CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: anne_boleyn

Hospital Bahagia Tanjung Rambutan - Cerita 7

  [Copy link]
Post time 25-8-2014 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_blanco posted on 24-8-2014 06:34 PM
timbul rasa kesian pada org kurang siuman ni lagi lagi bila dorang tu dulu nya ada pemikiran normal  ...

Siapa 2 artis tu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2014 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
melatibiru posted on 25-8-2014 12:53 AM
Siapa 2 artis tu?

yg pertama: Marilyn Monroe- warisi masalah mental dari keluarga sebelah mak dia..dia banyak ambil ubat utk pastikan dia x jadi gila macam mak dia..tapi kebergantungan ubat yg sangat kronik membawa kepada ketagihan ubat..

yg kedua: Parveen Babi- warisi masalah mental dari bapa dia, dia hilangkan diri dari India dan bila dia pulang semula dia jadi org yg sangat berbeza..dia asingkan diri dari keluarga dan rakan,bila dia mati..dia mati keseorangan dan mayat dia ditemui 3 hari kemudian..  
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2014 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_blanco posted on 25-8-2014 08:51 AM
yg pertama: Marilyn Monroe- warisi masalah mental dari keluarga sebelah mak dia..dia banyak ambil  ...

hehe.. mati2 sy sangka artis lokal
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2014 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
luvAnne posted on 25-8-2014 09:34 AM
hehe.. mati2 sy sangka artis lokal

bukan dik,retis antara bangsa..retis lokal ada yg ada masalah mental ke selain zaiton sameon?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2014 12:15 PM | Show all posts
salam semua.

thanks pada semua yg sudi share cerita2 kat sini. pesakit mental ni ada mcm2 jenis. yg paling kasihan di lahirkan mmg kurang siuman. yg ini mmg tak de pilihan dan mmg tidak boleh dipulihkan normal mcm kita. yg lain adalah tekanan perasaan dan gangguan dari makhluk ghaib. kita yg normal ni pula, kena la faham akan keadaan mereka. jgn lah kita melayan mereka mcm kita ni pun mental juga. itu tak membantu langsung, malah merumitkan lagi keadaan mereka.

kepada siapa yg tanya aku penah masuk ke hospital bahagia ni, jawapan nya tidak. mak aku pun jarang cerita ttg keadaan/struktur hospital ni. dia cerita suka2 je. cerita ttg hospital2 ni byk sgt aku dgr dari kecik smpai la sekarang. ttg pesakit, nurse, penyakit, doktor, ubat, etc. motif mak aku cerita sbb ada pengajaran di sebalik cerita yg dia ceritakan. contoh mcm cerita halim tu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2014 12:23 PM | Show all posts
sedih cerita halim....apa jadi dgn halim sekarang...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-8-2014 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_blanco posted on 25-8-2014 08:51 AM
yg pertama: Marilyn Monroe- warisi masalah mental dari keluarga sebelah mak dia..dia banyak ambil  ...

owhh..ai ingatkan retis local.Ai teringat retis Ben Nathan,dulu selalu nampak dia merayau kat area pertama komplex...tq for info
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2014 01:30 PM | Show all posts
awal-awal baca thread ni geram juga sebab cerita dia tak berapa nampak...mana seram dia...tapi bila da baca lama-lama buat diri sendiri terfikir pula....
aku ni masih ada keluarga..masih ada mak ayah...macam mana gaduh pun...masih boleh balik ke pangkuan diorang jumpa diorang adik-beradik...
cerita halim betul-betul buat aku rasa macam nak menangis...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-8-2014 01:47 PM | Show all posts
Cerita 8 - Cerita doktor yg mental pula

Doktor Lim masih muda. Baru berusia 30thn. Sedang buat houseman di Hospital Ipoh. Doktor muda seperti Lim, bukan sahaja baik malah disenangi oleh jururawat2 tambahan yg masih single. Namun, Doktor Lim sudah mempunyai gf yg bernama Kwan. Mereka berkenalan ketika sama2 di university sejak 5 tahun yg lalu.

