CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: GhostWalking

[Tempatan] KEPUTUSAN TERKINI Krisis Selangor :PAS Tolak Khalid!#537 #538

[Copy link]
Post time 18-8-2014 02:23 PM | Show all posts
GhostWalking posted on 18-8-2014 01:16 PM
Nik Aziz terima keputusan Pas Pusat
MOHD ZAILANI ABD RAHMAN
18 Ogos 2014

apa lagi orang umno nak pertikai? keputusan sebulat suara bukan keputusan majoriti???


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2014 02:55 PM | Show all posts
santubung posted on 18-8-2014 01:51 PM
hayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa boleh ker mak cik jijah ni pimpin selangor?

ris ...

knp? x percaya?
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 03:34 PM | Show all posts
peYno posted on 18-8-2014 12:27 PM
pas saja nak mainkan umno... org tgh gila talak... kita goda skit... excited dia lebihhh

hahaha ...

Org gila talak dgr berita bekas janda gaduh laki bini..eksaited beb..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 04:39 PM | Show all posts
sebelum 17 ogos



selepas 17 ogos







Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 04:59 PM | Show all posts
MissMamamia75 posted on 18-8-2014 12:12 PM
kalu  bukan DSAI yg mula dulu..
Umno xkan dpt peluang...

owhhh adun bota yg keluar bn  tu anwar yg suruh?
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Tg nik aziz pun setuju dgn keputusan mesyuarat.

now tunggu reaksi sultan pulak. 75% wan azizah jd mb selangor. Tinggal perkenan sultan shj lg.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-8-2014 05:11 PM | Show all posts
alesandra posted on 18-8-2014 04:59 PM
owhhh adun bota yg keluar bn  tu anwar yg suruh?



dr FB Dr Zuhdi
https://www.facebook.com/mohdzuhdi.marzuki/posts/918851694807861
Tindakan DSAI mengaturkan kerusi dan menurun-naikkan MB bukan satu perkara baru. Beliau pernah melakukan di Perak pada tahun 2009 dahulu, tetapi tersilap langkah sehingga menyebab negeri Perak dirampas oleh Barisan Nasional (BN) melalui tindakan pantas Dato Seri Najib Tun Razak.
Ketika berlakunya tindakan keluar parti oleh Jamaludin Radzi dan Osman Jailu, DSAI sebenarnya sedang merancang untuk melakukan rombakan dalam Kerajaan Negeri Perak yang diketuai oleh Dato Seri Nizar dari PAS.

Pada ketika yang sama DSAI telah berjaya memujuk Dato Nasruddin dari Bota menyertai PKR.
DSAI cuba untuk mengangkat dua orang lagi tokoh berkaliber PKR menyertai Kerajaan Negeri Perak, malah mungkin untuk mengambil alih jawatan MB daripada PAS.
Ketika dua orang ADUN PKR dari Behrang dan Cangkat Jering menghadapi masalah tuduhan rasuah, DSAI dengan pantas menggunakan peluang itu.

DSAI telah memanggil Jamaludin Radzi dan Osman Jailu di kediamannya dan memaksa mereka meletakkan jawatan. Alasan yang digunakan oleh DSAI ialah mereka terbabit rasuah. Kedua-dua mereka menafikan mereka terlibat, sebaliknya mereka diperangkap.
Namun begitu, DSAI menyebut keputusan ini muktamad. Kedua-dua mereka merayu diberi peluang bersihkan nama tetapi DSAI tidak mengendahkan.

Jamaludin Radzi tidak puashati disebabkan dialah yang telah menggunakan harta bendanya untuk PKR ketika PKR belum memerintah.
Beliau pernah menjawat jawatan Bendahari PKR Negeri. Lalu dia membalas desakan DSAI bahawa dia tidak akan meletakkan jawatan sebagai ADUN.
Selepas dia kembali ke Perak, DSAI terus mendesak dia melepaskan jawatan, sehingga akhirnya mereka berdua mengambil tindakan bertemu dengan UMNO.

Akhirnya mereka ditemukan dengan Dato Seri Najib dan berlakulah episod rampasan kuasa ke atas kerajaan PR.
Kini DSAI pula melakukan tindakan yang sama ke atas Selangor dengan Kajang Move.
Beliau memaksa TSKI melepas jawatan untuk digantikan dengan isterinya, sedangkan TSKI di kalangan masyarakat umum telah menyempurnakan tugas MB dengan cemerlang.

