View: 10472|Reply: 103
|
[Tempatan]
EDISI SERAM GILER..SELFIE ATAS KUBUR..
[Copy link]
|
|
Baru2 kita dikejutkn dgn sebuah gmbr dr farish aziz yg amik gmbr selfie bermonopod dlmkwsn kubur sambil menyengih.. Kemudian ada 1 lg gmbr dr sebuah keluarga yg amik gmbr yg sama.. Adakah lps ni perlakuan ni akn jd trend kpd org ramai? Ntah2 lps ni kalau mayat tgh dikapankn pun nk berselfie gak..ngeeeeee..
**sori kalau thread ni dh ada..jgn teragak2 utk katup ye..huhu
***sori lg x reti tepek gmbo guna ipad...
|
|
|
|
|
|
|
|
musim selfie kebodohan, kalau kubur tu boleh dikorek dan ambil gambar dalam tu,
sure ramai sanggup buat... |
|
|
|
|
|
|
|
kubur masing2 |
|
|
|
|
|
|
|
Depa ingat mati..
Anda ingat mati tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Cer try selfie dalam kubur pula?
Kalau boleh tepi mayat
Baru la legend.... |
|
|
|
|
|
|
|
lepas ni bolehlah sebelum meninggal, ambil gambar dorang,
lepas meninggal, ambil gambar kubur dorang pulak which kita tau dorang di dalamnya...
so sapa kata hanya bergambar semasa hidup aje |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak tahu nak kata apa..
aku cerca dalam hati saja la meleis sebegini |
|
|
|
|
|
|
|
farish bodoh tu tak perasan ke dia tengah pijak kubur? |
|
|
|
|
|
|
|
Aku rasa ada sestgh org dah keterlaluan dlm bab selfie ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Family dia x tegur..and dia x rasa bersalah pun... gitu kesahnye..esok luse klau ade orang berselfie sambil pijak kubur family ko jgn nak meroyan plak ye.. |
|
|
|
|
|
|
|
Terima ksh yg yg tolong upload gmbo tu ye..hihi
Btl la kata pakar psikologi, selfie ni buat org hilang akal. Ada gak yg terbaru (x tau la gmbo sahih ke x), gmbr ppuan berselfie ms dapurnya tgh terbako.
Pstu teringat ada satu video org thai or pinoy yg ppuan tu gila selfie smpaikan dia jatuh sebelum pengsan pun sempat berselfie... Parah btl la skrg ni.. Pasni kegilaan apa lg yg org nk buat?!! |
|
|
|
|
|
|
|
unguaurora posted on 30-7-2014 10:45 PM
Terima ksh yg yg tolong upload gmbo tu ye..hihi
Btl la kata pakar psikologi, selfie ni buat org h ...
|
|
|
|
|
|
|
|
Bila nengok pic dier tu, tK ade la gempak seperti org yg komen2 macam desecrating kubur bagai.
Deme cume posing kat situ aje. Macam biasa, org yg berapa cerdik dapat camera. Bad taste. Sorry, ambo tak nampak apa beza pic deme dengan berjuta pic kubur yg lain.
Gamaknye kalau pic kubur itu disertai pantun sayu, org menangis meratap, bunga kemboja bagai, ok kot? Last edited by nagapompuan on 30-7-2014 11:05 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
sorang sepupu aku (perempuan) bekap orang2 yang selpi melampau2 ni kat pesbuk
almaklumlah, kaki selpi kenalah bekap orang2 seangkatan kekdahnya |
|
|
|
|
|
|
|
Takleh nak kata ape kebodohan mereka tgk jelah |
|
|
|
|
|
|
|
tadi aku dah tepek kat bod gosip
kali ni aku re-tepek kat sini pulak, sekadar untuk perkongsian bersama
Hafiz Hamidun
LARANGAN BERKAITAN DENGAN KUBUR
Banyak perkara terlarang yang dilakukan oleh masyarakat kita berkaitan dengan kubur antaranya:
1. Membuat Bangunan Di Atas Kubur
Imam Syaukani mengatakan: ” Antara larangan meninggikan kubur adalah termasuk membangun kubah-kubah dan makam-makam (cungkup-cungkup) yang dibangunkan diatas kubur. Juga termasuk menjadikan kubur sebagai masjid, padahal Rasulullah s.a.w telah melaknat orang-orang yang berbuat demikian. Antara lain kepercayaan mereka yang menyangka bahawa kubur-kubur itu mampu mendatangkan manfaat dan menolak bahaya lalu mereka menjadikannya sasaran untuk meminta terkabulnya hajat dan tempat bersandar untuk berhasilnya suatu cita-cita. Dan mereka meminta dari kubur apa yang semestinya diminta oleh seorang hamba dari Tuhannya, dengan mengusap-ngusap kubur dan memohon perlindungan daripadanya seperti perbuatan yang dilakukan oleh orang-orang zaman jahiliah.
