CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24020|Reply: 557

[Tempatan] KEPUTUSAN TERKINI Krisis Selangor :PAS Tolak Khalid!#537 #538

[Copy link]
Post time 17-8-2014 12:50 PM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR: PAS has now retracted its support for Tan Sri Khalid Ibrahim as the Selangor Mentri Besar and nominated two candidates to replace the embattled leader to resolve the impasse.


In a packed press conference here Sunday, deputy president Mohamad Sabu said that the party has named Bukit Antarabangsa assemblyman Azmin Ali and Kajang assemblyman Datuk Dr Wan Azizah Wan Ibrahim as possible replacement.

"It is no longer a matter of concern as Khalid has been sacked from PKR," he said.


In the meeting, which was chaired by PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang, also decided that PAS would not claim the position of mentri besar.




"We have also decided to remain in Pakatan Rakyat as part of our tahaluf siyasi (political cooperation)," he said.



Read here:http://www.thestar.com.my/News/N ... er-supports-Khalid/
Last edited by GhostWalking on 18-8-2014 11:18 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-8-2014 12:54 PM | Show all posts
Pimpinan Pusat PAS mencapai keputusan sebulat suara tentang isu menteri besar Selangor selepas selesainya mesyuarat yang ditunggu-tunggu dalam masa kurang 90 minit, kata sumber.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempengerusikan mesyuarat tersebut dari 10am di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur sebelum menamatkannya pada 11.30am.

"Alhamdulillah, mesyuarat berjalan lancar dan mencapai sebulat suara. Presiden menguruskannya dengan baik," kata salah satu hadirin kepada The Malaysian Insider.

Katanya, keputusan mesyuarat akan diumumkan oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu sidang media tidak lama lagi.

Mesyuarat yang paling ditunggu-tunggu tahun ini itu dijangka panas dengan pelbagai pihak membuat ramalan akan berlaku pertelagahan antara kumpulan di dalamnya.

Utusan Malaysia meramalkan akan berlaku pertelagahan antara kumpulan penyokong Majlis Syura Ulama dan kumpulan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat ini.

Namun, perbincangan, surat panjang, pandangan awal, serta semangat mahu mempertahankan PAS dan Pakatan Rakyat menyelesaikan mesyuarat ini dengan cepat dan lancar.

Lebih 100 wartawan, jurugambar, petugas, pasukan penyokong berhimpun di perkarangan Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini bagi mengikuti mesyuarat ini.

Kumpulan Geng Ustaz yang menyokong pendirian Presiden PAS berhimpun dengan kertas pemidang, "We are members of PAS and we support our president," yang bermaksud "Kami ahli PAS menyokong presiden kami". – 17 Ogos, 2014.

Read here:https://my.news.yahoo.com/mesyuarat-pas-selesai-keputusan-dicapai-sebulat-suara-kata-040950157.html

Last edited by GhostWalking on 17-8-2014 04:55 AM

Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2014 12:55 PM | Show all posts
Habis lah khalid dungu
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2014 12:55 PM | Show all posts
PAS takut sebenarnya kalau akak tak undi mereka next PRU. buruk2 anwar tu ada juga faedah beri tekanan pada UMNO


dpt BRIM, dpt kemudahan lain. kalau tak de manusia bernama anwar atau parti politik yang hebat? suara rakyat tidak didengari.

UMNO juga prihatin bila kekuatan politik dimiliki PR sampai buat kempen sayangi selangor yakini BN
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2014 01:13 PM | Show all posts
[TERKINI] PAS Bersetuju TSKI Disingkirkan, Cadang W Azizah & Azmin Sbg Pengganti -updated


Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang berlansung pagi ini telah membuat keputusan yang sangat dinamik di dalam waktu yang singkat, demikian dinyatakan oleh Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kayat di dalam FBnya.

"Berkat doa semua pihak, Alhamdulillah, PAS Pusat dapat membuat keputusan yang sangat dinamik di dalam waktu yang singkat," tulisnya.

"Ringkasnya adalah: PAS Pusat bersetuju supaya Tan Sri Khalid Ibrahim digugurkan dari jawatan Menteri Besar Selangor," menurutnya lagi.

Kenyataan media akan dikeluarkan oleh PAS Pusat pada jam 1pm.

Didalam pada itu, ramai yang memberi respons positif menyokong keputusan Jawatankuasa PAS Pusat berkenaan.



Mesyuarat berlangsung bermula jam 10 pagi ini bertempat di Bilik Mesyuarat Utama tingkat 5, Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut, di sini.

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tiba di ibu negara sejak semalam dan akan mempengerusikan mesyuarat pagi ini.

Mesyuarat pagi ini menjadi tumpuan seluruh negara kerana ia dikatakan bakal menjadi penentu kepada penyelesaian kemelut yang sedang berlaku di Selangor.

Ianya juga dikatakan bakal menjadi tanda aras kepada survival politik serta kerjasama ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat, ekoran kemelut yang berlaku ini.

DAP bersetuju dengan cadangan PKR yang menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid yang telah dipecat dari partinya 9 Ogos lalu.

Atas pengalaman sebelum ini, PAS bagaimanapun dikatakan mahu lebih daripada satu nama calon dicadangkan untuk jawatan itu.

Mesyuarat pagi ini dibuat selepas dua kali ditangguhkan sebelum ini iaitu pada 10 dan 13 Ogos lalu.