Sebagai houseman, jadual kerja Doktor Lim tidak tetap. Double shift tu sudah biasa. Pernah sahaja dia 3 malam back to back shift dan tidur di hospital. Hospital Ipoh mmg kekurangan doktor pada ketika itu. Kwan ada kalanya sudah penat bertekak dgn Lim. Tapi bila memikirkan hubungan yg telah lama terjalin, dia mengalah.

Doktor Lim baru sahaja selesai melakukan pembedahan ke atas seorang kanak2 yg mengidap penyakit xxx. Walaupun Doktor Sunil telah menasihat ibu bapa kanak2 itu bahawa harapan untuk anak mereka untuk terus hidup adalah tipis, namun ibu bapanya berkeras mahu juga pembedahan di jalankan. Harapan mereka setinggi gunung. Mahu anak tunggal mereka cepat di bedah dan sembuh sedia kala. Tidak pernah berputus asa. Doktor Lim kagum dgn semangat mereka.

Pembedahan di lakukan seawal subuh. Seperti di jangka, kanak2 itu tidak dapat diselamatkan. Mmg dari awal, tong oksigen itu sahaja yg membuat dia hidup. Organ badannya majority sudah tidak befungsi lagi. Akhirnya, ibu bapa kanak2 itu redha. Tong oksigen di cabut. Namun, untuk mempercepatkan process kematian, kanak2 itu disuntik dgn abc. Mengikut kata Doktor Sunil, suntikan abc ini less pain dan cepat. Jadi pesakit boleh mati dgn tenang.

Suatu petang sedang Doktor Lim menikmati minum petang bersama Kwan, dia dikejutkan dgn satu panggilan dari hospital. Ada kecemasan. Kwan menarik muka. Barukan tidak sampai 30min ketemu, Doktor Lim sudah mahu pergi. Dan kejadian ini bukanlan pertama kali berlaku. Sudah berkali2 Kwan di tinggalkan sedang mereka dating kerana kecemasan di hospital. Adakalanya Kwan terpaksa tunggu berjam2. Dan paling teruk, Doktor Lim langsung tidak dtg semula, malah tidak dapat di hubungi langsung.

Selesai pembedahan, Doktor Lim menghubungi Kwan. Gagal. Tiada dering. Begitulah sampai 3 hari. Kwan masih lagi gagal di hubungi. Malam itu Doktor Lim pergi ke rumah sewa Kwan. Gelap. Rumah tidak berlampu. Kereta Kwan juga tiada di perkarangan. Doktor Lim buntu. Keesokkannya Doktor Lim ke tempat kerja Kwan. Menurut teman sekerjanya, Kwan outstation selama 2 minggu.

Tut..Tut…Doktor Lim terima kiriman sms dari Kwan yg memintanya dtg berjumpa.

Kwan: The reason we meet today is I am breaking up with you.
Doktor Lim: No…no…no. We will not break up.
Kwan: Yes, we are.
Doktor Lim: You cannot do this to me
Kwan: I am sick and tired with you. I have nothing left to say. Goodbye Lim. I wish you have a better life without me.

Kwan pun berlalu meninggalkan Doktor Lim terpinga2. Doktor Lim sebak. Dia tidak sangka 5 tahun perhubungannya dgn Kwan berakhir begitu saja. Doktor Lim tahu sgt punca perpisahan ini adalah kesibukan kerjanya. Kwan telah byk kali menyuruh Doktor Lim berhenti dari kerja kerajaan dan buka klinik sendiri. Kerja sendiri lebih fleksible dan ada byk masa utk hal-hal yg lain. Dan berkali2 juga Doktor Lim cuba pahamkan Kwan yg bukan dia tidak mahu, tapi dia telah mendapat tajaan dari kerajaan semasa study dulu, lagipun dia selesa kerja di hospital kerajaan.