2. Menembok Kubur Dan Membuat Tulisan-Tulisan
Berdasarkan hadis Jabir yang diriwayatkan oleh Tirmizi, dilarang menembok kubur dan membuat tulisan-tulisan di atasnya. Hendaknya kuburan seorang muslim itu dibuat sederhana dan janganlah berbangga-bangga dan bermegah-megah dengan kubur dan jangan membuat tembok, memagarinya dengan pagar besi yang mahal, menulisnya dengan dakwat emas, mengukir dan sebagainya.
3. Menjadikan Kubur Sebagai Tempat Solat
Perhatikan hadis dari Jundub, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
” Ingat! Sesungguhnya orang-orang yang sebelum kamu dahulu menjadikan kubur nabi-nabi dan orang-orang soleh mereka seperti masjid. Ingat! Sebab itu janganlah kamu menjadikan kuburan seperti masjid. Sesungguhnya aku melarang kamu berbuat demikian.” (Riwayat Muslim)
Pada hadis lainya dari Abu Martsad Al-Ghanawi:
”Jangan kamu duduk di atas kubur dan jangan kamu solat mengadap kepadanya.”
4. Berjalan di Sela-sela Kubur Memakai Alas Kaki
Mengenai larangan berjalan disela-sela kubur dengan memakai alas kaki dijelaskan dalam hadis dari Basyir Al-Khashashiah, mengatakan:
Bahawa Rasulullah s.a.w. melihat seorang lelaki berjalan dengan memakai terompah disela-sela kubur, maka baginda bersabda: ”Wahai pemakai terompah, tanggalkanlah terompah itu”.
(Riwayat Al-Khamsah kecuali Tirmizi)
Menurut riwayat, orang itu melihat Rasulullah s.a.w dan ketika diketahuinya.dia melepaskan terompah dan mencampakkannya.
Berdasarkan hadis tersebut di atas,dilarang duduk di atas kubur. Dan juga dilarang berjalan di sela-sela kubur dengan memakai alas kaki. Ini dianggap sebagai adab untuk menghormati penghuni kubur. Kecuali jika ditakuti banyak duri atau sesuatu yang mungkin membahayakan kaki, maka dalam keadaan demikian dibenarkan memakai alas kaki.
5. Meletakkan Karangan Bunga Atau Seumpamanya
Meletakkan karangan bunga , bunga rampai dan sebagainya di atas kuburan tidak disyariatkan di dalam Islam. Tidak ada nasnya dari Rasulullah s.a.w dan tidak pernah diperbuat oleh sahabat. Perbuatan yang demikian bertentangan dengan ajaran islam, sebab dapat digolongkan kepda pembaziran. Firman Allah bermaksud:
” Dan janganlah kamu menghamburkan-hamburkan harta mu secara boros. Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan, dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya.”
(Al-Isra’ :26-27)
6. Menyembelih Binatang Di atas Kubur
Menyembelih binatang di atas kubur adalah merupakan adat jahiliah yang telah dibasmi oleh islam.
Janganlah dikalangan umat islam melakukan sembelihan di atas kubur.
Sebuah hadis dari Anas, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud:
” Tidak ada penyembelihan (binatang di perkuburan) dalam Islam.
(Riwayat Abu Daud)Al-Khattabi berkata: ” Biasanya orang-orang jahiliah menyembelih unta di makam lelaki dermawan. Kata mereka: ” Kita membalas kebaikannya, kerana semasa hidupnya dia biasa menyembelihnya dan menyajikan kepada tetamu. Maka sekarang kita sembelih haiwan ini dimakamnya untuk menjadi makanan bagi burung-burung dan binatang buas. Dengan demikian dia tetap menyediakan makanan setelah meninggal dunia sebagaimana dia telah menyediakan makanan selama hidupnya.”
Demikianlah adat jahiliah. Dan adat ini telah dibasmikan dan dilenyapkan oleh ajaran Islam, sesuai dengan hadis tersebut di atas.
Sumber: JAWI http://www.epusara.jawi.gov.my/epusara/webV5/content/166
https://www.facebook.com/HafizHamidun/posts/10152276328567513?fref=nf Last edited by BungaSaffron on 30-7-2014 11:06 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
melayu bahalol retarded gay ja suka berselfie.
|
|
|
|
|
|
|
|
ChildrenOfBodom posted on 30-7-2014 11:14 PM
melayu bahalol retarded gay ja suka berselfie.
satu dunia ada je yg gila selfie...
takkan lu tahu....ahhhhhhhh...
memang lu tak tau satu bender pun la...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|