Sempena Kemerdekaan Malaysia yang ke-57, kami telah membuat satu artikel khas untuk dikongsikan bersama pembaca blog kami di www.medialah.com. Kami yakin anda pasti ingat dengan iklan yang viral suatu ketika dahulu di kaca TV anda, Iklan yang diarahkan oleh arwah Yasmin Ahmad ini adalah untuk kempen Merdeka yang ke-50 pada tahun 2007. Kami tengok iklan ini sekarang pun masih tersenyum kerana kecomelan Tan Hong Ming dan Ummi Khazriena. paparan anda semua;
Saat Pertama Berjumpa Selepas 4 Tahun Berpisah:
Ternyata mereka berdua masih malu dan tidak pandang muka masing-masing semasa bertemu untuk kali pertama setelah 4 tahun tidak bertemu. Mereka berdua agak kekok pada mulanya, tapi setelah diberi masa mereka tidak kekok lagi. Cuma Tan Hong Ming yang memang pemalu sejak dari Iklan Petronas tersebut. Berikut kami sediakan video saat pertama mereka bertemu setelah 4 tahun berpisah dan semasa ditemubual. Memang comel Lah!
Alahai medialah.com ni, agak2lah nak wt watermark pun, habis semua gambar penuh tulisan medialah.com.. Video pun serupa takyah amek video, record je suara lg bgus. Nyemak je tulisan tu.