CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9632|Reply: 117

[Tempatan] Adakah masyarakat kita telah hilang sifat toleransi?

[Copy link]
Post time 21-8-2014 08:47 AM | Show all posts |Read mode
Kak J post tered ni bukan untuk memfitnah tetapi sekadar berkongsi isu semasa yang berlaku di Seksyen 4 dan Seksyen 5 Bandar Baru Bangi. Ceritanya macam ni.

Penduduk Seksyen 5, Seksyen 5 Tambahan dan sebahagian daripada Seksyen 4  yang terletak di seberang Sungai Langat  (sila rujuk peta) telah memohon jasa baik kepada penduduk Seksyen 4 on the other side of the river untuk membuka jalan agar memudahkan mereka menghantar anak ke sekolah.

Buat masa ini, mereka terpaksa melalui jalan jauh iaitu laluan bewarna biru seperti yang Kak J lukiskan di peta. Walhal, jika penduduk Seksyen 4 bermurah hati dan bersikap toleransi, laluan itu lebih singkat iaitu laluan bewarna hijau. Masalahnya sekarang, penduduk Seksyen 4 telah menyekat laluan dengan membina tembok dan grill agar penduduk Seksyen 5 dan Seksyen 5 Tambahan tidak  dapat melalui kawasan perumahan mereka. Alasan mereka untuk mengelakkan kecurian.  Sayugia diingatkan, taman perumahan ini taman perumahan biasa tanpa sebarang pondok pengawal.

Bagi mereka yang mengetahui cerita ini sila beri pencerahan sebab Kak J dengar ni pun dari cerita kawan-kawan yang mengeluh kerana sukar menghantar anak ke sekolah. Dahlah jalan jam. Maaf, bukan niat Kak J nak menunding jari menyalahkan sesiapa.   Last edited by JandaAnggun on 21-8-2014 08:50 AM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2014 08:54 AM | Show all posts
Nak pasang guard dan sekatan di kawasan perumahan kena minta kebenaran PBT.. Klo PBT x benarkan x salah klo org lain lalu sbb jalan x dikira sekali semasa buyer beli rumah.. jalan adalah dikira harta awam.. semua org bole lalu.. cuba kak J check or buat aduan bertulis kat PBT mintak sekali sign dr penduduk kat kawasan 2..

Skang ni mmg diaorg suka suki pasang guard n pagar sbb nak elak kecurian katanya.. tp klo smpi menyusahkan org lain mmg x patut la..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 09:03 AM | Show all posts
Pakat pakat upah jentolak robohkan saja.  Belasah siapa yang cuba halang.
Suka suki buat tembok  sekat jalan awam. Orang macam itu mesti dihajar sikit
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 09:06 AM | Show all posts
jauh beza jarak tu...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 09:07 AM | Show all posts

Jauhnya pusing tue..
Kalau ai pun mengeluh gak.
Boleh jimat masa, tenaga dan minyak kete
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 09:10 AM | Show all posts
ingat jalan tu tok nenek dia punya nak main sekat2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-8-2014 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Perkara yg sama terjadi juga di taman bukti setia,ampangan.Penduduk perumahan terlibat yg tak ada hati perut menyekat laluan melalui kawasan perumahan mereka lalu menyebabkan penduduk lain terpaksa guna jalan yang lebih jauh utk keluar.alasan yg digunakan sama iatu mengelak jenayah.terima kasih pada pihak berkenaan yg hati perut serupa bangkai.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Penduduk seksyen 4 tu mesti zionis berkerak dlm forum ni. Antara hobi zionis, bina tembok halang. Agar hidup org lain susah.
Kak J. Pi la suh budak2 yg rajin lukis grafiti agar lukis bendera Israel kt tembok ni. Biar penduduk sana meroyan sket.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2014 09:28 AM | Show all posts
mungkin jambatan tu bukan pbt yg bina...mungkin penduduk situ yg collect duit buat....apa pun pi je la report kt pbt....MPKj....klu betul maka diorg akan bukak laluan....tp klu bukan belong tu pbt maka kena negotiate la dgn penduduk sana.....apa pun good luck
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 09:47 AM | Show all posts
batmana posted on 21-8-2014 09:13 AM
Penduduk seksyen 4 tu mesti zionis berkerak dlm forum ni. Antara hobi zionis, bina tembok halang. Ag ...