Sekiranya Behrang Move menyebabkan kerajaan PR di Perak jatuh, maka Kajang Move pula akan menyebabkan kerajaan PR Selangor jatuh
.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 05:11 PM | Show all posts
harap sultan tolak wan jijah & azmin.. cm sultan ganu tolak derih jusoh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2014 05:14 PM | Show all posts
MissMamamia75 posted on 18-8-2014 05:11 PM
dr FB Dr Zuhdi
https://www.facebook.com/mohdzuhdi.marzuki/posts/918851694807861
DARI BEHRANG M ...

tak payahla  gigih tepek2 artikel sampah,aku tak berminat nak baca...dari facebook zuhdi watsap kantoi pulak tuko paham tak krisis tu mula2 berlaku?jawab... jgn main tepek2
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 05:22 PM | Show all posts
cepat a buat pilihanraya. pr mmg x leh diterima lg. stop!
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 05:35 PM | Show all posts
MissMamamia75 posted on 18-8-2014 05:11 PM
dr FB Dr Zuhdi
https://www.facebook.com/mohdzuhdi.marzuki/posts/918851694807861
DARI BEHRANG ...

ni apa yg abg Non belajar dari umno.  

politik menghalalkan cara. PAS nak buat malu kpd Allah, so PAS guna abg Non utk buat sbb abg Non takda segan silu dgn Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
tobby posted on 18-8-2014 05:35 PM
ni apa yg abg Non belajar dari umno.  

politik menghalalkan cara. PAS nak buat malu kpd Allah,  ...

Dia mmg sangat jer pengalaman dlm gal ni...dulu dia buat di Sabah kan
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
zidane_ziege posted on 18-8-2014 03:34 PM
Org gila talak dgr berita bekas janda gaduh laki bini..eksaited beb..


dasar busuk hati.... bekas janda??? hahaha... baik punya perumpamaan

dgr bekas janda bergaduh... terus nak rujuk balik Last edited by peYno on 18-8-2014 05:50 PM

Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 06:01 PM | Show all posts
scorpionkiki posted on 18-8-2014 05:44 PM
Dia mmg sangat jer pengalaman dlm gal ni...dulu dia buat di Sabah kan

tgk percaturan dia menjatuhkan ghapor baba udah lerr ... memang licik. terduduk org tua tu. abg non susun strategi mcm main chess.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 06:21 PM | Show all posts
tobby posted on 18-8-2014 06:01 PM
tgk percaturan dia menjatuhkan ghapor baba udah lerr ... memang licik. terduduk org tua tu. abg no ...

org yg dibelakangnya spt Zahid Hamidi, Rahim Thambi Chik sekarang tak sokong dia lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 06:42 PM | Show all posts
xde update baru dh ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2014 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
tobby posted on 18-8-2014 06:01 PM
tgk percaturan dia menjatuhkan ghapor baba udah lerr ... memang licik. terduduk org tua tu. abg no ...

Ape yg anwar buat masa zaman ghafar baba? Aku baru dajah 1 time tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 06:57 PM | Show all posts
batusembilan posted on 18-8-2014 06:42 PM
xde update baru dh ke?

Pas kekal pendirian senarai dua calon MB Selangor
Oleh AZRAN FITRI RAHIM
KOTA BHARU 18 Ogos - Pas masih kekal dengan keputusannya untuk menyenaraikan dua nama iaitu Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali dan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail bagi jawatan Menteri Besar Selangor.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, bagaimanapun pakatan pembangkang hanya akan menyerahkan satu nama sahaja iaitu Wan Azizah kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Katanya, jika baginda menolak Wan Azizah, maka nama Azmin akan disenaraikan untuk jawatan tersebut.
"Bagaimanapun, terpulang kepada baginda Tuanku untuk menentukan siapa Menteri Besar Selangor," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Pada masa yang sama, beliau menafikan bahawa Azmin menarik diri daripada disenaraikan untuk jawatan tersebut.
Katanya, Azmin hanya menghormati keputusan partinya untuk memberi laluan kepada Wan Azizah. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140818/dn_30/Pas-kekal-pendirian-senarai-dua-calon-MB-Selangor#ixzz3AjwrLfHq
© Utusan Melayu (M) Bhd

Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 06:58 PM | Show all posts
Artikel Oleh Mat Saman Kati

Pengadil akan meniup wisel untuk masa tambahan bila-bila masa saja, so kalau aku lambat...hilang pulak stim untuk menulis. Jadi, aku fast-forward sebelum Hari Raya yang lalu.
Hujung bulan Julai, Khalid sudah menjangka dia akan dipecat. Dan ketika orang tengah sibuk dengan surat tunjuk sebab dari PKR, Khalid cuba mendapatkan nasihat dari kawan-kawan dia. Pertama sekali dari PAS.



Tentu kita masih ingat satu gambar pertemuan Hj. Hadi, Mustafa Ali dan Khalid dirumah Khalid dalam bulan Ramadan. Hj. Hadi dan Mustafa Ali datang kerumah Khalid selepas solat Terawikh...kira dah hampir tengah malam jugak la. Namun, tak banyak info yang keluar sebab Hj. Hadi cuma bagi tau..."saja nak datang melawat."



