View: 1591|Reply: 8
|
[Tempatan]
Bayi Maut Tercampak Keluar Kereta
[Copy link]
|
|
KUALA TERENGGANU - Seorang bayi berusia lima bulan maut selepas tercampak keluar dari kereta yang dipandu ibu saudaranya di Km 110, Jalan Jerangau-Jabor dekat Ladang Espek Risda, Bandar Al Muktaffi Billah Shah, Dungun tengah hari tadi.
Muhammad Ammar Mohd Sobri parah di kepala dan meninggal serta merta di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Dungun, Supritenden Ahmad Zailani Yaacub berkata bayi terbabit dipangku neneknya di bahagian belakang kereta yang turut dinaiki ibunya.
"Insiden dipercayai berlaku apabila kereta terbabit dipercayai hilang kawalan sebelum berpusing dan terbalik," katanya ketika dihubungi.
Ibu saudara bayi itu, Noor Aini Abu Bakar, 30, patah tangan kiri dan nenek bayi tersebut yang cedera di muka dihantar ke Hospital Dungun.
Ibu bayi berkenaan yang dikenali sebagai Nor Asikin Abu Bakar cedera ringan dan turut menerima rawatan di hospital yang sama.
Sementara itu di Kemaman, seorang penunggang motosikal maut selepas motosikalnya dirempuh sebuah kereta di Km 115, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Bandar Baru Kerteh pagi tadi.
Mohd Jamal Musa, 39, dari Kemasek meninggal ditempat kejadian dalam kemalangan 7.15 pagi itu.
Jurucakap polis berkata mangsa dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Kawasan Perindustrian Petroleum, Kerteh sementara pemandu kereta itu dari Kuala Lumpur mahu pulang beraya ke Dungun. - Bernama
Read here: http://www.sinarharian.com.my/se ... -di-dungun-1.303128
|
|
|
|
|
|
|
|
Sebab itulah di negara maju bayi wajib diletakkan di dalam baby seat |
|
|
|
|
|
|
|
kerap juga nampak...
baby si ibu pegang..
dolu aku begitu juga...pastu aku ni suke pikir bukan bukan, terus beli
|
|
|
|
|
|
|
|
Bila lah agaknya Karajan nak buat undang undang haramkan pangku anak dalam kereta. Tapi sebagai ibu bapa dah boleh fikir sendiri untuk keselamatan anak dia orang tapi fikir benda macam tu takan betlaku pada mereka. Semuanya dah tertulis katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Ibu bapa paling penyayang dalam donia adalah mereka yang memandu sambil pangku anak. Bila eksiden anak jadi airbag tuk depa... |
|
|
|
|
|
|
|
KLVIPER posted on 27-7-2014 02:23 AM
Bila lah agaknya Karajan nak buat undang undang haramkan pangku anak dalam kereta. Tapi sebagai ibu ...
seperti biasalah ummah2 ni nak justify kecuaian sendiri dgn menyalahkan takdir...kalaulah baby tu boleh berckp mmg disumpahnya semua yg kt dlm keta tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Kereta boleh beli tudung paridah boleh beli apa le sangat dengan baby car seat tu demi keselamatan bayi sendiri jika belaku kemalangan. Last edited by Artemesiaa on 27-7-2014 06:32 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Yang pegang anak kecik duduk belakang stereng sambil memandu pun ada. Apa nak eran.
Pakai keta mewah taw.
Mungkin orang tu dulu miskin tak skolah tinggi, komdian meniaga meniaga....tiba-tiba kaya mengejut.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|