[size=0.9em]Oleh Ramli Ibrahim [size=0.9em]Gua Musang: “Sejak peristiwa itu Aidilitri saya hanyalah dengan berkurung di dalam rumah. Semuanya kerana wajah saya yang tidak lagi seperti dulu lagi,” kata Nor Ain Abdul Aziz, 20, yang baru dua tahun pulih daripada melecur akibat disimbah cuka getah oleh bapa tirinya lima tahun lalu. [size=0.9em]Bagaimanapun, gadis malang itu yang tinggal di Kampung Baru Mutiara, Aring 1, dekat sini, tidak berpeluang menjadi seperti dulu apabila wajahnya mengalami kecacatan akibat melecur dan kedua-dua matanya buta meskipun berulang kali menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
[size=0.9em]Katanya, dia cuba melupakan peristiwa pahit itu namun adakalanya gagal mengawal perasaan apabila terkenang tindakan kejam bapa tiri yang turut merosakkan masa depannya.
“Ketika kejadian saya baru berusia 15 tahun dan belajar di tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Chiku namun sudah berdepan insiden itu yang menyebabkan saya menderita hampir seumur hidup.
[size=0.9em]“Saya juga tidak tahu apa yang saya harus lakukan untuk masa depan saya dengan keadaan begini. Mungkin juga saya berkurung saja di rumah kerana tidak mampu melakukan sebarang pekerjaan,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, kelmarin. [size=0.9em]
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Read here: http://www.hmetro.com.my/articles/Rayahanyaberkurung/Article
|