CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11300|Reply: 153

[Dunia] Menjenguk Persiapan Raya Kaum Nusantara di Temasek

[Copy link]
Post time 25-7-2014 07:47 AM | Show all posts |Read mode
Sesekali menjenguk negara jiran, Singapura seronok juga kerana dapat mengikuti per-kembangan dan kemeriahan rakyatnya menyambut Ramadan dan membuat persiapan Aidilfitri.

Perbezaan ketara dengan negara ini, umat Islam di Singapura adalah golongan minoriti, justeru, kemeriahan dan sambutan kedua-dua bulan mulia itu mungkin berbeza.

usteru, penulis bersama jurugambar ditemani seorang sahabat yang memahami selok-belok jalan di Si-ngapura mengunjungi pusat beli-belah, pasar dan bazar di Geylang Serai.

Kawasan itu memang popular sebagai destinasi membeli-belah masyarakat Islam republik itu untuk persiapan Ramadan dan Aidilfitri.



Seperti di Malaysia, suasana pusat beli-belah agak meriah dengan pelbagai lampu hiasan berkelip-kelip, ditambah dengan lagu raya yang berkumandang.


Ia ternyata menggamit ‘mood’ raya pengunjung yang datang untuk membeli-belah. Ramai juga pelancong dari Malaysia dan Indonesia di kawasan ini.

Selepas melepasi kawalan di pintu masuk sempadan di Woodlands kira-kira jam 2 petang, kami terus ke Geylang Serai dan ketika itu pelbagai perkara bermain di fikiran penulis.

Terbayang penulis kawasan yang popular dalam kalangan masyarakat Melayu Singapura itu, jika masih dalam Malaysia, pasti keadaannya lebih meriah dan seronok.

Barisan khemah yang panjang di Jalan Geylang menyediakan pelbagai kelengkapan untuk pe-ngunjung membeli-belah, daripada baju hinggalah permaidani.

Bazar Ramadan juga tidak kurang hebatnya yang me-nyediakan pelbagai makanan yang biasa didapati di Malaysia.

Namun ada juga makanan yang jarang terdapat di negara ini, antaranya Murtabak Si-ngapura yang memang berbeza berbanding murtabak yang disediakan di negara ini.

Bagi seorang peniaga kain, Muhammed Zee Shan, 31, trend baju raya warga Singapura tahun ini khususnya wanita berubah kepada potongan ‘princess’ selain dua tona warna.

“Baju yang dijual di kedai kami diimport khas dari Syria, Pakistan dan Indonesia dan harganya bermula SD79 (RM181) hingga SD229 (RM526) sepasang,” katanya yang berdarah kacukan Pakistan-Melayu itu.

Namun katanya, selera golongan wanita tempatan masih meminati baju kurung, malah ada pembelinya memiliki sehingga dua pasang baju tradisional itu.

Tidak punya banyak masa kerana ramai pelanggan yang hadir, kami membiarkan Muhammed Zee melayani pelang-gan yang mula me-ngerumuni kedainya dan meminta diri untuk beredar.

Dalam perjalanan meninjau ke gerai berdekatan, tumpuan saya tertumpu kepada sekumpulan pengunjung pasar yang beratur untuk mengambil bubur lambuk disediakan Persatuan Peniaga-Peniaga Pasar Geylang Serai.

Situasi sama boleh dilihat di Malaysia apabila bubur lambuk menjadi juadah wajib sepanjang bulan puasa tetapi juadah di bazar Ramadan di sini sedikit berbeza kerana kebab dan dendeng atau kepingan daging dijual di kebanyakan gerai.

Bagi Ahmad Esa, 56, sambutan Ramadan dan Syawal warga Singapura tidak banyak berbeza dari dulu kerana masih mengekalkan tradisi yang diwarisi daripada nenek moyang termasuk budaya kunjung-mengunjungi saudara dan rakan taulan.

“Lazimnya sambutan Ramadan disambut seperti biasa, masyarakat masih berpuasa dan mengunju-ngi masjid serta surau untuk melaksanakan solat Tarawih.

“Kami orang lama sama juga seperti generasi muda yang masih mengamalkan tradisi lama dan apabila Syawal tiba, pastinya budaya kunjung-mengunjungi tetap diamalkan walaupun banyak pengaruh budaya moden.

“Kami turut menziarahi kubur seperti amalan ma-syarakat Melayu di Malaysia,” katanya yang tinggal di sekitar Geylang.

Menurut seorang suri rumah, Aminah Jaan, 45, persiapan hari raya dilakukan pada saat akhir kerana dia menantikan harga jualan runtuh di Geylang Serai.

“Jika di Malaysia khususnya di Johor Bahru, pusat beli-belah di sana sering menjadi tumpuan warga Singapura untuk mendapatkan keperluan perayaan termasuk pakaian dan kuih raya.

