CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 11139|Reply: 66

Along Eyzendy Mengaku Ditahan Dalam Operasi Polis

[Copy link]
Post time 13-8-2014 01:05 AM | Show all posts |Read mode


Along akui kejadian ditahan di kelab malam tidak jejas kerjaya lakonan. -Foto MIG Online
        
        SUBANG JAYA: Pelakon Along Eyzendy menjelaskan dia merupakan antara individu yang ditahan dalam serbuan Ops Cantas Khas, Polis Dang Wangi di sebuah premis hiburan di Jalan P. Ramlee, dekat sini, pada 20 April lalu.

Bagaimanapun, Along memberitahu dia tidak terlibat dengan sebarang aktiviti sosial termasuk dadah dan telah dilepaskan oleh pihak berkuasa selepas mendapati ujian air kencingnya adalah negatif.

Along atau nama sebenarnya Eyzendy Aziz, 35, berkata, dia berada di lokasi kejadian untuk menemani seorang rakan yang merupakan pembantu produksi bagi mencari tempat yang sesuai untuk menjalankan penggambaran drama.

"Saya berada di kelab malam itu adalah bagi menemani seorang rakan untuk mencari tempat penggambaran sebuah drama. Dia sengaja membawa saya bagi memudahkan urusan dengan pihak kelab tersebut kerana saya seorang artis.

"Bila berlaku serbuan pada malam itu, saya turut ditahan bersama pengunjung kelab malam yang lain dan sampel air kencing kami diambil bagi memastikan sama ada terdapat atau tidak dadah dalam badan. Alhamdulillah saya lepas dengan dua ujian yang dilakukan," ujarnya ketika ditemui mStar Online, pada previu telefilem Kem Cuci Tangan di sini, pada Selasa.

Along berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhir sebelum ini mengenai seorang pelakon lelaki berusia 35 tahun ditahan bersama 41 individu dalam Ops Cantas Khas Polis Daerah Dang Wangi, di sebuah premis hiburan di Jalan P.Ramlee, Kuala Lumpur.

Turut ditahan bersama pelakon itu adalah sekumpulan 20 wanita warga asing yang dipercayai terbabit dalam aktiviti sosial.

Dalam pada itu, Along mengakui enggan memberi sebarang komen berkaitan perkara ini ketika dihubungi pihak media adalah bagi mengelakkan perkara tersebut menjadi lebih panjang.

"Saya baca di blog-blog yang menulis berita tentang itu, ada yang menambah-nambah hingga mendakwa saya terlibat dengan gejala tidak bermoral itu. Saya bukan kaki kelab malam, saya hanya pergi atas urusan tertentu sahaja.

"Saya tidak mahu komen kerana saya tidak mahu orang cakap tentang perkara ini, lagi pula ia tidak ada sebarang kes pun terhadap saya," ujarnya.

   


Along bersama barisan pelakon utama dalam telefilem Kem Cuci Tangan.

Sementara itu, Along berkata, biarpun perkara tersebut tidak menjejaskan kerjayanya sebagai pelakon, namun ia sedikit sebanyak memberi kesan terhadap keluarganya di kampung.

Katanya, ibu antara orang yang paling bimbang apabila mendapat tahu tentang berita tersebut.

"Keluarga mana yang tidak marah jika perkara tersebut terjadi kepada ahli keluarga mereka. Saya sudah beritahu apa yang berlaku pada malam itu.

"Alhamdulillah mereka memahami kerjaya saya dan lumrah kehidupan sebagai artis yang mudah terdedah dengan berita negatif," ujarnya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2014 01:08 AM From the mobile phone | Show all posts
rupa tak ada.. sendu beku.. haruslah cari publisiti
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2014 01:09 AM | Show all posts
sumpah mak tak kenal
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2014 01:34 AM From the mobile phone | Show all posts
laku la juga.. stok2 sebegini sesuai untuk watak2 samseng penjahat.. barulah senang nak maki2...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2014 01:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya berada di kelab malam itu adalah bagi menemani seorang rakan untuk mencari tempat penggambaran sebuah drama. Dia sengaja membawa saya bagi memudahkan urusan dengan pihak kelab tersebut kerana saya seorang artis.



Masalahnya kau pemes ke? Tah sapa kau ni pun aku tak kenal. Geli aih
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2014 02:34 AM | Show all posts
kesian, dah lah tak pemes, geli pulak tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-8-2014 03:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Selalu watak2 tempel je... Watak2 bodoh2 alang..
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2014 05:41 AM | Show all posts
Mcm nigga muka heshe...
Ada iras 50 cent
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2014 06:03 AM | Show all posts
mamat ni blakon ok gak..
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2014 06:22 AM From the mobile phone | Show all posts
sekurang2nya dia ni blakon x kayu kayan mcm sesetengah retis yg pemes tp lakonan kalah batang balak..
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2014 06:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Perlu ke dah dah berbulan2 baru nak justify what is happening?? Org dah x amek kisah dah pn ko gi ingtkan balik
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2014 07:02 AM | Show all posts
ko tak kuar statement pun ada org kesah ke...
sejuk beku banget...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2014 07:05 AM From the mobile phone | Show all posts
tobobon posted on 13-8-2014 01:34 AM
laku la juga.. stok2 sebegini sesuai untuk watak2 samseng penjahat.. barulah senang nak maki2... :lo ...

slalu nmpak dia ni blakon watak jahat je tp dlm citer sandal dan sarban dia blakon jadi imam. dia ni blakon ok je..

klu tk klua citer psl ni aku pun tk tau nama dia
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2014 08:00 AM | Show all posts
Xkenal         
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2014 08:08 AM | Show all posts
owh..dia rupanya. ingat along mana.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2014 08:14 AM | Show all posts
muka macam tukang ambik oder kat gerai tepi jalan je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2014 08:50 AM | Show all posts
motif korang tak kenal mamat ni?
selalu kuar tibi hokeh!!

iols suka dia belakon
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2014 09:07 AM | Show all posts
kenal sangat, mmg femes dia ni, berlakon jd watak utama je.
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2014 09:08 AM | Show all posts
bagus juga dia ni belakon ..
samseng huduh
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2014 09:12 AM | Show all posts
korang lagi la caprut tak kenal heols...kenal pelakon2 yang kayu jah...senduuu sangat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 01:47 PM GMT+8 , Processed in 0.087557 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list