View: 18889|Reply: 80
|
Diana Johor bakal disaman? (pengarah dipecat , #80)
[Copy link]
|
|
Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba Aida dihampiri seorang rakan yang beria-ia benar bercerita tentang pelakon dan penerbit muda, Diana Johor. Katanya, si cantik ini khabarnya akan berhadapan dengan saman oleh krew produksi filem pertamanya, Rentap.
Selain tidak menjaga kebajikan krew yang terlibat, ada juga yang tidak berpuas hati dengan Diana selaku penerbit yang gagal membayar wang gaji mereka. Nampaknya berat juga masalah yang dihadapi pihak Diana ini. Kalau benar bagai dikata tentunya pihak tersebut mempunyai sebab kukuh untuk meneruskan saman ke atas dia.
Aida cuba mendapat komen Diana mengenai hal ini sebab tak mahu mendengar daripada cerita kurang sahih. Bagusnya, Diana melayan dan tidak menyembunyikan fakta sebenarnya. Hmmm, artis macam inilah yang kita hendak sokong sebab tak melarikan diri ketika ada masalah. Diana memilih untuk berterus terang, dia berani.
Tidak menolak hakikat bahawa filem Rentap masih tertangguh, jelas Diana buat masa ini dia masih mencari masa yang sesuai untuk menyambung semula penggambarannya selepas sebulan ditangguhkan.
“Diana bukan sengaja menangguhkan penggambaran filem tersebut sebaliknya ada sedikit masalah dalaman yang perlu ditangani terlebih dahulu," katanya.
Berjanji akan meneruskan filem ini, dia berharap sepenuh sokongan daripada pelbagai pihak agar filemnya ini akan berjaya ditayangkan tidak lama lagi.
“Saya tidak tahu pula soal saman itu, saya belum dengar. Saya harap semua faham keadaan saya, ada sebab mengapa saya berbuat demikian," katanya.
Maklum sajalah, ini merupakan filem pertama guna duit Diana sendiri, jadi dia tidak mahu buat secara tangkap muat. Tambah pula ini filem epik, banyak hal yang perlu diberi perhatian serius.
“Saya harap semua akan faham. Janji saya penggambaran filem ini akan disambung. Bila? Saya sendiri belum tahu memandangkan beberapa masalah dalaman perlu diselesaikan terlebih dahulu," katanya lagi.
Bagi Aida, ini semua dugaan buat Diana yang semakin cantik dalam imej bertudung. Mungkin ada hikmah melalui kejadian ini yang akan membawa kejayaan kepada Diana nanti. Bersabarlah dan berdoalah banyak-banyak ya.
Nota Lutut: Pelakon dan krew pun perlulah memahami, jangan waktu senang sahaja mendekati penerbit.
Last edited by changa=famri7 on 7-11-2014 10:41 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Bertabahlah. Selesai dgn baik. Bincang and explain |
|
|
|
|
|
|
|
Aida lg |
|
|
|
|
|
|
|
Aida dan artis sendu berpisah tiada. Haha |
|
|
|
|
|
|
|
Selesai la cara baik. Xyah la nak bsaman2 bagai. Diana ni ada masalah kewangan teruk la kot smpai kena tangguh shooting.
Anyway, dia ni anak org kaya ke??? Kalo susah sengkek sgt mintak la tlg ngan family. Jgn tanggung ksusahan sorg2. Walo nak produce felem pkai duit titik peluh sndiri skalipun, kalo dah susah kne mntak tlg jgak kn. Jgn ego k diana |
|
|
|
|
|
|
|
aida ni siapa? bdw siapa pelakon jd rentap ni.. dan diana johor ni alahai senyap sunyi jer skrg. |
|
|
|
|
|
|
|
ooooo.....ade kembar kan dia.... mmmm |
|
|
|
|
|
|
|
tak silap dia ni bekas adik ipar jejai kan ? dia bekas isteri ramelle adik jejai |
|
|
|
|
|
|
|
DhuraNaufa posted on 19-8-2014 02:01 AM
Aida dan artis sendu berpisah tiada. Haha
Hahah ko je phm aku.ada yg tktau psl aida nih..hahah |
|
|
|
|
|
|
|
asek nak saman je kejeannya |
|
|
|
|
|
|
|
Aida dan saman berpisah tiada..
Surat saman dari chepnik dah sampai ka?? |
|
|
|
|
|
|
|
Gaji yg tertunggak bayarlah dulu. Filem nak postpone..apa ke .. bukan masaalah krew. |
|
|
|
|
|
|
|
theBloggerboy posted on 19-8-2014 04:45 AM
tak silap dia ni bekas adik ipar jejai kan ? dia bekas isteri ramelle adik jejai
Oh ye ke...nape dia tak pernah nampak kt rumah puan seri mcm bekas isteri jejai?...hubungan bekas mertua dan menantu tetap utuh gitu..maybe diana tak sopan santun lembut mcm nd kot...speku je..kikiki |
|
|
|
|
|
|
|
sejak bila jadi penerbit lak ni |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni anak org ada2 gak la. ayah sheols manager primula hotel back years. |
|
|
|
|
|
|
|
fossil posted on 19-8-2014 07:25 AM
Oh ye ke...nape dia tak pernah nampak kt rumah puan seri mcm bekas isteri jejai?...hubungan bekas ...
rasa x ramai org yg da bercerai asyik nak mengekor/menempel bekas2 lagik..
sekalipun hubungan ngn family bekas baik..
masing2 da ada life sendiri..
biasanya org yg da bercerai pos ank2 jerk bergaul ngan bekas2 ni..
x de ler sibuk nak menempel lagik
da macam gila talak walaupun x gila talak...
xde ler nk kutuk ND atau melibatkan sesiapa....nnti ada yg marah lak...
pandangan aku jerk..
|
|
|
|
|
|
|
|
pebenda lah korang ni..org tengah citer pasal diana johor..korang dok melalut pasal ND pulak... |
|
|
|
|
|
|
|
Cari dgn ND berpisah tiada. Segala topik mst ada ND dicelah-celah. Betapa hebatnya ND |
|
|
|
|
|
|
|
fossil posted on 19-8-2014 07:25 AM
Oh ye ke...nape dia tak pernah nampak kt rumah puan seri mcm bekas isteri jejai?...hubungan bekas ...
bodoh!
|
|
|
|
|
|
|
|
fossil posted on 19-8-2014 07:25 AM
Oh ye ke...nape dia tak pernah nampak kt rumah puan seri mcm bekas isteri jejai?...hubungan bekas ...
sebab sheols tak sempat nak bg cucu....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|