CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 11471|Reply: 77

Izzue Islam(Suami Awin) Tenang Isteri Dituduh Bersikap 'Queen Control'

[Copy link]
Post time 8-8-2014 06:53 AM | Show all posts |Read mode
Izzue Islam Tenang Isteri Dituduh Bersikap 'Queen Control'
Izzue tidak cepat melatah apabila ada pihak melemparkan tuduhan terhadap isterinya. Foto Ihsan ROTIKAYA.



PETALING JAYA: Pelakon Izzue Islam sentiasa bersikap tenang apabila ada pihak menuduh isteri yang juga pengurusnya, Nurinafilah Waharudin (Awin) bersikap'queen control' apabila wanita berkenaan sering dilihat bersamanya ketika berada di lokasi penggambaran.

Izzue, 25, berkata, perkara itu tidak sepatutnya menjadi isu kerana sebelum mereka bergelar suami-isteri, Awin telah menguruskan kerjaya seninya termasuk bertindak sebagai pembantu peribadi.

"Saya tidak faham mengapa ia perlu menjadi isu kerana wanita yang saya bawa ke set penggambaran adalah isteri saya malah dia juga adalah pengurus dan pembantu peribadi sejak dari awal pembabitan saya dalam bidang seni.

"Sebelum berkahwin perkara ini tidak pernah menjadi isu pun wahal ketika itu Awin sentiasa bersama saya dan sepatutnya sekarang ia lagi tidak patut dijadikan satu masalah kerana hubungan kami sah," katanya kepada mStar Online.


Izzue ditemui pada majlis pelantikannya bersama aktres Yana Samsudin sebagai duta produk Super 'The Secret To A Smile' di Cathay Cineplex E@curve di sini pada Khamis.

Izzue dan Yana dilantik sebagai duta jenama Super selama tiga tahun.


Dalam pada itu, Izzue berkata, dia tidak pernah berasa terkongkong kerjayanya diuruskan oleh isteri sendiri kerana tanpa sokongan dan kegigihan wanita berkenaan kariernya tidak akan berada pada tahap sekarang.

Kata Izzue, dia menganggap gosip yang diperkatakan tentangnya sebagai satu cabaran dalam rumah tangganya bersama Awin yang dibina sejak setahun lalu.

"Apa yang orang ingin perkatakan tentang kami ia adalah satu bentuk cabaran dalam hubungan kami malah ia sebenarnya mengeratkan lagi kasih sayang dalam perkahwinan kami.

"Awin seorang yang sangat positif dan sporting dalam hal-hal sebegini dan dia banyak memberi semangat kepada saya untuk terus tabah menghadapi dugaan sebagai anak seni," ujarnya.


Sementara itu, Awin yang turut mengulas mengenai isu berkenaan berkata, dia tidak pernah mencampur-adukkan soal peribadi dan kerjaya seperti mana diperkatakan sesetengah pihak dan hanya menjalankan tugas sebagai seorang isteri dan pengurus kepada Izzue.

"Saya menilai perkara ini dari segi positif dan ia adalah lumrah apabila ada orang yang menyokong dan tidak suka kepada kita," katanya.

Izzue dan Yana bersama Pengarah Urusan Super Food Marketing Sdn Bhd, Steven Lim pada majlis pelantikan mereka sebagai duta pada Khamis.


Dalam perkembangan lain, Izzue teruja dengan kepercayaan diberikan oleh Super Food Marketing Sdn Bhd (Super) yang melantiknya sebagai duta jenama berkenaan selama tiga tahun dan ia adalah antara pencapaian terbesar dalam kerjayanya.

Jelas Izzue, selain membantu mempromosikan produk kopi dibawah jenama Super dia dan Yana akan terlibat dalam pelbagai projek termasuk kempen Super Secret To A Smile untuk membantu komuniti yang memerlukan bantuan.

"Saya sendiri menggemari kopi keluaran Super dan tidak sangka pula akan mendapat tawaran sebagai duta selama tiga tahun dan ia suatu kepercayaan yang tidak akan saya sia-siakan," jelasnya.

Untuk tujuan tersebut kata Izzue, dia telah pun mengosongkan jadualnya sepanjang September dan Oktober bagi membolehkannya menumpukan perhatian kepada peranan baharunya sebagai duta Super.

