CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2996|Reply: 31

[Dunia] Edisi Malaysia Bertahap Dunia

[Copy link]
Post time 30-7-2014 11:49 AM | Show all posts |Read mode
          Sukan Komanwel: Skuad hoki lelaki negara dibelasah England 8-1                         2014/07/28 -  14:32:32 PM                              Cetak               Emel Kawan         
         
                                 
                  
                                                                          GLASGOW: Skuad hoki lelaki negara gagal mengekalkan rentak kemenangan apabila menanggung kekalahan besar 1-8 kepada England dalam perlawanan Kumpulan B, semalam.

  Keputusan mengecewakan ini sekali gus menyentap peluang untuk mengintai peluang mara ke separuh akhir edisi kali ini.      
Satu ketika ada petanda sesuatu positif dapat dicapai dalam perlawanan kedua ini selepas skuad negara berjaya mengikat lawan 1-1 sehingga tamat separuh masa pertama.      



      
  Namun, rentak sama gagal diulangi pada babak kedua yang menyaksikan jentera penggempur England meledakkan tujuh gol untuk merakamkan kemenangan kedua berturut-turut mereka untuk mencerahkan laluan ke kelompok empat terakhir.

  Dalam perlawanan ketiga, esok, Malaysia akan menentang Trinidad & Tobago - satu perlawanan yang harus membutirkan tiga mata untuk skuad negara sebelum melengkapkan jadual perlawanan menentang satu lagi pasukan pilihan, New Zealand.

  Terdahulu, skuad negara membuka tirai perlawanan dengan menewaskan Kanada 2-0, Sabtu lalu.
Last edited by axl_bach on 30-7-2014 11:51 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-7-2014 11:50 AM | Show all posts

Mutakhir
Sukan Komanwel: Trinidad & Tobago buat kejutan benam skuad hoki negara
2014/07/29 - 22:42:30 PM Cetak Emel Kawan
GLASGOW: Skuad hoki lelaki negara menerima tamparan hebat apabila tewas mengejut kepada pasukan kerdil, Trinidad & Tobago 4-2 dalam saingan Kumpulan B, di Pusat Hoki Nasional, di sini, semalam.

Tambah perit, skuad negara ketinggalan 0-3 selepas hanya 16 minit permainan dan kekalahan amat memalukan buat negara ini sama seperti kita kalah kepada Singapura, umpamanya.
Untuk pengetahuan, Malaysia berada dalam ranking ke-13 dunia ketika ini berbanding Trinidad & Tobago, 29.

Pencapaian hambar ini juga memberi gambaran awal apakah ketua jurulatih, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah bakal dipecat Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) selepas ini atau seluruh anggota pasukan akan disoal siasat mencari punca ‘kekalahan misteri’ ini.

Ini adalah kekalahan kedua berturut-turut untuk skuad negara selepas dibelasah pasukan pilihan, England 8-1 dua hari lalu. Pada perlawanan pertama pasukan negara menang 2-0 ke atas Kanada.

Tambah perit, dalam aksi semalam, pemain veteran Trinidad & Tobago, K Browne yang berusia 36 tahun merakamkan jaringan hatrik pada minit ke-11, 16 dan 35 selepas M Pierre membuka tirai jaringan dengan gol pertama pada minit kelapan.

Dua jaringan skuad negara adalah sumbangan Norhizzat Sumantri pada minit ke-26 dan Mohd Ramadan Rosli, pada minit terakhir permainan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2014 11:52 AM | Show all posts
mohon analisa awani 7.45 yg komprehensif,mutakhir nan syahdu dari @SulurBidar
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 12:21 PM | Show all posts
apa terjadi kat skuad hoki msia?
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 12:24 PM | Show all posts
england ranking no.5

malaysia ranking no.13

kalah la jwbnye...

lain la lawan canada ranking no.16
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2014 12:25 PM | Show all posts
otai_g posted on 30-7-2014 12:21 PM
apa terjadi kat skuad hoki msia?

sbb tu aku masih menanti analisa awani 7.45 yg komprehensif mutakhir nan syahdu dari jurucakap skuad hoki kebangsaan iaitu saudara @SulurBidar
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-7-2014 12:30 PM | Show all posts
azrain98 posted on 30-7-2014 12:24 PM
england ranking no.5

malaysia ranking no.13

tu yg Trinidad Tobago tu plak??? dorg ranking 29....

aku tau ahli sukan Trinidad Tobago nih sorg jer iaitu Ato Boldon......
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 12:30 PM | Show all posts
layak pun kalah..
masuk world cup, boleh dapat elaun sepanjang kejohanan RM500 je...
aku sokong pemain beri kalah
suruh si azmi tu main
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2014 12:34 PM | Show all posts
azrain98 posted on 30-7-2014 12:24 PM
england ranking no.5

malaysia ranking no.13

ranking akan jadi rendah bila kalah

bukan kalah sebab ranking rendah


mindset pun dah tak betul...


Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 12:40 PM | Show all posts
btw aku tetap berbangga dgn skuad hoki kebangsaan walaupun kalah sbb hampir keseluruhan pemain blh berbahasa malaysia termasuk la singh tu.

dpt emas pun kalo x reti berbahasa malaysia apa lah gunanya. dimanakah letaknya jiwa malaysian tu? nehii.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 12:50 PM | Show all posts
Decaffeinated posted on 30-7-2014 12:34 PM
ranking akan jadi rendah bila kalah

bukan kalah sebab ranking rendah

sebuah team high rank mmg akan power dan lower ranking akan jrg mng dgn high rank..at least perbezaan rank sesebuah team tk jauh....lupa jgak kekuatan/ketinggian jugak faktor ranking permainan hoki

ranking malaysia drop dari no.11 ke no.13 bulan ini...

Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 12:50 PM | Show all posts
axl_bach posted on 30-7-2014 12:30 PM
tu yg Trinidad Tobago tu plak??? dorg ranking 29....

aku tau ahli sukan Trinidad Tobago nih sor ...

tu aku tak tau
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 12:51 PM | Show all posts
tahun 2010 kat india kita dpt perak kan..?
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
rileks la,brazil pun kene bantai..lol
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 01:05 PM | Show all posts
Sukan kt malaysia patut focus acara renang jah..
Pasal semuanya keLAUT
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 01:17 PM | Show all posts
cucumberkl posted on 30-7-2014 01:05 PM
Sukan kt malaysia patut focus acara renang jah..
Pasal semuanya keLAUT

dah ada dah dulu yg kata focus kat acara yang xder physical advantage...

true tapi still perlu big talent to start with...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2014 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Risau tol nasib hoki ni akan jadi cam bola sepak..tambah2 lgi bila geng2 daripd 1 negeri tu dah kacau daun
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Selamat menjunamkan diri terjun tirok kpd Skuad Hoki mcm Team Bola. Bila kerabat politaik masuk cmpr sukan kt Mesia, ketahianlah resultnya
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 01:27 PM | Show all posts
cucumberkl posted on 30-7-2014 01:05 PM
Sukan kt malaysia patut focus acara renang jah..
Pasal semuanya keLAUT

tulah keeeeeeeeeeeeeeeelaaaaaaaaaaaaaauuuuuuuuuuuuttttttttttt sangat
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2014 01:56 PM | Show all posts
nak Tanya...mungkin saya ketinggalan bus....ada tak peserta kita pakai sesuatu tunjuk berkabung atas bencana MH17 semasa acara ini??...gelang kah...pembalut kepala kah...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 03:08 PM GMT+8 , Processed in 0.467948 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list