CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26080|Reply: 125

Ally Iskandar & Farah Lee beri nama anak Mariam Isabel, PIC BABY #pg5

[Copy link]
Post time 8-8-2014 09:51 AM | Show all posts |Read mode
Ally Iskandar Tinggalkan Isteri Hendak Bersalin Demi Tugas
[size=0.75em]Pasangan ini sedang menunggu kelahiran anak sulung mereka yang dijangka dilahirkan pada bila-bila masa. Foto Insan Facebook Ally Iskandar.



PETALING JAYA: Tumpuan pengacara dan personaliti TV3, Ally Iskandar terganggu kerana terpaksa meninggalkan isterinya, Nurfarahin Romli atau Farah Lee yang dijangka bakal melahirkan anak pertama mereka pada bila-bila masa demi tuntutan tugas.

Ally, 38, berkata, isterinya dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Shah Alam dekat sini pada awal pagi Khamis dan dia terpaksa bergegas ke acara pengumuman pelakon Izzue Islam dan Yana Samsudin sebagai duta produk Super 'The Secret To A Smile' di Cathay Cineplex E@curve di sini yang mana dia bertindak sebagai pengacara majlis.

"Sebelum datang ke sini saya menghantar isteri ke hospital terlebih dahulu kerana dia dijangka akan bersalin pada bila-bila masa kerana dia sepatutnya melahirkan anak pertama kami pada 30 Julai lalu.

"Tumpuan saya untuk mengacarakan majlis ini terganggu kerana memikirkan keadaan isteri di hospital dan akan bergegas ke sana selepas selesai acara ini," katanya kepadamStar Online.

Dalam pada itu, Ally berkata, dia teruja bakal bergelar bapa selepas tiga tahun berkahwin dengan Farah dan berharap kehadiran cahaya mata itu nanti akan menyerikan lagi rumah tangga yang dibina.

[size=0.98em]
[size=0.98em]Ally tidak sabar menanti kehadiran orang baharu dalam keluarganya.


Malah kata Ally, kehadiran anak itu nanti akan mengeratkan lagi hubungan mereka yang sebelum ini terpaksa berjauhan ekoran isterinya itu melanjutkan pengajian di sebuah universiti di Korea Selatan.

"Saya tidak mengenali isteri sebelum kami berkahwin dan biarpun sudah beberapa tahun bersama kami masih dalam proses mengenali kerana sering berjauhan sebelum ini.

"Alhamdulillah sudah dua tahun dia kembali ke tanah air dan kehadiran cahaya mata sulung ini akan mengeratkan lagi hubungan kami suami-isteri selepas ini," katanya.

Sementara itu, Ally berkata, Farah sangat memahami kerjayanya yang sentiasa sibuk dan tidak mengira waktu dan sentiasa memberikan sokongan kepadanya.

Malah kata Ally, bagi mengelakkan rasa bosan, isterinya itu berjinak-jinak dalam bidang perniagaan dengan membuka sebuah butik pakaian wanita bagi mengisi masa lapang.

"Alhamdulillah nampak dia sangat berminat dalam bidang perniagaan dan sebagai suami saya menyokong keputusannya dan menggalakkan terhadap apa yang dilakukannya," katanya.

Ally dan Farah Lee bernikah pada 20 Januari 2012 dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Kristal, Kuala Terengganu.
Last edited by maxim on 20-8-2014 09:54 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2014 10:11 AM | Show all posts
Kes overdue r ni..
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 10:12 AM | Show all posts
jadi, da beranak lah isteri beliau?
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 10:26 AM | Show all posts
seminggu dh overdue nie..
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 10:30 AM | Show all posts
dh beranak ke blum???
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 10:33 AM | Show all posts
Semoga selamat semuanyaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-8-2014 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Eh lebih dah overdue ni. Semoga selamat keduanya
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 10:36 AM | Show all posts
overdue...takpa, yg penting ibu dan baby selamat dan sihat...
tak sabar nak tgk gmbar baby..tahniah ally dan farah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2014 10:37 AM | Show all posts
Fara dah bersalin dah... Baby girl.. Semlm rasanye..
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 10:37 AM | Show all posts
Ala pg je acarakan majlis tu, bukannya wife dia masuk spital terus bersalin, sesilap sakit 24 jam... elok gak dia p kerja dulu pastu dtg balik jumpa wife... moga isteri dia selamt melahirkan anak... mwsti bb tu comel...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 10:37 AM | Show all posts
Semoga selamat semuanya..
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 10:40 AM | Show all posts
semoga farah dan baby selamat...insyaallah
happy family ♥♥♥
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 10:41 AM | Show all posts
moga semuanya selamat...
phak pengurusan pun, takkan la tak aware yang si ally ni isterinya menunggu hari....patutnya replace lah dengan orang lain
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 10:42 AM | Show all posts
alhamdulillah , baby girl,
semoga di permudahkan
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 10:47 AM | Show all posts
semoga dipermudahkan, ibu & anak selamat hendaknya.. Amin...
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 11:09 AM | Show all posts
semoga selamat semuanyer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2014 11:21 AM | Show all posts
SEMOGA semuanya selamat ye ..
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 11:36 AM | Show all posts
ally iskandar ni memang suka buat perangai. kalau amik dia jadi emcee dia akan buat suka hati dia je nak wrap event cepat dan sebagainya. dia penah gaduh ngan client
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 11:39 AM | Show all posts
LembingDayanti posted on 8-8-2014 11:36 AM
ally iskandar ni memang suka buat perangai. kalau amik dia jadi emcee dia akan buat suka hati dia je ...

Ai nak tergelak nickname uolls. kihkih... lembing dayang jd lembing dayanti
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Dh slmt berdalin dh uolls..7 ogos 2014....dpt baby girl
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.833128 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list