“Tetapi bagi saya yang mempunyai anak lelaki tunggal berusia 32 tahun, saya lebih selesa membeli-belah di Geylang Serai kerana tidak banyak yang hendak dibeli.

“Cukuplah dua pasang baju kurung dan kuih-muih, selain suami sendiri jarang membeli baju Melayu melainkan beberapa helai baju baru anak,” katanya.


Suasana kampung tiada di Singapura

penulis sempat bertemu seorang warga tempatan di pasar Geylang Serai, Yusita Nishigushi, 52, yang me-nganggap sambutan Ramadan dan Aidilfitri di Singapura tidak banyak berbeza berbanding di Malaysia.

Katanya, masih ramai mengamalkan tradisi kunjung-mengunjungi sanak saudara dan rakan taulan untuk mengeratkan hubu-ngan silaturahim.

Bagaimanapun, dia yang berkahwin dengan warga Jepun perlu membiasakan diri dengan budaya dari negara matahari terbit itu.

“Suami, Nuh Mitsuo Nishigushi, bekerja di bahagian perakaunan di Jepun dan anak tunggal, Luth Yuichiro Nishigushi, 11, bersekolah di Bandar Nagano Matsumoto, Jepun.

“Jika pulang berhari raya ke Singapura, kami masih mengamalkan budaya orang Melayu seperti berkunjung ke rumah saudara-mara selain memasak makanan tradisi seperti ketupat dan rendang.

“Namun jika beraya di Jepun, saya sekadar menyambut ala kadar seperti memasak ketupat dan rendang segera yang dibawa dari Singa-pura,” katanya.

Ramah melayani dan bersikap terbuka, Yusita berkata, perkahwinan campur sudah menjadi budaya dalam masyarakat negara seberang Tambak Johor ini dan ia menjadi keunikan jika menyambut sesuatu perayaan.

“Orang Singapura berkahwin campur kerana ramai warga asing bekerja dan menetap di sini dan memang ia tidak janggal, sebaliknya satu kelebihan termasuk peluang menyambut hari perayaan setiap suku kaum,” katanya.

Sementara itu, seorang peniaga nasi padang di Geylang Serai, Yessei Indriyenni Abdul Aziz, 35, berkata, budaya masyarakat Singapura tidak banyak berbeza dengan amalan masyarakat Melayu di Malaysia.

“Dari aspek persiapan hari raya, kami masih melakukan perkara yang sama seperti memasak lauk-pauk wajib termasuk rendang dan ketupat tetapi suasananya mungkin sedikit berbeza kerana kebanyakan umat Islam menetap di flat dan memang sukar untuk melihat suasana perkampungan.

“Selain menggunakan pengangkutan awam seperti teksi dan bas, perkhidmatan kereta api antara bandar antara kaedah yang mudah untuk mengunjungi saudara-mara dan rakan taulan pada hari raya.

“Kenderaan persendirian adalah wajib kerana tidak ada perkhidmatan bas antara bandar pada hari raya pertama dan inilah perbezaan utama di sini berbanding Malaysia,” katanya.

Bagaimanapun, kata-nya, kemeriahan di Malaysia lebih ketara kerana majoriti penduduknya orang Melayu dan beragama Islam.

Katanya, masyarakat di Malaysia masih mengamalkan bermain mercun dan bunga api selain meriam buluh terutama menjelang malam tujuh likur.

“Di Singapura, undang-undang memang ketat dan tiada peluang langsung untuk melakukan aktiviti itu, apatah lagi jika ditahan, hukumannya memang berat,” katanya.

Menurutnya, ramai saudara-mara dan rakan taulannya di Malaysia dan jika ada kesempatan, dia sekeluarga akan bertandang ke sana.

“Jika beraya di Malaysia, apa yang saya paling dicemburui ialah suasana kampung dan peluang penduduk serta saudara-mara membakar lemang dan memasang pelita daripada buluh,” katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2014 11:48 AM | Show all posts
Kesian kat sana tak ada suasana kampung.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 11:52 AM | Show all posts
mcm mana ea nanti kalau anak2 & cucu generasi sekarang pulang berhari raya. Beraya di KL je kot?
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 11:58 AM | Show all posts
pasar geylang tu tpt hotel aku kat s'pore dulu..kat jalan joo chiat..best gak dalam pasar tu..ada food court jual lauk mcm2..putu piring fames tul kat situ
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 12:01 PM | Show all posts
bulan puasa tahun lepas ada la pegi sekali kat Geylang ni..
tahun ni malas aaa
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 12:05 PM | Show all posts
aku suka geylang dalam bulan puasa.....meriah...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-7-2014 12:23 PM | Show all posts
“Kenderaan persendirian adalah wajib kerana tidak ada perkhidmatan bas antara bandar pada hari raya pertama dan inilah perbezaan utama di sini berbanding Malaysia,” katanya.

