CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: crossfire

[Tempatan] Dun Selangor dijangka Bubar 25 Ogos

[Copy link]
Post time 16-8-2014 01:57 PM | Show all posts
uikss..Naib presiden lak tak setuju?? apa cer??




Pas bakal hadapi tentangan

KUALA LUMPUR 15 Ogos - Usaha Pas untuk mempertahankan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam mesyuarat parti itu pada 17 Ogos ini dijangka mengalami kesukaran kerana bakal mendapat tentangan daripada pemimpin tertingginya sendiri.

Antara individu yang dijangka menentang usaha itu adalah Naib Presidennya, Datuk Husam Musa yang hari ini melalui surat terbuka kepada Abdul Khalid telah mengkritik pemimpin tersebut kerana masih mengekalkan jawatannya walaupun telah dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Husam mendakwa, keputusan Abdul Khalid adalah cubaan membabitkan Pas ke dalam survival politik beliau yang akan menjatuhkan nama parti itu di mata rakyat meskipun sebelum ini Majlis Syura Ulama telah menyatakan sokongan kepadanya.

"Beliau boleh mendapatkan simpati, perlindungan sementara dan sokongan Pas dalam lingkungan semangat pakatan rakyat. Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah menghulurkan ranting zaitun untuk beliau. Episod itu sudah berlalu.
"Tan Sri (Abdul Khalid) sudah dipecat sebagai ahli PKR. Oleh kerana beliau belum diterima menjadi ahli mana-mana parti gabungan dan bukan mewakili pakatan rakyat lagi, Tan Sri sedar sepenuhnya hal ini?" soal Husam melalui surat itu yang disiarkan beberapa blog hari ini.
Selain pendirian Majlis Syura Ulama, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebelum ini telah menyatakan kesediaan parti itu menghadapi sebarang kemungkinan ekoran percanggahan pendapat dengan sekutunya dalam pakatan pembangkang.
Malah, Nik Abdul Aziz turut menegaskan keputusan Majlis Syura Ulama Pas untuk mempertahankan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor adalah muktamad biarpun DAP dan PKR berpendapat sebaliknya.

Sementara itu, menurut Husam, sebarang percaturan politik untuk membentuk kerajaan negeri Selangor melalui gabungan Pas, UMNO dan Abdul Khalid sendiri sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas sebagai tidak bermoral dan perbuatan terkutuk yang ditolak amalan demokrasi.

Husam turut mempersoalkan keputusan Abdul Khalid yang telah mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan mendakwa sebarang cubaan mendapat perkenan baginda bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan mencemarkan imej institusi diraja Selangor.

Selain itu, beliau turut memuji tindakan dua ADUN Pas Selangor yang menyatakan sokongan kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu kerana berjaya menggagalkan sebarang usaha pembentukan kerajaan gabungan.
"Tan Sri tahu ini. Lantas, apa lagi yang ditunggu? Tidakkah mulia untuk Tan Sri bermaruah melepaskan jawatan Menteri Besar? Atau Tan Sri berfikir untuk membubarkan DUN? Bukankah tindakan itu menyusahkan Sultan Selangor?
"Kenapa tidak pada tarikh Tan Sri menghadap Sultan Selangor baru-baru ini Tan Sri mencadangkan DUN dibubarkan? Jika kerana Tan Sri gagal mendapatkan cubaan bilangan ADUN dan Sultan Selangor mengambil langkah membubarkan DUN, pada hemat saya, akan mencemarkan institusi diraja," kata Husam.


@Anak_Nogori


Last edited by tapibukanaku on 16-8-2014 01:58 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2014 02:06 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 16-8-2014 01:43 PM
org PAS kot tu...

kat sini plak...semua salah PAS walaupun yg mulakan krisis kepimpinan ni An ...

pas mmg dari dulu lagi selalu keliru..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2014 02:28 PM | Show all posts
tapibukanaku posted on 16-8-2014 01:57 PM
uikss..Naib presiden lak tak setuju?? apa cer??

umum semua org kenal siapa Husam ni...sekeping gambar menceritakan sejuta cerita..






Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2014 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
tapibukanaku posted on 16-8-2014 01:53 PM
Azmin layak ganti Wan Azizah

KUALA LUMPUR 15 Ogos - Selepas strategi ‘Langkah Kajang’ hampir pa ...

ada lg pengikut parti rupanya..
mohon minum susu anmum

supaya dapat berfikir..
merenung, memerhati
dan mengkaji
sudah terang lagi bersuluh
apa lagi yang nak diharapkan lg?
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2014 10:51 PM | Show all posts
hebat betul drama politik sekarang ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 12:21 AM | Show all posts
tapibukanaku posted on 16-8-2014 01:44 PM
Dititah tak umum sebarang keputusan
Kuala Lumpur: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah men ...

