CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1730|Reply: 13

[Tempatan] Meriahnya Beraya Di Kampung

[Copy link]
Post time 30-7-2014 01:20 AM | Show all posts |Read mode
PENDANG, 29 Julai (Bernama)-- Kemeriahan Aidilfitri sememangnya dirasai
terutamanya di kampung dan hal ini paling jelas kelihatan dan dinikmati oleh
kanak-kanak.
Kesibukan ibu bapa mengurus anak-anak mereka ketika beraya merupakan suatu
pengalaman menarik dan sememangnya amat menggembirakan bagi kebanyakan golongan
ibu bapa terutamanya yang baru merasai pengalaman menjadi ibu bapa.
Pasangan Hasnan Kadir, 55 dan isteri Hashimah Hashim, 45, merasakan
kemeriahan Aidilfitri adalah salah satu perkara yang tidak dapat diperoleh di
mana-mana jua melainkan ketika bersama anak tunggal kesayangan mereka, Akmal
Hisham Hasnan, 12.
"Anak tunggal kami biasanya akan berjalan satu kampung dengan
sepupu-sepupunya dan memungut duit raya sebanyak yang mungkin...nak lawan
siapa yang lagi banyak duit raya dengan kawan-kawan sekolahnya," kata Hasnan
ketika ditemui Bernama hari ini.
Sementara itu, lain pula ceritanya bagi Mohd Zaidi Hashim, 40, yang
merasakan kemeriahan sambutan Aidilfitri di kampung bersama anak-anak, saudara
mara dan rakan-rakan tercinta adalah suatu keistimewaan yang wajib beliau rasai
setiap tahun.
--LAGI
AIDILFITRI-KAMPUNG 2 (AKHIR) PENDANG
"Hari raya merupakan hari bahagia yang mana semua rakan taulan dan saudara
mara yang dirindui sekian lama berkumpul dan saling bercerita soal pekerjaan,
kehidupan seharian, bermaafan dan mengeratkan silaturahim," kata Zaidi yang
merupakan penjawat awam.
Dalam pada itu, Aidilfitri turut menjadi saat yang dinanti oleh golongan
warga tua di kampung yang sekian lama merindukan kepulangan anak-anak yang
merantau jauh ke kota.
Bagi Chah Mat, 70, Aidilfitri adalah saat di mana semua anak-anak dan
cucu-cucu beliau berkumpul beramai-ramai di rumahnya dan saling sibuk membuat
persiapan menyambut Aidilfitri.
"Cucu makcik dan anak sulung makcik biasanya balik awal dan akan sibuk
menguruskan hal masak-memasak, manakala anak kedua makcik akan sibuk memasang
langsir baharu bersama suaminya, dan anak bongsu makcik dengan empat anaknya
akan sibuk mengemas persekitaran rumah, membakar lemang dan makcik sangat
bertuah mampu memilik keluarga yang harmoni begini," jelasnya lagi.
Kebanyakan warga kota yang pulang ke kampung dilihat amat membawa
kegembiraan dan kebahagian kepada ibu bapa yang menanti dengan penuh harapan.
--BERNAMA
NZMS NZMS DC
07/29/2014 19-04ST

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2014 05:17 AM | Show all posts
raya di kampung memang meriah.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 06:40 AM From the mobile phone | Show all posts
untunglaaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 07:05 AM | Show all posts
Meriah la kot..tp penatnyaaa....harini pn xhbs raya lg xtau nk msk apa dh..ada lg muka2 wajib dtg yg x sampi lg..
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 07:52 AM | Show all posts
untungggggggggggggggggggglaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2014 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Huntonglaaaaaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-7-2014 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
aechae posted on 30-7-2014 07:05 AM
Meriah la kot..tp penatnyaaa....harini pn xhbs raya lg xtau nk msk apa dh..ada lg muka2 wajib dtg yg ...

Nasi dagang lagi ke uols?

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 11:12 AM | Show all posts
meriah laaaaaaaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2014 11:15 AM | Show all posts
tp now dah x meriah sgt laaa.....xder lagi suasana bebudak beraya dari rumah ke rumah.....even duit raya yg aku dah prepare nak bagi kat bebudak yg dtg beraya pun masih byk lagi......kalo dedulu mmg raya 1st dah 80% mengalir berpindah tangan duit yg aku sediakan but now x sampai 30% pun sampul yg aku keluarkan

maybe now bebudak sumer dok sibuk beraya di rumah dgn Aipon, Aiped, gadget bagai kot sumer dah malas nak jenjalan dari rumah ke rumah kutip duit raya

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 12:10 PM | Show all posts
pi rumah sana sini bayk tong drum bergerak, ramai betul org2 gemuk anak beranak
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 12:13 PM | Show all posts
semalam pi singgah rumah jiran rumah nenek, kesian nenek itu, anak sendiri takde hanya anak angkat yg dibela, dari pagi sampai ke petang tunggu anak angkat beliau balik
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 01:24 PM | Show all posts
ya setuju...memang beraya di kampung meriah....saya tahu sbb beraya dibandar mcm sunyi...tak ada apa apa....banyak pilak...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 03:47 PM | Show all posts
Seronoknya..........................
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo org temasik takda kampung...yg asal usul kl pon raya kl...lol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:11 PM GMT+8 , Processed in 0.070802 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list