Dua hari lalu, Lajnah Politik PAS Pusat terlebih dahulu mengadakan mesyuarat bagi menentukan rangka perbincangan mesyuarat PAS Pusat hari ini.

PAS sebelum ini telah menegaskan komitmen mereka bahawa akan terus teguh bersama Pakatan Rakyat.


PAS kekal dalam Pakatan, serah 2 nama calon MB, Wan Azizah dan Azmin

PAS hari ini memutuskan untuk kekal dalam Pakatan Rakyat (PR) dan bersetuju dengan pilihan PKR untuk melantik Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail diangkat menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

Parti Islam itu bagaimanapun turut menyerahkan nama Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai nama calon lain untuk diangkat menjadi menteri besar.

"PAS tidak akan menuntut jawatan menteri besar Selangor. PAS juga menghormati semangat yang ada dalam Pakatan Rakyat dalam mencadangkan nama calon menteri besar Selangor.

"Sehubungan dengan itu, PAS sebulat suara pada hari ini bersetuju untuk mengangkat dua nama bagi menggantikan Khalid. Nama yang dicadangkan oleh PAS ialah Dr Wan Azizah dan Azmin," kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu di Ibu Pejabat PAS hari ini.

Dua nama itu kemudiannya akan ditentukan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang dijadualkan berlangsung petang ini. -TMI



Sumber: http://greenboc.blogspot.com/201 ... i-disingkirkan.html




Last edited by GhostWalking on 17-8-2014 05:19 AM

Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2014 01:16 PM | Show all posts
Padan muka khalid bongok penyebab masalah bekalan air
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-8-2014 01:16 PM | Show all posts
apa lagi khalid...bubarkan DUN....sama ada letak jawatan atau bubarkan DUN,hang tetap takkan jadi MB....
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2014 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
2 nama ni plak d tentukan dlm  mesyuarat pakatan. Dorang nak bodohkan rakyat ker apa ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2014 01:19 PM | Show all posts
PAS yang bermesyuarat pagi ini memutuskan agar 2 nama dicadangkan kepada DYMM Sultan Selangor untuk menjadi Menteri Besar yang baru iaitu YB Mohamed Azmin Bin Ali, ADUN Bukit Antarabangsa dan YB Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail, ADUN Kajang. PAS juga akan terus berada dalam Pakatan Rakyat dan kesemua ADUN PAS di semua kawasan DUN Selangor menyatakan hilang kepercayaan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Dato' Menteri Besar Selangor.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2014 01:22 PM | Show all posts
Kenyataan akhbar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2014 01:24 PM | Show all posts
BotakChinPeng posted on 17-8-2014 01:16 PM
Padan muka khalid bongok penyebab masalah bekalan air

aik..tiba2 je anti kalid? bkn lu ada sokong dia kaaa? @Spiderman80


Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2014 01:25 PM | Show all posts
kalau sultan tak perkenan camner...
tak paham la politik ni....
sume mcm badut sarkis...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2014 01:25 PM | Show all posts
Kredit: Kelab Greenboc

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2014 01:26 PM | Show all posts
Sepatutnya keputusan untuk bersetuju memecat khalid tu dibuat dalam mesyuarat bersama PKR-PAS-DAP.

bukannya dalam mesyuarat syok sendiri macam ni. buat keputusan yg sudah diputuskan oleh orang lain.  

buat cukup syarat je.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2014 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
monreyes posted on 17-8-2014 01:25 PM
kalau sultan tak perkenan camner...
tak paham la politik ni....
sume mcm badut sarkis...

Ha ha ha....bersedialah sprm kerja lebih masa...bnyk dokumen nak masuk
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2014 01:31 PM | Show all posts
dah jadi board selangor dah CI ni.

dulu board israel.

buat sub-board jelah...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2014 01:31 PM From the mobile phone | Show all posts
perang_candu posted on 17-8-2014 01:26 PM
Sepatutnya keputusan untuk bersetuju memecat khalid tu dibuat dalam mesyuarat bersama PKR-PAS-DAP.
...

Nampak kes org tua merajuk sebab tak bawa masuk sama2 dalam meeting..... hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2014 01:32 PM | Show all posts
monreyes posted on 17-8-2014 01:25 PM
kalau sultan tak perkenan camner...
tak paham la politik ni....
sume mcm badut sarkis...

Rasanya Azmin bakal MB, tapi MB skg tengah ready nak Bubar DUN............
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2014 01:33 PM | Show all posts
memang dah jangka PAS akan ikut majority to stay in PR.

yang TSKI ni pun, dah pucuk pimpinan PKR yg lantik kamu jadi MB suruh letak jawatan, ikut jer lah.. buat macam  Mat Said, Abu Hassan ..bila pucuk pimpinan UMNO suruh letak jawatan dia orang akur.. ada orang yang bagus dalam mengurus tapi kurang bijak dalam politik.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2014 01:33 PM | Show all posts
Hahaha.. sudah aku cakap sebelum ni .. hamPAS mesti sokong Bung Nuar punya.. lobai2 Malang hamPAS bukan ada MARUAH pun.. sanggup disepak terajang demi kuasa

Dah tahu Bung Nuar tu kaki "kencing" zaman berzaman.. dok percaya lagi.. apa laa Bung Nuar janji kat si Hadi tuu.. Lobai2 Malang sudah buleh tersenyum girang kerna macai2 Bung Nuar akan anggap hangpa sesuci murni setelah keputusan ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:54 AM GMT+8 , Processed in 0.084323 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list