CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3571|Reply: 94

[Tempatan] Marilah menderma bersama PERKASA

[Copy link]
Post time 24-7-2014 06:55 PM | Show all posts |Read mode
PERKASA Selangor kutip derma bantu Kiki
PERKASA Selangor hari ini menubuhkan satu akaun kutipan derma bagi membantu Siti Fairrah Ashyikin Kamaruddin, yang dikenali sebagai Kiki - wanita yang menarik perhatian rakyat Malaysia kerana membuli seorang warga emas di Kuantan minggu lalu.

Selasa lalu, Kiki dihadapkan ke Mahkamah Syesen Kuantan dan dijatuhkan hukuman denda RM5,000 dan diperintahkan untuk melakukan khidmat masyarakat selama 240 jam.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Yang Dipertua PERKASA Selangor, Abu Bakar Yahya berkata, kutipan derma itu dilancarkan menerusi Facebook NGO itu.

"Sejak kita lancarkan jam 3 pagi tadi, setakat ini (4 petang) kita (PERKASA Selangor) sudah mendapat kutipan lebih RM500 dari orang ramai," katanya sambil menambah ia bertujuan membantu ringankan beban Kiki kerana memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dalam kes tersebut.

Ditanya sampai bila kutipan itu akan dijalankan dan bagaimana derma itu akan diserahkan kepada Kiki, Abu Bakar beliau berbincang terlebih dahulu dengan pimpinan PERKASA Selangor.

Tambahnya, walaupun sedar tindakan itu akan menimbulkan kritikan banyak pihak, namun kutipan itu tetap akan diteruskan berlandaskan objektif NGO pendesak Melayu itu.

“Kalau tak berani terima kritikan, jangan sertai NGO. Kalau saya tak berani terima kritikan, PERKASA Selangor takkan buat kutipan ini untuk memperjuang bangsa Melayu dan agama Islam. Tak apa mereka nak kritik, kritiklah,” katanya.

Minggu lepas, Kiki bertindak memukul bonet kereta warga emas itu dengan kunci stereng berulang kali, selepas berlaku kemalangan kecil antara kereta Peugeot miliknya dengan kereta warga emas itu.

Insiden tersebut dirakam dan tersebar luas di laman sosial dan dikecam oleh banyak pihak.

Bagaimanapun, Kiki kemudiannya memohon maaf secara terbuka dalam satu temubual di sebuah stesen radio arus perdana.

- malaysiakini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2014 07:00 PM | Show all posts
dah agak dah..musti ada kumpulan felda pprt kampungan yang akan tolong...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 07:03 PM | Show all posts
makin lama makin bodo pertubuhan ni. baiklah derma bg ke masjid ke apa dari bg ke road bully/penjenayah
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Accidents happen every day. Setiap kali berlaku accident, nak tolong?
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 07:19 PM | Show all posts
makin hari makin bodoh pekasam nih
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 07:23 PM | Show all posts
org dah buat salah nk gi tolong pasaipa?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-7-2014 07:24 PM | Show all posts
kalau presideng dia bodoh, takkan lah anak buah bijak....
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 07:30 PM | Show all posts
Sapa la yg dok pi derma tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2014 07:46 PM | Show all posts
Nak tolong melayu katanya..melayu yg mampu beli pijot 208..kah kah
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 07:52 PM | Show all posts
Modal politik dah habis
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 07:56 PM | Show all posts
Pasnih  makin membiak laa pembuli jlnraya..ada NGOK leh cover..kah kah
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
"PERKASA Selangor takkan buat kutipan ini untuk memperjuang bangsa Melayu dan agama Islam."



kat mane logiknya tindakan kiki yg selari dgn sopan santun melayu dan ajaran islam?  nak memperjuangkan hak pun agak2 la perkasamm ooi. racis kulur kilir
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
yg menderma pun baik hulur ke tabung gaza
kikilalat ni dh dijatuh hukumvdan didapati bersalah pun
lps ni pesalah peragut perogol pendera wajar dibantu
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana PERKASA Pahang?
Kiki orang belah sana kan
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Palestin 10

Hantar ke 39111
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Stupid...kiki blh pakai keta mhl xkn 5k xleh byr..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2014 09:08 PM | Show all posts
daripada menderma untuk pembuli kiki tu ..jauh lebih baik dan bebaloi kalau mengutip derma untuk anak yatim piatu yg mana mak/pak mati exsident  hari tu..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 09:11 PM | Show all posts
kikicdm 25 hantar ke 33666
harga tertaklok pada cas telco
setiap sen akan masuk tempayan pekasam
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 10:03 PM | Show all posts
kagum ada org yg menubuhkan tabung utk membantu road bully
tp lagi kagum dgn org yg sanggup menderma
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 10:05 PM | Show all posts
kena mintak izin dulu kalau nak derma
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:40 AM GMT+8 , Processed in 0.067895 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list