pasti semua dah maklum tentang kisah nabi yusuf bersama dengan siti zulaikha yang mane telah menyebabkan yusuf dipenjara dalam tempoh yang lama.....setelah itu zulaikha tak putus2 meminta supaya ditemukan semula dengan nabi yusuf walaupun kecantikannya sudah faded away.....setelah itu barulah doa dia dimakbulkan.....jika rujuk pun dalam surah yusuf ade potong ayat dari surah itu yang boleh kita amalkn jika berkenan pada seseorang
persoalannya sekarang apakah sebenarnya ending kisah nabi yusuf dengan siti zulaikha ini??.
dalam usrah i dulu ada sentuh pasal ni. katanya jangan percaya kisah nabi yusuf dengan zulaikha tu sebab tokok tambah israiliyat. jadi fitnah pada nabi.nabi yusuf tak kawin pun dengan zulaikha. kisah tu macam nampak orang tu desperate sangat nak lelaki muda. padahal dulu dia ibu angkat. moral yahudi ni kotor kenapa la kita nak ikut kepala otak mereka. ada hadith nabi cakap akhir zaman orang yahudi ni kawin dengan ibu mereka sendiri nanti orang islam akan ikut sama. dekat indonesia kan dah ada beberapa tahun lepas.doa yusuf tu ustazah i kata mengarut. khurafat dan berdosa.mana ada doa untuk berkenan seseorang.ni ilmu pengasih ke apa.
ye doa nabi yusuf ketika rindu kepada zulaikha itu mmg mengarut
nk jadi kan ilmu pengasih ke doa nabi yusuf tu
xmasuk akal betul Last edited by miss_white on 30-7-2014 03:28 PM
Saya ingin kepastian benarkah Nabi Yusof a.s telah berkahwin dengan Zulaikha,sepertimana yang selalu disebut dalam doa majlis walimatul'urus.
PENJELASAN:
Di dalam al-Quran sememangnya tidak disebut tentang perkahwinan antara Nabi Yusuf dan Zulaikha. Yang disebut dalam al-Qur’an ialah peristiwa Zulaikha yang cuba menggoda Nabi Yusuf sehingga akhirnya menyebabkan Nabi Yusuf dipenjara sepertimana yang dijelaskan dalam Surah Yusuf, ayat 25 hingga 34.
Perbincangan al-Qur’an berkaitan kisah Nabi Yusuf dan Zulaikha (atau dalam riwayat lain namanya Ra’il) berakhir dengan pengakuan Zulaikha bahawa Nabi Yusuf tidak bersalah dan tidak melakukan apa-apa kecurangan terhadapnya (Surah Yusuf, ayat 51).
Terdapat juga beberapa riwayat yang menyebutkan tentang perkahwinan antara Yusuf dan Zulaikha. Walau bagaimanapun tiada sumber yang sahih berkaitan kisah perkahwinan tersebut kerana kekhuatiran berpunca dari sumber-sumber Isra’iliyyat.
Kalau main rasa2, kisah perkahwinan Nabi Allah Yusof AS dgn Zulaikha ni kalau tak percaya lebih afdal kot?. Tapi kalau ada yg percaya pun tak jadi hal ker? Boleh jadi kes fitnah berantai tak?
Ada satu kisah tu, kehidupan Zulaikha selepas diceraikan Al-Aziz adalah merempat, nampak tua dan pakaian pun tak senonoh. Tak tahu atas sebab terlalu cinta atau sebab lain, dikhabarkan dlm kisah tu ALLAH SWT mengembalikan usia mudanya, kecantikannya dan keelokan tubuhnya. Selepas tu terjadilah kejadian jatuh cinta, kahwin, hidup bersama happily ever after.
Ada ker yg yakin & percaya kisah atas tu benar terjadi. Kalau ada yg percaya, nak juga tahu apa alasan yg buat percaya tu.
ps: Umur Ummahatul Mukmin Aisyah RA berkahwin pun ada percanggahan. Yg paling awal dimaklum di Tanah Melayu ialah 6 tahun dan kita warisi turun-temurun. Inikan pula kisah yg terlalu jauh dari kita.