CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4217|Reply: 32

[Tempatan] Isteri Ingat Suami Tidur Di Dalam Bilik, Rupa-Rupanya...

[Copy link]
Post time 30-7-2014 01:15 AM | Show all posts |Read mode
DUNGUN, 29 Julai (Bernama) -- Kemeriahan sanak saudara untuk berkunjung dan
menziarahi bapa saudara pada 1 Syawal bertukar duka apabila menemui
warga emas itu sudah tidak bernyawa di dalam biliknya di Jalan Teluk Lipat, di
sini, semalam.
Mangsa Ambak Mohamad, 82, seorang pesara Majlis Perbandaran Dungun ditemui
mati di dalam biliknya oleh anak saudaranya yang datang untuk melawatnya sempena
hari lebaran pada pukul 5 petang.
Mayat mangsa ditemui dalam keadaan sujud di atas tikar sembahyang di dalam
biliknya dan mangsa dipercayai sudah meninggal dunia empat hari lepas
berdasarkan mayat yang sudah berbau dan hampir reput.
Anak saudara mangsa Zulkifli Harun, 58, berkata sebaik menerima panggilan
daripada kakaknya, beliau terus bergegas ke rumah mangsa dan sebaik membuka
pintu bilik itu beliau terkejut mendapati keadaan mangsa yang hampir reput dan
berbau busuk.
"Saya sangat terkejut dan sayu hati saya bila tengok keadaan mayat bapa
saudara saya dalam keadaan begitu. Saya bertanyakan kepada isterinya kenapa tak
sedar yang suaminya dah meninggal lama. Isteri dia cakap yang ingatkan mangsa
tidur dalam bilik," katanya ketika ditemui pemberita di rumah mayat Hospital
Dungun di sini awal pagi tadi.
-- LAGI
WARGA TUA-MENINGGAL 2 (AKHIR) DUNGUN
Mangsa dipercayai diserang sakit jantung di mana beliau tinggal bersama
isteri yang dikenali sebagai Che Ngah yang menghadapi masalah mental dan anak
angkatnya juga mempunyai masalah yang sama.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Supt Ahmad Zailani Yaacub ketika
dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan berkata mangsa telah dibawa ke Unit
Forensik Hospital Dungun untuk dibedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai
mati mengejut.
-- BERNAMA
NFI AEO DC
07/29/2014 20-46ST


Read here: https://my.news.yahoo.com/warga- ... h-di-124612418.html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2014 01:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Isteri fikir suami tdo dlm bilik,walaupun selepas 4 hari? Are u...kidding me?

eh baru perasan part isteri dia mental.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 01:24 AM | Show all posts
Mental rupanya. Tak jadi nak kutuk isteri dia
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 01:31 AM | Show all posts
Innalillah........
mati dalam husnul khotimah
dapat plak isteri dgn anak yg bukan saja bermasalah mental, tapi juga mempunyai sifat husnu dzon tahap tinggi, tak keluar2 dari bilik 4 hari disangkanya allahyarham sedang tidur secara istiqamah
apa ko ingat allahyarham keturunun ashabul khafi?
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 01:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Isteri arwah tu sakit jiwalaaaa
alfatihah utk arwah dan takziah utk keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 01:58 AM | Show all posts
@MarryPottet

Maap bertanya, husnu dzon tu amende? Ambo nengok makin banyak kebelakangan ni timbul perkataan ni...

balik pade topic. Allahyarham udah lalui hidup yg full circle la kire kan? Meninggal dalam usia penghujung, dalam keadaan

suci. Kesian 4 hari baru perasan...apa nak buat, jalan dier sebegitu..alfatihah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-7-2014 01:58 AM From the mobile phone | Show all posts
kesian. alfatihah
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 02:02 AM | Show all posts
nagapompuan posted on 30-7-2014 01:58 AM
@MarryPottet

Maap bertanya, husnu dzon tu amende? Ambo nengok makin banyak kebelakangan ni timbu ...

Husnuzon tu bersangka baik..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2014 02:10 AM | Show all posts
nagapompuan posted on 30-7-2014 01:58 AM
@MarryPottet

Maap bertanya, husnu dzon tu amende? Ambo nengok makin banyak kebelakangan ni timbu ...

biasalah kan pas baru graduated from the madrasah of ramadhan ni, pefeeling erebbb sket
raya pon makan masakan middle east sajork
husnu dzon = bersangka baik
yelah kan, isteri dia bersangka baik yg allahyarham tak keluar dari bilik berhari-hari sebab tido
kalau ada suud dzon (bersangka buruk) bahawa ada something wrong w/ t hasben, tak sampai sehari dah boleh detect yg encik sominya dah mati
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 02:16 AM | Show all posts
@aderaderker  @MarryPottet

Oh gituu...sangka baikk rupanya


Isteri mental kan? Tahap mental itu tahap mane lah yer, sampai berbau bagai tak der tindakan darinya.

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 02:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah.. Kesian pulak dah bini sakit jiwa.. Insyaallah besar ganjaran p cik ni bersabar dapt bini sakit mental
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 03:11 AM | Show all posts
Salam takziah
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 04:59 AM | Show all posts
takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 06:25 AM | Show all posts
Al-Fatihah untuk arwah ..
Takziah kepada keluarga ..
nasib baik la rayer .. ader yang tergerak hati nak menjenguk
kalo tak..

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 06:34 AM From the mobile phone | Show all posts
takziah.........
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Al-fatihah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2014 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Bermakna dia dah meninggal masa ramadhan... rezeki dia... 4 hari sblm 1 syawal.. antara jumaat or khamis...

apalah amalan dia... rezeki berganda2.. meninggal hari khamis/jumaat... bln ramadhan... sedang sujuf atas tikar sejadah... impian semua muslim... rezeki....

al - fatihah....
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 08:08 AM | Show all posts
Alfatihah

Bagaimana pulak pengakhiran kita nanti
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahi wa inna ilaihi raaji'un
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 08:44 AM | Show all posts
Al-fatihah.. Pengakhiran yg baik. Kita yg msh hidup, wallahuallam. Doakan yg terbaik jua...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:05 AM GMT+8 , Processed in 0.065323 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list