Pagi itu Doktor Lim nampak tidak terurus. Pakaiannya tidak bergosok. Kepalanya pusing sedikit. Mlm tadi Doktor Lim telah mengambil alcohol utk menenangkan perasaan nya. Doktor Lim lupa yg petang itu dia ada pembedahan. Utk hilangkan rasa sakit kepalanya, dia telah telan dua pil ttt.

Doktor Lim hilang focus. Walaupun rasa sakit kepalanya telah kurang, dia masih lagi tidak dapat menumpukan sepenuh perhatiannya. Fikirannya ada kalanya melayang2 teringatkan Kwan. Tetiba Doktor Lim dikejutkan dgn suara Doktor Sunil yg hampir menjerit ke arahnya. ‘What are you doing, Lim?’. Doktor Lim tersentak. ‘Give me xyz, nurse. Faster!!’ Dia nampak semuanya. Mmg kelam kabut keadaan di Operation Theater itu. Tapi kaki dan tangan nya seolah2 kaku. “Komplikasi pada ***”, kata Doktor Sunil lagi. Barulah Doktor Lim tersedar dan cepat2 melakukan uuu. Tapi sayangnya sudah terlambat. Pesakit tidak dapat diselamatkan. Doktor Lim cuai.

Doktor Lim resah dgn apa yg terjadi. Dia benar2 cuai dan kecuaiannya itu telah mengakibatkan kematian. Doktor Sunil benar2 marah. Satu report telah di hantar ke pihak atasan utk mengexplainkan apa yg telah terjadi. Doktor Lim merasakan masalahnya bertimpa2. Dia telah hilang Kwan. Dan dia tidak sanggup hilang kerja.

Kerana tekanan stress yg melampau, Doktor Lim telah membuat keputusan yg tidak masuk akal. Dia telah mengambil suntikan abc untuk menamatkan riwayatnya sendiri. Dia pegi ke cooling room/freezer room, mengurungkan diri, dan telah mengambil suntikan abc. Malangnya dos yg di ambil adalah tidak cukup. Dia tidak mati malah pengsan dan kesejukan. Tidak lama kemudian, dia dijumpai tidak sengaja dan diselamatkan. Namun, Doktor Lim tidak pulih sepenuhnya. Dia merapu yg bukan2 dan mengamuk2. Setelah membuat ujian mental, Doktor Lim di hantar ke hospital bahagia tanjung rambutan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2014 01:49 PM | Show all posts
best la sume cerita tt...kipidup!
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2014 12:35 PM | Show all posts
anne_boleyn posted on 25-8-2014 01:47 PM
Cerita 8 - Cerita doktor yg mental pula

Doktor Lim masih muda. Baru berusia 30thn. Sedang buat ho ...

dia end up kat hospital ni? owh kesiannya


Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2014 04:27 PM | Show all posts
menangis bace citer halim tu
teringat kt adik sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2014 04:40 PM | Show all posts
teruskan je cite TT...sape yg duk maki hamun tu pedulikan je...kut ada yg melampau jgn segan silu klik je butang report atau pm je memana mod kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2014 04:54 PM | Show all posts
suami saya kerja di hospital kuala lumpur. tempat kerja di berhadapan dengan wad mental.setiap hari ada ja pesakit buat kelakar. pernah saya ikut suami pergi tempat kerja dia, ada seorang pesakit tu keluarkan tangan sambil lambai dengan kain putih jerit "tolong", tolong!! tolong....hee..kelakar rasa tapi suami saya cakap tulah hakikatnya yang di hadap hari2. kalau yang pesakit lelaki tu, siap mintak rokok sebatang...
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2014 05:04 PM | Show all posts
anne_boleyn posted on 25-8-2014 01:47 PM
Cerita 8 - Cerita doktor yg mental pula

Doktor Lim masih muda. Baru berusia 30thn. Sedang buat ho ...

oh sedihnya..rupanya ada citer gini di dunia ni..

ingatkan dlam drama jek..

memang teruk kekecewaan doktor lim tu..

tak dapat bayangkan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2014 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
edoraixora posted on 26-8-2014 04:27 PM
menangis bace citer halim tu
teringat kt adik sendiri