Sebenarnya, masa tu Khalid meminta pandangan Hadi. Kalau PAS sokong dia, Khalid akan terus memegang jawatan MB. Kalau PAs tak sokong, dia akan letak jawatan.

Hj. Hadi adalah orang yang paling kuat menyokong Khalid. "Enta jangan risau. PAS akan sokong seratus peratus. PAS akan tetap sokong, walau apapun terjadi." Khalid syok sikit la.

Lepas tu, Khalid cuba mendapatkan sokongan dari ADUN-ADUN PKR. Roziah Ismail sampai menangis tersedu-sedu.."I'll be with you, Tan Sri. I'll be with you..Tan Sri". pirrrahh!! Elizabeth Wong juga mahu kekal bersama Khalid. Dr. Daroyah agak goyang sikit..."Wait and see."

So, dari PKR...Khalid dapat sokongan dari dua EXCO dan dua lagi ADUN. Kalau campur dia sendiri, jadi lima. 15+5=20. Ini bermakna, PKR dan DAP ada 24..so team Anwar lebih 4 kerusi.

Khalid menyampaikan situasi ini kepada Sultan. Sultan mintak Hj. Hadi datang mengadap untuk mendapat kepastian.

Hj. Hadi berjumpa Sultan pada 5 Syawal...atau Hari Raya kelima.

Sultan tanya kat Hj. Hadi mengapa dia sokong Khalid. Hj. Hadi jawab, "Haram hukumnya menjatuhkan pemimpin yang tidak bersalah." Dan Hj. Hadi juga memberitahu Sultan bahawa PAS akan menyokong Khalid seratus peratus. Sultan puas hati.

Semua ini berlaku lebih dari seminggu sebelum Khalid dipecat. See...semua sudah standby..cuma ada satu masalah.

Khalid ada 20...Anwar ada 24. Siapa yang ada majoriti? Kalau ikutkan, Anwar ada kelebihan. Tapi macam mana kalau Sultan setuju dengan Anwar dan kemudian, bila tiba sidang DUN, geng Umno seramai 12 orang bertindak menyokong geng Khalid dan PAS, menjadikan geng Khalid 32 dan geng Anwar 24? Lingkup juga Anwar dan kemungkinan PRN perlu diadakan.

Ada orang dari istana buat kerja jadi orang tengah. Sama ada Sultan yang arah atau tidak..aku tak tau.

Istana cuba mendapatkan pandangan dari Umno, sama ada mereka mahu satu PRN baru atau tidak. Umno pun tak kuat dan tak berani nak menghadapi PRN..tambahan pulak kerja "mediation" ini dibuat oleh istana. Umno membuat keputusan untuk menyokong team Khalid.So, bila Khalid dipecat, Khalid berjumpa Sultan dan memaklumkan situasi pada masa itu. Pada aku, ia hanyalah formaliti sebab semuanya dah tau. Sultan pun mengarahkan Khalid meneruskan tugas sebagai MB.

Keesokan harinya, Wan Azizah pula memohon mengadap. Yang lecehnya, Azizah membuat permohonan bagi pihak suaminya untuk mengadap. Surat permohonan pun bukan yang mempunyai letterhead parti, tapi letterhead Anwar Ibrahim."Bila Sultan dapat surat tu...dia kata."Ni orang tak tau adab dan tak tau adat. Macam ni nak jad MB? Hang Presiden parti..nak jadi MB..tapi nak jumpa aku pun hang suruh laki hang yang mai?" Lebih kurang macam tu la.Anwar gagal mengadap. Dan Sultan pun berangkat ke luar negeri.

So, Khalid tidak menipu Sultan bila dia kata dia ada majoriti sebab Sultan sendiri mendapat kepastian dari Hj. Hadi. Cuma yang tersepit disini ialah Hj. Hadi. Dia sudah berjanji dengan Sultan..tapi sekarang janji tersebut dimungkiri. Kalau sebelum tu Hj. Hadi kata, "Haram menjatuhkan pemimpin yang tak bersalah", sekarang apa hukumnya memungkiri janji?Ok la...bukan salah Hj. Hadi sebab orang-orang dia yang menentang keputusannya. Tapi, mana Hj. Hadi nak taruk muka? Hari ini, member aku, Raja Azman Petra buat satu status menarik dalam FBnya



Preeeettt...wisel untuk masa tambahan sudah berbunyi. Jangan tanya aku, "what's next?" Aku mana tau sapa yang akan score. Tapi aku rasa, game ini akan berlanjutan ke tendangan penalti.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
atira posted on 18-8-2014 09:10 AM
pas pis pus..
DAP juga yg tetap pendirian.. payah nak goyang...

betui gak tu tgk isu hudud jelah huhu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 03:22 AM GMT+8 , Processed in 0.171021 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list