CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1813|Reply: 11

[Jenayah] Murtad: Laporan portal palsu cubaan bunuh karakter

[Copy link]
Post time 26-7-2014 11:51 AM | Show all posts |Read mode
WARTAWAN SINAR HARIAN
26 Julai 2014

Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services



  • (Kiri sekali) Abu Bakar bersama ahli Perkasa Selangor ketika membuat laporan di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam, awal pagi tadi berhubung penghinaan terhadap Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah. - Foto oleh Perkasa Selangor
[url=]<[/url] 1 / 1 [url=]>[/url]


SHAH ALAM - Tindakan sebuah portal palsu menyiarkan laporan yang mendakwa Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah menukar agama ke Kristian Katolik minggu lalu disifatkan sebagai 'character assassination' (pembunuhan karakter) terancang.

Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera.

"Sebagai NGO yang mempertahankan Perkara 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan, hal ini adalah sesuatu yang amat berat dengan tuduhan yang langsung tidak berasas.

"Bukan menuding kepada mana-mana pihak, tetapi Perkasa Selangor melihat mainan media asing untuk memainkan sesuatu isu yang langsung tidak masuk akal," dakwanya.

Ekoran itu, Perkasa Selangor tampil membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam, awal pagi tadi.

Semalam, laman web palsu 'World News Daily Report' mencetuskan kegemparan di kalangan pengguna internet apabila laporannya mendakwa Tengku Amir Shah menukar agama ke Kristian Katolik minggu lalu.

Ekoran itu, pihak polis sedang menjejak individu yang bertanggungjawab menimbulkan kucar-kacir dengan mendakwa Raja Muda Selangor itu sebagai murtad.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan menjejak individu terbabit bagi membantu siasatan kerana dakwaan sedemikian boleh menggugat keamanan.

Menurutnya, ini merupakan perbuatan yang menjijikkan oleh seorang yang menggunakan media sosial.

Tambah Khalid, pihak istana sudah pun memaklumkan kejadian berkenaan dan menafikan perkara tersebut.

Mengulas perkara sama, Abu Bakar menambah, sebagai rakyat yang bertanggung jawab, Perkasa Selangor berharap persoalan ini dirungkai segera dan membawa mereka yang sepatutnya ke muka pengadilan.

"Dalam masa sama, mungkin injuksi mahkamah perlu digunakan bagi melarang semua pihak terus memanjang perkara ini.

"Perkasa Selangor memandang berat jika isu institusi kesultanan tidak sewajarnya dipolitikkan dan dijadikan modal berpolitik yang menguntungkan pihak tertentu sehingga sanggup menjatuh serta memburuk pihak lain," dakwanya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2014 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Anwar lah dalangnya..takpun rafizi atau lim kit siang cina dapig
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 11:56 AM | Show all posts
tu lar, tak pun nik aziz..

semo PR jahat2 belaka.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2014 12:10 PM | Show all posts
Siasat dakwaan Raja Muda murtad
MUHAMMAD AFHAM RAMLI
26 Julai 2014
Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services
1
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Amir Shah (kiri) berkenan hadir pada Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil sempena Hari Pahlawan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah. Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Amir Shah (kiri) berkenan hadir pada Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil sempena Hari Pahlawan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah.
< 1 / 1 >
KUALA LUMPUR - Polis sedang menjejak individu yang bertanggungjawab menimbulkan kucar-kacir dengan mendakwa Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah sebagai murtad.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan menjejak individu terbabit bagi membantu siasatan kerana dakwaan sedemikian boleh menggugat keamanan.

Menurutnya, ini merupakan perbuatan yang menjijikkan oleh seorang yang menggunakan media sosial. Pihak istana sudah pun memaklumkan kejadian berkenaan dan menafikan perkara tersebut.

“Setakat hari ini (semalam), saya baru dimaklumkan terdapat satu laporan berkenaan kejadian terbabit.

“Perkara ini bukan sahaja akan merunsingkan pihak istana, bahkan ia juga akan merunsingkan masyarakat yang tertanya-tanya sama ada ia benar atau tidak,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menjejak pemilik akaun laman sosial berkenaan.

Sebelum ini, PDRM sudah pun menguar-uarkan mengenai penyalahgunaan laman media sosial, tapi masih ada lagi individu yang degil.

“Individu ini sengaja hendak menimbulkan suasana kacau-bilau,” katanya.

Memetik laporan sebuah portal, semalam laman web palsu World News Daily Report mencetuskan kegemparan di kalangan pengguna internet mendakwa Tengku Amir Shah menukar agama ke Kristian Katolik minggu lalu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 02:06 PM | Show all posts
Gempar sungguh yek? Kacau bilau jadiknye....ambo bangun, sahur, solat bagai, pegi morning walk sama jiran kristian dan buddhist dop ade apa masaelah pung...life goes on today...cantik aman damai jah arini..mana mari gempar kacau bilaunya? Mengagade drama najis kucing deme neh.


Jelak dengan drama sebegini....
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 03:01 PM | Show all posts
lawa baju abg long kawasan tu semua
muka ala mcm taikor lorrr
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2014 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Bayangan tuhan kena fitnah terus kacau bilau hidup
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
mak dia kokesen kan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2014 09:51 PM | Show all posts
tak kira la togak ke zina ke apa ke asalkan muslim katanya....

ampunnn tuanku...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 10:42 PM | Show all posts
persal orang lain pulak yang buat laporan polis, kenapa tak istana yang buat? Nampak sangat abang-abang long tu tersentap dengan portal satire tuh, orang istana relax jerr coze tahu yang tu satire... umah pprt sungguh...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
alhamdulillah... belum murtad lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2014 10:58 PM | Show all posts
tengok cara hidup macam mana
tiada apa pun orang nak heran
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:49 PM GMT+8 , Processed in 0.485616 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list