CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14381|Reply: 267

[Tempatan] Edisi Sarban : Kerana arab melayu binasa..

[Copy link]
Post time 27-7-2014 11:43 AM | Show all posts |Read mode
SAMPAI habis bulan puasa saya tak jumpa jawapan kenapa apabila menjemput berbuka puasa atau bercerita bab buka puasa, ada sesetengah orang Melayu menyebutnya sebagai "iftar"? Hanya sesetengah, bukannya semua. Kenapa tidak kata "buka puasa"? Kenapa "iftar"?

Kalau segan sebut "buka puasa", kenapa tidak kata "sungkai"? "Sungkai" dalam ejaan baku atau "sung-kei" dalam sebutan lisan adalah perkataan yang juga membawa maksud "buka puasa". Ia bahasa sukuan Melayu di Sabah dan Sarawak.

Kenapa jauh-jauh sampai ke Arab mencari perkataan untuk "buka puasa"? Kenapa tidak jenguk ke Sabah dan Sarawak?

Saja tanya: Apakah lebih diterima puasa mereka yang "iftar" berbanding mereka yang "buka puasa"? Wallahu'alam.

Bagi sebuah negara yang Islamnya disekutukan dan diinstitusikan dengan Melayu serta tidak boleh lekang dengan Melayu -- bahawa Melayu itu Islam dan masuk Islam itu masuk Melayu -- kenapa "buka puasa" jadi Arab dan tidak jadi Melayu?

Sehari dua ini pula, sesetengah daripada mereka melayangkan ucapan "Eid Mubarak", bukan lagi "Selamat Hari Raya". Apa dosanya mengucapkan "Selamat Hari Raya" maka ditukar jadi "Eid Mubarak"? "Aidilfitri" pun ditukar jadi "Eidul Fitr".

Ini bukan masalah "iftar" dan "eid mubarak" sahaja. Ini masalah sejak sembahyang jadi solat, tudung jadi hijab. Sedekah yang sudah memang asal perkataan Arab itu pun tidak lagi cukup untuk mengungkapkan pemberian harta kepada orang lain maka sekarang disebut infaq.

Kata Melayu yang hendak jadi Arab: "Kalau anta senyum, itu pun sedekah tapi kalau anta beri duit, itu namanya infaq."

"Okay, bro. Tapi kenapa telekung jadi busana solat?" tanya Melayu yang bertahan cuba jadi Melayu.

Dari mana asal-usulnya semua ini sehingga Melayu hendak jadi Arab? Kenapa Melayu gila hendak jadi Arab? Kenapa NGO Melayu tak beri perhatian soal Melayu tak mahu jadi Melayu ini? Bukankah kalau Melayu jadi Arab maknanya nanti Melayu akan hilang di dunia?

Adakah ini kesan panjang sejak Ayatollah Ruhollah Khomenei pulang ke Tehran pada 1 Februari 1979 dan memulakan revolusi agung terakhir, sekaligus membuka imaginasi seluruh dunia tentang Islam dan negara Islam. Sejak itu, Tanah Melayu ini diislamkan semula selepas pengislaman pertama oleh para pedagang yang singgah di pelabuhan Melaka semasa zaman kesultanan Melayu lama.

Atau apakah mungkin sebab lidah orang Melayu sekarang lebih mengenal nasi Arab berbanding nasi minyak dan nasi tomato atau setidak-tidaknya nasi ulam?

Di satu sudut Kampung Baru, kawasan petempatan tradisional orang Melayu tidak jauh dari KLCC yang dipertahankan bermati-matian biarpun terus diasak pembangunan dan pemodenan, sekurang-kurangnya ada empat buah restoran nasi Arab berderet di sebatang jalan.

Adakah itu sebabnya? Wallahu'alam.

Kepada Melayu-Arab, eid mubarak. Kepada Melayu yang lain-lainnya, selamat hari raya.

p/s: Orang Arab Islam menyambut Aidilfitri hanya sehari. Orang Melayu yang Arab atau yang lain-lain, Aidilfitrinya tidak usahlah terhentak sampai ke Hari Raya Haji.

