CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1939|Reply: 15

[Tempatan] Akibat Jealous lelaki berumur 30-an di tikam oleh bekas kesaseh.

 Close [Copy link]
Post time 30-7-2014 04:52 AM | Show all posts |Read mode


Muar:

       Akibat cemburu terhadap bekas teman wanita, seorang lelaki berusia 30-an bertindak menyerang kekasih baru wanita itu hingga mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan di kedua-dua belah bahu di sebuah pusat hiburan di Jalan Abdul Rahman, di sini, pagi Ahad lalu.

Difahamkan lelaki itu bertindak demikian selepas mendapati bekas kekasihnya gemar berfoya-foya dengan teman lelaki baru.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, suspek dipercayai bersenjatakan pisau pada mulanya meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap bekas kekasihnya lingkungan 20-an hingga menarik perhatian orang ramai.

Berikutan itu, mangsa lingkungan 20-an cuba meleraikan pertengkaran itu menyebabkan suspek berang lalu berlaku pergelutan.

Difahamkan, ketika bergelut suspek mengeluarkan senjata tajam dipercayai pisau lalu menikam bahu kiri dan kanan mangsa, selain pergelangan tangan kiri sebelum melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Muar Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, mangsa yang terbaring dengan kesan luka di bahu dan tangan dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) bagi mendapatkan rawatan.

Katanya, unit kecemasan hospital berkenaan melaporkan kejadian itu dan bertindak atas maklumat berkenaan, anggota di Pondok Polis HPSF menjalankan siasatan awal.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa bergelut dengan seorang lelaki hingga kiri dan kanan bahunya luka dipercayai akibat ditikam menggunakan objek tajam disyaki pisau.

“Kejadian berlaku ketika mangsa dan teman wanitanya pergi ke sebuah pusat hiburan di Jalan Abdul Rahman di sini.

“Tiba-tiba pasangan itu didatangi seorang lelaki dipercayai bekas kekasih teman wanitanya dan berlaku pertengkaran sebelum mangsa dan suspek bergelut.

“Selepas menikam mangsa, suspek terus melarikan diri manakala mangsa dibawa ke HPSF untuk mendapatkan rawatan kecemasan,” katanya.

Menurutnya, polis sudah mengenal pasti suspek dan kini berusaha memburunya bagi membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/art...cle/index_html



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2014 07:22 AM | Show all posts
"kesaseh"
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 07:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Pusat hiburan di jln abdul rahman? Pusat hiburan apakah?
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 10:55 AM | Show all posts
Moga diberkas. Moga cepat sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 11:19 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 12:03 PM | Show all posts
lelaki ditikam bekas kekasih atau lelaki MENIKAM bekas kekasih? Epic failed

+1
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-7-2014 12:04 PM | Show all posts
lelaki tikam kekasih bekas kekasih
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 12:28 PM | Show all posts
Tajuk:  Akibat Jealous lelaki berumur 30-an di tikam oleh bekas kesaseh.

laki umur 30an (suspek) tu yang MENIKAM KESASEH bekas kesaseh suspek tu

....
....
....
....


kesaseh = kekasih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2014 12:28 PM | Show all posts
ChildrenOfBodom posted on 30-7-2014 12:04 PM
lelaki tikam kekasih bekas kekasih

itu merujuk kpd penikam... tapi tajuk merujuk kepada yang ditikam so shud be

lelaki 30-an ditikam bekas kekasih kekasih


kalau kekalkan tajuk sedia ada, aku dah saspek gay tadi



Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 02:12 PM | Show all posts
Difahamkan lelaki itu bertindak demikian selepas mendapati bekas kekasihnya gemar berfoya-foya dengan teman lelaki baru.


dh jadik bekas...suka dia lah nak gemar berpoye2 bahkan dgn jaga skalipon...ngok
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 02:18 PM | Show all posts
Kekaseh???

Tetiba la terbayang David Arumugam sebut TRIMA KASSSSEYYYY.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 02:53 PM | Show all posts
tt ni lahir 50s ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 03:39 PM | Show all posts
Aik thread dah ade nih....
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Lemahnya penggunaan tatabahasa bm..ni dulu mesti mengulang paper julai ni :lol
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2014 02:09 AM | Show all posts
dh ada thread nih. kutip point dulu
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2014 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
ni copy dari sin chew jit poh ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:17 PM GMT+8 , Processed in 0.109404 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list