CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1410|Reply: 6

[Tempatan] GST: Permintaan Rumah Mungkin Menurun.

[Copy link]
Post time 30-7-2014 05:08 AM | Show all posts |Read mode




Sekadar gambar hiasan.



PEMAJU hartanah, UEM Sunrise Bhd, menjangka permintaan untuk rumah berkurangan selepas pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mulai 1 April tahun depan, terutamanya pada suku kedua.

Pengarah Eksekutifnya, Datuk Izzaddin Idris berkata, ini berdasarkan trend di negara-negara yang melaksanakan GST berikutan terdapat penyusutan permintaan dalam tempoh suku pelaksanaannya.

"Kami percaya dalam persekitaran pasaran yang mencabar ini, kami bersedia untuk menangguhkan pelancaran jika perlu.

"Kami melihat semula beberapa pelan pembangunan kami untuk memenuhi trend dan permintaan pasaran semasa," katanya kepada Bernama dalam satu temu bual.

Secara keseluruhan, Izzaddin berkata, syarikat menjangkakan sedikit penurunan dalam margin dengan peningkatan tekanan kos tetapi akan terdapat tempoh peralihan berikutan pasaran akan lebih menumpukan kepada kos dan margin.

Bagi jangkaan terhadap GST katanya, UEM Sunrise bersedia terhadap kesan tersebut berikutan syarikat itu yakin kesan kewangan GST akan dapat dilihat dalam keputusan kewangan akan datang syarikat.

Izzaddin menambah,memandangkan hartanah kediaman dikecualikan daripada GST, peningkatan dalam cukai input tidak boleh dituntut oleh pemaju hartanah atau dipindahkan kepada pembeli rumah bagi projek kediaman yang telah dilancarkan dan dijual.

Beliau berkata, kebanyakan kontraktor atau pembekal yang mengemukakan tender untuk projek telah mengambil kira potensi kenaikan kos mengikut GST.

Kata Izzaddin lagi, penting untuk meletakkan harga pelancaran baharu yang berdaya saing dan menawarkan produk yang sesuai terutamanya dalam pasaran yang perlahan untuk memastikan kadar pembelian yang baik.

Katanya, UEM Sunrise akan berusaha untuk menjadi lebih tangkas dan membangunkan kesedaran baharu supaya semua pekerja memahami kepentingan untuk memastikan kos rendah dan mencari kaedah untuk mencapai penjimatan di seluruh organisasi.

Disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia, UEM Sunrise merupakan syarikat utama bagi perniagaan pembangunan hartanah dan bandar UEM Group Bhd dan cabang pelaburan kerajaan, Khazanah Nasional Bhd.

Kecekapan teras UEM Sunrise ialah dalam pembangunan bandar makro, kediaman bangunan tinggi, pembangunan runcit, komersil dan bersepadu, serta pengurusan hartanah dan projek dan perkhidmatan pembinaan. - Bernama




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2014 10:13 AM | Show all posts
rumah mahal sgt...gaji x naik2...
x mampu la nk beli
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 10:26 AM | Show all posts
@ChildrenOfBodom assalamualaikum website ape ko pakai kat google adsense..? boleh bagi other website boleh pakai tak huhu
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Tp orang stil perlukn rumah..takkan nk jd gelandangan lak kan
So bertambah la demand utk umah sewa
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 11:25 PM | Show all posts
Property prices sure go up hwannng!!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2014 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
blom gst pon harga umah da naik. Aritu aku nk booking la satu umah ni harga around 385k. K fine la. So tunggu punya tunggu for few months pmaju kata x dpt cert apetah.
Sekali hari tu aku tepon boleh sale person tu kata hrga umah tuh naik smpai rm600k++. Bila tnya dia boleh kata gst maa taun dpan. Naik byk giler tuh. Trus cncel. X padan sgguh ngan hrga. Rmai jgak yg backout. Huh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-8-2014 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
x mampu nak beli rmh,tpaksa buat rmh..lg murah buat sendiri dari beli2 neh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:12 PM GMT+8 , Processed in 0.303333 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list