Sumber : :http://www.astroawani.com/news/show/melayu-kenapa-kau-nak-jadi-arab-40752?cp


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2014 11:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Hanya rayakan sehari shj.Selamat hariraya tt.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2014 11:47 AM | Show all posts
baju raya utk sebulan dah restock @brums08 ?
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2014 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Melayu memang senang buang identit sendiri.  Nama pun dah pakai nama arab.napa tak pakai nama melayu yg sanskrit tu. Seroja. Indera. .. Yg penting maksudnya baik bukan. Dlm bab ne kita salute Indonesia.  Rakyat mereka masih ada jati diri dan nasionalisme. !!!
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2014 11:53 AM | Show all posts
Owrang mulayu tak minat mendirikan identity sendiry. Ada yang nak jadi kokisen ada yang nak jadi arob wannabe. Kanzz.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2014 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
melayu pun gune kata dlm bahsa arab solat,saf,wuduk,lafaz,zalim,baligh,alim,amal, apa lgk.lol
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-7-2014 11:54 AM | Show all posts

"Bestnye Tak Pakai Sarban Ni.. Free Hair!"



Lenkali usah dok nak sterotype kata Islam dan sarban berpisah tiada.  Bangsa lain pon pakai.
Last edited by tumpanglalu74 on 27-7-2014 12:00 PM

Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2014 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
revolusi_30 posted on 27-7-2014 11:50 AM
Melayu memang senang buang identit sendiri.  Nama pun dah pakai nama arab.napa tak pakai nama melayu ...

indonesia nama pelik2 contoh sudiryono..islam..tapi kt malaysia kene buh nme arab..islamik gitu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-7-2014 11:56 AM | Show all posts
kira yg komen ni mulayu urban edisi jepang jdm celup la ni?
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2014 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Iftar, solemnization, duua, habbatus sauda, sanah helwa
:Q
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2014 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm kat filipina pon ramai gak yg fefeeling latin sampai kene kutuk sesame original filipin, dieorg kate filipin ialah a latin country that washed away to pacific, kat msia pulak kalu geng2 islamik ereb tu bckp anta anta ,org lain jahil belake depa ja ahli sorga
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2014 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
TuntungReturn posted on 27-7-2014 03:53 AM
melayu pun gune kata dlm bahsa arab solat,saf,wuduk,lafaz,zalim,baligh,alim,amal, apa lgk.lol

Haidh?hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2014 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Org Melayu terpesona dgn Arab...konflik Arab - Israel pon jd tumpuan...snggup derma, sanggup boikot bagai...sanggup kena reprimand oleh JK sukan

Kalau isu humanity lain cam gempa di Indo, letusan gunung, taufan di Filipin yg menelan ratusan angka korban, jgn harap nak amik pot.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2014 12:41 PM | Show all posts
Meng anta ente antum...sumpah menyampah. minda mudah dijajah betul melayu neh. Kalau berbahsa

Inggeris dikata dop sedo diri berkerak fefeeling omputih, kalau ber anta antum tak per pulop.

Ikut mengikut belako deme nih. Jatidiri integriti sebagai sorang manusia dop ader. Musti ikut trend.

Stock ahkak baru sarung tudung kat fb pun samo jah...ader beberapa ekor kat fb ambo.

Dari up gmbo makan2 bictoria stesen, bodega, hard rock bagai, sekarang up gambo terjemahan quran, dok jazakallah kiri kanan, du'aa, make solah, sadaqah bagai. Ader pulop hok persoal org lain makan di tempat western halal ko haram. Amnesia ker deme dop sampai 6 bulan lalu posing sakan depan steak deme. Propa sungguh...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2014 12:42 PM | Show all posts
Pelancung dan pelacur Arab amat dialu alukan
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2014 12:45 PM | Show all posts
LUNCH posted on 27-7-2014 11:53 AM
Owrang mulayu tak minat mendirikan identity sendiry. Ada yang nak jadi kokisen ada yang nak jadi aro ...

melayu tak minat jadi kokesen atau arab la. Mereka gelak saja sama ayam kokesen dari perancis, sepanyol, rusia yang  bertugas di sini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2014 12:47 PM | Show all posts
Apa istilah pelacur dalam bahasa arab ? Hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2014 01:02 PM | Show all posts
semangat antarabangsa..
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2014 01:06 PM | Show all posts
apoh nak buwek ...meke dah lupo....telan berkilo kilo  belacan, budu, tempoyak, cincalok ....
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2014 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
BotakChinPeng posted on 27-7-2014 04:47 AM
Apa istilah pelacur dalam bahasa arab ? Hmmm

Falato bak kata pramlee
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:40 PM GMT+8 , Processed in 0.086194 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list