aku tak faham langsung apa dia cakap...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 12:25 PM | Show all posts
penulis sepatut nya pergi ke selera ramadhan jurong west blk 425.. makanan best best
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2014 12:25 PM | Show all posts
redz85 posted on 25-7-2014 12:23 PM
“Kenderaan persendirian adalah wajib kerana tidak ada perkhidmatan bas antara bandar pada hari raya ...

hahahahaha!! aku pun. Aku confuse jap. Dia maksudkan kenderaan awam di Msia ke Singapore?? Pastu kenderaan persendirian adalah wajib psl takde bas antarabandar pd hari raya?? Antarabandar dimana tu?
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 12:26 PM | Show all posts
kecimpret posted on 25-7-2014 11:58 AM
pasar geylang tu tpt hotel aku kat s'pore dulu..kat jalan joo chiat..best gak dalam pasar tu..ada fo ...

kedai karipap ada 3.. opposite ada karipap onan road.. semua sedappppp
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 12:28 PM | Show all posts
Peterpan17 posted on 25-7-2014 12:25 PM
hahahahaha!! aku pun. Aku confuse jap. Dia maksudkan kenderaan awam di Msia ke Singapore?? Pastu k ...

tu lah.. kalau di sg bus service mana ada off.. jalan terus.. extended masa lagi ada..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 12:30 PM | Show all posts
spiderman80 posted on 25-7-2014 11:48 AM
Kesian kat sana tak ada suasana kampung.

tapi meriah jugak bro.. kalau bertandang siap sewa coach ,, macam nak melancong.. yang mana ada lori atau van,, sumbat aje masuk,, so syok jalan ramai ramai...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 12:35 PM | Show all posts
Melayu Singapore raya ok la..Raya Di kota....tapi Chinese Singapore kalau CNY depa balik kampung ...balik Malaysia kekdahnya ...Ipoh , Penang , Malacca .... prfghhhh   
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 12:37 PM | Show all posts
redz85 posted on 25-7-2014 12:23 PM
“Kenderaan persendirian adalah wajib kerana tidak ada perkhidmatan bas antara bandar pada hari raya ...

Dye cakap bas awam cuti la hari raya .....mungkin drebar bus banyak melayu kot ...melayu Johore mostly ... hahahaha  
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
kaum nusantara?

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 12:39 PM | Show all posts
spiderman80 posted on 25-7-2014 11:48 AM
Kesian kat sana tak ada suasana kampung.

Alah!! Bro. Raya suasana kampong tu imaginasi org Msia saja. Cubalah tgk raya kat tempat Negara lain. Contohnya China ke, Arab ke. Raya is raya. Tak kiralah kampong ke,bandar ke. Org Melayu ni kan suka berhiba hiba.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2014 12:39 PM | Show all posts
redz85 posted on 25-7-2014 12:28 PM
tu lah.. kalau di sg bus service mana ada off.. jalan terus.. extended masa lagi ada..

Samalah. Sini bus antara bandar pun jalan. Keretapi pun jalan. Mana ada tutup. Peliklah ayat tu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 12:40 PM | Show all posts
orang negara lain raya sempoi je..kt malaysia ni je..segala nak berover2. tapi susah..dah jadi tradisi..kang  budak2 tak syok lak..takan zaman kita budak2 je nak seronok..be fair la kan..asal jangan keterlaluan amalkan sikap sederhana dan berhemah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 12:48 PM | Show all posts
rospinki posted on 25-7-2014 12:40 PM
orang negara lain raya sempoi je..kt malaysia ni je..segala nak berover2. tapi susah..dah jadi tradi ...

Yg aku tak faham dgn org Msia ni, hari raya konsepnya mesti langsir baru, set lapik sofa baru, baju baru, kasut baru. Tak blh guna yg sama cuma turunkan & cuci ke?? Biasakan rmh ada 2 atau 3 set. Blh diguna bergilir. Tak blh ke buat camtu? Mak aku tak pernahlah tukar langsir atau lapik sofa tiap2 tahun. Dia ada cuma beberapa pasang yg dguna secara bergilir. Baju baru?? Tiap tiap pun blh beli. Seadanya saja lah. Buat apa nak gegak gempita sambut raya. Membazir sungguh.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
redz85 posted on 25-7-2014 12:30 PM
tapi meriah jugak bro.. kalau bertandang siap sewa coach ,, macam nak melancong.. yang mana ada lo ...

Haha... Tapi kalau ada suasana perkampungan lagi best kan bro?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:27 PM GMT+8 , Processed in 0.472230 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list