ayoooo..kurang hajar nyer dieorg nih...btw idea nih mcm berguna jer..pastu viral kan kat fb....
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 09:55 AM | Show all posts
sekolah2 kat bangi ni mmg problem jalan shortcut asyik kena tutup. aritu bangi mutiara.

taksalah kita mudahkan hidup org. ape kata bukak je waktu peak pergi & balik sekolah. then tutup.
takkan takde org tua2 y dh pencen sukarela nk buat keje tu.

kita tolong org allah tolong kita
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 10:04 AM | Show all posts
mutiara bangi hari tu lalu ok pulak.. takde tahan macam masa mula2 tu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 10:05 AM | Show all posts
jln kaki hantar anak sblm buat report kat pbt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2014 10:29 AM | Show all posts
epysha posted on 21-8-2014 09:06 AM
jauh beza jarak tu...

kan....  bagi kak J   selfish sgt penduduk disitu...apasalah nya orang lalu kawasan tu...
kalau guna alasan kecurian..rasanya lemah sgt alasan tu...kalau  pencuri nk masuk, pasang guard ker apa.. boleh jer masuk ...kan diorang pro..tgklah rumah mawi itu hari...dia duduk kat kawasan elite  siap ada guard house lagi... tapi pencuri masih  boleh bolos masuk...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2014 10:32 AM | Show all posts
zeed posted on 21-8-2014 10:04 AM
mutiara bangi hari tu lalu ok pulak.. takde tahan macam masa mula2 tu..

masalahnya zeed...kejiranan ni memang tak der guard house pun...sajer jer diorang suka suki tutup jln dgn membina tembok..dah mcm israel buat tembok kat Gaza jer layaknya...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2014 10:34 AM | Show all posts
batmana posted on 21-8-2014 09:13 AM
Penduduk seksyen 4 tu mesti zionis berkerak dlm forum ni. Antara hobi zionis, bina tembok halang. Ag ...

haha..  boleh jer...kak J sendiri pun berbakat besar dlm seni grafitti ni....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2014 10:35 AM | Show all posts
mak aiii....jauh sgt bezanye tu
belum cmpur jalan jem lagi ato kekangan2 yg lain
semakin moden manusia semakin selfish pulak
lepas tengkuk sendiri ajer

papepun, setuju ngan cadangan porumer2 lain
sila rujuk ngan PBT dulu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-8-2014 10:41 AM | Show all posts
edoraixora posted on 21-8-2014 10:35 AM
mak aiii....jauh sgt bezanye tu
belum cmpur jalan jem lagi ato kekangan2 yg lain
semakin moden man ...

kak J rasa penduduk dah rujuk kat  PBT dah  ...tapi dgr cerita..tak tau sahih ker tak..salah seorang penduduk kt situ ahli majlis MPKJ..tu yg pyh tu...
in fact dah  kemukakan kat ADUN shafie ngah dah...tapi in the end..nan hado....


saper-saper yg tau ttg isue ni tolong beri komen....

actually masalah ni tak der effect kat kak J sebab anak2 kak J dah masuk U dan  bersekolah kat boarding school...tapi kesian rakan2 yg lain..yg anak2 masih bersekolah kat SK Jalan 3, SMK Jalan 3,  JEPS dan JESS....byk sekolah kt area tu

Last edited by JandaAnggun on 21-8-2014 10:42 AM

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 10:42 AM | Show all posts
kena lapor kepada PBT
dan adakan rundingan bersama antara dua jk kawasan terbabit.

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Bg ambe bawak2 la berbincang dengan hati terbuka dan lapang....bwk polis skali senang kalo korang nak gaduh lebih2 leh cekup terus...jgn pencuri je bermuafakat...penduduk tak bermuafakat....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:08 PM GMT+8 , Processed in 0.092645 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list