[size=0.9em]Oleh Amran Yahya [size=0.9em]Kuala Pilah: Kegembiraan seorang remaja pulang berhari raya di kampung bertukar tragedi apabila dia cedera disengat seekor tebuan tanah, di rumah neneknya di Kampung Beting Ulu, di sini, semalam. [size=0.9em]Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa, Mohd Amir Zakwan Asmuni, 15, sedang memotong rumput untuk persiapan Aidilfitri.
[size=0.9em]Bapa saudaranya, Mohd Jefri Pakemen, 37, berkata, dia melihat Amir membersihkan halaman rumah dan tiba-tiba Amir memberitahu kepalanya disengat.
“Saya terkejut diberitahu dia disengat lalu saya memeriksa kepalanya. Amir kemudian pitam dan dikejarkan ke klinik berhampiran,” katanya.
[size=0.9em]Menurutnya, hasil pemeriksaan dia menemui ratusan tebuan tanah dari dalam sebuah bilik tidur yang dipercayai terbang keluar melalui tingkap dan salah seekor menyengat kepala anak saudaranya. [size=0.9em]
“Rumah itu tidak dihuni tiga bulan sejak ibu, Siti Suraini, 82, menunaikan umrah. Sekembali dari menunaikan umrah, ibu terus menetap di rumah saya di Bangi, Selangor. Aidilfitri kali ini kami sekeluarga bercadang menyambutnya di kampung,” katanya mereka sekeluarga baru tiba di rumah ibunya itu, pagi semalam.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/07/28
Read here: http://www.hmetro.com.my/articles/Pitamdisengattebuan/Article
|