Baik bebenir memanda mentri besar ni ngan Soltan..
Tukar MB baru mcmanalah agaknye, nak ke Soltan entertain
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-8-2014 03:26 AM | Show all posts
Tak sompek poik!
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 07:23 AM | Show all posts
JUSTICE FOR TKSI......JUSTICE FOR PAPA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2014 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Suchi posted on 15-8-2014 08:49 PM
malam esok kak wan jijah ade wat open house kat medan sate kajang
setat kul 7.30 hingga 10.30pm
...

Dia nk tgk la tu bape ramai yg masih sokong dia. Kalo penuh sesak nanti, so di yakin lah yg PR ni masih byk pengikut. Tapi dia xtau yg dtg tu sbb mkn free.

Agak2 kak jijah nak x guna kipas tangan dia bakar satay?
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau bubar DUN..aku terpaksa vote BN..aku muak dgn PKR dan DAP.. ambil la org yg tak layak jadi MB..rakyat dh bg kepercayaan kat ko..ko rebut lak jawatan MB..apsal penggal yg lepas ko tak bising?sorry PR..inlose hope on u..walaupon aku tak suka BN jugak.yakde candidate yg lebih baik dari khalid bg aku.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 08:17 AM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 16-8-2014 02:28 PM
umum semua org kenal siapa Husam ni...sekeping gambar menceritakan sejuta cerita..

kerna jawatan bontot binasa
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 09:10 AM | Show all posts
UMNO kalau cerdik kalau la TSKi bubar DUN, suruh TSKI masuk UMNO dan ambil dia semula jadi MB..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 09:15 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 09:24 AM | Show all posts
HOHA posted on 15-8-2014 08:53 PM
yang tak nak azizah ni..? mintak khir toyo jadi MB balik ke..??

tak ingat ke khir bawak satu kam ...

tak semesti nya taknak azizah nak khir toyo
boleh je bagi calon lain , kat BN selangor bukan ada khir toyo je pun kan ?

#bukan macai umno
#tq
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 09:28 AM | Show all posts
SUHA posted on 18-8-2014 12:21 AM
Baik bebenir memanda mentri besar ni ngan Soltan..
Tukar MB baru mcmanalah agaknye, nak ke Soltan ...

entah2 Soltan pun takde pilihan. tekanan kiri kanan. diluah mati mak, ditelan mati bapak


Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 09:31 AM | Show all posts
awan-nano posted on 15-8-2014 01:30 PM
aku tidak paham style halatuju politik PKR.

tak payah lah hang susah2 nak paham. buang masa je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2014 09:42 AM | Show all posts
tapibukanaku posted on 17-8-2014 04:31 PM
tak payah lah hang susah2 nak paham. buang masa je..

bagi je lah dekat wan jijah pegang kuasa,
kita tengok camne dia dan lakinya jahanamkan selangor,
even adik kak timah yg dok shah alam, dia penyokong umno tegar
pun pertahankan khalid kaw kaw,
takde sebab nak tukar mb katanya, kita dah dok elok2..aman makmur.
next election, nampaknya kak timah lukis orang lidi lah dalam kotak2 yang berkenaan
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 09:44 AM | Show all posts
TimahMulia posted on 18-8-2014 09:42 AM
bagi je lah dekat wan jijah pegang kuasa,
kita tengok camne dia dan lakinya jahanamkan selangor,
...

kak..mmg tak boleh nak hadam lah wan jijah jadi mb..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 09:50 AM | Show all posts
TimahMulia posted on 18-8-2014 09:42 AM
bagi je lah dekat wan jijah pegang kuasa,
kita tengok camne dia dan lakinya jahanamkan selangor,
...

Mmg kebanyakan penyokong umno tegar baru2 ni beria sokong TSKI ...ramai kat dlm forum n fb camtu ....sebelum ni kencang kritik tak bole handle kes air la, sampah etc ....lobai air kat sini yg bukak banyak thread sebelum ni pon dak tak nampak
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 10:04 AM | Show all posts
an2toncit posted on 17-8-2014 04:50 PM
Mmg kebanyakan penyokong umno tegar baru2 ni beria sokong TSKI ...ramai kat dlm forum n fb camtu . ...

ni lah dia kes 'diam-diam jatuh hati' atau
'benci tapi rindu'..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 05:53 AM GMT+8 , Processed in 0.287396 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list