbb sekolah all girls kan...hehehehe

taklah... malu nak pinjam dgn malay boy classmates
haru tau kalau kena gossip
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2014 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Trend skrg pakai jubah la baru lebih ensem..sgt keustazan..gitu
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox posted on 25-7-2014 11:28 PM
taklah... malu nak pinjam dgn malay boy classmates
haru tau kalau kena gossip

Ooo ingatkan all girls tadi.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Madel posted on 25-7-2014 11:29 PM
Trend skrg pakai jubah la baru lebih ensem..sgt keustazan..gitu

Saham pun naik sbb ala osetad gitu heheheh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2014 11:52 PM | Show all posts
Time dikir barat masa sekolah dulu memang menggagau cari baju melayu
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 06:03 AM | Show all posts
supernaturalee posted on 25-7-2014 03:24 PM
dh pompuan knape plak kena pakai baju melayu?
ke ko ni jenis brutal mcm jantan?

kene wat persembahan kat skolah laaa... rambut pendek.. bajet jadik laki..
oh iols all girls skul..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 06:19 AM | Show all posts
Men generally look good in baju melayu kalau lengkap dengan samping dan songkok
nampak segak gitu..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 06:25 AM | Show all posts
aku x berkenan tgk baju melayu johor..awat singkat sgt lengan..nmpk x kemas,.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 06:51 AM | Show all posts
tgk cuacala.
klu tgh pnas, pakai baju melayu..mmg basahla baju tu
lainla klu duk oversea..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2014 07:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Skrg org melayu dah banyak pakai baju arab pada hari raya..berjubah je..ehe
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 07:07 AM From the mobile phone | Show all posts
koleksi baju melayu ada la dlm 15 pasang dlm almari

mcm2 kaler

semuanya masih boleh di pakai lagi
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 07:08 AM | Show all posts
Perempuan xsemestinya pakai baju kurung. Baju kurung tu adat tradisi melayu. Sy bukan melayu. Tapi ada jg org bungulun perli2 kenapa tidak pakai baju kurung.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 05:31 PM | Show all posts
Pemahaman Busana Tradisional Melayu (Adat & Adab)



1. Pemakaian Baju Melayu telah di ‘ kuat-kuasa ’ kan sewaktu pemerintahan Sultan Muhammad Syah (1424-1444) – Sultan ketiga dari empayar Kesultanan Melayu Melaka.. Beliau telah mengeluarkan satu bentuk titah yang melarang orang-orang Melayu memakai cara Atas Angin (Arab, India & Eropah) serta cara Bawah Angin (China & Khmer).. Pada hari Jumaat juga semua lelaki Melayu di kehendaki pergi ke Masjid dengan memakai sepersalinan bersih dan cantik lengkap bertanjak dengan wangian kasturi.. Pemakaian serban Arab bagi lelaki Melayu hanya dibenarkan di dalam masjid sahaja..

2. Asal baju Melayu & baju sikap / layang adalah berlengan pendek (3 suku). Ada juga baju Melayu yang di buat tidak berlengan.. Asal seluar Melayu juga adalah pendek separas betis kaki.. Pada zaman Bendahara Paduka Raja Abdul Jalil diangkat menjadi Sultan Johor setelah mangkatnya Sultan Mahmud II (Mangkat dijulang ) pada tahun 1699, beliau telah mengubah pemakaian baju dan seluar dengan memanjangkan kain sehingga ke pangkal lengan (baju) dan ke pangkal buku lali (seluar).. Semua buatan baju Melayu dan seluar adalah berkekek dan berpesak..

3. Baju sikap / baju layang pula hanya boleh dipakai oleh golongan Bangsawan yang berdarah Raja dan juga orang-orang yang di anugerahi gelaran seperti Datuk, Tun dan sebagainya.. Jadinya bukan semua orang boleh memakai baju sikap ini..

4. Pemakaian tanjak / destar / ikat kepala juga telah ditetapkan mengikut darjat dan pangkat masing-masing dari jenis kain yang digunakan sehingga cara ikatan dan lipatan.. puncak tanjak yang dipanggil ‘Daun’ pula dihalakan ke sebelah kiri bagi rakyat biasa dan ke sebelah kanan (atau duduk) di tengah-tengah bagi golongan bangsawan dan Di Raja.. Manakala ekor tanjak yang disebut ‘pucuk’ pula perlu disimpan ke dalam bagi semua lapisan rakyat jelata melainkan 2 golongan sahaja iaitu Raja (termasuk ahli keluarga) dan Laksamana.. Pucuk ini adalah lambang kuasa yang ada pada seseorang.. Begitu juga dengan lapisan ‘ tingkat ’ lipatan.. makin besar darjat dan pangkat seseorang, makin tinggi lipatan tanjaknya..

5. Baju Melayu asalnya semua dicipta dengan gaya leher ‘ teluk belanga ’.. Baju cekak musang hanya boleh dipakai oleh Raja atau Sultan sahaja..

6. Bagi jenis-jenis seluar pula, terdapat pelbagai rekaan dalam alam Melayu.. golongan panglima, pahlawan dan sebagainya gemar mengenakan seluar dari gaya ‘Gunting Aceh’ yang mempunyai buatan kekek yang amat besar (kelihatan seperti kain sarung), manakala bagi orang-orang lain termasuk Sultan, mereka hanya mengenakan seluar biasa dari gaya ‘Gunting Cina’..

7. Pemakaian sampin pula adalah wajib bagi semua golongan di dalam istana.. di luar istana pula adalah ‘optional’.. Bagi penduduk asal kawasan-kawasan tertentu, kebanyakkan mereka mengenakan sampin dengan cara ‘Berdagang Dalam’ (kain sampin dipakai di bawah baju Melayu macam style Orang Johor sekarang – Baju di luar) manakala bagi golongan pedagang yang bukan berasal dari situ pula mengenakan sampin cara ‘Berdagang Luar’ (kain sampin dipakai di atas baju Melayu – Baju di selit ke dalam kain).. Dengan cara ini orang-orang Melayu dahulu kala dengan mudah mengenali siapa pedagang luar dan siapa penduduk asal sesuatu tempat.. Cara mengikat sampin juga dibahagikan dalam 3 cara mengikut pangkat dan darjat iaitu:

a. Ikatan pancung (Raja, Sultan dan Kerabat sahaja)
b. Ikatan kembung (Pembesar dan orang-orang bergelar)
c. Ikatan lingkup (orang kebanyakkan)

Begitulah unik dan indahnya kod-kod dan etika pemakaian Melayu bilamana kita terus dapat mengenali status seseorang, asal usulnya dengan hanya melihat cara ia berpakaian..










Credit : Muhammad Farul Azri Kuala Lumpur

http://blog.farulazri.com/



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 01:58 AM GMT+8 , Processed in 0.076224 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list