Kenapa ngan adik ko @edoraixora
Klau ko x kisah, cerita la. Tak semestinya cerita seram je beh share kat sini. Mana tahu org2 kat sini boleh ambil ikhtibar dr kisah ko.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-8-2014 10:21 AM | Show all posts
anne, kalo ada kelapangan, sambung lagi ceta kat sini na......

dulu masa mama kecik mama ada sorang tok menakan (kira tok mama punya adik la) kami panggey dia mamu umar....dia jadi tak betui punca dia nampak orang kena bunuh live depan mata, so since that day dia jadi 3 suku dan akibat tak dapat early treatment, dia jadi teruk dan agak merbahya pada diri dia dan orang lain....so warded la kat Tg Rambutan ni....seingat mama, time tu mama baru darjah 4,5 lagu tu...tiap kali pi ziarah dia, dia menjerit nak balik, dia kata lagu ni....

"Hampa bawak la aku balik, sini hantu dok kacau aku malam malam, aku tak mau dok sini, dia mai kat aku sat kepala botak, sat rambut panjang, dia gelak gelak kat aku...hari tu dia nak cakaq muka aku" kesian tengok tok umar...beberapa kali dia cuba lari, tapi kena tangkap pas tu kena karan..kesian dia....akhirnya tahun 1995, tok umar kembali ke Rahmatullah di pangkuan isteri dia....
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2014 10:39 AM | Show all posts
just nak share...
since da citer ttg hosp mental kan...
dulu2 taun 2004...saya ada ikut member ke open day hospital kat hosp mental jb ni
member saya ni kerja bhgn pembersihan...kira mcm leader la...
make sure barang pembersihan tiptop...wad bersih...mmg melawat wad hari2
msa open day tu dia tunjuk la...ada psakit yg dah baik tp xd terima famly...
so diorang bebas jalan2 dalam hospital tu, n d beri kerja yang diorang boleh buat la

member saya lelaki...so dia bawak la lalu seblah wad lelaki...
doctor2, doctor2...hehe...itu da memang panggilan pada member saya tu...pakai baju putih je sume diorg pggl doctor..
ada jgk yang jenis suka bersalam...pantang lalu dekat2...mesti ulur tangan
pastu bila kami yg pompuan2 ni lalu seblah...peewit2...haih...saya nak senyum pon xbrani...
pastu mse tu kul 11...ada yg solat berdiri atas katil...xtau la dia solat apa...

kalau lalu seblah wad pompuan pulak...
ada yang jenis malu2 tesipu2 gitu bila ada orang lelaki lalu...
kekadang ter fikir jugak...dah nasib diorang kan...kesian tgk

tapi kalau yg ada kes bunuh2...wad dia nun jauh...bawah bukit...n pagar tinggi...
huhuhu....even lalu seblah wad biasa2 pon scary tgk gelagat diorang...yang dok kat bawah tu ntah camana agaknya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2014 10:52 AM | Show all posts
mamaezah posted on 27-8-2014 10:21 AM
anne, kalo ada kelapangan, sambung lagi ceta kat sini na......

dulu masa mama kecik mama ada sora ...

kesian arwah...sampai kena karen...kiranya memang betul la adegan kena karen tu dalam tv kasi karen dkt orang kekurangan akal ni (berlapik abis ni)...kesiannya...
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2014 11:46 AM | Show all posts
anne_boleyn posted on 25-8-2014 01:47 PM
Cerita 8 - Cerita doktor yg mental pula

Doktor Lim masih muda. Baru berusia 30thn. Sedang buat ho ...

anne...betul ke org kata nurse/doktor yg keje kat hospital tg rambutan ni kena makan ubat gak..
takut sama2 weng dgn pesakit..
hal ini diceritakan oleh seorg kawan yg mana kakak die masa tu keje doktor kat hospital ni..
dlm tahun 2004/2005 dulu kot,...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:54 PM GMT+8 , Processed in 0.576945 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list