"Selepas ini saya dan Yana akan menjelajah ke seluruh Malaysia untuk mempromosikan produk keluaran Super selain menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat.

"Menerusi siri jelajah ini juga saya ingin mengambil kesempatan untuk bertemu peminat yang banyak memberikan sokongan kepada saya," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2014 06:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus dia ni. Tak aibkan isteri. Walaupun kahwin muda, tapi xde pon darah panas ke apa.. boleh jadi panduan..
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 06:58 AM | Show all posts
x perasan tu Yana.. knp nampak tua?
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 07:01 AM From the mobile phone | Show all posts
X de angin camne pokok leh goyang2... Bini ko je yg rase tergugat izzu... Faktor usia barangkali..:lol
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 07:42 AM | Show all posts
yipun_78 posted on 8-8-2014 06:58 AM
x perasan tu Yana.. knp nampak tua?

mungkin make up & style rmbut yg buat dia nampak tua kot..
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 07:58 AM | Show all posts
luaran nampak tenang
dalam hati sape la yg kan..
hehehe..
ye la klau bukan di yg backup sape lg kan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-8-2014 08:03 AM | Show all posts
sayang betul izzue kat isteri, bertuah awin
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 08:08 AM | Show all posts
ayat cliche artis bila jd duta... "Saya sendiri menggemari kopi keluaran Super dan tidak sangka pula akan mendapat tawaran sebagai duta selama tiga tahun dan ia suatu kepercayaan yang tidak akan saya sia-siakan," jelasnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2014 08:15 AM | Show all posts
yipun_78 posted on 8-8-2014 04:58 AM
x perasan tu Yana.. knp nampak tua?

aku tgk cantik plak...kalo x tu nmpk pelik jek...ye la sejak alter idong la kata kan
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 08:18 AM | Show all posts
makton posted on 8-8-2014 07:42 AM
mungkin make up & style rmbut yg buat dia nampak tua kot..



nampak weird sesangat kan makton...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 08:20 AM | Show all posts
fifie_olin posted on 8-8-2014 08:15 AM
aku tgk cantik plak...kalo x tu nmpk pelik jek...ye la sejak alter idong la kata kan



ooo alter idung ekk... x pelasan.. tp siyesly nampak tua laaa... dia baru 34?
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 08:21 AM | Show all posts
aku lebih tertarik nak melahar muka yana tu...hazabnya sekarang ...tolongla sesiapa kenal dia ni tolong tegur sikit
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 08:28 AM | Show all posts
nampak tua                     
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian izzue,.. Ramai yg jeles tu... Awin yg dpt ... Suka gak tgk kapel ni.. Despite  rupa awin tp izzue nmpk syg sgt kat wife dia.. Lps tu terharu dgr dia cite psl waktu perkenalan and pertolongan wife dia time dia susah... Bagusla tak lupa walau dh femes...

org lain x Yah la nk cuba porak perandakn dorg...dh mmg Manager mmg patutla always together2... Lgpun wife yg dh halal.. Itu pun nak jd isu..manusia2
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 08:32 AM | Show all posts
br lps tgk izzue-awin romantika smlm
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 08:34 AM | Show all posts
yipun_78 posted on 8-8-2014 08:18 AM
nampak weird sesangat kan makton...

aah.. muka dia nmpak lebar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2014 08:37 AM | Show all posts
makton posted on 8-8-2014 08:34 AM
aah.. muka dia nmpak lebar



nampak mcm muka pelakon mak mak drama yg berlakon jahat tu, x ingat apa nama dia nak nak pulak ngan rambut bing depan dahi tu...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 09:01 AM | Show all posts
kalo kene queen control adenye muke izzue tu kat tv. dok umah jd mr mama la die...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 09:29 AM | Show all posts
biar la dia nk control pun da suami dia...
semua org perempuan rasanya nk jerk control suami masing2...

yana tu ..kenapa mcam lain sgt...x de lagik mcam muka dulu2..
da reper ker... Last edited by haryatie on 8-8-2014 09:31 AM

Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 09:32 AM | Show all posts
xminat si awin ni..dulu monat jugak gn pokju..but not now
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 07:15 AM GMT+8 , Processed in 0.221985 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list